Ramai ibu bapa rasa bertuah bila dikurniakan anak sulung lelaki – kononnya ‘pelindung keluarga’. Tapi… bagaimana pula dengan anak sulung perempuan? Perlu ke kita ragui kehebatannya? Jangan silap ya. Walaupun dia tidak sekuat abang dari segi fizikal, hati dan jiwanya cukup besar untuk memayungi adik-adiknya dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi.
Kakak sulung ini biasanya matang sebelum waktunya. Naluri keibuannya muncul sejak kecil – dialah yang akan belikan air untuk adik, tolong pakaikan baju, dan jadi orang pertama pujuk bila adik merajuk. Dia tak lokek menunjukkan sayang – dan dari situ, seluruh rumah belajar erti kasih yang sebenar.
Guru Kecil Yang Menjadi Contoh
Kalau anak sulung anda perempuan, bersyukurlah – dia secara semula jadi pandai bersosial dan peka dengan emosi orang lain. Dalam diam, dialah yang ajar adik-adik cara bercakap dengan orang luar, cara kongsi mainan, dan cara minta maaf bila buat silap. Tanpa disuruh, dia dah mula jadi cikgu kecil dalam rumah.
Ads
Anak lelaki yang membesar dengan kakak sulung biasanya lebih mudah berbual dengan kawan perempuan di sekolah. Kenapa? Sebab mereka dah belajar empati dan komunikasi dari ‘kelas intensif’ harian bersama kakak di rumah!
Bukan Sekadar Lantang, Tapi Berani Berdiri Teguh
Ads
Kakak sulung bukan jenis yang suka mengarah, tapi dia tahu bila masanya perlu bersuara. Dia berani pertahankan adik kalau dikacau. Dia tegur kalau nampak adik buat salah. Tapi dia juga jadi orang tengah bila adik-adik bergaduh – bukan pilih kasih, tapi cuba tenangkan semua.
Ads
Kadang-kadang kita tak nampak, tapi dialah yang bisik kat adik, “Jom minta maaf. Nanti ayah belanja aiskrim.” Lembut, tapi berkesan. Kakak sulung ni, bukan saja bijak pujuk, malah pandai baca situasi – itulah yang buat dia istimewa.
Si Pendengar Setia, Si Penyimpan Rahsia
Orang kata mulut anak perempuan ni becok. Tapi hakikatnya, kalau adik ada rahsia, kakaklah yang jadi tempat pertama untuk mengadu. Dan yang paling indah – kakak takkan bocorkan walau sekelumit pun. Biar ayah pujuk dengan gula-gula kegemaran dia pun, mulut tetap terkunci. Hebat, kan?
Akhirnya… tak kisahlah anak sulung awak lelaki atau perempuan, mereka berdua punya potensi besar jadi pemimpin dalam keluarga. Anak perempuan cuma guna cara berbeza – lebih lembut, tapi sangat dalam pengaruhnya. Maka, peluklah anak-anak ini dengan bangga. Kerana setiap anak, terutama si kakak sulung, hadir membawa kasih yang luar biasa untuk seluruh isi rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan panik, ini langkah penting yang ibu ayah kena tahu!
Bila anak tiba-tiba demam, lepas tu timbul bintik merah atau lepuh kecil di tangan, kaki dan dalam mulut—ibu bapa mana yang tak risau? Itu tanda-tanda klasik penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang bawah 6 tahun.
Jom kita tengok langkah yang ibu bapa perlu ambil jika anak dijangkiti HFMD.
HFMD sangat mudah berjangkit. Anak yang dijangkiti perlu dikuarantin di rumah sekurang-kurangnya 5-7 hari untuk elakkan jangkitan merebak ke adik-beradik atau rakan tadika.
Elakkan hantar anak ke taska, taman permainan atau tempat awam.
Demam biasanya berlaku 1-2 hari sebelum ruam timbul. Beri ubat demam seperti paracetamol ikut dos yang betul. Jika anak nampak lemah, tak aktif atau kurang minum, segera ke klinik.
Nota: Elak beri ibuprofen jika ada ulser mulut yang teruk kerana ia boleh peritkan lagi luka.
Basuh tangan anak dengan kerap, dan lap badan dengan kain bersih dan suam. Jika ada lepuh, jangan pecahkan sendiri—biarkan ia kering dengan sendirinya.
HFMD boleh buat anak sakit tekak dan tak nak makan. Tapi paling penting, pastikan dia tidak dehidrasi. Beri minuman sejuk, sup suam, atau ais krim untuk legakan sakit mulut dan galakkan minum air.
Jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti:
Kurang buang air kecil
Demam tinggi lebih 3 hari
Mengantuk luar biasa
Ruam semakin teruk
Jangan tunggu—bawa anak ke klinik atau hospital segera.
Mainan, botol susu, baju, cadar dan tuala anak perlu dicuci dengan sabun atau air panas untuk membunuh virus yang mungkin melekat. Virus HFMD boleh hidup di permukaan selama beberapa hari!
HFMD bukan hanya untuk kanak-kanak—orang dewasa juga boleh dijangkiti! Jadi, ibu bapa kena basuh tangan selepas jaga anak, dan elakkan kongsi makanan atau tuala.
HFMD bukan sekadar demam biasa. Ibu bapa perlu peka dan bertanggungjawab—pantau anak betul-betul, jangan ambil mudah bila nampak ruam atau ulser mula muncul. Jangan sesekali benarkan anak ke sekolah atau taman permainan bila masih bergejala.
Asingkan anak, beri ruang untuk pulih, dan cegah dari menjangkiti kanak-kanak lain. Tindakan kecil hari ini boleh lindungi ramai lagi anak lain daripada turut jatuh sakit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak, berisiko lahirkan anak yang ‘entitle.’ Anak yang mempunyai sifat ini sering kali sukar untuk menghadapi cabaran, tidak menghargai usaha orang lain, dan mudah merasa kecewa apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun ada kalanya niat yang baik boleh mengakibatkan kesan yang sebaliknya. Salah satu risiko yang semakin menjadi perhatian adalah melahirkan anak yang bersifat “entitle” atau merasa berhak terhadap segala-galanya tanpa usaha yang sewajarnya.
Sifat ini boleh membawa pelbagai masalah dalam kehidupan anak tersebut, termasuk dalam hubungan sosial, akademik, dan kerjaya.
Beberapa hari ini, banyak terlintas video berkenaan anak-anak yang ‘entitled’.
Video pertama, tentang seorang mak yang sudah tak tahan nak besarkan anaknya yang sudah dewasa.
Dari kecil, diberi segala yang dimahu. Dimewahkan. Dan dibuatkan segala.
Anak buat salah pun, dia back up. Sekarang, dia nak let go anak dia bekerja sendiri. Meraung-raung anak dia taknak..sebab dah hidup selesa.
Video kedua, tentang seorang anak yang bagi syarat kat mak ayah. Kalau nak dia ke sekolah, belikan kereta mewah. Bukan 18 tahun pun anak dia. Baru 5 tahun.
Video ketiga, anak gadis kaya melanggar orang sampai mati. Walaupun ditahan polis dia tetap dengan pendiriannya yang dia tak bersalah.
Geram sangat-sangat saya tengok yang ini. Tak ada langsung rasa bersalah. Malah dia rasa dirinya kebal dan untouchable.
Urut dada saya. Takkan sengaja Allah lintaskan video ini kepada saya. Melainkan buat peringatan untuk diri. Dan berkongsi ingatan ini dengan yang lain.
Di bahagian komen, ada ramai yang cakap,
“Ni la kesan bila manjakan sangat anak. Berlembut sangat.”
Betullah tu.
Cuma tolong jangan samakan ‘berlembut’ itu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut yang di atas itu adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan/peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
LIMA kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
Memberi Apa Saja Yang Anak Ingini
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata.
Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
Tak ada kawalan/sempadan/peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya.
Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective.
Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
Puji Berlebihan Untuk Usaha Anak Yang Sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ini sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Mendidik anak untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdikari memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada sifat “entitle” dalam diri anak-anak mereka.
Dengan memberikan didikan yang seimbang antara kasih sayang, disiplin, dan tanggungjawab, ibu bapa boleh membantu anak-anak membesar menjadi individu yang matang, berdikari, dan menghargai setiap usaha dalam hidup.
*Wawa Shauqi merupakan seorang penulis yang gemar berkongsi ilmu yang dipelajarinya dari seminar, bengkel dan konvensyen serta kelas yang dihadirinya. Hasil penulisannya adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi dari ahli-ahli yang berkaitan dalam bidang pendidikan awal kanak-/kanak, psikologi kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak.
MK K-Clique sudah jadi ayah, isteri selamat bersalin bayi perempuan. Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique berkongsi berita kelahiran cahaya mata pertamanya, seorang bayi perempuan yang selamat dilahirkan tengah hari semalam.
Dalam hantaran di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkongsi khabar gembira itu.
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon, MK K-Clique mengumumkan isterinya, Siti Hajaar sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Terbaru, MK memberitahu bahawa isterinya sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semalam.
MK berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya. Menurut MK, dia sangat bersyukur kerana bergelar bapa.
Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajar) selamat melahirkan seorang puteri. Ini anugerah terbesar daripada Allah.
Ruangan komen hantaran itu dihujani ribuan komen daripada rakan-rakan dan pengikutnya yang tidak melepaskan peluang bagi mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata pertamanya itu.
Turut disertakan klip video memaparkan video majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada tahun lalu.
Untuk info, MK dan isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023 selepas empat tahun berkenalan.