Dadih Susu Cair Di Mulut Guna Dua Bahan Saja. Confirm Sedap & Pilihan Seisi Keluarga

Share

Dadih pencuci mulut paling mudah dan cepat disediakan. Hanya guna dua bahan utama iaitu susu dan agar-agar, pastinya dadih akan menjadi menu kesukaan anak-anak. Bukan sahaja kanak-kanak yang suka, orang dewasa pun akan menggemarinya kerana rasanya yang mengamit kenangan masa kecil.

Teksturnya yang lembut dan mudah cair dalam mulut ini mungkin boleh dijadikan salah satu juadah berbuka puasa lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas.

Resepi yang dikongsikan oleh Afieyza Isahak ini hanya dengan menggunakan susu full cream. Confirm sedap!

Dadih Susu full cream

Sungguh, sangat-sangat sedap! Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikkan dia itu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!

Okey, Cik Fieyza salin resepi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! Kredit resepi untuk Puan Niswah Hasina.

Bahan-bahan

1 liter susu kotak (Ducth Lady Full Cream Milk)
Agar-agar tali 20 gram. Guna 1/3 saja.
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar

Cara-cara

1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.

2. Kemudian, masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa anda. Cukup sampai naik wap dan boleh tutup api.

3. Biarkan sejuk sedikit, kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

4. Siap!

Sumber: Novelis Afieyza Isahak

IKLAN