Malang tak berbau, boleh berlaku pada bila-bila masa dan terkena sesiapa saja. Itulah yang berlaku kepada anak lelaki penyanyi Lan Solo iaitu Mohamad Akid Qassyaff yang telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti malaya (PPUM) semalam apabila telinga koyak akibat terkena bucu kabinet.
Sumber foto: Instagram Lan Solo
Ketika kejadian, Lan sedang sibuk berniaga di Starvendors KLCC Mega Raya 2023 dan telah mendapat panggilan dari anak perempuannya yang memberitahu tentang hal itu.
“Alahai nak, dah dekat nak raya ni. Biasanya budak-budak dekat raya kalau ke hospital sebab mai bunga api atau mercun.
Ini tak, lompat-lompat lepas tu jatuh kena bucu kabinet televisyen.”
Kata Lan, dia dan isteri berasa cemas apabila mendapat tahu tentang hal ini. Tinggal anak sekejap nak pergi berniaga tapi diuji jadi begini dalam bulan yang baik begini.
Walaupun begitu, sebagai seorang ayah dia tetap risaukan keadaan anaknya. Menurut Lan lagi, ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Akid pernah mengalami kecederaan yang lain.
Sumber foto: Instagram Lan Solo
“Alhamdulillah tak teruk sangat lukanya tu tapi biasalah mak ayah kan. Faham-fahamlah. Sebelum ni dahu kiri, lepas tu belah kanan koyak. Yang ni di telinga pula. Akid oh Akid..”
Ads
Sumber foto: Instagram Lan Solo
Sekadar recap, Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Mohamad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quzandra.
Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed kerana merogol wanita berusia 23 tahun lima tahun lalu.
Memetik Harian Metro, suasana pilu menyelubungi Mahkamah Sesyen Shah Alam tengah hari tadi selepas hukuman dijatuhkan terhadap pendakwah itu.
Lebih pilu lagi, Da’i Syed juga sempat bertemu dengan anak sulungnya yang berusia 16 hari sebelum di bawa ke Penjara Kajang.
Da’i Syed yang datang bersendirian dilihat tenang pada mulanya namun sebaik prosiding berlangsung dan Hakim Norazlin Othman mensabitkan dia bersalah, pendakwah itu dilihat menangis di kandang tertuduh.
Sejam kemudian, isteri Syed Shah Iqmal, Nurulhana Ismail yang sedang berpantang anak pertama tiba di mahkamah dan berjumpa suaminya.
Hana yang berada di galeri awam dilihat menangis manakala Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak di kandang tertuduh.
Kelihatan ahli keluarga lain membawa anak mereka yang berusia 16 hari untuk berjumpa pendakwah itu di mahkamah sebelum dihantar ke penjara Kajang.
Benar virus yang melanda kita ini bukanlah satu hal yang boleh dibuat main-main. Malah kini hospital penuh sesak dengan pesakit Covid-19 yang sudah terlalu padat dengan jumlah pesakit yang ramai. Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam turut berdepan hal yang sama bila mana gagal mendapatkan rawatan buat suaminya, Datuk Norazam Sulaiman yang secara tiba-tiba sesak nafas semalam.
Gagal menahan air mata ketika live di Instagramnya semalam, ibu kepada sembilan orang cahaya mata ini berkongsi cerita detik mencemaskan dan pengalaman yang dilalui kini.
Kata Rebecca, keadaan suaminya kini sudah pun berada di Stage 4 namun dia bersyukur enam orang anak-anaknya dan dirinya sendiri berada dalam keadaan baik dan stabil.
“Apa yang paling menyedihkan adalah ketika menghubungi lebih 20 hospital ibu kota dan Selangor tiada satu pun mahu menerima suami saya yang memerlukan bantuan oksigen dengan segera susulan kepadatan pesakit positif Covid-19.
“Saya terpaksa tinggalkan kesemua anak-anak yang positif Covid-19 buat sementara waktu kerana perlu menemani suami yang dalam keadaan kritikal semalam. Sebaik tiba di sebuah hospital swasta, kami diberitahu perlu menunggu giliran kerana jumlah pesakit yang ramai dan padat.
“Percaya atau tidak, saya dan suami perlu menunggu hampir dua jam di tepi jalan di dalam ambulans. Saya juga akui ada satu kedegilan apabila seboleh mungkin tidak mahu membawa suami ke hospital kerajaan atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang kerana saya amat takut jika keadaan suami akan bertambah teruk selepas melihatkan situasi di hospital swasta yang cukup menakutkan.
“Sementara menunggu giliran untuk suami saya menerima rawatan di hospital itu, saya teringat ada sahabat memberitahu terdapat hotel di ibu negara yang menjadi Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta.
Jadi saya terus membawa suami untuk mendapat alat bantuan oksigen kerana keadaannya sangat kritikal. Alhamdulillah, suami saya akhirnya menerima bantuan oksigen namun doktor memaklumkan dia kini berada di tahap 4 Covid-19,” katanya.
Suami menangis depan mata
Kata Rebecca ia adalah ujian yang cukup berat baginya sekeluarga. Sayu hati bila mana terpaksa berpisah dengan suami untuk seketika namun dia terpaksa sementelah anak-anak juga memerlukan perhatian daripadanya.
Menurut Rebecca, suaminya kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini selepas menerima panggilan sekitar jam 10.30 malam, semalam.
“Ketika mendapat panggilan telefon pusat perubatan di sini yang memaklumkan seorang pesakit Covid-19 dibenarkan pulang selepas keadaanya stabil, saya terus membawa suami ke hospital berkenaan.
“Ketika berada di wad kecemasan hospital terbabit, saya sangat sedih apabila melihat suami saya buat pertama kali menangis di depan saya. Dia beritahu dia tak sanggup dan minta jangan tinggalkannya.
“Berkali-kali dia cakap yang dia takut dan mohon saya berada di sampingnya. Namun saya diberitahu yang saya tidak boleh menemani suami di hospital kerana dia akan ditempatkan di wad yang lebih ketat kerana keadaannya yang sudah berada di tahap 4 ke 5.
“Selepas selesaikan urusan suami, saya tiba di rumah sekitar 5 pagi tadi. Alhamdulillah setakat hari ini anak-anak semua tidak demam cuma dua pembantu saya kini perlu dibawa ke hospital,” katanya berkongsi.
Mohon Total lockdown demi kehilangan insan tersayang
Tambah Rebecca, selepas menjalani ujian saringan Covid-19 dia mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin di rumah berbanding ke pusat kuarantin susulan jumlah pesakit Covid-19 yang semakin ramai dan keadaan pusat kuarantin yang padat.
“Selepas saya, suami, kesemua anak-anak dan pembantu rumah disahkan positif Covid-19, kami bersepakat untuk menjalani kuarantin di rumah. Saya agak takut untuk membawa anak-anak dan pembantu ke pusat kuarantin kerana setahu saya keadaan di sana sangat padat.
“Justeru saya mohon kepada kerajaan untuk rasalah apa yang rakyat hadapi sekarang. ‘Total lockdown’ kena dilaksanakan. Sesungguhnya penyakit ini sangat bahaya dan jahat. Kalau tidak semakin ramai yang akan mati, jatuh sakit serta kehilangan insan tersayang,” katanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Buah hati kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah yang pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut Germ Cell Tumor dikhabarkan sudah boleh bernafas tanpa menggunakan tiub atau ‘trachy’.
Tiub yang dipasang pada lehernya sejak lahir itu akhirnya dibuka selepas mendapat nasihat dari pakar-pakar yang sekian lama merawatnya.
Menerusi Instagram dan Facebook, ibu dan ayah Ainul, Ahmad Saiffuddin serta ibunya, Nurul Erwani Zaidi tampil berkongsi cerita gembira mengenai perkembangan terbaru Ainul.
“Macam ni rupanya anak walid bila tak ada tiub di leher 🥰 Alhamdulillah.
“Masih dalam mode pemantauan. Isnin ini akan buat beberapa procedure untuk double confirm sama ada boleh cabut terus atau tidak.
“Tapi buat masa ini, sudah 9 jam ainul tanpa trachy. Malam ni walid overtime tak tidur lah duk sebelah ainul tengok ainul ok tak ok,” katanya berkongsi rasa gembira.
Rawatan bagi membuang tiub itu dibuat kerana dipercayai menjadi punca pelbagai jangkitan kuman yang kerap menyerang Ainul termasuklah sehingga mengancam nyawanya pada tahun lalu.
Kini ibu dan bapa Ainul sudah boleh menarik nafas lega bila sudah menampakkan perkembangan yang baik biarpun masih perlu dipantau langkah demi langkah.
Terdahulu, sebelum membuka tiub itu, dikhabarkan Ainul juga turut diajar untuk makan dan menelan makanan sendiri sepanjang rawatan itu diadakan.
“Hari ni semua happy bila dapat tengok Ainul sendiri pegang sudu, cedok aiskrim, dan masukkan sendiri dalam mulutnya.
“Selama 5 tahun, dia tak tahu buat perkara asas ini. Pakar kata ainul mungkin tak tahu “fungsi” mulutnya sebab dia tak pernah guna sejak lahir. Jadi dia perlu diajar seperti budak budak yang baru nak belajar makan.
“Hampir 15 kali suapan di suap oleh dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain. Satu pencapaian yang baik untuk Ainul. Walaupun dia tak suap sepenuhnya dalam mulut, tapi sekurangnya Ainul tahu itu sudu, di depannya itu makanan, dan dia perlu masukkan dalam mulut.
“Alhamdulillah, 5 tahun yang berharga. Pakar yakin yang suatu hari nanti Ainul boleh makan minum guna mulutnya. No more tube,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, ayah dan ibu Ainul turut meluahkan penghargaan buat doktor yang merawat dan sentiasa memantau perkembangan Ainul dari hari ke hari.
Penyanyi rock lagenda, Ella, baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila memberikan ucapan penuh kasih sayang kepada anak perempuannya, Shanome, sempena hari lahirnya.Ella atau nama...