Dah Bosan Makan Nasi, Cuba Mi Kari Netup Pong Pongg, Memang Power!

Share

Berada lama di rumah pastinya kita sudah mula bosan makan nasi setiap hari. Sesekali jom ubah selera anak-anak pula. Nak masak apa? Mi Kari Netup Pong Pongg ini boleh juga dijadikan pilihan.

Resipinya lain dari yang lain malah senang hendak disediakan. Jom cuba resipi Afy AL Habibi ini. Sedap!


Resepi Mi Kari Netup Pong Pongg nak lalu dah ni. Baca nama resepi pun tak menahan. Maaf kalau gambar banyak. Cikgu suka tunjuk satu-satu langkah masaknya.

Huu tapi cikgu memang tak tipu. Meletup macam mercun malam raya sedap dia set mi kari ni. Warna kuahnya pun cikgu suka. Oren-oren begitu. Lari dari warna merah coklat biasa.

Bahan-bahan:

Sediakan bahan kisar lain;
3 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 ulas bawang putih
1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
Sehiris nipis halia
Dua hiris bulat nipis serai
7 ekor udang kering

Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti*

Bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa :
Telur rebus
Fishball putih (dicelur seketika)
Fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
Tauhu (digoreng)
Kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
Taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
Limau kasturi
Cili merah
Daun sup
Bawang goreng

Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.

Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.

Untuk penyediaan campuran rempah, 3 sudu besar rempah kari, 1/2 sudu kecil serbuk kunyit dan secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah. Masukkan rempah campuran tadi ke dalam periuk.

Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. *cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu. Guna api paling perlahan sahaja. Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.

Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa. Masukkan perasa peringkat pertama;1 keping bulat nisse@gula melaka, 1/3 sudu besar garam dan secubit dua serbuk perisa.

Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak. Kira-kira 7-8 minit.

Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang)

Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak. Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)

Perasakan kuah peringkat kedua. Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.

Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan, tauhu pok (dibelah 4), fishcake dan fishball goreng.

Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!

Menarik: Tak Perlu Beli, Buat Sendiri Portugis Eggs Tart Melting, Resipi Azlina Ina Gerenti Sedap

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN