Dapat Perkongsian Sampai 21K, Resipi Ayam Singgang Kelantan Ni Paling Mudah & Sedap!

Share

Bukan calang-calang, resipi ringkas Ayam Singgang Kelantan ini menerima lebih 21K perkongsian di FB. Mana tidaknya, cara membuatnya cukuplah mudah. Hanya gaulkan sahaja semua bahan dan kemudiannya dididihkan. Rasanya memang awesome!

Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Myra Edora ini mama wajib cuba untuk sajian anak-anak. Senang sangat!


Hari ni Mekyaa nak share resipi Ayam Singge Kelate.

Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Rempah ketumbar
Lada kering
Lada burung
Asam keping
Garam
Gula
Budu

Ni hah bahan-bahan yang mekyaa sebutkan tadi. Serai dan ketumbar tumbuk ye.

Wajib letak budu tau.

Satukan ayam dengan semua bahan-bahan tadi.

Gaul rata sampai jadi cam ni.

Letak budu, garam gula sekali dan kemudian gaul lagi.

Masak sampai mendidih dan tutup apinya.

Taraa..siap untuk dihidangkan. Sedap, cepat dan mudah.

P/s Dalam setiap masakan pastikan lebihkan bawang merah dari bawang putih untuk menambahkan kesedapan dalam setiap masakan.

Mekyaa suka masak campak-campak jerk. Mudah, senang, cepat dan pasti sedap.

Artikel berkaitan: Dapat Perkongsian Lebih 60K, Resipi Sup Ayam Thai Ni Memang Power & Sedap!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN