Dah Pandai Berjalan & Suka Makan Buah, Elfira Loy Kongsi Video Momen Anak Di Usia Setahun!

Share

Meniarap sudah, merangkak pun sudah. Detik anak berjalan menjadi momen paling bermakna buat semua ibu bapa. Satu pencapaian yang cukup membuatkan ibu dan bapa berbangga. Momen manis ini pastinya tidak akan dilepaskan peluang untuk merakam setiap detik indahnya.

Sama seperti ibu lain, pelakon, Elfira Loy turut merakamkan detik indah anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf yang sudah mula berjalan di usia satu tahun.

Kata Elfira menerusi instagram, anaknya sudah boleh berjalan beberapa bulan yang lalu namun baru sempat berkongsi video itu baru-baru ini.

“Lupa pulak nak kongsi, ini adalah video beberapa bulan lalu ketika Rayyan mula pandai berjalan,” katanya berkongsi.

Video Rayyan yang diagah Elfira dan suami untuk memulakan langkah pertamanya itu mendapat 254 000 tanda suka daripada seluruh peminat Elfira.

Video pendek itu berjaya mencuri hati para pengikutnya di instagramnya.

Rata-rata peminat Elfira memuji aksi comel Rayyan ketika bertateh.

Anak suka makan buah
Menerusi satu entri berlainan di instagramnya, Elfira juga turut berkongsi beberapa keping gambar Rayyan yang cukup suka makan buah.

Satu perkembangan yang cukup baik buat anak yang sedang membesar seperti Rayyan.

Malah kata Elfira lagi menerusi entri itu, Rayyan kini sudah makan empat kali sehari dan cukup gemar buah berbanding makanan lain.

Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faris Kahirol Anuar pada 1 Januari 2019.

Artikel berkaitan: Elfira Loy Selesa Berada Di Rumah, Elak Anak Berjumpa Orang Ramai Di Musim Pandemik Demi Keselamatan Nyawa & Diri

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN