Selepas mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka pada April lalu, pasangan instafamous, Maryam Yun Nae dan Ryzal yang lebih dikenali sebagai nama Durian Kimchi ternyata cukup teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka sedikit masa lagi.
Maryam dilihat sering berkongsi pelbagai aktiviti untuk memenuhi masa lapangnya tidak ketinggalan menghasilkan beberapa kelengkapan untuk anak sulungnya.
Kini usia kandungan Maryam sudah pun memasuki 35 minggu dan sudah semestinya satu debaran buat Maryam dalam menanti kelahiran cahaya mata sulungnya itu.
Terdahulu, usaha Maryam menyiapkan pakaian buat bayinya dan sanggup berjaga malam hingga waktu pagi dipuji wargamaya. Semangat dan usaha Maryam menyiapkan hadiah bingkisan untuk anak perempuan mereka itu sememangnya harus dipuji.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkembangan otak bayi bermula sejak dari dalam kandungan ibunya. Oleh sebab itulah, ibu hamil sangat digalakkan untuk menjaga rutin pemakanannya dengan baik
Semasa dalam kandungan, bayi memerlukan nutrisi penting seperti AA, DHA, EPA, omega 3 dan lain-lain untuk membentuk jaringan sistem saraf, meningkatkan fungsi kognitif, perkembangan neuropsikologi dan kemampuan visualnya setelah dilahirkan kelak.
Kajian ada menyatakan bahawa ibu hamil yang makan ikan tiga hingga empat kali seminggu akan melahirkan anak yang memiliki IQ yang lebih tinggi berbanding ibu yang kurang makan ikan.
Malah, ada juga yang menyatakan bahawa dengan makan banyak ikan semasa hamil, ia mampu mengelakkan si kecil itu daripada gejala autisme.
Untuk makluman anda, omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh tetapi sangat diperlukan untuk menghasilkan DHA dan EPA yang sangat bagus untuk perkembangan otak.
Antara ikan yang mengandungi kandungan omega 3 yang tinggi ialah:
Salmon
Di dalam 75 gram salmon mengandungi 1.9 gram omega-3
Sardin
Kaya dengan omega-3 dan vitamin D.
Tenggiri
Sumber AA dan DHA dalam ikan ini sangat baik untuk kandungan anda.
Tuna
Omega-3 yang ada pada ikan tuna turut memberikan perlindungan pada saluran pencernaan dan mencegah kanser ovari
Oleh yang demikian, jadikan ikan-ikan ini sebagai salah satu anda tiga atau empat kali seminggu.
Walaupun begitu, ambil makanan laut secara sederhana dan tidak berlebihan kerana ia mungkin mengandung logam berat merkuri yang boleh membahayakan kandungan pula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah pasti setiap berita kehamilan akan membuatkan setiap pasangan gembira menerima perkhabaran tersebut. Namun jika sudah tertulis bukan rezeki seperti yang dialami oleh pelakon Nadya Syahera yang baru sahaja mengalami keguguran untuk kehamilan kembarnya
Apatah lagi keguguran kali ini melibatkan kehamilan kembar yang usianya hampir mencecah tujuh minggu. Meskipun pahit untuk ditelan, namun Nadya memilih untuk berkongsi pengalaman dirinya mengalami keguguran di Instagram miliknya.
Menurut Nadya, dia mula berasa risau selepas membuat pemeriksaan di sebuah poliklinik sebaik sahaja doktor memberitahu kantungnya tidak kelihatan normal.
Oleh kerana terdapat pendarahan, Nadya mengambil keputusan untuk membuat temujanji berjumpa pakar dan setelah mendapat penjelasan selanjutnya, Nadya mengambil keputusan untuk membuat D&C.
“Serba sedikit cerita tentang pengalaman i keguguran.
“Start dari hujung bulan lepas i dah start rasa or syak macam i ni pregnant sbb period i tak muncul2 dah sebulan lebih.
“So,3/6/2020 haritu, i nekad beli pregnancy test, tak bgtau fizul pun beli, beli balik terus check and result +ve weyh! Double line!
“Okay, memandangkan i jenis tak sabar nak tahu berapa minggu dah, after 2hari , i terus pegi poliklinik dekat rumah i, pegi scan sorang2 i je. Masa scan tu doktor tu cakap kalau kiraan dah 6minggu tapi ikut scan baru 4minggu lebih.
“Lepastu nampak ada kantung tapi tak nampak kelipan jantung lagi, maybe still kecil doktor cakap. Tapiiiii kantung ni tak bulat, dia macam kemek and ada bleeding plak kat luar dia. tapi i takde rasa sakit or turun darah pun.
“i blurrrr jap. I tanya lah doctor, kenapa? then doc terangkan yg kalau kantung normal dia akan bulat, pastu yg bleeding tepi tu dia jdi kembar tapi yg 1 tu dh pecah. and 1 kantung ni pun kemek. Awak tunggu lah 3minggu lagi awak dtg semula n kita scan. Kalau dia membesar, alhamdulillah, if not.
“Belum rezeki. Okayyy itu dekat poliklinik. i cerita kat fizul pasal ni tapi dia still harap yg takde apa2 berlaku kt kandungan i tu sbb dia nak sgt twin
“lepas 2hari i pegi lagi Klinik Ajwa dekat shah alam. sebab i nak tahu betul2 situation baby i tu, pegi scan kat situ, doctor tu layan i lebih kurang je. tapi ayat dia lebih kurang sama jugak dengan poliklinik, kecik lagi, dtg 2 minggu lagi, kita scan, kalau ada, ada la, kalau takde takdelahh. gitu katanya.
“Yang menggangu fikiran i bila , doktor cakap ada bleeding, i risau yg tu. so sebabtu lah i buat appointment terus dengan doktor bersalin i sblm ni dekat Avisena Women & child specialist hospital, Jumpa doktor, i cerita lah i pegi klinik doc klinik cakap macam mana, then dia scan jugak terus dia cakap kat i, kantung kemek dan kosong, ada bleeding.
“Ni baby dah tak jadi. Awak kena cuci ni, kalau nak biar turun sendiri takut lambat n sakit n takut infection plak sbb dh bleeding kt dalam. So dgn redhanya i pun buat lah proses D&C . D&C tu dorang pengsankan i then cuci rahim i. Proses tu kejap je dalam 30min macamtu, now i tengah pantang kat rumah dah,” tulisnya di Instagram.
Pelakon yang juga dikenali dengan nama Kak Bed ini dan pasangannya Fizul berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2.
Semoga Nadya dan suami tabah menghadapi ujian ini dan semoga ada rezeki kehamilan kembar yang lain untuk mereka berdua. Amin.
Sumber: IG Nadya Syahera
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana pilu dan sedih masih lagi menyelubungi seluruh ahli keluarga Syed Umar Mokhtar Syed Mohd atau Abam yang meninggal dunia pada Isnin yang lalu terutama bagi adiknya Ali Puteh.
Tapi kuasa Allah itu memang cukup hebat, selang beberapa hari Sang Pencipta menjemput abangnya, Ali dikurniakan rezeki yang tidak pernah dijangka. Isterinya, Melati Fitri Abdullah disahkan hamil enam minggu.
Tentunya berita tersebut sedikit sebanyak mengubat kedukaan setelah kehilangan abang tersayang dan juga sebelum ini dia yang pernah kehilangan anak keduanya, Ainul.
Pemergian Allahyarham Abam yang dirasakan oleh setiap ahli keluarga bakal digantikan dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata buat Ali.
“Syukur padaMu ya Allah… sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang.
“Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya penuh sebak seperti dilaporkan portal hiburan Gempak.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd meninggal dunia dalam tidur pada usia 32 tahun.
Sebaik mendapat tahu isterinya hamil lagi, Ali memaklumkan akan membawa isteri ke klinik dan menjalani pemeriksaan ibu hamil yang biasa dilakukan sebelum ini.
Memandangkan sejarah kehamilah dan kelahiran anaknya yang pernah berdepan penyakit jantung berlubang, maka kandungan kali ini akan diberikan perhatian sebaiknya.
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. ”
Sebelum ini, anak kedua Ali dijemput Ilahi kerana masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik. Selepas 17 hari dirawat di hospital, anaknya itu menghembuskan nafas terakhir ketika usianya baru tiga bulan.
Pemergian Abam mengejutkan seluruh industri hiburan tanah air serta peminat-peminatnya kerana Allahyarham sangat terkenal sebagai seorang personaliti yang memiliki keperibadian yang menawan.
Ribuan orang memberikan penghormatan terakhir ketika Allahyarham Abam dikebumikan dan kenalan-kenalan rapatnya banyak berkongsi kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pelawak itu ketika hayatnya.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.