Selalunya anak perempuan dikaitkan dengan emosi yang mudah tersentuh dan harus dijaga perasaannya berbanding anak lelaki. Tetapi sebenarnya, anak lelakilah yang memerlukan lebih perhatian dari ibu bapanya.
Melalui artikel yang dipetik dari laman web Hello Doktor, dikatakan anak lelaki mempunyai jiwa yang lebih sensitif dan memerlukan sokongan sepenuhnya dari ibu bapanya.
Kenyataan ini diambil berdasarkan sebuah kajian yang dipanggil sebagai The Fragile Male. Kajian ini adalah mengenai bagaimana minda bayi lelaki adalah lebih sensitif kerana dipengaruhi emosi dan perasaan si ibu.
PERKEMBANGAN & TUMBESARAN ANAK LELAKI
Selepas dilahirkan otak bayi lelaki tidak berkembang sepenuhnya berbanding bayi perempuan. Perkembangan otak untuk bayi perempuan adalah enam minggu lebih cepat.
Perkembangan yang cepat ini memberi kelebihan kepada bayi perempuan untuk mendapat momentum yang lebih baik. Bayi lelaki pula akan sedikit ke belakang.
Ia bukan sahaja mempengaruhi aspek tumbesaran fizikal tetapi sikap matang sosio-emosi mereka. Sebab itulah, sebagai ibu bapa kita dapat melihat tumbesaran anak perempuan adalah lebih cepat dari anak lelaki.
Sebagai ibu bapa, kita biasanya akan membesarkan dan mendidik anak lelaki dengan cara yang lebih ‘keras’ berbanding anak perempuan. Anak lelaki biasanya diperkenalkan dengan permainan yang berunsur lasak serrta didikan juga lebih berunsurkan kelelakian.
Ads
Sebenarnya cara ini membentuk keperibadian yang kasar dalam jiwanya. Mungkin juga mereka membesar sebagai individu yang kurang sensitif terhadap perasaan orang lain.
Tunjukkan sokongan kepada anak lelaki untuk membantu mereka mengendalikan emosi mereka untuk menjadi individu yang lebih prihatin. Inilah apa yang boleh anda lakukan:
# Galakkan anak lelaki untuk meluahkan perasaan secara verbal. Apabila mereka menangis, jangan dimarahi. Biarkan mereka menangis untuk meluahkan apa yang dirasai.
# Apabila anak lelaki sedang bercerita kepada anda, berikan perhatian. Respon dengan setiap cerita mereka. Jangan menyampuk atau mencelah kata-kata mereka.
Ads
# Peluk dan ciumlah pipi serta dahi anak lelaki seperti yang dilakukan pada anak perempuan. Mungkin mereka nampak kasar, tetapi sebenarnya anak lelaki sangat menghargai jika ibu bapa menunjukkan kasih sayang secara terang-terangan.
# Bercakap dengan lembut dan elakkan komunikasi secara kasar dengan mereka.
Tidak kisahlah anak lelaki mahupun anak perempuan, tunjuklah kasih sayang kepada mereka secara sama adil. Ibu bapa yang melayan anak dengan emosi yang seimbang, pastinya melahirkan anak-anak yang gembira dan bahagia.
Tiada apa yang diharapkan lagi kecuali melihat insan tersayang dalam pulih dan kembali sihat. Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan rambang di masjid di Christchurch, New Zealand kini dikatakan kritikal.
Semalam masyarakat dunia dikejutkan dengan kes tembakan rambang yang berlaku di Christchurch. Salah seorang mangsa tembakan, Rahimi Ahmad, 39 tahun, bapa kepada dua anak berusia 11 dan 9 tahun kini sedang berada dalam keadaan kritikal selepas pembedahan untuk mengeluarkan peluru dijalankan.
Satu lagi pembedahan akan dilakukan untuk mengeluarkan peluru daripada bahagian tulang belakang.
Bapa kepada dua anak ini bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang susu di New Zealand manakala isterinya pula sedang menuntut di University of Canterbury. Keluarga ini tinggal di New Zealand sejak lebih 4 tahun.
PERGI KE MASJID BERDUA DENGAN ANAK LELAKI
Sebelum kejadian, menurut isterinya, Norazila Wahid, Rahimi telah ke Masjid Al Noor di Deans Avenue bersama anak lelakinya yang berusia 11 tahun untuk solat Jumaat. Anaknya bermain di luar masjid bagaimana pun diselamatkan jemaah lain dan dibawa ke sebuah rumah untuk berlindung sebaik mendengar tembakan dalam masjid. Ketika berita berkenaan dikeluarkan, keadaan Rahimi tidak dapat dikesan.
DOAKAN KESIHATAN RAHIMI
Hati ibu tentunya runsing memikirkan keadaan anak. Ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65, akan berlepas ke New Zealand untuk melihat keadaan anaknya. Isteri Rahimi, Norazila memaklumkan pembedahan untuk mengeluarkan peluru bahagian perut selamat dilakukan.
Satu lagi pembedahan akan dilakukan esok untuk mengeluarkan peluru pada bahagian tulang belakang.
Farah Lee, Insta famous dan Blogger yang terkenal telah memuatnaik gambar anaknya Maream Esable ketika berada di Portugal. Menerusi posting tersebut, beliau telah menjelaskan berkenaan anaknya Maream apabila hubungannya bersama bekas suami, Ally Iskandar berakhir pada Ogos 2016.
Menurut beliau, penceraian bukan penyebab untuk anak-anak rasa tak bahagia dan kadang kala penceraian itu lebih baik demi kesihatan emosi anak-anak. Ikuti luahan beliau di Instagramnya;
Pada yang kesiankan Maream, omma kesiankan dorang sebab kesiankan Maream. Dia tak tahu, kecukupan itu dari Tuhan, bukan orang.
Research found that kids prefer the parents separated and happier apart rather than being mentally abused in an unhealthy relationship of them
Yes, divorce does effect the children, but unhealthy relationship has more severe effects. Selagi divorced parents boleh jaga hubungan baik, involve in the kids life and kids get the right support, some children with divorced parents experience a better life ??
Yang terjadi telah terjadi, yang boleh diperbaiki adalah penerimaan kita pada qada’ Allah. Tengok ia baik, baiklah ia
Rata-rata netizen member komen positif berkenaan isu tersebut. Ada juga turut berkongsi pengalaman positif apabila ibu bapa mereka telah berpisah. Tak semua perpisahan itu berakhir dengan perkara yang negatif.
Alhamduliah you and ex are in good relationship as parents
Penularan wabak Novel Coronovirus kini semakin meruncing. Setiap hari jumlah individu yang dijangkiti semakin meningkat, malah jumlah kematian juga menunjukkan angka yang membimbangkan terutamanya di negara China.
Menerusi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 9 Februari 2020, 12 tengah hari sebanyak 40,160 kes dicatatkan di seluruh dunia yang melibatkan 25 negara dengan jumlah kematian 906.
Malaysia turut mendapat tempias dengan mencatatkan sebanyak 17 kes positif virus ini dengan 18 kes masih menunggu keputusan dari makmal. Namun dua daripada kes yang ada di Malaysia sudah disahkan pulih sepenuhnya.
Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga perlu diteruskan supaya penularan wabak ini dapat dibendung daripada terus menjangkiti rakyat di negara kita. Prihatin dengan situasi penularan wabak Novel Coronavirus (2019-NCoV) yang boleh menjangkiti orang sekitar melalui cecair saluran pernafasan dan juga melalui udara, seorang lelaki Mustaqim Kumar Abdullah Sooria membersihkan Kawasan-kawasan permainan yang ada di sekitar Kawasan Bukit Jelutong U8, Shah Alam.
Gambar-gambar lelaki ini fokus sedang membersihkan taman permainan di sekitar Kawasan Bukit Jelutong itu tular di media sosial. Usaha murni lelaki ini mendapat pujian ramai namun dia kesal kerana ada segelitir orang ramai yang mentertawakan usahanya itu.
Buat secara sukarela supaya kanak-kanak tak dijangkiti virus
Menurut Mustaqim, apa yang dibuat adalah secara sukarela dengan niat untuk membantu masyarakat di Kawasan tersebut supaya tidak memandang rendah dengan virus tersebut. Dengan berbuat demikian dia berharap agar kanak-kanak yang tinggal di Kawasan tersebut tidak dijangkiti virus berkenaan yang sedang menyerang puluhan ribu orang di seluruh dunia.
Usaha Murni dapat pujian warga net
Meskipun ditertawakan, usaha Mustaqim mendapat pujian warga net. Ramai yang memuji keprihatinan lelaki ini dan mendoakan yang terbaik atas usaha yang dibuat olehnya.
Apa yang dilakukan oleh Mustaqim ini memang wajar dapat pujian dan seharusnya orang ramai turut Bersama-sama berganding bahu dalam membendung penularan wabak virus yang merbahaya itu. Sekurang-kurangnya usaha yang dilakukan ini dapat membantu mengurangkan risiko penularan virus tersebut.
Tular di facebook perkongsian seorang wanita yang berkongsi kisah kakanya meninggal dunia ketika hamil didakwa mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.