Tempias populariti ibunya, apa sahaja yang dilakukan oleh Aafiyah, puteri sulung Dato’ Seri Siti Nurhaliza pastinya menjadi tumpuan semua.
Jika beberapa minggu lalu, Dato Siti berkongsi gelagat Aafiyah yang mencipta lirik sendiri, kali ini Aafiyah buat konsert pula bersama guru pianonya.
Memuat naik dua video comel Aafiyah ketika kelas piano, gelagat Aafiyah yang ceria sambil menyanyi mencuri tumpuan semua.
“Hari ni Aafiyah ada kelas belajar piano, tapi tengok tu dah macam buat konsert pulak dia.
“Tq teacher Illi sabar mengajar Aafiyah,” tulis Tok Ti ringkas di kapsyen.
Melalui perkongsian video yang dikongsikan Dato’ Siti, Aafiyah menyanyikan dua buah lagu iaitu Twinkle Twinkle Little Star dan Burung Kakak Tua diiringi muzik dari guru pianonya.
Gelagat comel Aafiyah yang bersahaja malah turut memberikan ‘mini love’ kepada ibunya ketika sedang menyanyi sememangnya buat semua terhibur. Dengan lenggok tubuh dan kebijaksanaan Aafiyah mengikut rentak lagu sudah semestinya mengikuti bakat seni ibunya.
Ads
Warisi bakat ibu
Rata-rata pengikut Dato’ Siti turut memuji hal yang sama malah cukup terhibur dengan gelagat comel Aafiyah.
“Happy nya dia belajar. Pandai sangat nyanyi ikut tempo. Good job Aafiyah.”
Ads
“Hahaha..Aafiyah kelas vokal ibu, sama macam ibu prektis dulu tuh.”
“Sedap pulak dia nyanyi tu. Kena dengan tune.”
“Mewarisi ibu 😂😂😂 nak buat konsert di IB.”
“Yes..ikut tempo jugak. Untuk usia dia ni she’s a brilliant.”
Terdahulu, gelagat Aafiyah yang mencipta lirik sendiri turut sama mendapat perhatian wargamaya. Comel sungguh Aafiyah buat lirik. Siap ada Ting Ting macam ibu. Comel!
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian berlaku Ahad lalu di rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan, Ampang lebih kurang 10 malam.
Melambung Mangsa Yang Sedang Menangis
Katanya, ketika kejadian suspek berkenaan melambung mangsa yang sedang menangis ketika bermain bersama.
“Susulan kejadian itu, ibu mangsa bersama abangnya yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan itu membawanya ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa Meninggal Dunia
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.57 malam keesokan harinya oleh pihak hospital dan mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Noor Azmi berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat parah di kepala kerana hentakan trauma objek tumpul.
Bapa Mangsa Membuat Laporan Polis
Katanya, bapa mangsa kemudian membuat laporan dan polis menahan lelaki berusia 25 tahun di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kira-kira 1.15 tengah hari semalam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan,” katanya.
Kelapa parut yang kita simpan di dalam peti ais sebenarnya masih elok digunakan jika tahu cara terbaik untuk menyimpannya. Nak buat macam mana?
Perkongsian Ani Zam ini anda kena cuba. Bukan sahaja masih elok digunakan bahkan masih boleh digunakan sehingga tiga bulan lamanya. Kena cuba!
CARA SIMPAN KELAPA PARUT AGAR TAHAN LAMA
Nak kongsi cara simpan kelapa parut agar tahan lama.
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata (fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan)
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus selama 15 minit.
4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik.
5. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
6. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut.
Untuk mendapatkan santan yang pekat, blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat.
Minat dari bertatih, tengok je danish dah boleh tiru gerak silat. Pa&Ma TV dekati pesilat cilik Ahmad Danish Danial, 6 tahun.
Bapa, Salihen Sarbini berkata anak sulungnya itu mula tunjuk minat sejak dari usia setahun. Danish yang mempunyai seorang adik mempunyai minat mendalam dalam seni mempertahankan diri ini. Malah rakaman si kecil ini bersilat juga telah viral dan ditonton sebanyak 1juta!
MINAT SILAT SEJAK KECIL
“Belum pun usianya mencecah setahun telah menunjukkan minat dgn pergerakan seolah-olah pergerakan silat khususnya ketika mendengar muzik gendang & caklempong di majlis silat & kenduri kahwin.
“Pergerakan itu dilakukan walau pun dia masih dalam kerusi sorong bayi (stroller)! Selain itu dia juga sangat gemar menonton rakaman video melalui telefon bimbit, TV dan alat eloktronik yang lain,” kata Salehin. Danish muncul dalam rancangan TV Pa&Ma bertajuk Gilap Bakat Si Kecil.
TENGOK JE DAH BOLEH TIRU
Ketika Danish mula bertatih dan berjalan, Salehin memberitahu yang Danish akan berada di barisan hadapan untuk melihat persembahan atau pertandingan silat.”Selepas menonton, Danish akan melakukan gerakan-gerakan baru. Ini juga membuatkan beberapa rakan yang juga pengamal dan penggerak silat teruja kerana Danish kerana mampu menggabungkan beberapa gerakan silat menjadi 1 gerakan yang tidak janggal (sumbang) walaupun ketika itu usianya masih kecil,” kata Salehin yang juga seorang tenaga pengajar silat.
Melihatkan minat Danish yang mendalam dalam seni persilatan Salehin cuba memupuk minatnya dengan membawanya ia ke sesi latihan Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia dicsekolah dan gelanggang-gelanggang awam berhampiran dengan harapan ia dapat membantu memupuk minat dan menyemai jatidiri Danish selain meningkatkan disiplin melalui wadah silat.
Danish seorang pemalu, dia hanya akan ke gelanggang untuk melihat dan akan melakukan pergerakan silat yang dilihatnya dirumah.
GALAKAN DARIPADA ORANG SEKELILING
Minat Danish juga turut dipupuk oleh ibunya dan juga keluarga. “Saudara mara yang datang ke rumah akan memintanya untuk bersilat walau pun ia hanya bersilat mengikut apa yang diperhatikan tanpa mempelajarinya namun pergerakkannya sangat baik bagi anak-anak seusianya.
“Pada awalnya kami hanya merakam untuk simpanan dan tatapan sendiri. Jadi kami sesekali melalui media sosial, postkn video-video Danish. Sekadar suka-suka. Dan ketika umurnya mencecah 3 tahun semasa majlis perkahwinan adik ipar saya tiba-tiba pula dia mintak untuk buat persembahan silat dan meminta untuk memakai persalinan silat (busana).
RUPANYA PERNAH VIRAL SEBELUM INI
“Itulah pertama kali dia membuat persembhan dihadapan umum. Video itu saya post di Facebook dan menarik perhatian beberapa rakan dan guru silat yang lain. Pada minggu berikutnya kebetulan ade pertandingan silat seni sekolah-sekolah peringkat daerah Gombak di SMK Sg Pusu Gombak. Semasa selingan menunggu keputusan pertandingan secara sepontan pihak ketua pertandingan telah memintanya untuk membuat persembahan dna mendapat sorakan dan tepukan yg gemuruh. Rakaman video dari Cikgu Yusnizam (salah seorg juri pertandingan) telah dimuat naik ke Facebook dan menjadi viral sehingga mendapat tontonan mencecah 1juta lebih dlm masa 4 hari.
Dari situ saya lihat keyakinan durinya semakin meningkat. Dan telah mula menjalani latihan bersama-sama pesilat lain di gelanggang. Dan sehingga kini dia menjalai latihan di kelab tunas pendekar di sebuah sekolah di Selayang.
DANISH LEBIH YAKIN
Kesan positif yang boleh dilihat pada Danish ialah dia mampu meningkatkan keyakinan diri dan kurang segan untuk melakukan persembahan walau pun di kalayak ramai.
“Danish lebih kreatif dan kini kurang gunakan elektronik, game dan gadjet , Dia juga kini sudah mampu menggunakan kedua-dua belah tangan dan kaki. Sebelum ni dia kidal hanya menggunakan tangan kiri untuk mewarna, menulis dan pelbagai aktiviti lain tapi dengan belajar silat dia mampu menguasai kedua-dua belah tangan dan kaki.
“Pencapaian di tadika juga turut meningkat apabila dia semakin aktif bergelanggang dia mendapat tempat yang baik di dalam peperiksaan,” kata Salehin.
Pencapaian Ahmad Danish
1. Juara pertandingan perarakkan hari kemerdekaan 2016 anjuran Majlis Perbandaran Selayang / Adun Taman Templer (PSSGCSM SELANGOR)
2. Naib Juara Pakaian Terbaik (Busana Silat) Jalur Gemilang 2017
3. Juara Solo Putra (Kanak-Kanak) dlm Temasya Silat Seni dan Warisan anjuran PADAT (PERBADANAN ADAT DAN WARISAN NEGERI SELANGOR)
4. JUARA KESELURUHAN BERPASUKAN Temasya Silat Seni dan Aarisan ANJURAN PADAT Negeri Selangor
KENAPA MEMILIH SILAT?
Salehin memberitahu yang dia memilih silat untuk anak sulungnya kerana silat merupakan warisan bangsa yg mampu menyemai jati diri bangsa selain meningkatkan disiplin dalam diri anak-anak.
“Silat satu-satunya seni beladiri lengkap dari segi kerohanian (agama), fizikal, dan jasmani. Dalam jiwa anak-anak ni perlu diisi dgn jatidiri yang tinggi demi agama bangsa dan negara Jika tidak kekosongan itu akan diisi dgn jatidiri bangsa lain dan tidak mustahil akan diisi oleh perkara negatif, ” kata Salehin yang turut mengatakan Danish cenderung ke arah seni lukis dan mewarna.
SUDAH HAFAL SURAH PENDEK
Danish kini lebih bersifat pelindung. Dia sering melindungi adiknya. “Syukur juga kerana Danish lebih rajin mengaji dan solat. Setiap kali hendak memulakan latihan antara adatnya perlu membaca surah Al Fatihah, Al-Ikhlas dan selawat kemudian memohon doa agar selamat sepanjang latihan dari kecederaan, gangguan dan memohon ilmu yang dipelajari diberkati. Jadi selalunya dia kan minta ummi untuk ajarkannya surah-surah tersebut dan alhamdulillah dia sudah mula menghafalnya,” kata Salehin mengakhiri temu ramah dengan Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?