Siapa yang tidak kenal dengan pelakon berbakat besar, Uqasha Senrose  wajahnya sering menghiasi drama-drama popular tanah air, dan lakonannya sentiasa meninggalkan kesan di hati penonton.

Namun di sebalik senyuman di depan kamera, tersimpan sisi kehidupan yang penuh pengorbanan dan keletihan yang hanya seorang ibu akan faham.

Baru-baru ini, Uqasha meraih perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya dan anak sulung, Hawra Uqaira, kini dalam keadaan tidak sihat. Dalam satu perkongsian di media sosial, Uqasha mengaku sudah tiga hari tidak dapat tidur lena kerana menjaga anaknya yang mengalami batuk berpanjangan.

“Dah 4 Hari Ibu Tak Tidur… “ Anak Sakit Luahan Uqasha Senrose Buat Ramai Ibu Tersentuh

“Sudah empat kali ulang-alik ke klinik. Tidak mengapa, ibu akan berjaga untuk awak. Anak ibu kuat, jadi ibu pun kena kuat untuk jaga kamu,” tulisnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Lebih menyayat hati, situasi itu berlaku ketika dirinya sendiri sedang demam dan tidak sihat. Namun, demi kasih dan tanggungjawab seorang ibu, dia tetap gagahkan diri menjaga Qaira sepanjang malam tanpa tidur.

Ads

Menurut Uqasha, biarpun penat dan lemah, rasa lega jelas terpancar apabila doktor akhirnya memberikan ubat dan rawatan buat si kecil. Dalam pada itu, dia sempat meluahkan rasa syukur kerana dapat berehat seketika walaupun hanya untuk tiga jam sebelum perlu kembali bekerja.

“Sudah buat ujian saringan dan beri ubat kepada Qaira. Sekarang ibu boleh tidur sekejap, sudah pun pukul lima pagi.

“Sebentar lagi pukul tujuh pagi ibu kena bangun semula untuk pergi kerja. Kita tidur sama-sama sekejap ya, ibu nak Qaira cepat sembuh, supaya kita berdua boleh rehat dengan cukup,” katanya.

“Dah 4 Hari Ibu Tak Tidur… “ Anak Sakit Luahan Uqasha Senrose Buat Ramai Ibu Tersentuh “Dah 4 Hari Ibu Tak Tidur… “ Anak Sakit Luahan Uqasha Senrose Buat Ramai Ibu Tersentuh

Ads

Begitulah realiti yang sering dilalui oleh ramai ibu di luar sana  tidak kira siapa mereka, bila anak sakit, semuanya ditolak tepi. Kerjaya, tidur, rehat, malah kesihatan sendiri pun sanggup dikorbankan demi memastikan anak kembali sihat.

Isteri kepada pelakon Kamal Adli ini turut menyifatkan apa yang dilaluinya kini sebagai sebahagian daripada pengorbanan seorang ibu.

“Sama seperti waktu Qaira baru dilahirkan, ibu akan terus kuat demi kamu,” tambahnya lagi.

“Dah 4 Hari Ibu Tak Tidur… “ Anak Sakit Luahan Uqasha Senrose Buat Ramai Ibu Tersentuh

Ads

Kata-kata itu bukan sekadar luahan, tapi cerminan kasih seorang ibu yang tidak pernah bertepi.

Ramai ibu pasti dapat rasa  betapa peritnya berjaga malam, mendengar anak batuk tanpa henti, sambil menahan tubuh sendiri yang sedang tidak sihat.
Namun bila lihat anak tenang tidur walau sekejap, semua rasa penat seakan hilang.

Buat para ibu di luar sana, kisah ini jadi satu peringatan dan penguat semangat.
Kadang, kita terlalu keras pada diri sendiri untuk jadi ‘ibu sempurna’, sedangkan anak hanya perlukan ibu yang hadir, walaupun dalam keadaan penat.

Jadi bila rasa lelah, ingatlah  kasih dan pengorbanan seorang ibu itu tak pernah sia-sia.
Kerana pada akhirnya, anaklah bukti cinta yang paling tulus.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan Hawra Uqaira pada April tahun lalu.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads