
Semakin bayi meningkat usia semakin bijak menerima dan menolak satu-satu makanan. Ada waktunya bayi kecil kita mula bosan untuk menjamah bubur nasi yang digabungkan dengan pelbagai jenis sayur dan sumber protein. Sesekali ubahlah selera si kecil kita dengan aneka pasta buat mereka.
Pasta dihujung minggu mungkin dirasakan sesuai. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ain Farhana Ashraff ini. Pasta Baby ringkas dan enak ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas. Jom cuba. Nampak sedap!
Bahan-bahan:
Pasta Baby
Ayam
Pasta prego
Brokoli
Bawang putih
Bawang merah
Kentang
Mixed herbs
Cream cheese
Unsalted butter