Percaya tak dengan hanya meluangkan masa 10 minit dengan anak, kesannya sangat bagus pada perkembangan mereka serta bonding ibu ayah dan anak.

Mungkin selama ini kita selalu pelik kenapa anak susah nak dengar kata, buat perangai dan kerap mengamuk.  Kadangkala kita terlupa disebabkan kesibukan tugas harian kita jadi terlupa untuk luangkan masa dengan anak.

Anak tak perlu masa yang lama dengan ibu ayah tetapi masa sesingkat 10 minit pun dah cukup untuk memberi impak besar pada perkembangan mereka.

Dalam 10 Minit Sehari Memadai Bina Bonding Dengan Anak. Biar Dia Percaya Kita!

Perkongsian dari Puan Nadia Bakar ini sangat bermanfaat untuk semua yang bergelar ibu ayah.

Benda ni simple je. Namun dia punya kesan, Masya Allah amazing! Memang Dr Siti sungguh-sungguh kempen dalam setiap talk beliau.

Dr Siti selalu pesan buat benda ni dengan anak-anak. Tak lama pun, 10 minit sehari je.

10 minit sehari ni kena peruntukkan setiap hari.  Kena CARI MASA tu sendiri. Bukan tunggu bila free.

Tutup TV, handphone dan semua gajet yang ada. Hanya ada kita, anak, kertas dan pensel sahaja. Kita betul-betul fokus pada anak waktu tu.

Apa kesannya? Anak akan lebih bonding dengan kita. Anak akan lebih percaya pada kita.

IKLAN

Kita juga dapat kenalpasti kebolehan anak. Kalau anak boleh duduk diam-diam,
Dengan kertas tu anak boleh tulis ABC, tulis cerita, Insya Allah anak jenis boleh fokus di sekolah.

Kalau anak suka lukis melukis, anak lebih mudah dengan konsep mind-mapping.

Kalau dengan kertas tu jadi kapal terbang, anak melompat sana sini, anak jenis kinestatik.
Silalah dapatkan trampolin untuk anak lepaskan tenaganya yang super power itu.

Ada kisah seorang ibu, yang dah tak tahu nak buat apa bila setiap pagi asyik berperang dengan anak yang meragam tak nak pergi sekolah.

“Anak you tak percayakan you ni.”

Bammm!! Memang pada awalnya tak boleh terima juga bila Dr Siti komen macam tu.

Namun, bagus ibu hebat ni. Walau ada rasa ragu-ragu, tapi beliau buat 10 minit setiap hari dengan anak. Tanpa gagal. Apa salahnya cuba benda yang baik walau logik akal tak nak terima benda ni kan?

IKLAN

Nak tahu? Selang beberapa lama kemudian, beliau maklumkan pada Dr Siti anaknya semakin gembira untuk ke sekolah. Tiada lagi drama “Anakku Meragam di Pagi Hari.”

Dengan usaha 10 minit setiap hari kita fokus pada anak sahaja dapat mengembalikan bonding dan kepercayaan anak pada kita.

Anak yang percayakan kita Insya Allah lebih tenang dan lebih mudah untuk urus emosinya sendiri.

Bila ada yang kata sibuk sangat sampai tak ada masa 10 minit, faham tu. Siang kerja, malam sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak pula.

Lalu Dr Siti tanya satu soalan je. “Ada Facebook?”

Kita scroll FB setiap hari pun dah lebih 30 minit. Belum lagi campur dengan dok geram-geram baca gosip kontroversi. Insya Allah boleh sangat cari 10 minit untuk anak-anak, kan?

Mel Robbins ada cakap, Facebook ni ialah tempat “hal orang lain”, cuma dia cakap versi menusuk kalbu sikit, “other people’s shit”.

IKLAN

Jadi, berhenti letak hal online ni sebagai priority.

Dalam 10 Minit Sehari Memadai Bina Bonding Dengan Anak. Biar Dia Percaya Kita!

Yang lebih utama ialah jaga anak-anak kita dulu sebab Tuhan bagi khas dan istimewa untuk kita jaga. Solely buat kita sahaja. Maksudnya Tuhan tahu kita mampu buat yang terbaik untuk pegang tanggungjawab sebagai ibu ni sebab tu kita dipilih.

Ibu-ibu, bina bonding dan kepercayaan anak sejak kecil lagi sebab kita nak anak yang sentiasa percayakan kita kan? Yang emosinya lebih stabil dan terpenuh gitu. Yang bila besar dahulukan kita, bukan orang luar. CARI MASA 10 minit untuk mereka.

Ada cita-cita nak bekal doa anak yang soleh bila mati nanti kan? Sekarang, ini salah satu tindakan kita untuk capai gol tu.

Kongsi dengan ibu-ibu hebat yang kita sayangi. Mungkin mereka juga memerlukan ini.

Kredit: Nadia Bakar
Yang tengah berusaha juga.

**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI