Anak cepat bosan kala mama sediakan menu yang sama sahaja. Bila mama kreatif, anak pun makin berselera kan? Kalau mama tak ada idea, jom ikuti pilihan resepi yang dikongsi sesuai untuk anak berusia 8 bulan ke atas.
Selamat mencuba!
IDEA MAKANAN BAYI 8 BULAN KE ATAS 👶🏻
Semua resepi dalam ni;
❌NO SALT/SUGAR/MSG.
❌Baking Powder untuk setahun ke atas je.
❌MADU untuk setahun ke atas je.
❌MENU SERBUK KOKO untuk setahun ke atas je.
✅Nak rasa manis tambah puri kurma & madu.
✅Nak rasa masin tambah serbuk bilis.
Esok kita semua akan bermula berpuasa. Para ibu kenalah bijak mengatur menu supaya tidak bosan dan boleh memikat selera seluruh keluarga. Anak-anak terutamanya yang baharu nak belajar berpuasa perlulah kita reward dengan hidangan yang menarik dan kena dengan ‘tekak’ mereka.
Salah satu resipi yang boleh dicuba adalah nasi butter ini. Resipi mudah tapi sedap ini dikongsikan oleh Syue Haida yang juga mempunyai anak kecil. Tambahnya lagi, masakan ini sangat digemari anaknya yang berumur setahun lapan bulan.
Ikuti perkongsian resipi ini.
Bahan2 nasi butter:
(Untuk 5org makan) 4cawan beras 4biji bawang putih(ketuk dan potong halus2) 1biji bawang merah (optional) (hiris nipis2) 125g butter Halia (ketuk biar pecah sikit) 1 cawan freshmilk (apa2 brand janji full cream) 1kiub pati ayam Garam
Cara masak : 1-Panaskan kuali masukkan butter tumis bawang putih kalau nk masukkan bawang merah tumiskan skali sampai naik bau. 2-Masukkan halia. 3-Masukkan freshmilk kacaukan sekejap dalam 2minit. 4-Masukkan beras yg dah dibasuh,pastu masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3minit. 5-Alihkan beras ke dlm rice cooker dan masukkan air,sukatan air ditambahkan dgn secawan susu xd. Mcm sy beras 4cawan air 4cawan+1cawan susu ☺️ masukkan sedikit garam dan masak spt biasa (sukatan air bergantung pd jenis beras yg u olls guna la sukat mcm masak nasi biasa la cuma air tu kena + dgn susu skali) sbb dah ada penggunaan susu so kena kurangkan la air ☺️
Bahan ayam goreng ala2 kfc: 10ketul ayam 1cawan tepung bestari original 1cawan tepung bestari spicy (Sy xletak telur xletak tepung2 lain tp camni pon dah mmg sedap) (KALAU ADA ANK BAWAH PADA 3TAHUN MEMANG XMAKAN PEDAS BETTER GUNA TEPUNG ORIGINAL SAHAJA YEE,CAMPURAN TEPUNG NI SESUAI UTK DEWASA SBB AYAM AKAN RASE MACAM AYAM KFC SPICY)
Cara masak: 1-Ambik 5-6 sudu besar campuran tepung xd masukkan dlm ayam gaulkan sekali biarkan sebati perap ayam dgn tepung selama 2jam nk lg sedap perap lame lg ☺️ 2-Dah siap perap panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap xd gaulkan dgn tepung campuran xd salutkan tepung tebal2 dan masukkan dlm kuali. Goreng hingga garing. Goreng dgn api yg sederhana yee.
Bahan2 sup chicken meatball: Leher/kaki ayam potong kecil2 10biji chicken meatball Daun sup 1kiub pati ayam Halia (ketuk) Bawang putih 3cawan air Garam secukupnya
Cara masak: 1-Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam yg dah dipotong kecil2 biarkan sekejap. 2-Masukkan chicken meatball,kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak 3-Masukkan garam dan daun sup ☺️ Siapppp 🥰 boleh dihidangkan.
Semua ibu bapa sememangnya merasa cukup bangga bila anak kecil seusia lima atau enam tahun sudah pandai berpuasa. Namun sedarkah mereka si kecil yang terpaksa mencuba berpuasa seharian itu lemah dan mengalami kesakitan sepanjang hari.
Jangan biarkan anak kecil anda dilanda kesakitan semacam ini. Jangan paksa anak puasa anda tubuh mereka sendiri tidak bersedia. Percayalah sampai waktunya mereka akan berpuasa dengan bimbingan kita tetapi bukan paksaan.
Perkongsian Doktor Khairul Faizie ini banyak benarnya. Anak lemah dan mengadu sakit perut sehingga terpaksa di bawa ke klinik sepatutnya tidak patut berlaku. Kasihankanlah mereka. Kita yang dewasa pun dibolehkan berbuka jika sakit, inikan pula anak-anak kecil kita.
Aku teringat kisah patient aku, Ramadan 2, 3 tahun lepas. Kisahnya si emak datang bawa si anak yang sekolah darjah 4 atau 5 (aku lupa ). Anaknya sakit perut. Anaknya sakit perut sebab berpuasa. Anaknya tak larat nak puasa, penat ke sekolah ( itu alasan anak), tapi si emak tetap paksa anak puasa, sampai budak tu sakit perut ala gastrik, dan datang ke klinik untuk dapat rawatan.
Beginilah.. Aku teringat pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang puasa bagi kanak kanak. Almarhum bagi nasihat yang lebih kurang begini:
“Ramai antara kita yang beria ia menekankan latihan puasa kepada anak anak kecil, which is good as an early exposure.Cuma tak ramai yang menekankan latihan SOLAT.
Ramai yang bangga dan siap beritahu orang anaknya umur 6- 7 tahun berjaya puasa Ramadan penuh sebulan, tapi adakah anak itu disuruh solat? Anak tu penuh tak solat 5 waktu sehari semalam?
Di mana kita nak letak pahala puasa itu, kalau tidak solat? Tak salah latih anak puasa, tapi amat salah kalau tak latih anak solat. Umur 7 tahun dah perlu disuruh solat. Mungkin masa tu buat satu waktu sehari. Umur 8, dah boleh buat 2 waktu sehari, by the time umur 10 tahun, boleh dipukul ( DENGAN HIKMAH) andai anak tidak mahu solat. “
Puasa ni antara syarat WAJIB nya ialah BALIGH. Budak sekolah darjah 4, darjah 5 dah baligh ke? Tak perlu lah nak dipaksa puasa kalau budak tu tak larat. Yang dewasa pun boleh berbuka kalau tak larat / tak sihat, ini kan pulak budak umur 10 tahun.
Jangan risau sangat tentang puasa, risaukan tentang solat.
Datuk Seri Hassan Din berkata juga:
” Kalau anak kita dah biasa dengan solat ( jaga solatnya), maka Insya Allah dia akan jaga puasa nya”
Orang yang solat, amat amat jarang dia tak puasa. Tapi orang yang puasa, belum tentu dia solat.
Dewan penuh sorakan, gelak tawa kanak-kanak dan semangat ibu bapa yang luar biasa, itulah gambaran kemeriahan AKE Olympic with Adam & Ayra 2026 yang...