Coklat berkhasiat mengandungi lemak sihat, serat, zat besi, magnesium dan zink. Tetapi ia juga mengandungi kafein dan perangsang lain yang memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak dan sistem saraf.
Menurut perkongsian Dr Amalina Daud, anda mungkin perlu menangguhkan pemberiannya kepada bayi sehingga mereka berumur sekurang-kurangnya 1 tahun.
Secara berlebihan, kafein boleh mengurangkan selera makan, kegelisahan, menjejaskan tidur, memburukkan refluks. So yeahh lets wait until 1 year old at least.
Coklat juga tinggi kandungan gula. Jadi pilih coklat gelap kerana ia mempunyai lebih sedikit gula. Dark one juga mempunyai antioksidan tinggi dan sebatian tumbuhan yang memberi manfaat kepada jantung, otak, sistem saraf dan kesihatan
Untuk mengurangkan gula, tambahkan percikan susu ke dalam minuman coklat yang anda beli dalam kotak. Atau anda boleh membeli serbuk coklat gelap anda dan menghasilkan minuman coklat buatan sendiri.
Ads
Gula-gula dan bar coklat mempunyai bahaya tercekik. Jadi berhati-hati berikan kepada anak-anak. Produk coklat biasanya mengandungi atau diproses dengan alergen lain seperti susu, soya, kacang pokok, bijan, gandum dan telur. Jadi berhati-hati jika bayi anda mempunyai alahan kepada alergen ini.
Jadi adakah anda telah mencuba memberikan coklat kepada anak-anak anda. Kongsi dengan saya pengalaman anda!
Ibu mana yang tidak risau jika anak kurang selera makan, menolak makanan dan berat badan anak tidak bertambah malah berkurang. Apakah resipi yang boleh menambahkan berat badan anak? Rungsing betul mama dibuatnya. Perkongsian ini khas untuk ibu yang anak mempunyai masalah selera makan dan kurang berat badan.
APAKAH RESIPI YANG BOLEH TAMBAH BERAT BADAN ANAK?
Berat anak naik perlahan, Berat anak maintain. Mommies dah risau..Pening kepala makin menjadi…
Sebenarnya….SEMUA RESIPI BOLEH MENAIKKAN BERAT BADAN ANAK
Dari yang simple kepada yang susah nak buat, ye betul…
Konsepnya adalah perlu ada pertambahan kalori
Kalori boleh bertambah JIKA MEMENUHI KRITERIA DIA BAWAH;
1. Resipi tersebut membuat anak TAMBAH KUANTITI yang dimakan
Contoh: biasa bubur kosong anak makan 1-2 sudu kecil tapi dengan pertambahan cbb anak anda tambah kepada 3-5 sudu kecil
Walaupun ambil makanan yang sama tetapi kuantiti telah naik
2. Meningkatkan KEKERAPAN anak makan
Contoh : dari 1 kali sehari makan berat anda telah menaikkan ke 2-3 kali sehari makan berat, dari tiada pengambilan snek sudah mula memberi snek sihat kepada anak (buah, finger foods dan lain lain)
3. MEMADATKAN Kalori dalam kuantiti makanan yang sama
Maksudnya: anak masih makan kuantiti sama cuma kita tambah kalori dalam kuantiti tersebut dengan cara
– menambah sumber LEMAK
(contoh menumis bahan menggunakan butter/minyak sebelum masuk dalam masakan ATAU menitis minyak ke dalam makanan selepas dimasak)
– menambah sumber PROTEIN
(Contoh dari bubur kosong tambah sedikit ayam, atau dari ambil buah sahaja boleh jadikan ia dessert seperti puree buah dan tofu, membuat homemade ice cream berdasarkan susu)
BUKAN SUPPLEMENT, BUKAN PRODUK, BUKAN TUKAR SUSU yang akan naikkan berat badan anak anda
WALAUBAGAIMANAPUN Apa apa tindakan/langkah yang mommies daddies ambil perlu ambil kira;
1. Usia baby
Ikut perkembangan anak anda…jangan umur 6 bulan tapi dah bagi nasi..
Follow 4 day rule, oertukaran tekstur
2. Menu yang Seimbang
Pastikan ada gabungan karbohidrat, protein dan serat..
Jika salah satu tiada boleh menyukarkan proses kenaikan berat badan
3. Support dari orang sekeliling
Jika anda adalah seorang pengasuh, hormati pilihan ibu bapa anak asuhan..tiada masalah untuk cadangkan kepada ibu bapa sebab anda juga menjaga anak mereka tetapi keputusan muktamad adalah dari ibu bapa
Jika anda adalah penjaga selain ibu bapa (atuk,nenek,makcik,pakcik), mohon jangan suap makanan/minuman kepada anak jagaan tanpa bertanya kepada ibu bapa dahulu
Bukan semua anak adalah sama, mungkin anak tersebut ada alahan, mungkin ada kondisi penyakit..jika anak sakit bukan anda yang akan berjaga malam menjaga
Jika anda adalah ibu bapa..carilah maklumat dan nasihat dari ahli bidang…cari suport group seperti Happy Baby Foods Malaysia
Jangan main petik nasihat/cadangan dari orang yang hanya berdasarkan pengalaman ye..anak anda dan anak mereka tak sama
Salmon memang sering dikaitkan dengan makanan sihat untuk anak-anak. Kaya dengan protein dan lemak baik seperti omega-3, memang bagus untuk perkembangan otak dan tumbesaran si kecil.
Tapi realitinya, bukan semua keluarga mampu beli salmon selalu. Kadang tengok harga pun dah rasa macam “baik guna duit ni beli barang dapur seminggu”.
Dan itu bukan sesuatu yang perlu buat ibu ayah rasa bersalah.
Hakikatnya, anak-anak tak semestinya perlu makan salmon untuk dapat nutrisi penting daripada ikan. Banyak pilihan ikan untuk anak yang lebih murah, mudah dicari dan tetap sangat baik untuk kesihatan mereka.
Yang penting, anak makan makanan sebenar dan cukup nutrisi setiap hari.
Ikan kembung memang antara “hero dapur” ramai keluarga Malaysia. Harganya lebih berpatutan, mudah didapati dan sedap dimasak macam-macam.
Nak goreng boleh, buat singgang pun sedap. Ramai tak tahu, ikan kembung juga termasuk dalam kategori ikan berlemak yang mengandungi nutrisi baik untuk tubuh. Ia sangat sesuai dijadikan lauk harian kerana membantu membekalkan protein dan lemak sihat untuk tumbesaran anak.
Tak kira sardin segar atau sardin dalam tin, kedua-duanya boleh jadi pilihan praktikal untuk ibu ayah.
Kalau guna sardin dalam tin sekali-sekala, cuba bilas sedikit kuahnya atau pilih jenis yang kurang garam jika ada. Kemudian boleh olah jadi inti sandwich, masukkan dalam bubur atau buat cucur sardin versi anak-anak.
Mudah, cepat dan mengenyangkan. Ikan untuk anak seperti sardin juga mudah disediakan ketika ibu ayah sibuk dan perlukan menu ringkas tetapi tetap mengenyangkan.
Jangan pandang kecil pada ikan bilis. Saiznya kecil, tapi khasiatnya memang “power”.
Ikan bilis sesuai dimasukkan dalam bubur, sup, nasi goreng atau sambal versi kurang pedas untuk anak. Ia boleh bantu tambah rasa dan sumber protein dalam makanan harian.
Cuma pastikan dibasuh terlebih dahulu dan elakkan penggunaan terlalu banyak jika jenis yang masin.
Ramai ibu ayah memilih ikan untuk anak seperti ikan bilis kerana mudah dicampurkan dalam pelbagai menu harian.
Untuk anak yang susah makan ikan sebab banyak tulang halus, ikan keli boleh jadi alternatif yang lebih mudah dimakan.
Isinya lembut dan kaya dengan protein. Digoreng garing atau dimasak lemak pun memang membuka selera.
Asalkan dimasak dengan cara yang tidak terlalu berminyak, ia tetap boleh jadi pilihan baik untuk anak-anak.
Ikan untuk anak seperti ikan keli juga membantu ibu ayah menyediakan menu yang lebih mudah dimakan tanpa banyak merungut.
Ini memang kategori “ikan rakyat” yang selalu ada di pasar.
Walaupun tak glamour macam salmon, ikan selar dan selayang tetap membantu mencukupkan keperluan protein harian anak. Harganya lebih mesra poket dan sesuai dimasak pelbagai cara.
Kadang-kadang lauk paling simple itulah yang anak makan sampai bertambah nasi.
Dalam pemakanan anak-anak, yang lebih penting sebenarnya ialah konsistensi. Tak perlu terlalu mengejar makanan viral atau mahal semata-mata nak pastikan anak sihat. Apa yang lebih penting ialah anak dapat makan makanan sebenar, cukup protein dan dimasak dengan cara yang sesuai.
Kurangkan makanan ultra-proses dan cuba pelbagaikan sumber makanan harian mereka.
Itu sudah sangat membantu. Pemilihan ikan untuk anak secara konsisten jauh lebih penting berbanding membeli makanan mahal sekali-sekala.
Untuk kanak-kanak, elakkan memberi ikan besar yang tinggi kandungan merkuri.
Selain itu:
Langkah kecil macam ini sebenarnya sangat membantu menjaga kesihatan anak dalam jangka panjang.
Kadang-kadang makanan terbaik untuk anak bukan yang paling mahal tetapi makanan yang mampu kita hidangkan secara konsisten, dimasak dengan penuh kasih sayang dan membuatkan anak kenyang serta sihat membesar.
Jadi kalau hari ini lauk anak cuma ikan kembung goreng dengan sup kosong, jangan rasa rendah diri.
Sebab kasih sayang ibu ayah itu tetap cukup berharga untuk tumbesaran mereka.
Bila suap bayi makan, macam mana hendak tahu sama ada dia sudah kenyang atau belum? Kadang kala bayi tetap mengangakan mulutnya walau sudah semangkuk penuh anda menyuapnya makan.
Kalau yang jenis cerewet makan pula, cepat sahaja dia menutup rapat mulut apabila tangan ibu hendak menyuap makan. Seboleh mungkin dia mengelakkan makanan daripada masuk ke dalam perut.
Hairan ibu dibuatnya. Macam mana hendak kenyang jika satu makanan pun belum masuk ke dalam perut.
Tugas mengenal pasti anak sudah kenyang atau selesai makan menjadi tanggungjawab seorang ibu.
Ia nampak remeh tetapi ia penting untuk memastikan si manja tidak terlalu kekenyangan sehingga boleh menyebabkan dia termuntah kembali apa yang dimakan.
Ia juga menjadi satu tugas yang agak ‘tricky’ terutama kepada bayi yang sudah mula belajar makan sendiri tetapi mereka belum boleh bercakap untuk memberitahu mereka sudah kenyang.
Setiap bayi mempunyai cara unik tersendiri untuk memberitahu ibu dan ayah bahawa mereka sudah kenyang tetapi beberapa petunjuk berikut ini mungkin berguna untuk dijadikan panduan memahami ‘signal’ si kecil anda.
1. Membuat muka bosan
2. Mula bermain dengan makanannya
3. Memicit dan melenyekkan makanan
4. Melihat ke arah ibu dan melontarkan makanan
5. Memasukkan makanan ke dalam lampinnya
6. Menolak makanan jauh daripadanya
7. Menggunakan lengannya untuk menolak makanan di atas dulang kerusi makanannya
8. Lebih berminat kepada benda selain daripada apa yang ada di kerusi makan
9. Cuba memanjat keluar daripada kerusi makan
10. Menggelengkan kepala jika ditawarkan makanan lagi
Jadi bila si kecil anda ada menunjukkan salah satu daripada tanda-tanda berikut, janganlah paksa dia untuk terus makan lagi. Ia hanya akan membuatkan bayi membenci sesi makannya nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak jadi pandai tidak semestinya memerlukan kelas mahal. Ketahui rahsia sebenar yang diamalkan ibu bapa untuk membantu anak membaca, belajar dengan yakin dan cemerlang di sekolah.