Dah Bosan Menu Raya Boleh Buat Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Simple

Share

Sambal tempoyak daun kayu memang sangat popular lebih-lebih lagi pada musim durian. Cara penyediaanya pun mudah sangat, hanya menggunakan bahan yang mudah didapati. Jom ikuti resipi ini.


Saya panggil sambal tempoyak daun kayu. Kalo ikut versi sebenar dari N9, banyak guna daun-daun ulaman, diracik halus & dilebur naik kan skali tanpa ditumis. Yang ni versi yg simple je guna apa yang ada dalam peti & keliling rumah. Yang penting mesti ada petai & tempoyak.

Masak pekat-pekat & pedas-pedas. Makan dengan nasi panas, fuhhh terangkat. Tak perlu banyak lauk lain lagi. Gu dengan ikan goreng is the best tapi dalam peti ada ayam je, so boleh juga lah kan. Sedap nya, makan sampi tak ingat org belakang 😅

Edited: Resepi sambal tempoyak daun kayu
1- cili api
2- kunyit hidup (serbuk pun blh)
3- serai
4- sedikit ikan bilis
💢 blend dgn sikit air

1- bawang kecil
2- pucuk ubi
3- daun kunyit
💢 dimayang/hiris halus

1- ikan bilis (digoreng garing atau tak – terpulang)
2- petai
3- santan pekat
4- tempoyak
5- asam keping

Pucuk ubi direbus smpi empuk. Dlm kuali/periuk, masuk minyak sikit & tumis bahan blend & bawang kecil yg dihiris. Bahan tumis dh naik bau, masukkan tempoyak. Tumis lg smpi naik minyak sikit, masukkan santan pekat. Masukkan asam keping, perasa megi, garam & gula. Kuah mendidih, masukkan pucuk ubi, daun kunyit, ikan bilis & petai.

Kredit: Ina Abbas

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN