Apabila ujian kehamilan menunjukkan positif, pastinya anda teruja untuk melakukan scan bayi, kan? Eh, kejap kenapa tak nampak kantung kehamilan masa imbasan? Adakah ia petunjuk masalah kehamilan?

Sudah pasti anda berasa bimbang semasa melakukan pemeriksaan ultrabunyi dan dimaklumkan kantung kehamilan atau gestational sac tidak dapat dilihat.

Dah Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

Kantung tersebut adalah tempat di mana janin akan membesar dan mengandungi cecair amniotik atau lebih mudah dikenali sebagai air ketuban.

Bilakah kantung kehamilan dapat dilihat?

Umumnya, kantung tersebut adalah antara tanda mengandung yang dapat dilihat pada ultrabunyi transvaginal. Alat tersebut digunakan kerana ultrabunyi abdomen kurang tepat pada peringkat awal kehamilan.

Gestational sac biasanya dapat dilihat apabila ujian scan bayi dilakukan ketika usia kehamilan mencecah 5 minggu. Bagi sesetengah wanita mengandung, ia boleh dilihat seawal usia 3 minggu kehamilan.

Sekiranya kantung tersebut dapat dikesan pada alatan ultrabunyi, anggaran saiz diameter kantung adalah sekitar 2 hingga 3 milimeter (mm). Ia akan kelihatan seperti rim putih di dalam rahim anda.

Jika anda menjalani ujian kehamilan kuantitatif, iaitu ujian hCG serum (human chorionic gonadotropin), gestational sac biasanya akan kelihatan apabila hCG mencapai tahap 1,500 hingga 2,000.

Ujian scan bayi yang seterusnya akan menampakkan kantung kuning telur (yolk sac) di dalam kantung kehamilan.

Yolk sac akan berfungsi sebagai makanan untuk embrio yang sedang berkembang dan biasanya akan dapat dilihat pada usia kehamilan 5.5 hingga 6 minggu melalui ultrabunyi transvaginal.

Tetapi jika kantung tersebut tidak dapat dilihat semasa scan bayi, adakah ia petanda masalah kehamilan?

Dah Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

Faktor tiada kantung kehamilan semasa scan bayi

Kantung yang wujud di dalam rahim itu adalah kantung yang akan mengelilingi dan melindungi bayi (apabila membesar) dan akan mengandungi cecair amniotik.

Sekiranya ia tidak dapat dilihat semasa ujian ultrabunyi transvaginal kehamilan pada awal usia kehamilan, sekitar 5 minggu, ada beberapa punca yang mungkin berlaku, iaitu:

  • Ujian scan bayi dilakukan dalam tempoh kehamilan yang terlalu awal
  • Berlaku kehamilan ektopik
  • Kandungan mengalami keguguran

Imbasan kehamilan dilakukan terlalu awal

Kantung kehamilan biasanya akan kelihatan pada imbasan ultrabunyi pada 3 hingga 5 minggu kehamilan atau pada saat nilai hCG mencapai 1,500 ke 2,000.

Jika dilakukan sebelum waktu atau tahap itu, walaupun ujian kehamilan menunjukkan positif, kemungkinan besar tidak akan ada kantung yang dapat dilihat semasa scan bayi dilakukan.

Tempoh masa yang salah adalah antara sebab paling biasa mengapa kantung bayi tersebut tidak dapat dilihat. Apabila melibatkan keadaan sebegini, ujian ultrabunyi susulan akan disyorkan.

Pun begitu, jika tempoh mengandung sudah melebihi 5 minggu atau capaian tahap hCG lebih 2,000, ketiadaan kantung kehamilan mungkin petanda kewujudan masalah tertentu.

IKLAN

Kehamilan ektopik

Apabila kantung tidak kelihatan di dalam rahim, ia berkemungkinan besar menandakan masalah kehamilan, iaitu kehamilan ektopik.

Ia keadaan yang boleh menimbulkan kebimbangan. Tetapi perlu diingatkan bahawa ketiadaan kantung mungkin berkaitan dengan waktu scan bayi yang salah.

Walau bagaimanapun, masalah kehamilan ektopik atau mengandung luar rahim akan dapat diatasi jika dapat dikesan pada peringkat awal.

Situasi ini boleh terjadi walaupun anda tidak mengalami sebarang simptom yang menjurus kehamilan ektopik.

Seorang doktor mungkin dapat mendiagnosis masalah kehamilan luar rahim dan akan menyarankan rawatan tanpa perlu melakukan ujian scan bayi susulan jika tahap hCG cukup tinggi.

Masalah kehamilan ini selalunya tidak dianggap kecemasan perubatan sekiranya dikesan lebih awal. Bahkan pilihan rawatan juga tidak semestinya melibatkan pembedahan.

IKLAN

Dah Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

Keguguran 

Jika anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan atau gejala keguguran lain, ketiadaan kantung kehamilan mungkin bermakna anda mengalami keguguran yang sangat awal.

Keadaan ini turut dikenali sebagai kehamilan kimia atau tisu kehamilan telah disingkirkan rahim.

Sekiranya berlaku penurunan kadar hCG dengan tiada penemuan kantung, diagnosis paling hampir adalah keguguran.

Seperti kehamilan ektopik, terdapat pelbagai pilihan rawatan tersedia jika anda kehilangan kandungan.

Pemeriksaan lanjut

Ketiadaan kantung kehamilan semasa scan bayi boleh jadi keadaan yang sukar untuk pakar menentukan dengan segera dan tepat akan puncanya.

Jadi adalah sesuatu yang wajar untuk anda berasa bimbang dan cemas, malahan mungkin kecewa.

Terdapat kemungkinan besar untuk anda diminta melakukan ujian scan bayi atau ultrabunyi susulan dan menjalani pemantauan tahap hCG bagi mendapatkan jawapan yang lebih jelas.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI