Sumbing (klef) bibir dan lelangit adalah pembentukan struktur bibir dan lelangit tidak normal serta tidak bercantum dengan normal semasa pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu.
Secara umumnya, klef boleh berlaku secara tersendiri atau dikaitkan dengan pelbagai sindrom.
Selalunya kanak kanak yang mana klef tidak dikaitkan dengan sebarang sindrom (isolated), mereka ini mempunyai tahap IQ yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain dan tidak perlu dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).
Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Marzida Abd Latib, berkata pelbagai faktor dalaman atau genetik dan persekitaran dikatakan menjadi penyebab terjadinya klef.
“Ada pelbagai jenis klef bibir dan lelangit dengan pelbagai tahap sumbing dialami dan tiada satu klef pun yang seiras walaupun dari segi klasifikasi ia mungkin sama kategori.
“Ini menyebabkan rawatan klef selalunya bergantung pada ciri unik bentuk dan strukturnya, permasalahan dan keperluan pesakit itu sendiri,” katanya.
Kecacatan gagal dikesan
Walaupun pembentukan struktur bibir dan lelangit berlaku pada pembentukan janin seawal empat hingga lapan minggu, ia hanya boleh dikesan melalui ultrasonografi apabila kandungan berusia dalam lingkungan 20 minggu.
Dalam klef lelangit jenis submucous, ada masanya bayi ini tidak dapat didiagnosis sejak lahir kerana struktur lelangit nampak sempurna.
Ini menyebabkan golongan ini akan datang lambat berjumpa pakar apabila menyedari suara dan pertuturan sengau dan tidak sempurna.
Sumbing bibir dan lelangit memerlukan rawatan berpanjangan iaitu daripada bayi hingga dewasa dengan membabitkan pelbagai pakar seperti pakar sakit puan.
Mereka juga dirujuk kepada pakar pembedahan plastik, pakar pergigian atau maksilofasial.
Pakar telinga, telinga, hidung dan tekak (ENT), pakar pemakanan, pakar pertuturan, pakar kanak-kanak, pakar bius, jururawat terlatih, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai kumpulan sokongan yang lain.
Rujuk segera jika ada tanda awal
“Kita menyarankan, bayi yang baharu dilahirkan dan didapati mempunyai klef, mestilah dirujuk segera kepada pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif.
“Pakar bedah plastik selalunya menjadi moderator yang akan menyusun atur keperluan kanak-kanak klef ini, merujuk dan berbincang dengan kepakaran masing-masing untuk rawatan menyeluruh,” katanya.
Sebelum merancang pembedahan klef, doktor akan memastikan pesakit sihat untuk pembedahan dan dirujuk ke pakar bius.
Sekiranya bayi klef ini mengalami permasalahan lain seperti fungsi jantung atau paru-paru tidak normal keadaan itu perlu diatasi diatasi terlebih dulu dan pembedahan plastik surgeri terpaksa ditangguhkan.
Keseluruhan rawatan berpanjangan sehingga pesakit berumur dalam lingkungan 20-an dan pesakit klef yang datang pada peringkat dewasa, pendekatan bagi pesakit sebegini sedikit berbeza.
Info
* Peringkat pembedahan:
Pembedahan klef bibir
– Dilakukan seawal mungkin apabila kandungan haemoglobin dalam darah mencecah 10 gram
– Berat bayi lima kilogram
– Umur bayi mencecah 10 minggu.
Ads
Pembedahan lelangit:
– Bayi berumur dalam lingkungan 9 -12 bulan.
Rawatan susulan:
– Terapi pertuturan
– Rawatan gigi
– Rawatan tampalan gusi
– Pembedahan hidung dan tulang muka
– Pembedahan lain sekiranya perlu.
* Lebih kerap berlaku dalam kalangan bayi lelaki berbanding perempuan
– Nisbah sebanyak 2 (lelaki) :1 (perempuan)
Masalah klef:
* Masalah pemakanan*
* Masalah pendengaran
* Masalah pertuturan dan bahasa
* Masalah gigi dan orthodontik
* Masalah estetik muka terutama bahagian muka tengah
* Masalah kurang keyakinan diri terutama apabila meningkat remaja.
Ads
* Masalah saluran pernafasan**
* Masalah pemakanan tidak begitu serius, melainkan bayi mengalami sindrom yang menyukarkannya untuk makan.
Ibu mengandung yang ingin berpuasa di bulan Ramadan bukanlah suatu perkara baru. Malah isu ini sering diperkatakan. Hampir setiap tahun pasti ada saja golongan ibu mengandung yang bimbang dengan keadaan diri juga bayi setiap kali Ramadan menjelang.
Ibu Mengandung Ingin Berpuasa Di Bulan Ramadan
Hampir kebanyakan ibu mengandung mahu berpuasa namun terdapat beberapa kebimbangan yang sentiasa difikirkan. Tahap kekuatan diri dan kesihatan bayi dalam kandungan mungkin antara penyebab kebimbangan ini. Ramai juga yang tertanya-tanya mengenai risiko berpuasa kepada bayi dalam kandungan.
IBU MENGANDUNG BOLEH BERPUASA JIKA MAMPU
Ramai juga wanita yang mengandung tidak berpuasa kerana bimbangkan keselamatan bayi mereka yang masih di dalam rahim. Ketahuilah bahawa selagi wanita yang mengandung itu masih mampu berdiri dan menjalankan rutin kerja sehariannya, Insya Allah, Allah akan menyelamatkan bayi mereka. Ibadah puasa tidak sesekali menyebabkan bayi mereka berada dalam bahaya.
Tidak dapat dinafikan apabila tidak mengambil makanan atau minuman untuk jangka masa yang agak lama ketika berpuasa menyebabkan seorang wanita yang mengandung itu menjadi lebih letih.
Bagaimanapun bukankah tujuan berpuasa untuk merasakan diri kita letih supaya kita lebih mensyukuri nikmat kesihatan dan limpahan rezeki yang banyak sebelum ini. Adalah digalakkan wanita yang hamil meneruskan puasa kerana bayi yang berada dalam rahim tidak pernah mengalami kekurangan nutrisi.
Ini Tip Penting Perlu Ambil Tahu
Mereka akan tetap mendapat nutrisi pemakanan walaupun ibu mereka berpuasa kerana nutrisi-nutrisi itu bukan dibekalkan dari makanan yang diambil tetapi dari simpanan yang banyak di dalam organ hati. Apatah lagi dalam ibadah puasa hanya berlangsung kira-kira 14 jam dan kemudian kita dibenarkan makan dan minum ketika berbuka puasa.
Cuma jika ibu mengandung itu merasakan diri mereka tidak sihat, pening, rasa seperti hendak pitam, kabur penglihatan atau mengalami tanda-tanda lain yang membimbangkan, maka berbukalah dan dapatkan pemeriksaan doktor.
Selalunya hal-hal ini berlaku apabila tubuh badan mereka sedang berusaha untuk menyesuaikan dengan rutin pemakanan yang berbeza di bulan Ramadan.
“Wanita hamil dan menyusui, jika takut terhadap anak-anaknya, maka mereka berbuka dan memberi makan seorang miskin.” (HR. Abu Dawud, dishahihkan oleh Syaikh Al Bani dalam Irwa’ul Ghalil).
Wanita yang hamil dinasihatkan oleh doktor untuk tidak berpuasa, boleh meninggalkan puasanya, contohnya wanita hamil mengalami komplikasi kehamilan atau mengalami penyakit yang sedia ada sebelum hamil lagi.
Wanita yang risau tentang pergerakan anaknya dalam rahem yang sedikit juga boleh meninggalkan puasa.
Antara sebab lain ialah tidak minum air yang mencukupi. Salah satu cara untuk mengetahui bahawa seseorang itu tidak minum air secukupnya apabila air kencingnya menjadi sedikit, pekat, berbau dan berwarna keruh.
Ketika seseorang wanita sedang hamil, dia perlu sentiasa berada dalam keadaan positif dan menggembirakan. Sebaiknya elakkan rasa tertekan atau sedih semasa dalam tempoh kehamilan.
Selain menggangu tahap kesihatan si ibu, emosi semasa hamil boleh mempengaruhi anak dalam kandungan.
Ibu hamil perlu ada dalam persekitaran yang membahagiakan serta sentiasa disayangi untuk memastikan emosinya stabil dan sentiasa ceria. Kalau tak mahu bayi anda nanti kuat meragam, sentiasa gembira dan ceriakan diri anda sepanjang mengandung.
Sumber foto: www.freepik.com
Sebenarnya memang ada fakta mengatakan ibu yang gembira dan selalu ketawa semasa mengandung akan melahirkan bayi yang juga ceria dan gembira! Berikut beberapa fakta benar tentang pentingnya ibu hamil untuk sentiasa gembira dan ceria:
1. Hormon Kortisol Tinggi
Paras hormon kortisol yang tinggi (hormon stres yang bertanggungjawab untuk tindak balas dalam badan) ketika mengandung ada kaitan dengan bayi yang kuat menangis dan kurang tidur selepas dilahirkan.
Sumber foto: www.freepik.com
2. Ibu Rasa Stres
Stres kronik ketika hamil juga ada kaitan dengan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah. Kepada ibu hamil, sila beri perhatian kepada emosi diri sendiri. Begitu juga dengan orang yang paling rapat iaitu suami.
Satu kajian yang dilakukan oleh Pennsyvlania State College of Medicine mendapati ibu yang bahagia dan mendapatkan banyak sokongan dari orang terdekat akan menurunkan risiko kolik berlaku pada bayi yang baru dilahirkan.
Sumber foto: www.freepik.com
4. Kena Gembira, Duduk Dalam Persekitaran Positif
Emosi positif ibu mempengaruhi keadaan bayi yang dilahirkan. Ia boleh berlaku sekiranya ibu banyak tersenyum dan ketawa. Jadi ibu mesti selalu berdamping dengan orang-orang yang positif dan ceria serta boleh membuatkan ibu merasa bahagia dan gembira sentiasa.
Kajian menunjukkan ibu yang merasa bahagia setelah melahirkan mempunyai bayi yang menangis kurang dari tiga jam dalam sehari.
Bagi menyokong isteri yang sedang hamil, para suami boleh menunjukkan rasa sayang kepadanya. Tunjukkan yang anda peka dengan perasaan dan keperluannya. Emosi yang terkawal akan menggalakkan pertumbuhan bayi dalam kandungan lebih sihat.
Malam semalam kita dikejutkan dengan berita banjir yang berlaku di negeri-negeri sebelah pantai timur. Malah ada mangsa terperangkap banjir antaranya ibu hamil yang sarat menunggu hari bersalin.
Menurut penjelasan Dr Muhammad Izzat, ibu-ibu yang sedang menanti hari mahu bersalin, mereka perlu menyimpan segala kelengkapan bersalin di tempat yang mudah untuk dicapai.
PAKAR KONGSI 5 TIPS UNTUK IBU HAMIL MENGHADAPI BANJIR
1. Ibu hamil yang menanti saat bersalin, sediakan dan simpan kelengkapan bersalin dan barang-barang untuk anak yang bakal lahir di tempat yang mudah dicapai.
Lebih baik jika tempat tinggal semasa banjir berada berdekatan dengan hospital atau di luar kawasan banjir, sama ada di rumah saudara, hotel dan seumpamanya, senang untuk pergi hospital pada saat memerlukan.
2. Pastikan dokumen-dokumen penting seperti mykad, buku antenatal( buku pink) , sijil nikah, dan lain-lain dokumen penting dibawa bersama untuk kegunaan dan rujukan semasa bersalin.
Dapatkan nombor telefon bagi klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika berlaku kecemasan. Bagi ibu hamil yang belum lagi dekat dengan tempoh untuk bersalin, kenal pasti tempat tinggal, pusat pemindahan atau rumah saudara yang selamat dan sehampir mungkin dengan bantuan jika berlaku kecemasan.
3. Jangkitan penyakit bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir. Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus, bakteria,kulat dan parasit ) akibat bercampur dengan air kotor dan air kumbahan.
Kehamilan sendiri meningkatkan risiko ibu hamil mendapat penyakit bawaan air seperti taun, kencing tikus dan seumpama dengannya. Dapatkan rawatan segera jika berasa tidak sihat.
4. Lindungi diri dari kecederaan. Kadang-kadang air banjir terdapat kaca, kayu, serpihan barangan tajam. Berhati-hati jika perlu meredah banjir. Gunakan kayu atau apa-apa objek jika anda ingin mengalihkan sebarang halangan di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan serpihan tajam dan ancaman binatang berbisa.
5. Air banjir atau air bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk, sekaligus boleh menyebabkan wabak denggi. Jangkitan denggi pada wanita hamil jika tidak dikenalpasti dengan segera dan dirawat boleh menyebabkan kesihatan ibu menjadi merundum dan boleh membawa maut. Jika ibu hamil demam, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Saya doakan semua mak-mak mengandung yang terlibat dengan banjir sentiasa dalam perlindungan Allah. Ya Allah, turunkanlah kami hujan yang bermanfaat.
Hubungan antara manusia dan haiwan telah lama menjadi simbol kasih sayang, empati, dan keprihatinan. Dalam dunia yang semakin moden dan sibuk, penting untuk kita...