Anak sulung kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen menarik perhatian ramai bila mana cukup berani ketika dicabut gigi bongsunya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Hanis di Instagramnya itu, Yusof kelihatan tenang malah dipuji cukup berani ketika berdepan situasi sebegitu.
“Dah gigi susu yang ketiga cabut. Setiap kali cabut gigi means my boy is getting bigger.
“Dan setiap kali itulah Mommy sebak terkenang moment dia masih jalan kedek-kedek, perut kedepan, semua sayur makan, tidur nak bawah ketiak (yang ni masih going strong), dan rambut curly wurly.
Ads
“I love you so much son! Thanks Daddynya selamba patahkan gigi tu,” tulis Hanis berkongsi menerusi kapsyennya.
Ads
Tidak hanya keberanian Yusof yang dipuji, bahkan gaya Hairul dengan begitu bersahaja turut mendapat perhatian wargamaya.
Menurut perkongsian Hanis, momen penting sebegini menjadi memori terindah buatnya apabila anak semakin membesar kelak.
Ads
Rata-rata pengikut Hanis turut meninggalkan pelbagai komen tidak kurang yang memuji keberanian Yusof Iskandar.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.
Bawang memang terkenal sebagai bahan masakan yang memberi rasa sedap pada makanan. Tapi, tahukah anda bahawa bawang juga mengandungi Fructooligosaccharides (FOS), sejenis prebiotik yang baik untuk usus?
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad FOS membantu menyuburkan bakteria baik dalam usus, meningkatkan sistem imun, dan menyokong kesihatan pencernaan.
Namun, tak semua orang sesuai makan bawang! Bagi mereka yang ada masalah usus seperti IBS, IBD, atau SIBO, bawang boleh menyebabkan perut kembung, cirit-birit, dan ketidakselesaan.
Jadi, adakah bawang baik atau berbahaya untuk anda? Jom fahami lebih lanjut!
Fructooligosaccharides (FOS) tergolong dalam kumpulan prebiotik.
Ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus manusia.
Bagi orang yang sihat, FOS boleh memberi manfaat sebagai prebiotik.
1.Menyuburkan bakteria baik dalam usus, terutama Bifidobacteria dan Lactobacilli.
2 Meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium dan magnesium.
3 Meningkatkan kesihatan usus dengan menghasilkan asid lemak rantaian pendek (SCFA), yang baik untuk sel-sel usus.
4Meningkatkan sistem imun dengan menguatkan lapisan mukosa usus.
1 Bawang merah & putih
2 Bawang prei (leek)
3Bawang spring
4 Asparagus
5 Pisang (terutama yang belum terlalu masak)
6 Bawang putih
7 Chicory root
8 Artichoke
Namun, bagi individu yang mempunyai masalah usus tertentu, seperti Sindrom Usus Rengsa (IBS), Penyakit Radang Usus (IBD), atau SIBO (Small Intestinal Bacterial Overgrowth), FOS boleh menyebabkan simptom yang lebih teruk.
FOS adalah karbohidrat rantai pendek yang difermentasi secara berlebihan oleh bakteria usus, menghasilkan gas seperti hidrogen dan metana.
Ini boleh menyebabkan perut kembung, cirit-birit, sakit perut, dan ketidakselesaan. Dalam masalah Small Intestinal Bacterial Overgrowth (SIBO), bakteria berlebihan dalam usus kecil boleh memakan FOS dan menghasilkan lebih banyak gas dan toksin, menyebabkan radang dan gangguan penghadaman.
Contoh, bawang adalah sayuran yang tinggi dalam FODMAPs (Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides, and Polyols), yang boleh menyebabkan cirit-birit atau sembelit dalam IBS.
Sesetengah pesakit IBD sensitif kepada serat larut seperti FOS, yang boleh merangsang radang usus dan memburukkan simptom.
Walaupun FOS bermanfaat sebagai prebiotik untuk orang yang sihat, mereka yang mempunyai masalah usus tertentu sebaiknya mengelakkan bawang dan makanan tinggi FOS untuk mengurangkan risiko keradangan dan simptom usus.
1. Mulakan dengan jumlah kecil – Jika tidak biasa, ambil sedikit dahulu untuk mengelakkan kembung atau ketidakselesaan.
2. Gabungkan dengan probiotik – Prebiotik seperti FOS akan membantu bakteria baik (probiotik) berkembang dengan lebih baik.
3. Pastikan cukup serat lain – Jangan hanya bergantung pada FOS, seimbangkan dengan serat larut dan tidak larut.
4. Hindari jika ada simptom negatif – Jika perut kembung atau cirit-birit berlaku, kurangkan atau elakkan sementara.
Kesimpulannya, orang yang sihat boleh mengambil FOS dari sumber semula jadi untuk menyokong kesihatan usus, tetapi dalam jumlah sederhana dan disesuaikan dengan toleransi badan masing-masing
Menjadi isteri dan ibu yang sempurna bukanlah bermakna anda harus mampu melakukan segalanya dalam satu masa. Ingatlah, diri anda juga berharga dan memerlukan rehat. Isteri dan ibu yang bahagia, pasti rumah tangganya juga harmoni. Jangan sesekali ‘tekan’ diri anda untuk menjadi yang sempurna sehingga anda mengalami mental load.
Apa itu mental load? Ia memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan emosi wanita yang bergelar seorang isteri dan ibu. Bahaya mental load ini boleh mempengaruhi perwatakan seseorang.
Melalui penulisannya, Maryam Jamadi bercerita tentang isu ini.
SALAH ISTERI?
Rumah bersepah, salah isteri. Dapur tak berasap, salah isteri. Tak ada zuriat, salah isteri. Anak lewat perkembangan, salah ibunya. Anak ada sindrom, salah ibunya. Anak nakal, salah ibunya. Anak dapat nombor corot di sekolah, salah ibunya. Keluarga tak bahagia, salah isteri.
Berdasarkan banyak penulisan di media sosial, untuk jadi orang perempuan ini kena hebat semua, barulah jadi calon menantu, isteri dan ibu yang terbaik. Kalau tak cukup “tick”, nanti takut tak jadi kahwin atau suami cari ibu lain untuk anak-anak. 🔥
Kerap kali saya mendengar keluahan ibu-ibu yang dah tak mampu nak menampung beban di kepala, fizikal penat tak apa tapi bila “kepala” pun dah penat memang parah. Ditambah lagi dengan kritikan orang sekeliling, lagi parah jadinya. 😥
Saya rasa mungkin dah tiba masanya masyarakat kurangkan expectation yang terlampau tinggi untuk kaum hawa. Bagi yang sudah ada kesedaran, tahniah! Yang mana belum ada kesedaran, mohon baca.
Saya terbaca baru-baru ini berkaitan isu rumah tangga, salah satu kenyataan yang saya tak berapa setuju:
“Jadi orang perempuan ni kenalah pandai mengemas dan pandai masak sebab cuba bayangkan kalau suami demam nak makan bubur, isteri tak pandai buat. Ataupun nanti dekat sekolah kawan-kawan anak kata rindu masakan mak tapi maknya tak pandai masak.”
Cuba terbalikkan situasi, isteri pula demam? Ataupun anak sepanjang hidup tak pernah rasa masakan ayah?
Bagi saya, bukan jadi orang perempuan sahaja perlu pandai memasak dan mengemas. Tapi jadi MANUSIA, kenalah pandai semua skil asas kehidupan tak kiralah perempuan atau lelaki.
Cuma mungkin ada orang bakatnya lebih terserlah pada skil memasak, ada orang lebih pada skil dekorasi rumah dan sebagainya.
Tapi kalau anda seorang isteri yang boleh buat 100% menguruskan urusan rumah, alhamdulillah anda wanita hebat. Tapi janganlah anda “meng-downgrade” wanita lain yang tak mampu.
Pernah tak para isteri mengalami situasi:
1. Pukul 11 pagi, kita nak masak nasi untuk makan tengahari tapi masa kita nak ke dapur ternampak pula bakul baju kotor yang melimpah.
2. Kita pun pergi masak nasi sambil berfikir “lepas ini nak kena basuh baju”.
3. Dah siap masak nasi, nak basuh baju pula tiba-tiba teringat yang lupa nak keluarkan ayam nak masak masih beku.
3. Kita pun minta “tolong” pasangan kita yang tengah main game di hp untuk keluarkan ayam. Pasangan kita kata “kejap,kejap”.
4. Tengah kita angkat bakul baju kotor nak basuh, anak yang sedang belajar bebas diaper pula datang beritahu nak kencing. Kita pun terpaksa tinggalkan bakul baju kotor sebab nak kena berlari bawa anak ke tandas takut “tercicir”.
5. Sambil pantau dan tunggu anak habis membuang, mata kita melilau tengok keadaan tandas yang dah mula berlendir semula walaupun baru cuci 3 hari lepas. Terfikir nak cuci tandas lepas habis makan nanti.
6. Anak pun selesai membuang, kita sambung dengan tugasan basuh baju. Kita nampak pasangan kita masih dengan hp dengan “kejap-kejapnya”, kita pun basuh baju dan keluarkan ayam sendiri.
Pasangan kita pun kata “relakslah nanti saya buat, beritahulah nak buat apa-apa”. Tapi realitinya buat semua sendiri lagi kurang stress daripada minta orang lain buatkan sebab stress di kepala lagi penat dari penat fizikal. 🙆♀️
Cuba bayangkan perkara ini berulang SETIAP HARI? Saya yang menaip ini pun berasap kepala memikirkannya, apatah lagi nak menghadap setiap hari. 🤯
Inilah yang dipanggil “MENTAL LOAD”, keperluan merancang, menguruskan hidup diri sendiri dan hidup orang lain yang bergantung kepada kita. Semakin banyak, semakin berat beban mental yang kita alami.
Bila terlampau banyak “mental load” boleh buat seorang isteri yang lemah lembut bertukar jadi “hijau” di rumah. 🦁
Ada survey di lakukan di Australia (HILDA) pada tahun 2019, yang terbukti ada gap di antara kerja di rumah suami dan isteri:
1. Pasangan yang tiada anak, kedua-duanya bekerja: Isteri melakukan lebih 4 JAM seminggu menguruskan rumah berbanding suami.
2. Pasangan yang mempunyai anak, kedua-duanya bekerja: Isteri melakukan lebih 7 JAM seminggu melakukan kerja rumah dan TAMBAHAN 7 JAM lagi menjaga anak lebih berbanding suami.
3. Memang terbukti yang suami mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian yang sepatutnya memudahkan kaum lelaki dan perempuan, bukannya untuk menyenangkan lelaki dan menyusahkan perempuan.
Maka, saya cadangkan para suami yang berminat untuk kurangkan “mental load” isteri, apa kata tukar daripada anda hanya tanya apa yang perlu dibantu. Apa kata pilih dan melantik diri sendiri untuk menjadi KETUA untuk mengurangkan beban di otak isteri:
BIRO DAPUR BIRO MENGEMAS BIRO BAJU BIRO ANAK BIRO LAMAN RUMAH BIRO SAMPAH BIRO JAGA KERETA
Bila dah pegang antara jawatan di atas, mohon ingatlah perkara-perkara yang perlu dilakukan. Percayalah isteri yang asyik bertukar jadi “hijau” mungkin boleh kembali jadi lemah lembut.
Dalam kes saya, sebelum berkahwin lagi saya dan suami dah bincang tentang kerja-kerja di rumah. Saya tak hebat memasak (selalu masak tak jadi 🤭) tapi suka urus baju, suami tak suka urus baju tapi suka memasak (dan sedap). 😋
Tapi kurang mahir dan tak suka, bila dalam keadaan memerlukan boleh sahaja buat asalkan masing-masing tahu skil asas hidup. Contohnya semasa saya berpantang, suamilah ambil alih bab mengemas dan urus baju walaupun saya Ketua Biro Mengemas. Sama juga bila suami tak ada, saya akan masak masakan mudah untuk saya dan anak walaupun suami Ketua Biro Dapur.
Bila ada pembahagian tugas, secara tak langsung kuranglah beban mental yang kita perlu fikir. Saya tak perlu fikir
Nak beli barang basah apa? 🚗 Barang basah apa dalam peti ais? 🐓 Nanti malam nak masak apa? 🥗 Elok lagi ke ikan dalam peti ais? 🐟
Suami pula tak perlu fikir baju kotor dah penuh bila nak basuh? 🧦 Baju dah kering ke belum? 👕 Tandas dah kotor bila nak sental? 🚽 Anak nak pakai baju apa pergi kenduri? 👗 Dinding kotor macam mana nak bersihkan? 🤔
Dengan kerjasama suami dan isteri, kita tak perlu pun nak korbankan apa-apa. Sama-sama membahagiakan hidup masing-masing.
Ada orang tunjukkan cinta dengan kata-kata manis, ada orang tunjukkan cinta dengan perbuatan. Ada orang tunjukkan cinta dengan kedua-duanya.
Kalau kita rasa boleh urus segala benda di rumah dan penuhi expectation jadi seorang isteri yang sempurna seperti ditonjolkan di dalam drama TV, janganlah kutuk atau hina orang yang tak mampu lepas itu takutkan orang lain “nanti suami cari lain”.
Bila dah namanya tak ada jodoh, kita buatlah macam mana pun tak jadi apa juga. Sekecil-kecil benda pun boleh jadi penyebab.
Samalah kes zuriat, tak dapat anak salah isteri. Tahukah yang nak dapatkan zuriat perlu pastikan tahap kesuburan suami dan isteri, bukan isteri sahaja? 👫
Anak semua perempuan, tak dapat anak lelaki salah isteri. Tahukah yang menentukan jantina anak adalah sperma suami? 👶
Anak ada sindrom, salah genetik isteri. Tahukah yang anak itu adalah gabungan ovum dan sperma yang mengandungi genetik suami dan isteri yang menentukan adalah genetik siapa yang lebih dominan. 🙄
Anak nakal, salah isteri tak pandai jaga anak. Tahukah yang tugas didik anak perlukan kerjasama suami dan isteri?
Cadangan saya, bagi yang merancang untuk berkahwin. Bincanglah juga peranan suami dan isteri dalam rumah tangga supaya masing-masing sedar tanggungjawab dengan harapan tak ada kes salah menyalahkan di masa akan datang. Jangan lupa kenali bakat diri masing-masing juga! 😍
Mana yang handal melipat baju, jadilah Ketua Biro Baju. 👕👖 Mana yang lebih sedap memasak, jadilah Ketua Biro Dapur. 🍳 Mana yang lebih teliti menyental kotoran, jadilah Biro Mengemas. 🌈
Bincanglah “biro” masing-masing sebelum berkahwin supaya beban mental terbahagi sama rata. Kalau tak nak pegang semua jawatan, beritahulah pada pasangan awal-awal supaya pasangan anda boleh bersedia mental dan fizikal. 🏋️♀️
“Berkorbanlah” bersama-sama supaya kesihatan mental kita terjaga, melainkan memang tiada pilihan (PJJ, frontliners, pasangan sambung belajar dll) 💪
Semoga bermanfaat, terima kasih ❤
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berapa pantasnya masa berlalu. Jika dahulu, MUA yang cukup dikenali ramai, MUA Bellaz mengumumkan kehamilan anak keempatnya ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci, kini Bellaz membawa anak keempatnya itu untuk turut sama mengerjakan umrah.
Bellaz dan keluarga yang kini berada di Tanah Suci turut membawa keempat-empat anaknya termasuklah si comel, Nur Aisywara Naelofa yang kini berusia lapan bulan.
Menerusi Instagram dan Tik Toknya, Bellaz turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang berada di sana.
“Alhamdulilah bawak mek Wara ke Tanah suci. Dulu test pregnant naik dua line kat sana. Harini alhamdulilah suami buat suprise bawak anak-anak Bellaz ke sana,” kata Bellaz berkongsi.
Apa yang menarik perhatian pastinya wajah comel Nur Aisywara Naelofa atau mesra di panggil ibunya Baby Wara yang cukup comel tampil bertudung.
Meninjau diruangan komen, anak kecil itu dipuji ramai kerana murah dengan senyuman biarpun dipakaikan tudung. Malah wajah redup Wara turut menjadi perhatian. Memang comel!