Dalam satu hantaran menyentuh hati di media sosial, Datin Paduka Marina Mahathir meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, masih kekal sihat dan aktif meskipun kini telah mencecah usia 100 tahun.

Sebagai anak sulung kepada negarawan ulung itu, Marina turut mengenang detik-detik mencemaskan pada tahun 2007 apabila Tun Mahathir terpaksa menjalani dua pembedahan jantung dalam tempoh dua minggu. Ketika itu, mereka sekeluarga tidak menyangka beliau mampu terus hidup sihat hingga hari ini kerana proses pemulihan yang sangat mencabar.

Negarawan tersebut berjaya pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan izin serta rahmat ALLAH SWT, ujarnya penuh syukur.

“Daddy Kami Masih Kuat & Aktif Pada Usia 100 Tahun” – Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

Penghargaan Buat Wira di Sebalik Tabir

Mengimbau pengalaman itu, Marina tidak lupa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan profesional perubatan yang telah berbakti menyelamatkan nyawa ayahnya — dari pakar bedah dan pakar bius, jururawat, ahli fisioterapi, pakar pemakanan sehinggalah seluruh warga Institut Jantung Negara (IJN).

Ads

“Kami hanya mampu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka semua,” ujarnya penuh hormat.

Tanda-Tanda Usia Tapi Semangat Masih Teguh

Walaupun sudah berusia satu abad, Marina mendedahkan tanda-tanda penuaan ayahnya sangat minimal — cuma tangan yang kelihatan urat jelas di bawah kulit menipis, sedikit pelupa dan kurang mendengar. Namun dari segi fizikal dan mental, Tun Mahathir masih mampu menjalani kehidupan aktif.

“Adalah sangat mudah untuk berasa leka apabila mempunyai seorang ayah yang sudah berusia 100 tahun tetapi masih sihat dan aktif,” katanya dalam hantaran Facebook pada Khamis.

“Daddy Kami Masih Kuat & Aktif Pada Usia 100 Tahun” – Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

Nilai Keluarga: Daddy, Tok Det & Nyang

Dalam nada penuh kasih sayang, Marina berkongsi betapa berertinya saat-saat yang masih dapat diluangkan bersama bapa tersayang. Tun Mahathir bukan sahaja digelar Daddy, tetapi juga disapa Tok Det dan Nyang oleh cucu serta cicit yang amat menyayanginya.

Ads

“Kami masih boleh berbual, ketawa, bermain dan berpelukan dengan beliau. Beliau juga masih ditemani insan kesayangannya, iaitu ibu kami, di sisinya.”

Doa Anak & Keluarga: Sedia Hadapi Hakikat, Syukur Masih Bersama

Sebagai seorang anak, Marina akui mereka sekeluarga tidak menafikan hakikat bahawa masa itu akan tiba jua. Namun buat masa ini, setiap detik yang ada amat dihargai.

Ads

“Kami tetap perlu bersedia menghadapi hakikat yang tidak dapat dielakkan, kerana kami tahu suatu hari nanti ia akan tiba. Kami berdoa agar ALLAH melapangkan segalanya.”

“Daddy Kami Masih Kuat & Aktif Pada Usia 100 Tahun” – Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

Ucapan Penuh Kasih dari Seorang Anak

Akhirnya, dengan penuh kasih dan pengharapan, Marina mengakhiri catatannya dengan ucapan hari lahir yang menyentuh jiwa:

“Selamat hari lahir Daddy! Semoga sentiasa sihat dan bertenaga seperti sekarang. Kami sangat-sangat menyayangi Daddy.”

“Daddy Kami Masih Kuat & Aktif Pada Usia 100 Tahun” – Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

Jadi kita mengambil ringan kasih sayang dan kehadiran ibu bapa dalam hidup kita. Selagi masih diberi peluang, hargailah mereka, peluklah mereka dan luangkan masa bersama. Semoga keluarga kita semua terus dalam rahmat dan kesihatan yang baik, insya-Allah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads