Nak didik anak-anak perlulah bermula dari usia mereka kecil lagi. Selain mengajar secara langsung, pelajaran secara tidak langsung seperti pemerhatian dan meniru perbuatan ibu ayah juga menjadi salah satu cara dalam mendidik anak-anak yang masih kecil.
Seperti yang dikongsikan oleh Hanis Zalikha menerusi Instagram anaknya, Yusuf Iskandar yang mencuri tumpuan wargamaya.
Anak lelaki Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen meminta daddynya untuk mengajar dirinya mengambil wuduk.
Dalam perkongsian tersebut, gambar Yusuf yang seakan mahu menunaikan solat pergi kepada daddynya dan bertanya sama ada ayahnya yang juga pelakon Paskal itu boleh mengajarkan dia bagaimana cara untuk mengambil wuduk.
Ads
“Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?”
Perkongsian tersebut mendapat respon dari ramai pengikut Yusuf di Instagram yang mempunyai jumlah seramai 2.8 juta. Usaha Yusuf yang baru berusia 4 tahun untuk belajar mengambil wuduk itu dipuji dan menyentuh perasaan ramai pengikut.
Ads
Ads
Sehingga kini posting tersebut mendapat lebih 120 ribu tanda suka dan lebih dari 400 komen daripada warga maya.
Untuk makluman, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah melangsungkan perkahwinan pada 5 Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sumber: Gempak & IG Yusuf Iskandar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hubungan antara manusia dan haiwan telah lama menjadi simbol kasih sayang, empati, dan keprihatinan. Dalam dunia yang semakin moden dan sibuk, penting untuk kita kembali kepada nilai-nilai murni ini, khususnya dalam membesarkan anak-anak. Menyayangi haiwan bukan sahaja mendidik anak-anak untuk menjadi penyayang, malah turut membantu mereka memahami tanggungjawab dan kehidupan makhluk lain di sekeliling mereka.
Membawa anak-anak ke tempat-tempat rekreasi yang memberi peluang untuk berinteraksi dengan haiwan seperti ladang ternakan atau pusat konservasi boleh menjadi pengalaman yang berharga. Melalui aktiviti seperti memberi makan kambing, menyentuh burung unta, atau hanya memerhati tingkah laku haiwan, kanak-kanak dapat belajar banyak perkara yang tidak terdapat dalam buku teks.
Ini adalah satu bentuk pembelajaran langsung — experiential learning — yang bukan sahaja meningkatkan pengetahuan tetapi turut membina sifat empati dan rasa tanggungjawab.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai minat dan kasih terhadap haiwan dalam diri anak-anak. Galakan daripada ibu bapa untuk menyayangi dan menjaga haiwan dapat membentuk sikap positif dalam diri anak-anak sejak usia muda. Apabila ibu bapa turut sama menyertai aktiviti bersama haiwan, ini menghantar mesej bahawa kasih sayang terhadap makhluk lain adalah nilai yang patut dihargai dan diamalkan.
Konsep menjadi “Animal Ranger” bukan hanya satu aktiviti untuk hiburan, tetapi juga satu pemikiran — bahawa setiap individu boleh menjadi penjaga dan pelindung haiwan. Anak-anak boleh memulakan langkah kecil dengan menjaga haiwan peliharaan di rumah, menyedari pentingnya tidak mencederakan haiwan liar, serta membantu dalam pemulihan haiwan yang tercedera.
Melalui pendekatan ini, mereka bukan sahaja belajar menjadi individu yang bertanggungjawab tetapi juga bakal mencorak dunia yang lebih penyayang dan harmoni.
Menyayangi haiwan bukan sekadar satu hobi — ia adalah nilai asas dalam membentuk insan yang berperikemanusiaan. Dengan memberikan pendedahan awal kepada anak-anak serta bimbingan berterusan daripada ibu bapa, kita dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja pintar dan berjaya, tetapi juga berjiwa mulia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasihannya anak-anak kita. Kecil-kecil lagi dah rasa stres dan tak suka ke sekolah. Tolong kembalikan zaman kita rasa seronok dan tak sabar nak pergi sekolah sebab suka apa yang cikgu ajar.
Selepas pelantikan Menteri Pendidikan baharu, YB Dr Maszlee Malik yang berikrar akan mengubah sistem pendidikan negara ramai yang tak sabar melihat hasilnya agar ia lebih selaras dengan keperluan murid-murid sekolah yang betul.
Selama ini bukan sahaja ibu bapa dan murid-murid yang rasa terbeban dengan sistem pendidikan negara tetapi di kalangan guru-guru pun turut merasa stres menghadapi pelbagai bebanan dan kerenah birokrasi.
Surat terbuka ditulis oleh ZF Zamir, bekas seorang guru yang kini bergelar penulis buku meluahkan apa yang dirasakan selama ini sepanjang berkhidmat sebagai pendidik.
Semoga tulisan beliau ini mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pelajaran amnya dan Dr Maszlee Malik khususnya agar dapat memperbaiki sistem pendidikan yang semakin membebankan murid sehingga ada kanak-kanak sekecil 7 tahun jadi tak suka dan menangis setiap kali hendak ke sekolah.
“Mir, agak-agak Dr Maszlee akan ubah tak silibus melampau aras tinggi untuk anak di sekolah? Plus agak-agak dia tau tak perangai Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) & Lembaga Peperiksaan yang tak seiring sejalan? Plus dia tau tak pegawai kat MOE selalu kondem Cikgu saja tanpa mahu mendengar keperluan sebenar murid-murid kat sekolah?
Aku tengok soalan Tahun 1 exam tadi, ada anak menangis tak boleh jawab, aku rasa down sebab aku tengok soalan memang susah, format sama macam tahun 6, cuma direndahkan aras dan dikurangkan panjang petikan.
Aku tak faham kenapa dari Tahun 1 sibuk nak ikut format ni? Zaman kita dulu jawab soalan Bahasa Melayu darjah 1 seronok je mewarna, suai, isi tempat kosong, sambung ayat. Ini dah jawab petikan. Cuba tengok buku teks dan buku aktiviti tahun 1 – tahun 3, tinggi aras soalan, anak baru terkial-terkial nak baca dan eja, dah suruh faham petikan dan jawab soalan pemahaman.
Ada anak memang boleh buat, ramai pun. Cikgu nak ajar memang seksalah, tapi Cikgu biasanya okay je, akan cari jalan. Tapi kalau begitulah bentuknya dari tahun 1 hingga ke tahun 6, ya Allah betapa bosannya.
Kalau cakap kat MOE, kat BPK, ingat diorang nak terima ke? Balik-balik Cikgu juga yang salah, sebab dia cakap cikgu juga yg gubal silibus. Cuma yang kita tak tahu, Cikgu yang macam mana yang diorang ambil ni? Background macam mana? Jelas tak konsep perkembangan kanak-kanak?
Aku tak tau nak cakap kat sapa, aku down sangat tengok budak stress jawab soalan. Tahun 1 kot, panjang lagi perjalanan hidup dia.
Ni Whatsapp aku dapat pagi tadi daripada seorang teman. Aku tak pasti apa Dr Maszlee akan jawab, tapi aku rasa yang penting dia perlu dapat informasi yang betul.
Iaitu dari orang yang melaksanakan di bawah. Bukan dari orang atas yang selama ni dalam semua laporan tak tulis satu pun keburukan MOE ni sebab nak puaskan hati orang atas.
Untuk ubah mindset birokrat termasuk Ketua Jabatan di setiap lapisan tu satu hal. Untuk belajar turun dan terima realiti – supaya perubahan boleh dilaksanakan tu satu hal lain.
Aku cuma jawab ke Cikgu atas ni aku tak boleh janji apa. Tapi aku boleh cuba sampaikan. Dan minta doa semua. Terutama untuk Dr Maszlee yang akan angkat sumpah sekejap lagi jam 5.30 petang. Supaya kita semua boleh bekerja sama-sama untuk buat perubahan ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa yang terlalu kerap melarang anak dengan perkataan jangan dan tak boleh, anak akan membesar dengan tiada keyakinan diri dan penakut.
Sebenarnya melarang anak termasuk dalam salah satu cara mendidik anak yang harus di pelajari oleh ibu bapa. Nampak macam mudah tetapi jika tersalah langkah akan membuatkan anak jadi seorang yang tiada keyakinan diri.
Dalam melarang anak, ibu bapa sering menggunakan perkataan “Jangan” dan “Tak Boleh”. Dua perkataan ini akan keluar secara automatik dari mulut ibu bapa apabila ingin menghalang anak daripada melakukan sebarang perkara. Mengapa sedemikian?
Jika diikutkan banyak cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa selain mengulangi perkataan jangan atau tidak. Kreativiti ibu bapa dalam mendidik anak tidak terhad. Apa sahaja pendekatan yang boleh membantu dan mendidik anak dikira satu bonus dalam sebuah keluarga.
Berikut antara pendekatan yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menghalang dari penggunaan perkataan jangan atau tak boleh.
Dengan penggunaan bahasa yang lebih lembut, anak akan rasa selesa dan tidak memberontak apabila keinginannya dihalang. Mungkin anak akan jadi seorang yang lebih sabar.
Kesimpulannya, dalam mendidik anak ibu bapa harus tahu memainkan peranan. Apabila kita mampu mengawal perasaan, secara tidak langsung anak-anak akan hormat dan memahami prinsip ibu bapanya sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.