Rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Selebriti, Betty Rahmad dipuji wargamaya kerana menyantuni pembantu rumahnya dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Betty memuat naik videonya bersama anak kesayangannya, Ardy Wira yang menemukan pembantu rumahnya dengan anaknya yang lebih lima tahun tidak bertemu.
Menurut Betty pertemuan itu sebenarnya dirancang pada awal September lalu namun terdapat sedikit halangan.
“Hadiah untuk orang baik. Alhamdulillah selepas 5 tahun lebih Bibik tak jumpa anaknya, Allah izinkan mereka bertemu,” tulis Betty menerusi kapsyennya.
Tambah Betty lagi, pertemuan itu bagi menghilangkan rasa rindu buat anak pembantunya sekian lama. Tambah pula bagi mengenang kebaikan pembantunya yang bekerja dengan baik dan ikhlas.
Ads
“Sepatutnya awal bulan hari tu dah datang, tapi tak lepas di immigration sana. Mungkin mereka ingat dia datang untuk bekerja bukan bercuti.
“Kita cuba sekali lagi Alhamdulillah this time lepas. Tapi kali ni anaknya naik flight dengan saudara sampai Penang, dari Penang naik bus ke KL.
“Semoga pertemuan ni dapat hilangkan rindu bibik pada anak. Yang kerja seikhlas hati & banyak tolong family saya selama ni. I’m so happy for her. Kita semua berhak rasa bahagia & dihargai,” tulisnya dikapsyen.
Ads
Perkongsian Betty itu sudah semestinya dipuji wargamaya malah turut tersentuh dengan video pertemuan ini.
Merakam sekeping foto bersama suami disaat anak-anak membesar kita rasakan payah. Hakikatnya itulah kenangan yang perlu disimpan bersama-sama.
Warkah sayu seorang ibu, Nurul Mohd yang jarang-jarang mengabadikan kenangan bersama arwah suaminya sepanjang 11 tahun berumah tangga kini menjadi sesalan hidupnya.
Kongsinya, belajarlah untuk mengabadikan setiap momen bersama dengan sekeping gambar sebagai kenangan untuk di masa hadapan. Penting untuk kita buat mengubati hati yang kehilangan. Jangan sia-siakan waktu bersama.
Hari ni saya share satu lagi kekesalan yang saya ada selepas pemergian suami. Ye. Saya dan suami rupanya tak banyak gambar berdua selama 11 tahun perkahwinan kami.
Gambar berdua tanpa anak-anak. Rasanya tak sampai 20 keping. Adoi la.
Masa duk belek-belek gambar dalam phone, pen drive, google drive, tertanya juga kenapa lah waktu itu tak de gambar berdua. Saat bercuti bersama atau sekadar pergi ke tesco ke apa ke.
Sebab bila dah kehilangan ni, lain rasanya bila melihat gambar berdua. Ada rasa kasih, cinta, sayang di situ. Lain la. It is just different.
Jadi sekarang, saya akan pastikan saya ambik gambar bersama anak-anak. Apa saja yang kami lakukan. Ke mana saja yang kami pergi. Sampai anak-anak dah boring. Tapi saya selalu ceritakan kekesalan saya mengenai ketiadaan gambar bersama suami.
Mereka faham. Walaupun kadang-kadang ada protes. I want to be part of the picture. Not only the moment.
Sebab apa tau, nanti bila dah takde, anda scroll balik gambar. Gambar itu seolah-olah berbicara.
Ada kisah di sebalik gambar-gambar tersebut. Jadi sahabat-sahabat yang masih berpasangan, ambik gambar berdua banyak-banyak ye. Ambil kisah saya sebagai teladan. Take care, peeps!
Love, Nurul
Gambar Ni contoh gambar berbicara.
Iaitu: Saya tak tahu yang arwah suami akan cuim dahi saya secretly. Everytime tengok gambar ni, it makes me smile. Tersipu-sipu malu.
Sadly, this is our last pic together. Taken in 2017. Tengah heavily pregnant dengan khadijah.
Wanita mana yang tak mahu menjadi seorang ibu selepas berkahwin namun ia bergantung pada rezeki. Tak semua orang akan terus dikurniakan cahaya mata, ada yang terpaksa mencuba dan menanti bertahun lamanya sebelum mengandung dan melahirkan anak.
Sebab itulah, sebagai orang yang ada di sekeliling pasangan yang masih mencuba untuk hamil ni, kita kena sentiasa menghormati dan menjaga perasaan mereka.
Tak mudah nak berhadapan dengan soalan “Bila nak ada anak?” atau “Takkan masih berdua lagi?”, pertanyaan begini sangat mencalar emosi terutamanya pada wanita yang sememangnya memasang impian untuk hamil. Jagalah sensitiviti dan gunakan ayat yang lebih sesuai untuk bertanya soalan seperti itu kepada mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok Eyqa Lee, dia menceritakan tentang pengalaman ketika beraya dan diasak dengan soalan sensitif yang sangat mengguris perasaannya.
Menurutnya, ketika beraya di rumah saudara di kampung dia telah ditanyakan soalan tentang zuriat. Apa yang menyedihkan adalah kerana pertanyaan itu seolah-olah tidak sensitif.
Tambah lagi, mereka turut mengatakan tempoh perkahwinan Eyqa dan suami selama tiga tahun sudah terlalu lama untuk mereka tidak mempunyai anak.
Tonton video ini;
Ada yang menyarankan untuk berikhtiar dan berubat, tetapi dengan pendekatan yang ‘kasar’ tanpa memikirkan perasaan membuatkan wanita ini terasa dan sangat sedih.
Lebih mengguris hatinya apabila ada yang membandingkan dirinya dengan bekas isteri suami dengan mengatakan mereka dahulu dikurniakan anak tanpa perlu menunggu lama selepas berkahwin.
“Kalau betullah anak tu satu pengukur kebahagiaan, kenapa depa boleh anak cepat pun, depa boleh bercerai.”
Tidak dapat menahan sebak, wanita ini menangis apabila bercerita tentang situasi dirinya. Apa yang membuatkan Eyqa semakin terasa kerana setiap rumah yang dikunjungi ketika beraya pasti akan bertanyakan soalan tentang anak.
“Kenapa hangpa nak kena tanya benda-benda macam tu? Hangpa tak tau pun apa yang aku lalui, macam mana aku diet dah turun 10kg. Macam mana aku makan ubat subur itu ini, sakit betul aku dengan mulut hangpa ni.”
Tambahnya lagi, sebenarnya dia tak ada masalah untuk orang bertanyakan tentang cahaya mata tetapi biarlah dengan cara yang tidak mengguris perasaan. Menerusi ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada wanita ini dan turut mendoakan agar dia dan suami dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.
Seharusnya kita lebih sensitif dan elakkan bertanya soalan begini kepada pasangan yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Banyak lagi topik lain yang boleh dibawa bersembang, tak perlulah menyentuh soal jodoh atau rezeki zuriat kepada orang lain. Doakan mereka, semoga setiap urusan mereka dipermudahkan.
Tidak dinafikan setiap pasangan pasti pernah berselisihan faham. Perkahwinan mana yang tidak pernah diuji. Apabila sesebuah pasangan berkahwin itu mempunyai anak, setiap keputusan yang diambil tidak bersifat peribadi dan melibatkan diri mereka sahaja. Kita harus memikirkan keseluruhan penyelesaian untuk masalah itu demi anak-anak juga.
Sekiranya pergaduhan sering berlaku di hadapan anak, ia bukanlah pemandangan sihat untuk mereka. Emosi mereka akan terjejas dan memberi kesan mendalam terhadap tumbesaran mereka. Dalam pada kita memperjuangkan apa yang betul (bagi kita), anak-anak yang menanggung akibatnya.
APAKAH KESAN TERHADAP ANAK-ANAK JIKA IBU AYAH MEREKA SELALU BERGADUH?
1. Keyakinan Diri Terganggu
Anak-anak yang sering diabaikan kerana kemelut yang emlanda kedua ibu bapanya akan sering merasakan merelah punca kejadian itu. Kajian yang pernah dijalankan juga menunjukkan mereka selalu menyalahkan diri sendiri kerana tidak membantu untuk menyelesaikan perkara itu.
Kerana tekanan itu mereka menjadi kurang yakin dengan diri sendiri dan mengalami kekeliruan. Apabila kerap berlaku, ia boleh menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan.
2. Emosi Tercalar
Tekanan melihat pergaduhan ibu bapa di depan anak menyebabkan mereka sukar mempercayai orang lain. Segala kata cacian dan perlakuan ketika sedang bergaduh akan menyebabkan anak-anak mengalami trauma dan tantrum kerana ia ibarat mimpi ngeri buat mereka.
Kemurungan ini akan menjadikan mereka menjadi anti sosial dan kerap menjauhkan diri dai persekitaran yang sihat dan tidak mahu disayangi sesiapa kerana rasa khuatir diabaikan.
3. Tidak Menikmati Kehidupan Yang Bahagia
Memandangkan ibu ayah yang selalu bergaduh, anak-anak terbentuk menjadi dewasa sebelum usia mereka. Apatah lagi jika selalu ditinggalkan, mereka dilatih dari awal untuk menjaga dan menguruskan diri sendiri.
4. Tidak Menunjukkan Emosi
Apabila terlalu kerap mendengar pergaduhan ibu ayah menyebabkan mereka lebih cenderung untuk memendam perasaan dan tidak mahu memihak kepada sesiapa. Ini adalah kesan daripada kejadian terpaksa mendengar dan berada dalam situasi di mana ibu dan ayah bergaduh teruk. Setiap apa yang mereka rasakan akan dipendam dan menjadikan mereka orang yang mempunyai krisis dengan emosi dan identiti sendiri apabila meningkat dewasa.
5. Tingkah Laku Bermasalah
Ketika membesar, anak-anak memandang ibu ayah mereka sebagai idola. Setiap perlakuan ibu ayah akan menjadi ikutan. Jika sering berdepan dengan keadaan yang tidak baik ketika mereka membesar, itulah yang akan mereka ikuti. Mereka cenderung untuk bertindak kasar. mereka juga sukar menilai kasih sayang sebenar kerana tidak pandai menilainya.
6. Cenderung Untuk Mengalami Gangguan Pelajaran
Apabila selalu melihat pergaduhan yang berlaku, anak-anak akan mengalami gangguan emosi sekaligus mengganggu prestasi pelajaran mereka. Bukan sahaja mengalami masalah disiplin, anak-anak ini juga akan mengalami kesukaran memahami pelajaran dan hilang semangat untuk belajar kerana tekanan yang dihadapi.
7. Kesihatan Terjejas
Bukan sahaja emosi, tetapi kesihatan anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan. Biasanya anak-anak ini akan mengalami sakit kepala, sakit perut, serangan lelah atau penyakit yang berulang.
8. Gangguan Tabiat Makan
Beberapa kajian mendapati anak-anak yang sering menyaksikan pergaduhan antara ibu ayah mereka akan berkait dengan masalah pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.
Ketika marah, macam-macam boleh terjadi. Kita cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak baik atau mengeluarkan kata-kata kesat yang memberi impak bukan kepada pasangan tetapi anak-anak juga. Sebagai ibu ayah yang bertanggung jawab, carilah penyelesaian yang terbaik dalam keadaan emosi yang stabil. Capailah kata sepakat dengan cara yang baik supaya tidak menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anak-anak yang disayangi.
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.