Selepas selamat melahirkan puteri sulungnya, Aishah Al-Iman pada 8 Julai lalu, penyanyi, Wany Hasrita tampil mendedahkan wajah comel kesayangannya itu kepada umum.
Aishah yang kini sudah pun berusia empat bulan dilihat cukup comel, seperti wajah ibu dan ayahnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Wany di Insta Storynya, Wany memberitahu dia pertama kali membawa Aishah menaiki kapal terbang untuk pulang ke Kuching, Sarawak.
Ads
“Semalam saya balik Kuching, berdua saja dengan Aishah naik flight. Masyallah, Alhamdulillah Allah mudahkan, memang mencabar. Aishah merengek sikit. Sekarang ini dia tengah testing vokal.
“Terus go high pitch. Alhamdulillah walaupun sangat mencabar tapi Allah mudahkan. Alhamdulillah orang sebelah pun sangat membantu, krew penerbangan pun banyak membantu,” kongsi Wany lagi.
Ads
Tambah Wany lagi dia lega kerana urusannya membawa Aishah dipermudahkan namun kini kembali cemas untuk membawa Aishah pulang ke Kuala Lumpur pula. Namun tetap mendoakan yang baik-baik buatnya dan Aishah.
“Kita ni dah la jenis cepat nervous. Alhamdulillah Aishah kita dah sampai Kuching. Sekarang ibu nervous pula nak bawa Aishah balik KL,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, Wany Hasrita selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Aishah Al-Iman pada 8 Julai lalu.
Kulit bayi sangat lembut dan sensitif, membuatkan mereka lebih mudah mengalami keradangan dan reaksi terhadap perubahan persekitaran, kelembapan, haba, bahan kimia atau alahan.
Ramai ibu bapa baru panik apabila melihat kulit bayi tiba-tiba menjadi merah, berbintik atau melecet. Tetapi jangan risau – kebanyakan ruam yang dialami bayi adalah biasa dan tidak berbahaya, asalkan dikenali dengan tepat dan dirawat dengan cara yang sesuai.
Dalam artikel ini, kami kongsikan jenis-jenis ruam yang paling lazim berlaku kepada bayi, punca berlakunya, tanda-tanda yang perlu diberi perhatian, serta langkah-langkah rawatan dan pencegahan. Dengan pengetahuan ini, anda boleh lebih yakin menangani situasi dan memberikan yang terbaik buat si manja.
Ruam lampin berlaku apabila kulit bayi terdedah terlalu lama kepada kelembapan dari air kencing atau najis. Ia juga boleh berpunca daripada geseran lampin atau reaksi terhadap bahan kimia dalam sabun dan tisu basah.
Tanda-tanda:
Kemerahan pada kawasan punggung, kemaluan, dan peha dalam
Kulit kelihatan pedih dan melecet
Bayi menangis atau meragam ketika disentuh di kawasan tersebut
Rawatan & Pencegahan:
Tukar lampin setiap 2–3 jam atau sebaik sahaja bayi membuang air
Cuci kawasan kemaluan dengan air suam, bukan tisu basah beralkohol
Sapukan krim pelindung seperti zink oksida selepas setiap tukar lampin
Biarkan bayi bebas lampin selama beberapa minit setiap hari untuk pengudaraan
Ruam panas berlaku apabila liang peluh tersumbat, menyebabkan peluh terperangkap di bawah kulit. Ia sering terjadi dalam cuaca panas dan lembap, atau apabila bayi berpakaian terlalu tebal.
Tanda-tanda:
Bintik-bintik kecil merah atau jerawat halus
Sering muncul di leher, belakang, dada, bawah lengan atau lipatan paha
Boleh menyebabkan kegatalan dan rasa pedih
Rawatan & Pencegahan:
Elakkan memakaikan bayi pakaian terlalu tebal atau berlapis-lapis
Pastikan bilik bayi sejuk dan berpengudaraan baik
Mandikan bayi dengan air suam tanpa sabun berharuman
Gunakan kain kapas lembut dan elakkan bedak talkum
Ekzema adalah keadaan kulit kering dan meradang, dan boleh berlaku disebabkan faktor keturunan atau persekitaran. Ruam susu pula berlaku apabila sisa susu tertinggal pada kulit selepas menyusu.
Tanda-tanda:
Kulit kering, merah dan bersisik – terutamanya di pipi, dagu, dan lipatan kulit
Kadangkala gatal dan menyebabkan bayi menggosok wajah
Mungkin menjadi semakin teruk jika kulit terlalu kering
Rawatan & Pencegahan:
Gunakan pelembap (emollient) khas untuk bayi yang bebas pewangi
Bersihkan sisa susu dari wajah bayi selepas menyusu
Elakkan sabun, losyen atau pencuci pakaian yang mengandungi bahan kimia keras
Rujuk doktor jika ruam tidak sembuh atau makin merebak
Walaupun kebanyakan ruam tidak serius, anda perlu segera berjumpa doktor jika:
Ruam disertai demam, muntah, atau lesu
Ada nanah, luka terbuka atau tanda jangkitan
Bayi menunjukkan tanda alergi serius seperti bengkak muka atau susah bernafas
Ruam tidak hilang selepas seminggu walaupun dirawat
Ruam memang perkara biasa dalam tahun-tahun awal kehidupan bayi, tetapi dengan penjagaan kulit yang lembut dan perhatian ibu bapa, kebanyakan ruam boleh sembuh sendiri. Ketahui jenis ruam, punca dan rawatannya – dan anda sudah pun memberikan perlindungan terbaik buat si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang menyambut baik inisiatif kerajaan untuk suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga turut dilihat membawa anak bongsunya, Raif mendapatkan dos pertama di World Trade Centre (WTC) semalam.
Menerusi perkongsian video yang tular dan dirakam sendiri oleh Khairy, Raif yang berusia 6 tahun itu dilihat tenang sahaja menerima suntikan vaksin sambil tangannya dipegang ibu, Nori Abdullah.
Dalam video tersebut juga Khairy turut berseloroh dengan mengatakan “ Tengok doktor betul-betul, bukan cucuk angin kan?,” katanya.
KJ dalam masa yang sama memberi kata-kata semangat buat anak bongsunya itu.
Dalam video yang turut dikongsi di akaun Instagram JKJAVMY, KJ turut bertanyakan Raif akan keadaannya selepas divaksin.
Sementara itu, KJ juga turut berkongsi perkara itu di Twitter selepas anaknya selesai divaksinasi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids)
“Alhamdullilah selesai vaksinasi dos pertama anak bongsu saya Raif di wtcklofficial.
“Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19. Daftar anak anda untuk PICKids,” tulisnya menerusi satu ciapan yang disertakan dua gambar Raif.
Sebelum ini, Khairy mengesahkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya itu.
Mama papa yang belum mendaftar lagi, jangan lupa untuk daftarkan anak-anak dibawah jagaan anda untuk PICKids ini ya. Kita sama-sama berusaha agar kesihatan dan keselamatan anak-anak terjamin selain dapat memutuskan rantaian virus Covid-19 ini.
Kredit: JKJAV, KJ
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalan penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia tidak juga susah! Asalkan anda tahu teknik yang betul, amalan ini dapat dilaksanakan dengan tenang dan dan lancar.
Bagi anda yang berazam mahu menyusukan bayi dengan susu ibu sehingga umurnya dua tahun, berikut adalah panduan penting yang perlu diambil peduli. Kalau nak berjaya lengkapkan penyusuan susu ibu, tip ini anda kena buat ya.
Sepanjang tempoh dua tahun ini, pasti akan ada cabaran-cabaran yang perlu ditempuh sehingga boleh menyebabkan anda jadi putus asa. Sistem sokongan di sekeliling anda banyak mempengaruhi kejayaan penyusuan susu ibu. Diri anda sendiri perlu siap secukupnya daripada sudut mental dan fizikal. Oleh itu, kena ada tekad dan kekalkan semangat.
Anda dan suami perlu merancang dari awal. Sejak sebelum kelahiran bayi. Tanamkan niat hanya mahu susukan bayi dengan susu ibu sebaik sahaja dia dilahirkan dan diteruskan sehingga umurnya dua tahun.
Kalau sudah pasang niat tetapi tidak tahu cara-caranya, susah juga. Jadi, anda perlu cari dan tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu. Baca artikel-artikel di internet, rujuk di blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan sertai forum penyusuan susu ibu.
Buku dan majalah yang mempunyai informasi tentang penyusuan susu ibu pun perlu dibaca. Bila ada ilmu, sudah pasti anda lebih faham dan yakin apabila berdepan dengan apa-papa pun masalah yang berkaitan.
Apabila tekad menyusukan bayi dengan susu ibu, jangan malu untuk berkongsi niat kepada suami, keluarga dan orang terdekat. Sokongan mereka penting!
Mungkin ada di antara mereka yang tidak begitu memahami tentang konsep penyusuan susu ibu. Tidak mengapa. Anda perlu teguh dengan pendirian dan ilmu yang telah anda kumpulkan. Dalam masa sama, kongsi ilmu yang ada pada anda.
Antara kelengkapan penting yang perlu ada apabila mahu menyusukan bayi ialah pam payudara, pad payudara, bantal menyusu, coli menyusu dan macam-macam lagi.
Apabila kelengkapan ini ada, proses penyusuan akan jadi lebih selesa dan mudah. Barulah seronok menyusukan anak. Walaupun begitu, tidak perlu membazir wang membeli yang bukan-bukan. Utamakan keperluan asas terlebih dahulu.
Semasa mengandung, sentiasalah berdoa semoga Tuhan permudahkan urusan mennyusukan anak. Bagi Muslim, boleh amalkan zikir Ya Matin. Caranya ambil segelas air dan baca Bismillah sama ada tiga, sepuluh atau 100 kali. Kemudian baca zikir Ya Matin 70 kali. Akhiri dengan selawat. Minum air itu dengan niat mahu menyusukan anak.
Selain daripada itu, amalkan juga surah Al-Hujurat. Ia adalah ikhtiar memperbanyakkan susu ibu.
Ibu menyusu perlu menjaga kesihatan fizikal. Jika tidak sihat mahupun badan penat, proses penyusuan akan jadi mencabar. Untuk itu, jaga pemakanan, rehat secukupnya, selalu rasa gembira dan bersikap positif.
Pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Ada baiknya, anda kurangkan ataupun elakkan makanan proses dan tidak berkhasiat.
Setiap hari, anda digalakkan untuk minum lebih kurang tiga liter air di samping mengamalkan makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu ibu.
Tertekan itu perkara biasa. Namun, penting untuk anda mengurus tekanan yang dialami. Jangan terlalu ikutkan hati. Ia boleh ganggu penghasilan susu ibu. Ada baiknya anda bertenang setiap kali berdepan masalah atau apa-apa jua jenis tekanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih. Penemuan mangsa membawa kelegaan kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang mengikuti operasi pencarian sejak hari pertama.