Penyanyi bersuara lunak, Amira Othman sememangnya dikenali ramai sebagai figura yang bukan je cantik kecil molek, tapi cukup lemah lembut, sopan santun dan sedap mata memandang. Bila bercakap pun penuh tertib, kalau bakal mentua tengok ni memang sejuk mata memandang dibuatnya.
Amira Othman ialah Nadia Amira binti Othman yang kini meniti umur 32 tahun dilihat semakin matang dalam berbicara soal kehidupan, karier dan juga keluarga.”
Anak kelahiran Skudai, Johor dulu melonjak naik dengan lagu “Hati-Hati”, dan sejak tu, suara dia terus jadi pujaan ramai. Lagu terbaru ‘Bila Nak Kahwin’ kini telah mencecah 2 juta tontonan di YouTube.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama Majalah Pa&Ma, Amira yang ditemui di majlis NR GLAM Raya & pelancaran produk NERA Postnatal, berkongsi cerita menarik tentang kehidupannya sekarang termasuklah bila ditanya soalan popular setiap kali raya menjelma “Bila nak kahwin ni Mira?”
“Client request nyanyi lagu ‘Bila Nak Kahwin’ tu, katanya mewakili anak-anak dara yang single.”
“Saya pun jawab la dengan lagu tu! Tahun ni terkejut, takde orang tanya saya dah bila nak kahwin. Mungkin sebab lagu tu dah terjawab semuanya,” katanya sambil ketawa kecil.
Amira turut berkongsi bahawa setiap kali raya, dia tetap bersyukur dapat bersama keluarga tersayang.
“Alhamdulillah, raya tetap meriah dengan mak ayah dan adik-beradik. Saya bersyukur sangat,” ujarnya.
Ads
Soalan Anak & Keluarga, Amira Jawab Dengan Matang
Bila ditanya kalau dah kahwin nanti, berapa orang anak yang Amira tergelak dulu, tapi tetap sporting jawab.
“Sejujurnya saya tak kisah. Jantina pun tak kisah. Soalan tu jauh sangat ke depan, saya pun tak pernah terfikir. tapi sebab Pa&Ma tanya, saya jawab je la yang terfikir.”
“Saya pernah terfikir nak letak nama anak Muhammad Zaril.”
“Tak tahu kenapa, tapi nama tu macam sedap didengar. Tapi tu la, tengok macam mana nanti, sebab belum kahwin lagi…” katanya sambil tergelak manja.
Ads
Suka Budak-Budak & Sayang Anak Buah
Amira juga mengaku dia memang suka budak-budak kecil. Katanya, anak buah dia panggil dia mummy sebab terlalu rapat.
“Saya ada empat orang anak buah. Kadang tengok kakak mandikan anak dia, pegang pampers pun saya dah rasa sayu dan sayang sangat. Saya makcik yang sayangkan anak-anak buah saya,” katanya penuh kasih sayang.
Zaman Dah Berubah, Berpantang Pun Dah Mudah Sekarang
Bila sembang pasal keibubapaan moden, Amira akui betapa zaman sekarang sangat membantu ibu-ibu baru.
“Saya tengok kakak dan adik saya sendiri melalui fasa berpantang. Bila ada confinement bertauliah ni, sangat membantu. Saya rasa client NERA Postnatal sekarang pun sangat kreatif, memudahkan ibu-ibu, tahniah untuk yang terlibat.”
Ads
Masakan Air Tangan Sendiri Untuk Keluarga
Meskipun belum berkeluarga sendiri, Amira tetap belajar memasak. Katanya, air tangan mak tetap nombor satu, tapi dia suka belajar dan eksperimen.
“Saya masak dua-dua, kampung dan western. Kalau abah, dia suka saya masak nasi goreng cili kering. Mama pula suka Spaghetti Aglio Olio dengan seafood. Kalau masakan kampung saya masak udang atau ayam masak lemak.”
Pesan Amira Tentang Keluarga Harmoni
Amira menutup perbualan dengan kata-kata yang cukup matang tentang keibubapaan.
“Saya percaya kita tak boleh harap anak-anak jadi baik, kalau ibu bapa tak jadi contoh yang baik. Kena ada teamwork dalam rumah tangga. Saya sendiri belajar dari mak ayah saya. Mereka tunjukkan kita pentingnya bekerjasama dan jadi satu pasukan.”
Fuh, makin matang dan berseri-seri Amira sekarang. Tak pelik lah ramai yang cakap, “Dah boleh kahwin dah Amira ni…”
Tapi apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Amira, moga satu hari nanti Allah hadirkan jodoh yang baik dan satu keluarga yang penuh bahagia macam yang dia selalu doakan untuk semua orang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Laungan “Allahuakbar” bergema berulang kali di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, pada malam Sabtu lalu, mengiringi pemergian seorang anak syurga, Zara Qairina Mahathir, 13 tahun. Suasana penuh sebak itu disaksikan penduduk kampung dan orang ramai yang hadir sejak awal petang, sebagai tanda kasih dan solidariti buat keluarga kecil ini.
Menurut laporan Sinar Harian, seawal jam 2 petang, kawasan pekarangan tanah perkuburan mula dipenuhi orang. Ada yang datang dari kampung berdekatan, ada juga yang sanggup memandu jauh, semata-mata untuk memberi penghormatan terakhir. Ketika trak polis membawa jenazah keluar, takbir bergema dari setiap sudut, mengiringi perjalanan anak ini dengan doa.
Foto Via Sinar Harian
Jeffry Fauzi Rahman, 53, dari Kampung Maligan, berkongsi pengalaman yang menggetarkan hati. “Sebelum proses menggali kubur dimulakan, doa dibacakan. Masa itu, saya terhidu bau harum seperti bunga. Wangian itu datang secara tiba-tiba… sukar untuk saya lupakan,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, kehadiran malam itu adalah sebagai sokongan kepada ibu arwah, Noraidah Lamat, dan sebagai doa agar keadilan dapat ditegakkan. “Saya ikut perkembangan kes ini sejak awal. Walaupun dari jauh, saya mahu lihat sendiri proses ini. Harap segalanya dilakukan dengan telus,” ujarnya.
Proses penggalian yang dilakukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula sekitar 5.30 petang dan selesai pada jam 7.15 malam. Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat, sambil disaksikan pasukan peguam dan ahli keluarga.
Semoga roh Zara Qairina ditempatkan di kalangan anak-anak syurga, dan semoga keadilan untuk keluarga ini ditegakkan. Moga ibu dan keluarga Zara Qairina terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi ujian berat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas kemelut rumahtangga yang berpanjangan, akhirnya bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi mengorak langkah bahagia bersama anak-anak dengan bercuti ke luar negara.
Menerusi Instagramnya, Shuhada tampil berkongsi momen indahnya bersama dua anaknya, Humairah dan Umar yang kini sedang bercuti ke Jepun.
“Hey Konichiwa. Safely arrived in Tokyo,” tulis Shuhada menerusi kapsyennya.
Menerusi satu hantarannya, Shuhada tampil ceria ketika mengabadikan kenangan di lapangan terbang bersama anak-anak.
Begitu juga ketika melawati beberapa tempat menarik di Tokyo. Malah Shuhada dan anaknya turut melapangkan masa untuk menonton wayang di sana, seperti janjinya bersama bekas suami.
Rata-rata wargamaya begitu kagum melihat semangat ibu tunggal ini yang tampil bangkit dari kesedihan hidup yang dilaluinya. Semuanya demi menjaga emosi dua anaknya, Humairah dan Umar.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut setia ibu tunggal ini turut mendoakan agar Shuhada dan anaknya terus bahagia.
Terdahulu, Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu pada 27 Julai yang lalu.
Tinggalkan lima anak termasuk anak kembar, luluh hati bila mengenangkan anak-anak kecil ini kehilangan ibu tersayang dalam kejadian menyayat hati yang berlaku awal pagi Isnin berdekatan kawasan rehat dan rawat (RnR).
Memetik laporan Sinar Harian, seorang wanita maut, selepas kereta yang dinaiki bersama enam ahli keluarganya merempuh belakang sebuah treler berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini, pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.10 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki tujuh sekeluarga telah melanggar bahagian belakang sebuah treler,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Norazam berkata, kemalangan itu mengakibatkan seorang wanita berusia 38 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Suami mangsa berusia 50 tahun dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun dilaporkan parah, manakala empat lagi anak mereka termasuk bayi lelaki kembar berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut.
“Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.