Batuk yang berpanjangan selepas terkena Covid-19 membuatkan kita terus rasa tidak selesa. Selain usahakan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan, cara mudah yang dikongsikan ini mungkin serasi dengan kita.
Tak perlukan ubat, hanya potongan buah limau dan nenas setiap pagi dan sebelum tidur yang dikongsikan oleh Pn Ezan Ed ini boleh anda usahakan. Mana tahu serasi. Jom cuba!
Nak share “ubat batuk” saya pagi ni. Hampir sebulan dah batuk. Lalok makan ubat batuk hari-hari tapi masih jugak tak sembuh.
Akhirnya saya cuba potong buah oren dengan nenas kecil-kecil macam ni. Kemudian tabur sedikit garam. Alhamdulillah semakin ok. Kahak pun kurang. Cubalah.
Ads
Anda hanya perlukan: Sebelah buah oren potong nipis sekali kulit. (Lemon pon boleh.) Sepotong nenas potong kecil. 1 sudu teh garam. Tabur.
(Edit** Saya makan sekali kulit. Basuh bersih-bersih ye)
Saya makan sebelum sarapan & setengah jam sebelum tidur. Pastikan minum air secukupnya.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
RAMAI ibu bapa zaman kini berdepan dilema apabila anak menunjukkan tanda kelewatan pertuturan atau kesukaran berkomunikasi. Namun, bagi keluarga yang mempunyai anak autistik, cabarannya jauh lebih besar kerana setiap keputusan termasuk pemilihan bahasa, gaya komunikasi dan kaedah mendidik memberi kesan langsung terhadap perkembangan mereka.
Itulah yang dilalui oleh Raihana Annur Hanna, 40, ibu kepada tiga cahaya mata yang kini menjadi inspirasi ramai. Pendekatan lembut dan penuh kasih yang diamalkannya akhirnya membuahkan hasil apabila dua anaknya yang didiagnosis speech delay dan autisme kini fasih bertutur bahasa Inggeris dalam loghat British!
Menurut Raihana, anak sulung dan keduanya menunjukkan gejala lewat bercakap sejak usia dua tahun.
“Dari umur 12 bulan sampai besar, memang tak ada perkataan langsung. Bila ajar Bahasa Melayu, mereka tak terima. Bila tak dapat berkomunikasi, mereka akan tantrum,” kongsinya.
Menyedari perkara itu, Raihana memperkenalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di rumah selepas melihat anak-anaknya lebih responsif terhadap bahasa tersebut. “Bila ubah ke bahasa Inggeris, mereka kurang tantrum. Bahasa Inggeris lebih mudah dan ringkas. Dari kecil saya memang ajar speaking. Budak sekarang memang banyak screen time, tapi kalau kita pandai pilih video yang betul seperti Blippy, ia sangat membantu. Accent pun banyak mereka ambil daripada kartun,” katanya.
Menariknya, perubahan ini turut memberi kesan kepada anak bongsunya yang tidak mempunyai keperluan khas. Hasil komunikasi sepenuhnya dalam bahasa Inggeris di rumah, si kecil itu turut fasih berbahasa Inggeris dengan sebutan yang tepat.
Lebih mengagumkan, Raihana membesarkan anak-anaknya dengan pendekatan gentle parenting anak autistik dengan mendidik dengan lembut, memahami emosi dan dunia anak-anak tanpa tekanan atau hukuman.
“Saya lebih kepada menjiwai apa mereka rasa. Saya jadi kanak-kanak balik, saya main dengan mereka. Gentle parenting sangat membantu. Kalau ada anak autistik, kita kena masuk dunia mereka, bukan paksa mereka masuk dunia kita,” katanya penuh makna.
Bagi Raihana, menjadi ibu kepada anak autistik bukan beban, tetapi satu anugerah untuk belajar tentang kesabaran dan kasih sayang sejati. Walaupun lewat bertutur, anak-anaknya kini membuktikan bahawa dengan pendekatan yang betul, mereka mampu berkembang luar biasa malah mampu bertutur bahasa Inggeris dengan fasih dan berkeyakinan sejak kecil.
✨ “Anak istimewa tidak perlukan ibu bapa yang sempurna. Mereka cuma perlukan kasih, sabar dan suara lembut yang memahami dunia mereka.” ❤️
Mendekati wanita ini yang pernah viral tahun lalu kerana membuat simpanan hampir RM14,000 dalam tempoh enam bulan. Menurut Siti Nurhazwani Mohd Zabri atau selesa dipanggil Wany, pada asalnya dia buat simpanan untuk menyambut kelahiran anaknya. Kini selepas melahirkan, Wany masih meneruskan tabungan tersebut sejak anaknya berusia satu bulan.
Memandangkan Wany memang suka menabung sejak kecil, katanya tabungan dibuat apabila dia ada sasaran tertentu. Jika mahu dapatkan barangan berjenama, dia akan menyimpan wang untuk membeli tanpa perlu berhutang.
Simpan RM50 Setiap Hari, Cukup RM5000 Simpan Dalam Bank
Apabila ditanyakan tentang jumlah nilai wang yang disimpan, Wany memberitahu yang dia akan masukkan RM50 setiap hari untuk tabungan anaknya, Andra Gael Mateen Mohamed Azemi, 6 bulan. Wany memberitahu, dia mempunyai rezeki yang lebih untuk membuat tabungan RM50 setiap hari.
“Alhamdulillah mungkin rezeki saya mampu menyimpan sebanyak itu setiap hari. Tetapi tak salah untuk buat simpanan kurang dari itu. Ikut kemampuan kita,” terang Wany apabila ditanya tentang jumlah wang yang dia simpan setiap hari. Tambah Wany lagi, simpanan begini mudah dia kawal. Cukup RM5000 setiap kali menabung, saya akan pastikan duit itu dimasukkan ke bank,” kata Wany.
Tanda Pada Kalendar Untuk Pastikan Tabungan Konsisten
Wany memberitahu yang dia menjalankan perniagaan sendiri bersama suami. Dia membuat tabungan sebagai persediaan jika ada sebarang kecemasan. Biarpun ada mengambil pelan insuran untuk Gael, Wany tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat simpanan. “Saya ambil insurans untuk anak, tetapi ada masa tertentu kita perlu mendahulukan duit sendiri. Sebab itulah, saya selesa jika ada wang simpanan sebagai persediaan,” kata Wany.
Untuk membuat tabungan, perlu ada disiplin. Wany mengiyakan perkara itu. Menurutnya, dia seorang yang sangat disiplin dalam membuat tabungan. Wany akan membuat tanda di kalendar bagi memastikan duit yang dimasukkan ke dalam tabung direkodkan. Menurut Wany, dia lebih berdisiplin sekarang kerana banyak memikirkan soal masa hadapan. Tambah pula dia dan suami, Mohamed Azemi Ab Johar, bekerja sendiri. “Sebab itulah kami kena konsisten untuk buat tabungan, tak boleh mengelat,” beritahu Wany.
Buat Simpanan Fikirkan Anak
“Saya dan suami hanya fikirkan tentang masa depan anak. Sebab itulah kami memilih cara ini untuk menabung. Dalam simpanan sekarang ada RM6700, tapi biasanya apabila tabungan dah capai RM5000, saya akan masukkan ke bank,” kata Wany menjawab tentang jumlah tabungannya. Kata Wany, dia mula menyimpan untuk Gael sejak anaknya itu berumur satu bulan.
Cara Wany menyimpan duitnya adalah dengan menggunakan sebuah bekas kecil. Dia akan sumbat kesemua duit di dalam itu sehingga jika ia benar-benar padat. “Tujuan saya menggunakan bekas kecil adalah sebab saya tak mahu fikir ada duit banyak dalam tu. Nanti akan terasa nak ambil untuk gunakan ke arah lain. Jadi bila guna bekas kecil dan disumbat padat, nampak macam tak ada apa dalam tu,” seloroh Wany. Sewaktu hamilkan anaknya itu, Wany memilih sebuah tabung berbentuk buah nanas. Tak sangka apabila dikeluarkan, banyak juga duit di dalamnya.
Bercerita tentang pengalamannya membuat tabungan, dia sebenarnya sudah mula menyimpan serba sedikit sebelum disahkan mengandung. Pada waktu itu, Wany dan suami berhasrat untuk gunakan hasil simpanan itu untuk beli barangan bayi serta bersalin di hospital swasta. Apabila disahkan hamil, terus sahaja Wany memulakan tabungan RM50 setiap hari.
Didik Diri Menabung Sejak Kecil
Wany turut memberitahu bahawa dia memang suka menabung. Sejak kecil, dia sudah mendidik diri untuk mengumpul duit belanja yang diberi kepadanya. Kalau tidak 50 sen, 20 sen pun jadi. Asalkan ada duit untuk disimpan pada hari tersebut.
Dia memberitahu yang amalan menabung ini akan diajarkan kepada Gael supaya anaknya itu juga suka menyimpan sepertinya. “Semoga bila dia melihat ibunya simpan duit, dia pun akan ikut. Saya berhasrat untuk mengajar dia kepentingan dan kebaikan menabung,” akhiri Wany.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak petua buang angin yang selalu dikongsikan oleh orang-orang lama. Ini semua bertujuan untuk memastikan badan rasa segar dan ringan. Tambah lagi dengan faktor pemakanan yang kurang dititikberatkan, menyebabkan ramai yang rasa tak selesa.
Bukan itu saja, semakin meningkat usia, badan akan cepat rasa lemau dan tak bertenaga. Tambah lagi ibu-ibu yang kurang dapat rehat kerana perlu uruskan anak dan buat kerja rumah. Bagi ibu berkerjaya, rutinnya lagi padat.
Bagi yang ingin mencuba petua buang angin, perkongsian Umie Marissa ini mungkin salah satu alternatif buat anda.
Hanya menggunakan tiga bahan utama sebelum direbus dan amalkan selawat sebelum minum, ia memudahkan angin keluar dan perut juga tidak kembung. Masalah sebu juga akan berkurangan.
Petua untuk buang angin
– 7 helai daun serai
– 7 biji lada hitam
– Bawang putih 1 ulas tapi potong 7
– Air panas yang baru masak 1 cawan, rendam sampai suam, masa nak rendam tu, daun serai tu renyuk-renyukkan, lada hitam ketuk, nak minum selawat 7 kali, insha allah angin yang ada ‘melepak’ dalam perut akan keluar dengan lawas.
Petua ni Kak Umie dapat masa nak pergi mengurut adik dalam pantang minggu lepas. adik ni mak ayah dia orang Kemboja, mak anak 13 orang, tapi alhamdulillah sihat, muda, kuat lagi buat kerja rumah.
Kak Umie kongsikan ilmu ini untuk sama-sama dapat manfaat. Apa yang bagus kita sama-sama ikhtiar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.