Hidup berumah tangga ni tak sama macam kita bercinta. Cabarannya lagi besar ditambah pula bila ada anak. Tanggungjawab suami isteri pun akan bertambah dan usaha suami mencari nafkah pun lagi besar.

Mungkin bagi suami isteri yang bekerja rasa ringan sikit untuk sediakan perbelanjaan keluarga tetapi jika seorang saja bekerja kena pandai urus apa yang patut. Dalam hal ini suami isteri kena bertolak ansur.

Walaupun isteri ada gaji, bab nafkah memang wajib suami sediakan. Isteri pula janganlah terlalu paksa suami nak macam-macam. Tengok dulu keadaan itu sesuai atau tak. Suami jangan pula culas bila isteri tak minta. Bukan bermakna buat tak tahu ya.

Dalam Rezeki Suami Ada Rezeki Isteri & Anak. Jangan Berkira. Ada Lebih Bagi Lebih

Kena ingat rezeki suami sentiasa murah dan tidak putus apabila sentiasa mendahulukan isteri dan anak-anak dalam apa saja situasi.

Melalui perkongsian saudara Firdaus Shakirin dia menjelaskan tidak rugi suami sentiasa gembirakan isteri dan anak kerana rahmatnya sangat besar dan rumah tangga pun bahagia.

IKLAN

Abah selalu cakap,

“Nak makan apapun, beli…teringin apapun, beli…duit boleh cari…”

Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni…saya pesan kat isteri, kalau ada benda yang dia teringin, yang dia nak, bagitau ja kat saya, saya akan usahakan untuk beli…tak kisahlah sama ada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan-kelengkapan lain…

Kalau tak beli bulan ni, bulan depan…kalau tak bulan depan, bulan satu lagi…

IKLAN

Apa yang kita akan dapat sekiranya kita berkira dengan anak isteri sendiri…? Duit kita semakin bertambah…? Kita semakin kaya…?

Dalam Rezeki Suami Ada Rezeki Isteri & Anak. Jangan Berkira. Ada Lebih Bagi Lebih

Sama ja pun…duit habis macam tu juga..lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dah habis…

IKLAN

ARTIKEL LAIN [Seminggu Suami Bagi 2 Jam Isteri Buat Apa Dia Suka, Confirm Kurang Merajuk & Marah]

Isteri nak beli pencuci muka, kita kata tak payah, tapi kita beli rokok, tak pe pulak…? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mana yang ada, tapi kita tukar sport rim kereta, tak pe pulak…? Isteri nak beli kasut, beg tangan, tudung baru, kita suruh pakai yang lama, tapi kita beli yang baru-baru untuk diri sendiri, boleh pulak…?

Suami jenis yang macam mana kita ni…

Jangan terlalu berkira dengan anak isteri…apa yang kita dapat pada hari ini sangat berkait rapat dengan mereka…boleh jadi kita ni yang menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri…cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan, insyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita keluarkan…

Nak percaya atau tak, terserahlah…dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna daripada ada duit banyak, tapi dengan anak isteri sendiri pun BERKIRA…🙂

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI