Lain anak, lain ragamnya. Dapat tengok anak-anak makin hari makin bertambah akal dan ragam boleh buatkan ibu bapa tersenyum sendiri. Mana taknya dengan keletah yang melucukan nak marah pun tak jadi.
Lagi satu, jika ibu bapa ada anak yang mempunyai tabiat suka bantal atau kain sebagai peneman, mesti akan tahu penangannya kalau ia terpisah sekejap dengan anak. Ibaratnya seperti kehilangan barang berharga dan boleh buat anak tak lena tidur.
Menyentuh mengenai penangan barang kesayangan anak ini, satu kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu yang tinggal di Sabah melalui akaun TikTok @mia_miyuii menunjukkan tabiat anaknya yang suka sangat dengan buah labu.
Ibaratnya labu adalah peneman setia anak sama ada waktu tidur, masa bermain atau ketika makan dan menonton televisyen. Macam pelik tapi hakikatnya betul.
Apa yang mencuit hati dan menarik perhatian ramai, sebiji labu itu seolah-olah seperti bola yang di bawa ke mana saja. Yang paling lucu masa tidur pun peluk labu seperti memeluk bantal.
Dalam satu video yang dikongsikan, ketika si ibu cuba mengambil labu dari pegangan anak, menangisnya macam kena marah. Bila dihulurkan semula, automatik terus berhenti menangis.
@mia_miyuiiReply to @arisha_shahwan bgun tdur dan masa nak tdur ja dia nangis la kalau d ambil labu tu 😄 sbb kalau mood okey dpt dia ambil balik😂♬ original sound – Mia Yuhaa
Ads
Di ruangan komen, ternyata telatah anak kecil ini membuatkan ramai netizen terhibur. Dalam pada itu, ramai juga yang berasa hairan melihat sebiji labu yang boleh jadi kawan karib kanak-kanak berkenaan.
Rata-rata netizen memberi tanggapan mungkin labu itu bentuknya bulat seperti sebiji bola dan selesa dipeluk atau pun masa ibunya mengandung dulu memang suka makan labu. Macam-macam tanggapan yang diberikan. Apa-apa pun aksi si comel ni sungguh mencuit hati.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asyraf & Tya sambut ulang tahun kedua si comel Arif jiwa di rumah anak yatim, para follower mendoakan keluarga ini dimurahkan rezeki.
Berkongsi kegembiraan dan keceriaan dengan anak-anak yatim adalah tindakan yang baik. Sempena ulang tahun kelahiran si sulung, Asyraf Dato’ Sri Khalid dan Tya Ariffin memilih untuk menyambutnya bersama anak-anak yatim.
Asyraf dalam posting Instagram menyatakan tujuannya ialah untuk mendidik Arif untuk berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yatim. Asyraf bersyukur kerana dimaklumkan oleh prinsipal rumah berkenaan yang anak-anak yatim gembira dan seronok.
Kelahiran adakalanya tidak dapat dijangkakan. Apatah lagi jika sudah ada tanda-tanda awal seperti pendarahan & kontraksi. Pengalaman yang dilalui ibu ini unik dan istimewa apabila melahirkan cahaya matanya di dalam kenderaan di parkir sebuah ibu pejabat polis (IPD).
Ibu muda, Anis Syabila Roslan, 19 tidak sempat tiba di hospital untuk bersalin dan menyebabkan dia terpaksa melahirkan di dalam kereta di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau.
Dia yang selamat melahirkan seorang bayi perempuan dalam kereta di kawasan parkir IPD Arau kira-kira 12 tengah semalam dalam perjalanan bersama dengan ibu mentua dan ibu bapanya dalam perjalanan dari rumah ke hospital pada kira-kira 11.30 pagi.
“Anak lelaki saya sebelum itu telefon beritahu isterinya mengalami pendarahan disamping mengadu berasa sakit hendak bersalin.
“Saya dan besan kemudiannya ke rumah mereka untuk membawa Anis ke hospital,” kata ibu mertua Anis yang dikenali sebagai Toyibah.
Namun keadaan menjadi cemas ketika dalam perjalanan dan sampai di bandar Arau. Menurut Toyibah, besannya yang turut serta telah memaklumkan kepala bayi sudah kelihatan.
“Besan lelaki yang sedang memandu kereta cemas dan gusar melihat keadaan itu. Dia terus membelokkan kereta ke pekarangan IPD dan meminta kebenaran anggota polis untuk Anis bersalin di situ,” katanya.
Menurutnya, anggota polis memberi kebenaran kepada mereka serta turut membantu keluarga berkenaan bagi memudahkan menantunya bersalin. Namun dalam suasana cemas dan kesakitan yang dialami Anis, proses kelahiran terpaksa diteruskan di dalam kereta.
“Pada mulanya anggota polis menawarkan bilik kosong tetapi dengan keadaan Anis yang sedang bertarung nyawa, kami terpaksa biarkannya bersalin dalam kereta.
“Kira-kira 12 tengah hari, Anis selamat melahirkan bayi perempuannya yang disambut sendiri oleh besan,” katanya.
Menurut Toyibah, kira-kira 10 minit selepas kelahiran ambulans tiba dan kemudiannya membawa Anis dan bayinya ke hospital. Dia turut memanjatkan kesyukuran diberikan bantuan ketika saat genting itu.
“Kami bersyukur kerana semuanya selamat dan berterima kasih kepada pihak IPD Arau yang turut membantu menantu bersalin,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan ia pertama kali berlaku di IPD berkenaan.
“Melihatkan keadaan mereka yang darurat, semestinya anggota kami akan membantu sedaya mungkin untuk memudahkan urusan keluarga berkenaan.
“Kami bersyukur tiada komplikasi yang berlaku ketika bayi berkenaan dilahirkan dan adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai dan anggota polis untuk membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.
Coklat ini dikatakan cukup berhantu bagi ‘kanak-kanak’ setiap kali masuk ke kedai atau pasar raya yang meletakkannya di bahagian kaunter hadapan. Walaupun harganya diibaratkan tak masuk akal dengan apa yang dapat, ibu bapa tiada pilihan jika anak mengamuk, menangis dan siap berguling bila kemahuan dihalang.
Disebabkan nak jaga air muka, akhirnya ibu bapa terpaksa juga ikut kemahuan anak dan terpaksa rela membayarnya kan?
Baru-baru ini juga ada ibu bapa yang berkongsi pandangannya dalam Facebook yang menyatakan seelok-eloknya janganlah meletakkan coklat ni di hadapan kaunter bayaran kerana tak semestinya kemahuan anak boleh diikut oleh mak ayah, tambah lagi yang berpendapatan sederhana. Post ini telah viral dan banyak netizen yang menyokong pandangan tersebut.
Ok berbalik kepada isu ini, Public Health Malaysia telah berkongsikan beberapa sebab mengapa coklat ini sebenarnya tak sesuai untuk anak walaupun buat anak gembira.
Mengapakah Coklat Ini Diharamkan di Amerika Syarikat?
Coklat yang cukup popular di kalangan kanak-kanak ini sebenarnya pernah diharamkan penjualan di Amerika Syarikat.
Mengapa?
‘Kinder Surprise’ dihasilkan oleh sebuah pengeluar coklat terkemuka yang berasal dari Itali, Ferraro. Produk popular ini didatangkan dalam bentuk telur dan di dalamnya terdapat 2 bahagian iaitu bahagian coklat di luar dan bahagian mainan di dalam.
Coklat ini diharamkan penjualannya di Amerika kerana ia bertentangan dengan peraturan yang melarang sebarang objek yang “tidak bernutrisi” diletakkan di dalam makanan kecuali jika ia memiliki fungsi yang berguna.
Walaupun ia diharamkan penjualannya di US, coklat tersebut boleh dibeli di negara jiran seperti Canada dan Mexico. Ramai yang cuba menyeludup masuk coklat ini ke US dan akhirnya menerima padah! Sejak 2011, pihak kastam telah berjaya merampas kira kira 60 ribu coklat ini dan pesalah boleh di denda sehingga USD 2500 bagi setiap biji coklat!
Akhirnya pada Mei 2017, coklat ini akhirnya diberi lampu hijau setelah pengeluar coklat bersetuju untuk mengasingkan coklat dan mainan dan ia di pasarkan sebagai “Kinder Joy”.
Risiko Tercekik
Pada 2012, FDA mengeluarkan satu lagi amaran mengenai risiko tercekik dan kematian bagi objek asing yang di letakkan di dalam makanan.
“Amaran- produk ini mengandungi bahagian yang boleh menyebabkan kanak kanak tercekik dan tidak sesuai untuk kanak kanak berusia 3 tahun ke bawah”
Di UK, seorang kanak kanak berusia 3 tahun, Jennifer Ashton, maut akibat tercekit figura Pink Panther yang terdapat di dalam coklat Kinder Joy. Kes yang sama di Perancis, seorang kanak kanak berusia 3 tahun maut akibat tercekik mainan dari coklat tersebut dan telah disahkan maut akibat saluran pernafasan tersumbat.
Susulan dari kes tersebut, 3 keluarga yang telah kematian anak akibat tercekit mainan telah berkempen agar coklat tersebut diharamkan di pasaran EU. Pihak syarikat menyatakan bahawa ia merupakan satu kemalangan yang tidak dapat di duga. Akhirnya, keputusan pihak Kementerian Perdagangan UK berpihak kepada syarikat coklat.
Selain di US, coklat ini juga di haramkan penjualannya di Chile. Ia berikutan satu undang undang khas yang telah digubal pada tahun 2013 yang melarang sebarang bentuk iklan yang menggunakan hadiah seperti mainan untuk sebagai tarikan kepada pembeli khususnya kanak kanak.
Kemudian pada tahun 2016, satu undang-undang Pelabelan Makanan baru memaksa pengeluar makanan untuk memasukkan label memberi AMARAN kepada pengguna mengenai sebarang makanan yang tinggi dalam gula, lemak tepu, sodium, dan kalori.
Mimpi Ngeri Di Kaunter Bayaran
Di Malaysia, coklat ini bagaikan ‘mimpi ngeri’ yang sering menghantui ibu bapa apabila tiba di kaunter bayaran. Baru baru ini telah tular satu status di media sosial yang merayu agar coklat ini tidak di letakkan di kaunter bayaran di pasaraya.
Untuk makluman, bukan sahaja coklat Kinder Joy, segala jenis coklat, minuman ringan dan rokok sememangnya dengan sengaja dipamerkan dan di letakkan berhampiran kaunter bayaran untuk menarik minat pembeli.
Produk-produk ini bukan sahaja merabakkan dompet ibu bapa tetapi apa yang lebih penting adalah memberi kesan buruk kepada kesihatan kanak kanak.
Menyedari akan ancaman ini, atas desakan masyarakat, beberapa pasaraya utama di negara luar seperti Tesco (UK) , Woolworths (Afrika Selatan) telah mengambil keputusan untuk melarang jualan coklat dan makanan tidak sihat di rak kaunter bayaran. Rak rak tersebut telah isi dengan buah buahan dan makanan yang lebih berkhasiat.
Kesimpulan
Artikel ini BUKAN ditulis untuk memboikot produk Kinder Joy tetapi untuk memberi kesedaran kepada masyarkat mengenai 2 isu iaitu;
– Bahaya objek/ mainan yang diletakkan bersama makanan. – Pemasaran produk makanan tidak sihat di kaunter pembayaran
Jika di perhatikan, kesedaran masyarakat luar mengenai kepentingan pemakanan sihat dan selamat telah semakin meningkat. Dengan sokongan dan desakan masyarakat, pelbagai polisi baru di perkenalkan khusus untuk menepis pemasaran produk makanan yang tidak sihat kepada pengguna.
“ala…sendiri yang pilih, tiada siapa paksa untuk makan”
Ya, memang ia merupakan satu pilihan individu untuk makan atau tidak, tetapi pengguna dan masyarakat perlu dilindungi dari pemasaran industri makanan yang sentiasa mempengaruhi masyarakat untuk membuat pilihan makanan yang tidak sihat, kaya lemak, tinggi garam dan gula.