Mak ayah mana yang mampu melihat bila anak sakit dan terpaksa di tahan di hospital. Lebih sayu hati bila mana terpaksa melihat anak kena cucuk.
Boleh mengalir airmata kerana tak sanggup melihat anak sakit. Itulah yang dilalui oleh pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat ketika anak kesayangan mereka dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Difahamkan Ana Nayla demam virus dan terpaksa di tahan di hospital selama lima hari. Satu pengalaman baru bagi pasangan ini kerana ini merupakan pengalaman pertama kali Ana Nayla masuk hospital selepas dilahirkan.
“Baby.. @ananaylaofficial. Alhamdulillah after 5 days di hospital, finally baby dapat discharged! Terima kasih semua yang mendoakan and actually masa my birthday nak pergi holiday (but still tak sempat sebab kerja) so ni kira kita punya holiday la even checkin kat hospital) ok la kan.
“Baby kena ‘virus fever’ and her temperature was over 40 degrees Celcius masa kita bawa dia ke emergency. Terus warded,” kongsi Ayda berkongsi.
Ads
Bahkan kata Ayda lagi, ia merupakan pengalaman pertama Ana Nayla dikelilingi doktor dan nurse yang sentiasa datang membantu.
“Her first time masuk hospital after lahir, so dia tak biasa ada ramai nurse everytime check until keluar dia dah redho kena check macam-macam. Even warded baby tetap nak ber ‘OOTD’ ya. Doctor pun ‘wow stylenya dia..’ Nayla nayla.
“Everytime lalu depan counter nurse she will lambai ‘hi..’ and smile terpaksa dalam hati dia ‘cepatlah mommy taknak lalu depan nurse… tachoot’ maybe. Haha!
“Thank you Doc and nurse yang layan kita dengan baik also bersabar dengan baby,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, ibu yang cukup bertenaga dan lincah ini turut memberitahu ia pengalaman yang menyentuh hati bila mana terpaksa melihat anak bergelut dengan kesakitan, lebih-lebih bila terpaksa melihat anak dicucuk.
Begitu juga dengan Nabil yang lebih mudah mengalirkan airmata kerana tidak sanggup melihat anaknya dicucuk. Ayda juga turut menitipkan pesanan buat semua agar sentiasa menjaga kesihatan bayi, lebih-lebih lagi kini banyak demam virus yang bermusim.
“Anyway sekarang memang viral or musim virus fever ni. Ramai baby warded beacuse of this. So parents please always check their temperature if tinggi sangat cepat pergi clinic or hospital & kalau boleh ambil insurance! Memang berguna. Siapa agent insurance kalau nak comment, comment la kat bawah untuk promote. Silakan. 😚
“Nak bagitau ni, everytime Nabil pegang baby bila kena cucuk ke and baby nangis dia akan nak menangis jugak. (Sis perhatikan je mata dia berair dah tu) hihi!
Ads
“Daddy Bil dia lemah bab baby, hati tisu. Korang camtu gak tak? (Mommy dia sehari 3-4 kali pergi kedai runcit, farmasi, cafe kat hospital tu haha! Asal kan jalan. Bayangkan macam mall je. Perangai,” kongsinya lagi.
Ibu bapa mana yang tidak mengidamkan anak-anak yang berilmu dan beradab. Paling penting sudah tentulah kita mahu anak-anak kita menghormati guru-guru mereka. Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik supaya murid-murid menggunakan akal dengan bermoral.
Setiap ibu bapa mengimpikan dan mengharapkan anak-anak mereka, mempunyai akhlak yang baik, mendengar kata, tidak melawan ibu bapa dan taat akan suruhan agama. Cara guru dan ibu bapa mendidik mungkin berbeza.
Mudah-mudahan kita dapat membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang perihatin.
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau di rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tidak jangka.
2. Bukan anak kita seorang sahaja dalam kelas itu.
Kita di rumah paling banyak anak 6- 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Bayangkan kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam itulah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tidak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Karakter dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia ke sekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tidak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tidak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tidak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tidak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tidak semestinya betul.
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tidak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru lah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 -7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 -7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-Quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tidak apa. Asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.
Justeru itu, berlapang dadalah. Ilmu itu bukan bilangan “A”. Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Sumber: Sekolah Rendah Islam Alor Setar (Facebook)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelan rumah memanjang yang sekali dengan ruang tamu dan ruang makan agak terhad untuk menghiasnya. Tambah pula bila ada anak kecil, pemilihan perabot mestilah yang paling simple. Ini untuk memberi keselesaan pada anak.
Bagi yang anggap rumah kecil susah nak menghias, tanggapan itu salah. Selagi anda kreatif dan pandai menyusun atur perabot, ruang dalam rumah akan nampak cantik. Tak perlu pun beli barang yang mahal. Asalkan anda kreatif je.
Seperti idea yang dikongsikan oleh Rah Mat yang membuat room divider untuk menunaikan permintaan isterinya sangat simple tapi hasilnya cukup puas hati.
Jadi bagi anda yang mempunyai rumah jenis memanjang tetapi ingin memisahkan ruang tamu dan ruang makan, idea ini sangat berguna. Cara untuk membuatnya pun senang. Asalkan ada kerajinan.
Room divider permintaan isteri, kita buat dan kita hiaskan, cantik tak?
Bahan-bahannya:
* Balut keliling guna wallpaper brick foam yang tebal, menutupi bahagian yang tajam.
* Untuk gantung bracket TV, saya alas dengan kayu disebelah dalam.
Mungkin anda tertanya-tanya berapa kos penyediaan untuk buat room divider ini, jumlah keseluruhannya hanyalah RM100. Sangat jimat kan lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni. Benda murah tak apa, janji hasilnya terbaik.
Menurut Rah Mat lagi, dia cukup berterima kasih pada orang ramai yang komen dan beri cadangan selepas menyiapkan room divider ini. Jadi selepas dapat cadangan itu, telah buat sedikit penambahbaikkan.
Antaranya telah cat putih di bahagian bawah dan wayar televisyen telah disorok. Ramai juga yang risau sebab tajam besi tu, saya dah ambil langkah keselamatan dengan membalut wallpaper foam pada keseluruhan besi tu supaya tiada bahagian yang tajam. Sekarang inilah hasilnya!
Boleh jadikan pemisah antara ruang tamu dan ruang menonton televisyen anak-anak. Sekurang-kurangnya dapatlah sikit privasi walaupun ruang dalam rumah tak luas.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Debaran dan kesabaran selama sembilan bulan anda menempuhi tempoh mengandung, pastinya terasa berbaloi dengan kelahiran si manja yang sangat dinantikan. Namun, kelahiran zuriat bukanlah penamat, sebaliknya ia adalah satu permulaan kepada satu bab baru dalam diari hidup anda dan pasangan. Aspek penjagaan bayi, bermula dari usia sehari merupakan antara tempoh terpenting dalam pembentukannya. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda untuk lebih memahami bayi comel anda.
Tahukah anda, sebenarnya bayi yang baru lahir mempunyai kebolehan yang menakjubkan? Pada minggu-minggu pertama kelahiran, anda mungkin merasakan bahawa si manja anda cuma hanya mampu untuk menangis, menyusu, tidur dan membuang air kencing serta berak. Namun, menurut pakar pediatrik perkembangan dan tingkah laku di Tufts-New England, Dr Naomi Steiner, menyatakan bahawa bayi yang baru lahir mempunyai otak yang superaktif dan dipacu untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Menurut penyelidikan yang dibuat menggunakan teknologi tinggi dalam fotografi intrauterin dan pengimejan otak, ia menawarkan bukti empirikal mengenai fakta bahawa setiap bayi yang dilahirkan adalah makhluk pintar yang dilahirkan dengan keperibadian unik.
Pada awal bulan kelahiran ini, bayi anda mungkin akan mencuba dan boleh mengangkat kepalanya sebentar apabila anda mengangkatnya. Namun, dalam masa yang anda masih perlu menyokong kepalanya.
Bayi anda juga menjadi lebih berekspresi dan mungkin mula membuat bunyi-bunyi riang apabila dia nampak anda. Berikan tindak balas dan galakkan kemahiran berkomunikasi yang sedang berkembang itu.
Pada usia sebulan, bayi anda menjadi lebih sensitif terhadap sekelilingnya. Penglihatan dan pendengarannya semakin baik, jadi dia akan lebih perasan apa yang berlaku di sekelilingnya. Anda mungkin lihat dia memberi respons dengan gembira jika diberi mainan yang berwarna-warni, atau apabila mendengar dan melihat wajah anda apabila anda memegangnya dekat-dekat. Dia juga mungkin memberikan tindak balas terkejut apabila mendengar bunyi kuat yang tiba-tiba.
Bayi dilahirkan apabila mereka sudah bersedia untuk keluar bertemu dunia, tetapi mengapa mereka tidak mampu untuk melihat dan mengawal kaki mahupun tangan? Ini kerana sistem saraf dan otak pada bayi adalah sebahagian daripada proses perkembangan. Pada saat dilahirkan otak mereka hanyalah seperempat daripada otak individu dewasa dan hanya mampu mengawal fungsi penting seperti bernafas, menangis, tidur dan menyusu (makan). Manakala korteks serebrum – bahagian otak yang mengawal pemikiran dan emosi yang lebih rumit – masih dalam proses perkembangan dan pembangunan yang membolehkan mereka untuk bertindak balas mengikut kehendak dan bukan sekadar tindak balas terhadap persekitaran sahaja.
Bayi comel anda dilahirkan dengan 100 bilion neuron, iaitu sel otak. Tetapi neuron sahaja tidak akan merangsang pertumbuhan dan kebolehan. Untuk membolehkan bayi anda berkemampuan dari mengesan objek sehinggalah tersenyum saat diagah, sel-sel otak tersebut perlu berhubung antara satu sama lain, membentuk rangkaian panjang seakan jambatan yang menghubungkan antara sel. Gabungan dan hubungan antara sel otak ini dipanggil sinapsis. Otak bayi menghantar maklumat 16 kali ganda lebih perlahan berbanding individu dewasa. Untuk mempercepatkan proses itu akan memakan masa, di mana sewaktu dilahirkan, sel-sel otak mereka baru akan mula untuk menghasilkan myelin – bahan lemak dan padat untuk mempercepatkan hubungan sel. Dalam tempoh 3 bulan pertama, sinapsis si manja anda akan berkembang berlipat kali ganda, iaitu melebihi 20 kali ganda.
Sebagai ibu bapa, peranan anda dalam membantu perkembangan dan tumbesaran otak bayi comel anda adalah dengan melakukan seperti apa yang biasa dilakukan oleh ibu bapa lain – berinteraksi, menyentuh, mendodoikannya dan lain-lain – yang turut membantu kepada pertumbuhan otak serta menjadikan si manja anda lebih pintar dan bertindak balas terhadap persekitarannya.
Kulit si manja yang baru lahir adalah merupakan organ tindak balas yang paling besar dan berkembang pesat. Pada saat dilahirkan, mereka dapat memberikan tindak balas terhadap suhu, tekstur, tekanan dan rasa sakit. Bibir dan tangan mereka mempunyai bilangan reseptor sentuhan yang terbesar.
Pada minggu ke-28 kehamilan, bayi dalam kandungan anda sudah boleh menggunakan hidungnya. Satu bukti yang boleh menunjukkan tahap kepekaannya adalah apabila si manja yang baru dilahirkan diletakkan di antara pad payudara ibunya dan individu wanita lain, dan kebanyakan bayi akan bertindak balas dan berpaling ke arah bau ibunya.
Ketika di dalam rahim, bayi anda akan dapat merasa pelbagai jenis rasa ketika dia menelan cecair amniotik. Kajian menunjukkan bahawa janin akan lebih menelan cecair tersebut apabila ianya manis dan kurang menelan apabila cecair itu berasa pahit atau masam.
Walaupun pendengaran bayi anda masih lagi belum matang sepenuhnya semasa dilahirkan, seperti pusat pemprosesan bunyi di otaknya, si manja anda boleh mendengar anda dan lebih gemarkan bunyi suara manusia berbanding suara lain, terutama jika suara itu adalah milik anda.
Pada saat pertama anda melihat si comel anda, matanya sudah mempunyai kemampuan penglihatan yang baik. Namun, otaknya masih belum matang untuk membezakan antara warna yang dilihat. Ketika bayi comel anda berusia 3 bulan, dia akan mempunyai keinginan untuk melihat dunia di sekelilingnya dan akan lebih tertarik kepada warna-warna cerah atau kontra yang lebih menyerlah dan gemar untuk melihat muka individu di persekitarannya.
Pada ketika bayi comel anda berginjak ke usia 4 bulan, si manja akan mula bertindak balas dengan tersenyum apabila melihat anda dan merengek apabila anda meninggalkannya. Ia adalah perkembangan sosial yang baik dan tepat.
Memasuki bulan keempat kehadiran si manja, hidup anda akan secara beransur-ansur menjadi kurang sibuk atau kelam-kabut. Malah anda mungkin sudah terbiasa dengan rutin kehidupan baru anda ini. Pada tahap ini, keseronokan mempunyai cahaya mata akan anda rasai. Ini kerana menurut pakar pediatrik, Dr. Stanley I. Greespan, pengarang buku Building Healthy Minds (Da Capo Press), menyamakan tahap ini untuk bayi ‘jatuh cinta’. Ini kerana bayi yang berusia 4 bulan sudah mula untuk memberikan kasih sayang sebanyak mana yang mereka perolehi. Mereka tidak akan lagi hanya menangis atau tersenyum, berjaga atau tidur, tetapi akan memberikan ekspresi yang lebih kompleks dengan mewujudkan hubungan kepada individu yang menyayangi dan menjaga mereka.
Dalam tempoh ini bayi anda akan mula untuk memberikan tindak balas yang bukan sekadar senyuman, tetapi akan turut disertai dengan pergerakan mulut, tangan, kaki atau seluruh badannya bergantung kepada rima percakapan anda, menyentuh muka anda dan membalas percakapan anda dengan suara yang ceria walaupun si manja anda mungkin tidak dapat melihat anda.
Pada tahap ini, salah satu pencapaian paling hebat adalah apabila si manja anda berkeupayaan untuk menyuarakan emosinya. Pada awal kelahirannya, hanya tangisan yang dapat menarik perhatian anda. Tetapi memasuki bulan keempat, kebanyakan bayi mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkomunikasi. Si manja anda mungkin akan mula ‘bercakap’ dengan babbling bunyi vokal terbuka seperti ‘ooh’, ‘eem’ atau ‘aah’. Secara beransur-ansur, bayi anda akan bereksperimen dengan menggunakan lidah, gigi dan titik vokal.
Bagaimana untuk memastikan bahawa bayi anda sedang belajar bahasa, seandainya dia tidak bercakap sebarang perkataan? Kuncinya adalah perhubungan. Kajian menunjukkan bayi antara usia 4 hingga 6 bulan yang mempunyai individu yang kerap bercakap dengannya akan lebih cepat belajar bahasa dan bercakap berbanding bayi yang tidak berhubungan dengan mana-mana individu. Sebagai ibu bapa, anda perlu lebih kerap untuk bercakap dengan si manja anda dan dengar apa yang mereka katakan kepada anda. Anda tidak memerlukan gajet canggih. Cukup sekadar dengan melihat buku bersama dan bercakap tentang gambar, berbual ketika anda menukar lampinnya atau tunjukkan kepada mana-mana arah yang menarik ketika membawanya berjalan.
Apabila bayi anda sudah mula menjadi lebih responsif, anda kini sudah boleh mula untuk mengenal pasti personaliti si manja di mana keperibadian uniknya akan mula berkembang. Pakar pembangunan kanak-kanak menggunakan sembilan sifat asas untuk mengambarkan perangai si manja anda. Beberapa aspek mudah untuk dibaca adalah seperti keteraturan – sama ada si manja anda akan lapar dan tidur pada waktu yang sama setiap hari -, penyesuaian diri dengan perubahan, kepekaan, tahap aktiviti dan gangguan. Sebagai contoh, jika bayi anda adalah seorang yang sensitif, dia mungkin cenderung kepada keterujaan apabila mendengar bunyi yang bising atau ramai individu di sekelilingnya.
Antara perkembangan fizikal paling besar pada usia 4 hingga 6 bulan adalah apabila si manja sudah mempunyai keupayaan untuk melihat dunia di sekelilingnya. Berbanding sentuhan, rasa dan bau, penglihatan merupakan antara deria yang paling primitif ketika bayi anda dilahirkan, kerana ia merupakan satu deria yang tidak mendapat sebarang rangsang ketika berada di dalam rahim. Mencecah usia 6 bulan, penglihatan bayi anda akan berkembang ke tahap persepsi yang mendalam, penglihatan warna dan kemampuan mengawal gerakan mata dengan lebih baik. Peningkatan ini selaras dengan kemahiran motornya yang semakin meningkat dengan keupayaan untuk bermain dengan tangan sendiri, menendang, menyentuh atau menjangkau dan mengambil barang di hadapannya.
Antara usia 4 hingga 6 bulan, kebanyakan bayi akan mula untuk mengawal tingkah laku mereka sendiri. Mereka akan mula untuk melakukan pelbagai perbuatan seperti merasa atau menggigit sesuatu, mencapai barang mainan dan mengalihkan pandangan kepada pandangan yang lebih menarik. Menjelang usia 6 bulan, si manja anda akan lebih kerap untuk mencapai sesuatu objek, meneliti dan memasukkannya ke mulut untuk mengetahui tentang rasa dan tekstur serta mengubahnya dari sebelah tangan ke sebelah tangan yang lain. Bayi anda akan menjadi lebih stabil dan apabila berginjak usia 6 bulan, dia akan mempunyai kekuatan otot dan koordinasi badan untuk duduk.
Bayi comel anda semakin membesar, berikut adalah beberapa aspek penjagaan yang harus diberi keutamaan:
1. Penjagaan gigi
Pada seawal usia 6 bulan, gigi pertama bayi anda mula muncul. Biasanya satu daripada gigi bawah hadapan keluar dahulu, diikuti dengan gigi di sebelahnya dan kemudian dua batang gigi atas hadapan. Sebaik sahaja gigi pertama bayi anda muncul, cucinya dua kali sehari perlahan-lahan dengan berus gigi bayi atau jari anda sendiri yang disapu sedikit ubat gigi kanak-kanak berfluorida. Jika bayi anda menolak pada kali pertama, cuba jadikannya sebagai satu permainan.
2. Pergerakan dan penggunaan tangan
Bayi anda mungkin lebih suka menggunakan sebelah tangan untuk beberapa ketika dan kemudian bertukar ke tangan satu lagi. Tetapi anda tidak akan benar-benar tahu samada dia kidal atau tidak hinggalah dia berusia di antara dua dan tiga tahun.
Samada bayi anda kidal atau tidak telahpun ditentukan sebelum dia dilahirkan lagi. Jadi jangan cuba untuk mempengaruhinya. Memaksa dia menggunakan tangan kanannya apabila dia sebenarnya kidal boleh mengelirukan anak anda dan lama-kelamaan akan menjurus kepada masalah dengan koordinasi tangan-mata, ketangkasan dan penulisan tangan.
3. Pemilihan pakaian
Apabila bayi anda semakin aktif, dia akan menghargai pakaian yang selesa. Pilihlah daripada fabrik lembut yang tidak melecetkan kulitnya apabila dia bergerak. Pakaian yang longgar, memberi dan berangin adalah yang terbaik – bukan sahaja kerana cuaca di Malaysia yang panas, tetapi juga kerana pakaian begini memberinya ruang untuk bergerak-gerak.
Elakkan pakaian yang mempunyai hujung jahitan yang kasar atau gatal, mempunyai tali leher panjang, butang atau tali leher rama-rama (yang mengundang risiko tercekik). Bayi anda perlu selesa untuk tidur, dan bebas untuk merangkak, belajar atau sekadar meneroka.
4. Mula bermain
Adakah bayi anda mula menyukai mainan lembut, terutamanya mainan lembut kecil ataupun besar? Mungkin dia juga mempunyai objek selesa yang paling digemarinya. Jika ya, tidak lama lagi anda tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa membawa mainan tersebut. Rasa ikatan terhadap sesautu mainan seperti ini ialah tanda kemunculan rasa kebebasan. Bayi anda sedang belajar untuk memisahkan dirinya daripada anda, perlahan-lahan tetapi dengan yakin.
Apabila menambah mainan haiwan baru, pilihlah yang lembut dan yang dijahit dengan kukuh. Jika ada yang kelihatan seperti akan menjadi kegemarannya, mungkin berbaloi untuk membeli satu lagi sebagai sandaran. Dnegan cara ini dia boleh memeluk satu sementara yang satu lagi sedang dicuci. Dan anda juga mempunyai sandaran kalau-kalau mainan kesayangannya itu hilang!
Permainan terbaik
Bersediakah anda untuk melakukan beberapa keseronokan dan tip untuk menjadikan si manja anda lebih bijak? Antara usia 6 hingga 12 bulan, merupakan antara tempoh yang penting dan peluang untuk ibu bapa memberikan pengalaman awal yang positif dan mendatangkan impak kepada tumbesaran anak.
Kajian menunjukkan wujudnya hubungan antara muzik dan perkembangan kognitif pada bayi. Perkembangan paling hebat adalah ketika mereka masih di dalam rahim sehingga la mencecah usia 2 tahun. Terdapat satu kajian daripada Institut Pembelajaran dan Sains Otak (I-LABS) dari University of Washington menyatakan bahawa muzik membuatkan bayi menjadi lebih pintar. Kajian itu menunjukkan bagaimana satu sesi bermain muzik dapat mempertingkatkan pemprosesan otak bayi.
Anda boleh menggunakan muzik untuk melakukan aktiviti ini. Tahukah anda bahawa muzik mempunyai kaitan dengan kemahiran matematik lanjutan, kemahiran berbahasa asing, ingatan dan fokus yang dapat merangsang perkembangan otak bayi bermula pada bulan ke-5 kehamilan sehinggalah berusia 2 tahun?
Menjelang usia 1 tahun, bayi anda akan lebih menyukai kehadiran anda dan akan mula menangis apabila anda meninggalkannya. Kegelisahan perpisahan adalah sesuatu yang normal dan sihat. Anda tidak perlu berselindung atau menyorok kerana ini hanya akan membuatkan bayi anda tertanya-tanya jika anda akan pergi meninggalkannya lagi. Sebaliknya apabila anda ingin pergi meninggalkannya, katakan ‘Selamat tinggal. Nanti petang mama balik dan kita jumpa, sayang awak’.
Anda mungkin boleh menggunakan buku atau flashcard. Sebagai contoh anda boleh menunjukkan gambar kucing. Tunjukkan bayi anda gambar kucing, dan katakan ‘tengok kucing ini, dan buat bunyi ‘meow-meow’. Teruskan mengajarnya dengan cara begini, mengenai anggota badan, bintang, kenderaan dan lain-lain. Berginjak usia 12 bulan, bayi anda akan mampu untuk menunjukkan gambar yang betul apabila anda menunjukkan lebih daripada satu gambar dan bertanyakan yang mana satu kucing. Selamat berusaha!
Lakukan aktiviti yang menyeronokkan dengan menyembunyi mainan kecil kepunyaan si manja anda dan biarkan mereka melihat anda menyembunyikannya di bawah selimut. Si manja akan belajar untuk mencari dan menjumpainya. Pada usia 12 bulan, bayi kecil anda sudah berkemampuan untuk mencari barang tersembunyi. Menyeronokkan bukan?
Gerak dan mainkan jari comel bayi anda. Gabungkannya dengan nyanyian atau percakapan untuk menarik minat si manja.
Cuba lakukan ini kepada bayi anda dan anda akan melihat bayi anda meniru perlakuan anda dan melakukan perkara yang sama.
Tiada apa yang paling diingini oleh bayi comel anda apabila ibu bapanya meluangkan masa bersama. Sebagai ibu bapa, anda pastinya tidak mahu terlepas melihat perkembangan bayi anda sendiri bukan?
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...