Tempias populariti ibu dah ayahnya, Nur Fatima Aisya, anak kesayangan pelakon Fazura dan Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian ramai.
Kepetahan anak kecil itu yang kini berusia dua tahun lebih itu sentiasa buat wargamaya terhibur. Ada sahaja jawapan dari mulutnya kala menjawab pelbagai persoalan dari Fazura.
Terbaru menerusi beberapa perkongsian video pendek Fatima di media sosial, Fazura memuat naik video Fatima yang menjawab pertanyaannya.
Namun apa yang membuatkan wargamaya terhibur pastinya kepetahan Fatima yang menjawab dengan lancar dan pantas.
“You’re not wrong Fatima.
Ads
“Dah pandai sebut nama penuh sendiri dah,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Apa yang membuatkan wargamaya geram pastinya melihat Fatima yang menyebut nama penuhnya dengan begitu lancar sekali.
Walaupun sedang leka bermain namun Fatima mampu menjawab soalan ibunya dengan jawapan ‘budak baik’ dan ‘anak solehah’ dengan begitu pantas dan yakin. Memang terbaik.
Ads
Walau baru berusia dua tahun lebih namun Fatima cukup lancar dan menyebut sebutan perkataan dengan penuh. Memang comel!
Terdahulu, Nur Fatima Aisya yang menjadi kesayangan ramai ini dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Siapa sangka setelah 40 tahun dalam dunia hiburanya akhir berjaya merangkul anugerah paling berprestij. Itulah poelakon berbakat, Susan Lankester, melakar detik manis dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33).
Pernah dikenali sebagai pelakon komedi 2+1, Susah era 80an, Susan Anne Lankester, 62, menyatakan bahawa kejayaannya adalah bukti bahawa usaha gigih akan membuahkan hasil, sama ada cepat atau lambat kejayaannya ini dapat menyuntik semangat kepada penggiat seni.
Memetik laporan mStar, Pelakon Susan Lankester berharap kemenangan anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33) mampu menjadi inspirasi kepada penggiat seni wanita untuk yakin dengan bakat dan kemampuan sendiri.
“Saya harap semua pelakon wanita Malaysia sekarang akan percaya dengan diri mereka sendiri.
Katanya lagi, mereka harus sedar yang mereka boleh pergi jauh sekiranya mereka berkerja keras dan bersuara sekiranya mereka mahukan lebih lagi dalam karier.
“Saya adalah contoh terbaik anak seni yang berada dalam industri selama 40 tahun.
Pada Rabu lalu, Susan dinotbatkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA)
2024 di Singapura.
Rasa seperti di awang-awangan, Susan menyifatkan penantiannya lebih empat dekad berbaloi kerana dalam tempoh seminggu dia menerima pengiktirafan oleh dua anugerah berprestij.
“Dalam masa satu minggu sahaja saya peroleh dua pengiktirafan di rantau Asia Tenggara dan di negara sendiri.
“saya rasa seperti saya tidur di atas pelangi kerana terlalu gembira. Kadang-kadang
semuanya ditentukan oleh masa dan ini adalah tahun saya,” ujarnya.
Sementara itu, Susan sempat menasihatkan pelakon wanita lain untuk lebih berani menyuarakan keinginan mahupun idea kepada pihak produksi demi kebaikan karya dihasilkan.
“Memang betul kena cari makan, tetapi kita berhak bersuara untuk dapatkan apa yang kita nak. Kalau tidak sampai bila-bila kita akan dapatkan karakter yang sama berulang kali,” kongsinya.
Susan berjaya menundukkan empat lagi pesaing lain termasuk Nadia Agilah (Eva), Diana Danielle (Imaginur), Nabila Huda (Rahsia), Chen Keat Yoke (Hungry Ghost Diner)
menerusi kategori itu.
Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi beberapa keping foto raya bersama keluarga.
Menerusi hantaran di laman sosialnya, perayaan kali ini berbeza buat Dr. Amalina kerana pertama kali pulang beraya bersama anak sulung tercinta, Arabella Mia yang lahir pada Oktober 2022 lalu.
Beliau sempat mengucapkan syukur dan gembira di hari raya ini.
“Eid Mubarak from ours to yours! My heart is full, Alhamdulillah 💚”
Arabella atau mesra dipanggil Bella mengenakan rona hijau cair sedondon bersama Neneknya manakala Amalina dan suami mengenakan rona coklat cair.
Rata-rata warga maya memuji kecomelan bayi kacukan Melayu-British itu yang mengenakan baju kurung di pagi raya.
drshaairanasir’s profile picture Selamat hari raya to you and family. Arabella looks so cute in baju kurung 😍
doctorsayyada’s profile picture Eid Mubarak! I love Bella’s little outfit! 😍
zaharra_izmed’s profile picture Selamat Hari Raya Dr Amalina sekeluarga ❤️
snfrhanah’s profile picture Arabella and tokma sama colour lah dgn kita 😂❤️ selamat hari raya dr
Dr Nur Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Setiap tangisan bayi yang lahir ke dunia biasanya disambut dengan tawa, syukur dan air mata bahagia. Namun, bagi pasangan Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 40, dan Sabrina Hakiem Zaini, 40, kegembiraan itu turut diselubungi rasa cemas dan debar apabila salah seorang daripada bayi kembar tiga mereka kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Pasangan ini menyambut kelahiran tiga puteri comel pada 24 Oktober lalu, selepas melalui kehamilan penuh cabaran apabila doktor mengesahkan bayi kembar tiga itu perlu dilahirkan lebih awal pada usia 31 minggu kandungan. Keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan ibu dan anak-anak yang dikandung.
Menurut laporan Kosmo!, ketiga-tiga bayi dilahirkan secara pramatang dan kini berada di bawah pengawasan pakar perubatan. Namun, seorang daripada mereka, Maryam Al Khawla, ditempatkan di NICU kerana memerlukan bantuan ubat dan pemantauan rapi daripada doktor.
Dua lagi kembar, Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa, dilaporkan menunjukkan perkembangan positif di Wad Rawatan Khas Bayi. Walaupun masih kecil dan memerlukan perhatian, kedua-duanya menunjukkan tanda-tanda semakin kuat dari hari ke hari.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat, dan dua bayi kami menunjukkan perkembangan baik. Namun, seorang lagi, Al Khawla, masih dalam pemantauan rapi dan bergantung kepada ubat yang diberikan oleh doktor,” ujar Mohd Fikry dengan penuh kesyukuran dan harapan.
Mohd Fikry yang kini bertugas di Skuadron Ke-12 Rejimen Askar Jurutera Diraja (12 Skn RAJD CBRNe) turut menjelaskan, keputusan untuk melahirkan bayi lebih awal dibuat selepas berbincang dengan doktor bagi mengelakkan risiko kepada isteri dan anak-anak mereka.
“Bayi kami dilahirkan pada usia 31 minggu kerana keadaan kandungan kembar tiga menyebabkan ruang rahim menjadi terlalu padat dan berisiko kepada ibu serta anak-anak,” katanya.
Menurutnya lagi, Maryam Al Khawla merupakan bayi paling kecil antara tiga beradik itu dengan berat hanya 1.78 kilogram ketika dilahirkan. Meskipun kecil dan masih bergantung kepada rawatan, semangat juang bayi ini menjadi kekuatan buat kedua ibu bapanya.
“Sebagai ibu bapa, sudah tentu kami risau. Tapi emosi isteri saya stabil, dan kami reda dengan ketentuan Allah. Kami berterima kasih atas doa dan sokongan rakyat Malaysia, dan memohon agar semua terus mendoakan anak-anak kami supaya membesar sihat dan kuat,” ujarnya penuh harapan.
Bagi ramai yang mungkin tertanya-tanya, kehamilan kembar tiga bukanlah sesuatu yang biasa. Ia merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku, dengan anggaran hanya sekitar 1 dalam 8,000 kelahiran secara semula jadi di seluruh dunia.
Dalam banyak kes, kehamilan triplet berlaku hasil rawatan kesuburan seperti In Vitro Fertilization (IVF) atau ubat rangsangan ovulasi. Namun bagi yang hamil secara semula jadi, ia dianggap rezeki luar biasa – penuh keajaiban dan dalam masa sama, penuh risiko.
Antara risiko utama kehamilan triplet termasuk:
Dalam situasi sebegini, setiap hari di NICU adalah perjuangan — bukan hanya bagi bayi kecil yang sedang bertarung untuk hidup, tetapi juga bagi ibu bapa yang menunggu dengan penuh sabar dan doa di luar bilik rawatan.
Ini bukan kali pertama pasangan ini diuji. Sebelum ini, mereka pernah kehilangan anak sulung, Muhammad Al Fateh Amri, yang meninggal dunia pada usia lapan bulan selepas dihantar ke sebuah taska di Kelemak, Alor Gajah, Melaka.
Kehilangan itu meninggalkan luka mendalam, namun pasangan ini kekal kuat dan tidak pernah berhenti berharap. Kini, Allah sekali lagi menguji mereka – kali ini dengan tiga nyawa kecil yang memerlukan kasih sayang, kekuatan dan doa yang tidak pernah putus.
“Kami reda dengan apa pun yang Allah tentukan. Yang penting, kami nak lihat anak-anak kami kuat dan membesar dalam kasih sayang,” kata Mohd Fikry dalam nada tenang namun sarat emosi.
Sejak kisah ini tular di media sosial, ramai warga maya menzahirkan rasa simpati dan menitipkan doa agar ketiga-tiga bayi comel ini terus diberi kekuatan serta kesihatan yang baik. Ramai yang tersentuh melihat ketabahan pasangan ini menghadapi ujian demi ujian dengan hati terbuka.
Di sebalik setiap senyuman yang ditunjukkan, tersimpan getar hati seorang ayah dan tangisan tertahan seorang ibu yang setiap hari menunggu perkembangan anak kecil mereka di NICU. Setiap denyutan jantung, setiap nafas, setiap hari adalah perjuangan yang luar biasa.
Ramai netizen juga memuji ketabahan Sabrina yang kekal positif walaupun masih dalam proses pemulihan selepas bersalin secara pramatang. Ujian ini mungkin berat, namun semangat dan doa dari seluruh rakyat Malaysia menjadi penguat buat mereka berdua.
Moga Maryam Al Khawla, Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa terus membesar sebagai anak-anak yang sihat, solehah dan menjadi kebanggaan ibu ayah mereka. Setiap langkah kecil di NICU adalah bukti bahawa keajaiban Allah itu sentiasa ada – cuma datang dalam bentuk yang berbeza.
Kisah pasangan ini mengingatkan kita semua bahawa setiap nyawa yang lahir ke dunia adalah anugerah. Walaupun diuji dengan tangisan dan kesakitan, di penghujungnya pasti terselit cahaya kasih dan rahmat yang tidak ternilai.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan keluarga ini, mengurniakan kesembuhan kepada Maryam Al Khawla dan memberi kekuatan kepada kedua ibu bapa yang tabah ini untuk terus melangkah dengan penuh keimanan dan harapan.
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.