Pelakon, Elfira Loy, 29, kongsikan gambar bersama anak-anak menyambut hari raya di kediaman ibunya. Di dalam posting tersebut, dia menyatakan bahawa putera lelakinya iaitu Muhamad Rayyan Khalaf dah makin membesar menjadi ‘bigboy’.
Rasanya macam baru sahaja melihat posting Elfira Loy di instagram milik anak sulungnya zaman rambut curl Rayyan waktu kecil. Sungguh cepat masa berlalu! Mesti Elfira rindukan momen bersama cahaya mata pertamanya semasa kecil.
Rata-rata memuji kecomelan dan ketampanan putera sulung Elfira Loy ini. Antara komen netizen yang ditinggalkan:
Ads
Sebelum ini, ada juga netizen yang sampai minta Elfira untuk mempunyai anak lagi disebabkan anak-anaknya terlalu comel. Aduhai, netizen.
Ads
Sumber: Instagram Elfira Loy
Elfira yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata bukan mudah sebenarnya untuk melalui proses kehamilan, bersalin apatah lagi membesarkan anak-anak. Tambahnya lagi, dia belum punya perancangan untuk menambah bilangan cahaya mata.
“Kalau beranak senang macam mesin fotostat, dah lama saya beranak 10 orang,” seloroh Elfira. -KOSMO
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga sering berkongsi mengenai kesihatan cahaya matanya. Ramai yang mendoakan agar cahaya mata kesayangan Elfira sering diberikan kesihatan yang berpanjangan dan membesar dengan sihat.
Elfira Loy dan suami, Faris Khairol telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Januari 2019 di Cyberjaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan hanya wanita yang akan naik berat badan selepas berkahwin, tetapi juga para suami! Ya, betul. Isteri biasanya akan naik berat badan kerana faktor mengandung (kebanyakannya), tetapi suami semakin ‘membesar’ kerana beberapa faktor yang tanpa disedari membuatkan berat badan seseorang lelaki itu naik.
Jawapan klise yang diterima biasanya selepas berkahwin semakin bahagia. Sebab itulah badan bertambah gemuk? Betul ke bahagia ni bang? Ada beberapa faktor lain yang menyebabkan suami naik berat badan secara mendadak, perut pun makin ke depan selepas berkahwin.
Sebetulnya, memang pasangan yang berkahwin akan melalui fasa bahagia dalam kehidupan mereka. Sebuah kajian yang diajalankan pada tahun 2013 oleh sekumpulan penyelidik dari Southern Methodist University di Dallas, Amerika Syarikat selama empat tahun dengan mengumpulkan data daripada 169 responden yang sudah berumah tangga.
Purata usia suami adalah 25 tahun dan isteri 23 tahun. Data dikumpulkan sebanyak lapan kali dan soalan yang ditanyakan kepada responden semuanya berkaitan perkahwinan. Dalam kajian itu, berat kedua-dua pasangan juga direkodkan. Kebanyakan responden yang bahagia dalam perkahwinan mereka kerana beberapa faktor yang lebih kurang sama.
1. TAK PERLU PASANG BADAN
Lelaki yang sudah berkahwin biasanya tidak mahu menjaga badan secara obses lagi kerana memegang prinsip terimalah pasangan seadanya. Apatah lagi isteri tetap sayang walaupun perut mulai buncit membuatkan suami merasa bahagia dan tidak tertekan untuk menjaga penampilan secara keterlaluan.
2. MAKAN BERTEMAN
Lelaki yang sudah berumah tangga dan mendapat isteri yang suka memasak, memang payah! Confirm akan naik berat badan. Takkan nak tolak bila isteri ajak makan kan? Sedap pula tu. Tambahan pula, apabila sudah berkahwin semakin banyak explore tempat makan baharu dengan isteri, jadi sama-sama ‘naik badan’.
3. LAYAN MOVIE DEPAN TV
Apa kaitannya? Bila menonton televisyen di rumah, sudah tentulah isteri akan sediakan snek untuk dimakan sepanjang tontonan filem. Takkan makan salad kan? Paling tidak, bertih jagung atau sandwich kan. Tabiat menonton televisyen sambil bermalasan ini membuatkan suami naik berat badan dalam diam.
4. MAKIN BANYAK TIDUR
Terlalu letih dengan perubahan hidup selepas berumah tangga akan membuatkan tubuh menjadi stres. Apabila sudah berkahwin, ada pula isteri menemani di sebelah akan membuatkan suami tidur lebih nyenyak dan tidur pun lebih berkualiti. Ada juga sesetengah lelaki yang mungkin masih tidak selesa tidur berkongsi katil akan mengalami gangguan tidur dan menyebabkan berat badan naik kerana kurang rehat.
5. KENA HABISKAN MAKANAN ISTERI
Wanita ada tabiat suka merasa makanan tetapi sukar untuk menghabiskannya. Ini menjadikan suami mangsa untuk menghabiskannya. Sebab itulah suami yang akan mengalami peningkatan berat badan. Selera isteri pula pelbagai, sekejap makanan kampung. Esok nak makan western pula!
6. TANGGUNG JAWAB MAKIN BESAR
Semasa bujang, seleuruh perhatian boleh diberikan kepada dirinya sahaja. Tetapi selepas berkahwin dan mempunyai anak, perhatian akan beralih sepenuhnya terhadap keluarga. Tidak mempunyai masa untuk diri sendiri menjadikan suami mudah letih dan tertekan sekaligus meningkatkan selera makan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang pelajar Fakulti Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi kebanggaan kita apabila diberi kepercayaan menjadi imam solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre, Auckland, New Zealand.
Anak muda, Muhammad Hanif Zakaria, 24, mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih untuk menjadi imam di sana selepas lulus temuduga pemilihan menyertai Program Mobiliti Antarabangsa.
“Terkejut juga tetapi saya sangat bersyukur kerana ini peluang keemasan, sekali seumur hidup.
“Saya telah memulakan tugas sebagai imam tarawih bermula 2 lalu hingga 26 Mac ini,” katanya pada Rabu.
Ujar Hanif lagi yang mengikuti pengajian dalam program Qiraat, dia menyifatkan pemilihannya sebagai satu kejutan kerana persaingan yang sengit dalam sesi temuduga.
Bertugas di negara asing bukan sesuatu yang mudah malah kata Hanif lagi dia perlu memastikan hafazannya lancar bagi memimpin solat dengan sempurna.
“Menariknya, ini merupakan pengalaman pertama saya di pentas antarabangsa, menjadikan tanggungjawab ini lebih mencabar namun penuh dengan pelajaran berharga,” katanya.
Selain memimpin solat, Muhammad Hanif turut mengajar al-Quran kepada jemaah setempat menjadikan pengalamannya di bumi Auckland lebih bermakna.
Sebagai wakil pertama USIM yang berkhidmat di New Zealand, Hanif juga berharap penglibatannya menjadi pembuka jalan kepada pelajar lain pada masa akan datang.
Seorang wanita muda berusia 20 tahun dari Sakon Nakhon, Thailand, melalui detik hitam dalam hidupnya selepas bersalin secara pembedahan caesarean pada 10 Mei lalu. Bukannya bahagia menyambut kelahiran anak, dia sebaliknya diuji dengan kesakitan berbulan-bulan akibat kecuaian perubatan apabila sekeping kain kasa tertinggal di dalam rahimnya.
Menurut laporan Sinar Harian, Pada mulanya, wanita ini menyangka sakit perut yang dialaminya hanyalah proses pemulihan biasa. Namun, selepas sebulan bersalin, sakitnya semakin parah. Lebih mengejutkan apabila cebisan kain kasa berbau busuk mula keluar dari bahagian sulitnya.
Bimbang akan keadaannya, dia segera mendapatkan rawatan di hospital lain. Doktor yang merawat berjaya mengeluarkan kain berkenaan dan merakam gambar sebagai bukti. Wanita ini terpaksa ditahan selama 10 hari untuk rawatan antibiotik intensif.
Walaupun kain kasa itu sudah dikeluarkan, derita tidak berakhir. Dia terus mengalami sakit perut berulang dan akhirnya dimaklumkan menghidap jangkitan kronik yang memerlukan rawatan berterusan.
Lebih menyedihkan, kehidupannya berubah sepenuhnya. Bukan sahaja kehilangan pekerjaan dan terpaksa berhutang untuk menampung kos hospital, malah dia tidak dapat menyusukan anak yang baru lahir. Suaminya pula meninggalkannya kerana tidak tahan dengan bau busuk akibat jangkitan.
Wanita ini hanya menerima pampasan awal sebanyak 90,000 baht (RM11,700) daripada Pejabat Kesihatan Wilayah. Namun, jumlah itu terlalu kecil berbanding penderitaan yang ditanggung. Kini, dia menuntut pampasan 500,000 baht (RM65,000) untuk menampung kos rawatan serta membina semula kehidupan.
Kes ini mengingatkan kita betapa pentingnya ibu selepas bersalin memantau kesihatan diri sendiri. Jika ada tanda-tanda luar biasa seperti sakit perut berpanjangan, lelehan berbau busuk atau demam tidak kebah, segera dapatkan rawatan lanjut. Jangan sekali-kali anggap ia normal.
Setiap ibu berhak mendapat rawatan selamat dan berkualiti selepas melahirkan anak. Semoga kisah pilu ini membuka mata banyak pihak agar lebih berhati-hati, dan menjadi kekuatan buat ibu-ibu lain untuk lebih peka terhadap kesihatan diri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.