Selepas berkongsi momen indah keluarga bila mana anak perempuannya telah ‘melangkah ke alam dewasa’ beberapa hari lalu, terbaru penampilan Dzakira Talita Zahra, anak Shuib dipuji ramai.
Mana tidaknya, Talita yang hadir berhijab pada majlis berbuka puasa bersama keluarga dilihat cukup cantik dan ayu.
Terharu dengan penampilan anaknya itu, Shuib meluahkan rasa bangga dan terharu.
Ads
“Talita, daddy bangga la tengok awak. Cantiknya,” luah Shuib terharu.
Shuib berkongsi momen bermakna bagi dirinya itu menerusi Insta Storynya.
Menerusi perkongsian video berkenaan, Shuib berbuka puasa bersama keluarga sebelum memperlihatkan Talita yang tampil memakai jubah berwarna merah hati yang dipadankan dengan tudung rona kelabu. Cantik sekali.
Ads
Malah penampilan anak kecil itu dipuji wargamaya yang rata-rata berbangga dan memuji penampilan terbaru Talita yang ayu dan cantik.
Ads
Terdahulu, Dzakira Talita Zahra merupakan anak kedua Shuib bersama allahyarhamah Siti Sarah. Shuib dan arwah turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.
Sebagai ibu ayah, kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak. Kadang bila tengok mereka duduk diam depan skrin, ketawa kecil sambil main game Roblox, hati rasa lega sekurang-kurangnya tak keluar rumah, tak ke sana sini. Tapi dalam diam, ramai mak ayah tak tahu… di sebalik watak kartun comel, rumah-rumah mini dan dunia warna-warni dalam game tu, tersimpan bahaya Roblox yang mampu mengganggu minda dan emosi anak-anak kecil kita.
Baru-baru ni, satu kes menyayat hati berlaku di Batu Pahat seorang budak lelaki berusia 6 tahun maut akibat dikelar leher. Ramai yang terkejut, sebahagiannya mula kaitkan dengan pengaruh permainan dalam talian dan tingkah laku agresif yang terbentuk daripada dunia maya yang anak-anak terlalu lama tenggelam di dalamnya. Ia bukan tentang menyalahkan game semata-mata, tapi sebagai tanda amaran buat semua ibu ayah bahawa tidak semua yang nampak “comel” itu selamat.
Perkongsian daripada Hana Shahadan di Facebook ini wajar kita renungkan bersama. Beliau menjelaskan dengan cukup jelas tentang 7 bahaya Roblox tersembunyi yang ramai ibu ayah terlepas pandang.
Roblox ni lain daripada game biasa sebab sesiapa pun boleh cipta dunia dan permainan sendiri. Masalahnya, tiada saringan ketat. Ada permainan yang diselitkan unsur ganas, seram, malah ada yang mengandungi elemen lucah terselindung. Anak-anak boleh terdedah tanpa sedar hanya sebab klik game yang nampak comel dan tak berbahaya. Semak selalu senarai game yang anak main. Aktifkan content restriction untuk elak mereka masuk ke game tidak sesuai.
Ramai ibu ayah tak tahu, bahaya Roblox juga datang dari fungsi chat terbuka dengan sesiapa saja termasuk orang dewasa yang berpura-pura jadi budak sebaya. Dari “nak join game sama?” boleh bertukar jadi “boleh hantar gambar?” atau ajakan ke platform lain. Dari situlah grooming digital bermula dan ia sangat bahaya. Matikan fungsi chat dalam akaun anak dan ajar mereka jangan sesekali kongsi maklumat peribadi.
Robux ialah mata wang dalam Roblox. Anak boleh guna untuk beli pakaian, rumah atau avatar baru. Tapi bila terpengaruh dengan kawan-kawan, mereka mula berlumba nak nampak “hebat”. Ada kes anak guna ratusan sampai ribuan ringgit tanpa sedar semata-mata untuk beli barang maya. Jangan simpan kad bank dalam akaun game. Kalau perlu, guna gift card sahaja.
Dalam Roblox, buli digital sangat mudah berlaku contohnya kena ejek sebab avatar tak cantik atau kena kick keluar dari game. Benda nampak kecil bagi orang dewasa, tapi bagi anak-anak, ia boleh jatuhkan semangat dan ganggu keyakinan diri. Selalu tanya anak tentang pengalaman dia dalam game. Adakah dia rasa diterima, atau selalu dipinggirkan?
Percaya atau tidak, ada game ‘gelap’ tersembunyi dalam Roblox yang ada unsur ritual, seram dan simbol mistik. Anak mungkin anggap ia sekadar hiburan, tapi bila terdedah berulang kali, boleh ganggu tidur dan emosi mereka. Jangan biar anak main sorang. Cuba luangkan masa join sekali, tengok dunia maya yang dia sedang jelajah.
Bahaya Roblox yang paling ketara ialah ketagihan. Roblox direka dengan sistem ganjaran (reward system) yang aktifkan hormon dopamine hormon yang buat kita rasa seronok setiap kali menang. Sebab tu anak akan cepat marah, gelisah atau rasa kosong bila dilarang main. Inilah punca mereka jadi ketagih. Tetapkan masa skrin harian dan galakkan aktiviti luar main basikal, baca buku, atau buat aktiviti keluarga.
Ramai ibu bapa tak aktifkan Parental Control, menyebabkan anak bebas akses permainan atau chat dewasa. Akhirnya mereka menjelajah dunia yang langsung tak sesuai untuk umur mereka. Aktifkan “Account Restrictions” dan pastikan akaun anak ditetapkan bawah umur 13 tahun.
Berita baik untuk semua ibu ayah, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan serta Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) kini sedang merangka satu garis panduan keselamatan digital — termasuk untuk platform permainan seperti Roblox.
Presiden MESF, Muhammad Naim Mohd Zaharin, memaklumkan langkah ini dipersetujui dalam pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta wakil rasmi Roblox. Tujuannya jelas — untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko siber, eksploitasi digital, dan kandungan tidak sesuai dalam permainan atas talian yang semakin meluas.
Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan dan industri untuk memastikan dunia e-sukan serta permainan digital di Malaysia kekal selamat, terkawal dan mendidik.
Kita tak boleh halang dunia digital daripada wujud dalam hidup anak-anak, tapi kita boleh kawal cara mereka masuk ke dalamnya. Anak-anak tak perlukan semua teknologi untuk bahagia — yang mereka perlukan cuma perhatian, masa, dan kasih sayang yang sebenar. Dunia maya boleh tunggu, tapi dunia sebenar anak-anak kita sedang dibentuk sekarang — dan kitalah yang pegang kuncinya.
Rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Selebriti, Betty Rahmad dipuji wargamaya kerana menyantuni pembantu rumahnya dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Betty memuat naik videonya bersama anak kesayangannya, Ardy Wira yang menemukan pembantu rumahnya dengan anaknya yang lebih lima tahun tidak bertemu.
Menurut Betty pertemuan itu sebenarnya dirancang pada awal September lalu namun terdapat sedikit halangan.
“Hadiah untuk orang baik. Alhamdulillah selepas 5 tahun lebih Bibik tak jumpa anaknya, Allah izinkan mereka bertemu,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Tambah Betty lagi, pertemuan itu bagi menghilangkan rasa rindu buat anak pembantunya sekian lama. Tambah pula bagi mengenang kebaikan pembantunya yang bekerja dengan baik dan ikhlas.
“Sepatutnya awal bulan hari tu dah datang, tapi tak lepas di immigration sana. Mungkin mereka ingat dia datang untuk bekerja bukan bercuti.
“Kita cuba sekali lagi Alhamdulillah this time lepas. Tapi kali ni anaknya naik flight dengan saudara sampai Penang, dari Penang naik bus ke KL.
“Semoga pertemuan ni dapat hilangkan rindu bibik pada anak. Yang kerja seikhlas hati & banyak tolong family saya selama ni. I’m so happy for her. Kita semua berhak rasa bahagia & dihargai,” tulisnya dikapsyen.
Perkongsian Betty itu sudah semestinya dipuji wargamaya malah turut tersentuh dengan video pertemuan ini.
Tiga keping lukisan milik penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Mustaqim Rosde, 21, yang terkorban dalam tragedi bas di Gerik, ternyata menyentuh hati ramai.
Lukisan itu menarik perhatian para tetamu yang hadir menziarahi keluarganya apabila dilihat seolah-olah mempunyai kaitan rapat dengan kejadian menyayat hati itu.
Ibunya, Juariah Abd Rahman, 48, berkata pada awalnya dia langsung tidak menyedari sebarang perkara pelik. Namun, selepas menyusun ketiga-tiga lukisan tersebut yang menggambarkan bas, jalan raya dengan penghadang serta unsur kematian, dia tersentak seolah-olah semua itu membawa petanda.
Beliau turut memaklumkan bahawa lukisan-lukisan itu tidak pernah ditunjukkan oleh arwah semasa hayatnya.
“Sebelum ini lebih daripada 100 keping koleksi lukisan disimpan dalam satu fail dan kami hanya buka selepas dia meninggal dunia. Dia minat melukis sejak di zaman sekolah dan mengambil jurusan seni di UPSI.”
Bapa arwah, Rosde Yaakub, 58, turut berkongsi kisah menyentuh hati apabila seorang ahli keluarga mereka pernah bermimpi Mustaqim memegang salah satu lukisan miliknya.
“Dia meminta izin daripada saya untuk menyimpan salah satu lukisan arwah sebagai kenang-kenangan. Setakat ini hanya tiga lukisan kami beri kepada orang termasuk dua keping kepada sahabat rapat arwah,” ujarnya dengan nada sebak.
Turut hadir menziarahi keluarga Allahyarham adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman. Mereka turut meluangkan masa meneliti koleksi lukisan arwah yang penuh makna itu.
Ahmad Samsuri memaklumkan bahawa mereka telah selesai menziarahi kesemua 15 keluarga pelajar UPSI yang terkorban dalam tragedi itu di Gerik, Perak minggu lalu.
“Kita turut mengalu-alukan lebih ramai pihak turun padang membantu menyalurkan sumbangan untuk meringankan beban keluarga yang terbabit,” katanya.