Sejak umumkan dirinya hamil, jarang dilihat Mira Filzah, pelakon popular yang diminati ramai ini memuat naik gambar. Namun baru-baru ini, dia ada berkongsi beberapa gambar dirinya yang sudah nampak baby bump.

Menerusi hantaran yang dibuat itu, Pelakon Drama Adellea Sofea kelihatan berseri disamping suami, Wan Emir Wan Astar mengenakan pakaian rona sedondon di sebuah majlis perkahwinan.

Dah Nampak Baby Bump Mira Filzah, Peminat Teruja. Tak Sabar Nak Tunggu Kelahiran Baby Emir Amirah ‘Junior’

Sebelum itu, Mira turut membuat posting tentang dirinya yang tidak suka bergambar sepanjang kehamilannya ini.

To be honest, Mira sekarang dalam fasa tidak suka bergambar. Saya pun tak tahu lah kenapa. Sudah berbulan bulan. Ambil gambar utk kerja sahaja. Photo shoot untuk kerja semua tu okay lah. Maksud Mira, gambar gambar harian.

Hari hari biasa kalau keluar, siap lah cantik cantik mcm mana pun tak teringin nak ootd/selfie. Gambar baru pun tak banyak sekarang. Gambar travel haritu pun tak banyak! Balik Malaysia baru perasan gambar dua tiga kerat je.

Kadang kadang pujuk hati ni juga suruh rajin bergambar, nak maintain insight Instagram! Tapi tak menjadi juga. Sob sob. Ini pun pergi majlis orang, ada orang ambilkan, haa ada lah juga gambar utk Mira upload.

Siapa masa pregnant, tak suka bergambar? Adakah selepas bersalin, kita akan suka bergambar semula? Atau ambil gambar anak je?, tulisnya.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Di ruangan komen, selain teruja dan tak sabar untuk menanti kelahiran Baby Emir Amirah Junior, rata-ratanya turut mendoakan agar pelakon ini dilindungi selalu dan akan dipermudahkan segala urusan menimang cahaya mata pertama kelak.

Dah Nampak Baby Bump Mira Filzah, Peminat Teruja. Tak Sabar Nak Tunggu Kelahiran Baby Emir Amirah ‘Junior’ Dah Nampak Baby Bump Mira Filzah, Peminat Teruja. Tak Sabar Nak Tunggu Kelahiran Baby Emir Amirah ‘Junior’

Untuk rekod, Mira dan suaminya Emir melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 September 2020.

IKLAN

Dah Nampak Baby Bump Mira Filzah, Peminat Teruja. Tak Sabar Nak Tunggu Kelahiran Baby Emir Amirah ‘Junior’

Usia kandungan Mira kini sudahpun memasuki fasa trimester ketiga, semoga semuanya dipermudahkan buat Mira dan bayi dalam kandungannya.

Sumber: Instagram Mira Filzah

Dah Nampak Baby Bump Mira Filzah, Peminat Teruja. Tak Sabar Nak Tunggu Kelahiran Baby Emir Amirah ‘Junior’Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6

Dah Nampak Baby Bump Mira Filzah, Peminat Teruja. Tak Sabar Nak Tunggu Kelahiran Baby Emir Amirah ‘Junior’Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

IKLAN

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI