Pada musim Covid dan ekonomi jatuh menjunam sekarang ni memang sukar untuk kita menabung. Duit sentiasa tak cukupkan! Tapi.. Musim sekaranglah.. Kita perlu menabung dan menyimpan.
Simpan ikut keperluan dan kemampuan kita. Tapi mesti menyimpan. Saya nak kongsikan kepada anda, tips dan cara yang sangat best dan mudah je untuk menabung. InsyaAllah anda mampu hasilkan duit simpanan lebih dari RM10,000 dalam masa setahun.
Berikut perkara yang anda kena buat:
1. Ada niat yang betul, matlamat yang jelas. fokus dan konsisten menabung setiap masa demi mencapai matlamat yang dinginkan.
2. Sediakan balang atau bekas bersaiz besar, boleh hias cantik-cantik as long balang tu boleh bagi anda motivasi untuk menyimpan duit selalu. Contoh letak gambar travel, rumah atau gambar kaabah.
3. Ada orang mampu simpan dengan not 20. Ada yang mampu Not 5. Yang saya share ini untuk keduanya. Yang penting bila jumpa duit RM20 atau RM5 asingkan terus ke tepi. Tutup mata setiap kali nampak dua warna ini, kuning dan hijau.
4. Kalau terguna anda wajib untuk menggantikan semula duit itu dengan 2 kali ganda supaya rasa takut nak guna lagi dan dapat ajar diri untuk disiplin.
5. Letakkan target berapa lama nak menabung, yang terbaik adalah set kan terus tabung untuk 1 tahun sebab akan dapat hasil yang sangat memuaskan.
6. Oh ya. Kenapa kena pilih warna kuning dan hijau? Warna kuning ni warna kekayaan, kesenangan dan keceriaan. Manakala warna hijau ni warna ketenangan dan kebahagiaan.
7. Nak tahu, bila anda ada sifat suka menyimpan duit RM20 dan RM5 ni, akan selalu berlaku situasi begini, contoh makcik jual karipap asalnya nak bagi baki rm4.00, sebab tak ada duit kecil dia akan cakap “ambil la rm5 ni takpe makcik halalkan”. Bestkan.
8. Menabung ni anda perlu istiqamah setiap hari, bukan menabung sebulan RM100 sekali. Buat je hari-hari nanti akan timbul sifat suka sangat nak menabung.
Ads
9. Setiap awal bulan, kira dalam tabung tu ada berapa jumlah duit yang terkumpul. Dari jumlah tu, asingkan 2.5% dengan tujuan niat untuk berzakat.
10. Selain zakat, asingkan juga 10% dengan tujuan niat untuk bersedekah. Nak bagi lebih tak apa, cuma syaratnya minima 10% untuk sedekah.
11. Lagi 30% ni penting, wajib bagi reward atau hadiah pada diri sendiri. Sebab bila kita reward diri kita, semakin bertambah self-motivation kita untuk rajin menabung ni.
12. Balance duit tu, anda simpan dalam balang tadi tu. Nasihat dari Lia sendiri, Anda buleh tukar duit itu menjadi EMAS 999.9 (Emas Goldbar) bukan lagi dah dalam bentuk wang ringgit.
13. Contoh yang sangat mudah, katakan setiap bulan duit yang terkumpul berjaya mendapat RM1,000. Untuk zakat asingkan duit RM25 (2.5%), untuk sedekah asingkan duit RM100 (10%) dan untuk reward diri sendiri asingkan duit RM300 (30%).
14. Di cadangkan, untuk sedekah kalau tak tahu nak bagi siapa, bagilah pada anak yatim piatu, ibu tunggal yang susah atau bagi pada pelajar-pelajar di Universiti kerana mereka juga layak diterima sedekah.
Ads
15. Bayangkan, dengan bersedekah ni, anda telah menghasilkan 7 tangkai dan setiap tangkai itu mengandungi 100 buahnya. Jadi, RM100 x 7 tangkai x 100 buah = RM70,000!! Wow! Banyak tu.
16. Inilah formula calculator dalam kiraan Islam. Konsep yang sangat mudah, “the more you give, the more you will get.”
17. RM70,000 tu kadang-kadang bukan dalam bentuk duit, mungkin nilai suami cium isteri RM10,000, nilai orang bagi 10 botol Dexandra Perfume RM750, tiba-tiba ada orang nak belanja makan di hotel mewah 5 bintang.
18. Saya yakin dan sangat percaya, macam-macam lagi keajaiban yang berlaku dalam hidup anda yang anda sendiri tak sangka-sangka, sebab rezeki Allah itu Maha Kaya dan Maha Luas.
19. Itu la menariknya menabung ni, anda akan rasa sangat best, tenang je dan duit tu sentiasa ada bersama anda. Law of Attraction.
Disiplinkan diri dan ajarkan pada anak-anak anda menabung dari sekarang. Bila dah besar, duit untuk tanggung kos belajar di Universiti semua dah ada. Bestkan.
Kesimpulannya. Menabunglah dari sekarang sebab menabung ni sangat penting untuk masa depan yang gemilang.
Ads
Kredit: Majalah Labur
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak perempuan pasangan pelakon sama cantik sama padan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang bernama Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa atau panggilan manjanya Hayla sering menarik perhatian netizen yang mengikut Instagram bapanya.
Baru-baru ini Aeril ada memuat naik gambar Hayla memakai baju salah satu watak animasi terkenal Disney Production iaitu Snow White.
Sebagai ayah yang penyayang dan rapat dengan anak-anaknya, Aeril seboleh mungkin ingin menggembirakan anak-anaknya.
Bila si comel Hayla yang sangat meminati karektor Snow White turut meminta apa yang dimiliki oleh puteri tersebut termasuk pakaian dan arnab maka Aeril menulis kapsyen lucu yang berharap anaknya hanya minta arnab sahaja.
Sama tak?? Oleh kerana cerita snow white.snow white hidup dengan rabbit.Dia pun nak jgak ada rabbit…
Mintak rabbit je ya nak…
Netizen rasa terhibur melihat gambar comel Hayla dan kapsyen ditulis Aeril. Disamping itu ramai juga menulis komen yang Aeril bernasib baik kerana Hayla tak minta watak rusa, tupai, orang kerdil, tempat tinggal Snow White dan putera raja.
Kalau tak habislah pelakon drama Cinta Fatamorgana ni nak cari untuk anak perempuan kesayangannya.
Video ‘Snow White’ Nak Naik Kuda Pun Lucu
Memang sayang betul Aeril pada anak perempuannya, sampai sanggup lah naik kuda sekali dengan Hayla kerana si kecil mungkin berangan juga nak naik kuda macam kartun Snow White tu.
Selain ramai netizen puji kecomelan Hayla ada juga yang perasan betapa sayangnya Aeril pada Hayla.
Nampaknya Aeril memang percaya bila bonding antara ayah dan anak perempuan rapat dan kuat ia akan memberi kesan positif pada perkembangan dan tumbesaran Hayla.
Sebab itulah walau sibuk macam mana pun pelakon kacak ini tetap meluangkan masa bersama si kecil termasuk sesekali keluar ber dating berdua sahaja tanpa membawa anak lelaki dan isterinya.
Aksi sepontan keluarga yang memang terkenal ini sangat mencuitkan hati ramai, terutama aksi Sharifah Shahirah. Pengacara yang memang terkenal dengan lawak spontan dan bersahaja, Isteri kepada pelakon terkenal Ijoy Azhari dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Allisya ,20, Airell ,14, Airra ,11, Audra ,9 dan Adeena 2 tahun.
Walaupun Shiera sentiasa ceria dengan lawaknya yang bersahaja, dia dan Ijoy tetap tegas dalam mendidik anak. Setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anaknya haruslah mendapat persetujuan mereka kerana baginya, apa jua aktiviti yang dilakukan, ibu bapa perlu tahu dan mengambil berat.
Ijoy dan Shiera mengamalkan pendidikan secara terbuka kepada anak-anaknya kerana setiap anak perlukan perhatian yang berbeza. Terbuka bukan lah bermaksud anak boleh melakukan apa sahaja tetapi apabila ada masalah dalam keluarga, kami terbuka untuk bercerita dan menyelesaikannya agar anak tak berahsia dengan kami.
Kami ada anak kategori remaja, belasan tahun sehingga lah si kecil ini 2 tahun. Jadi kami perlu memahami pelbagai kategori usia anak-anak dalam mendidik. Bagi anak remaja, lain cara didikanya.
Kami lebih banyak menerangkan tentang kesan dan akibat jika anak remaja kami salah membuat pilihan. Dari sini kami mempunyai pelbagai pengalaman dalam membesarkan anak-anak.
Saksikan rancangan Pa&Ma dengan episod Beza Anak Hyperaktif & Aktif minggu depan, Selasa pada pukul 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam di Astro Prima & Maya HD
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara luaran kita nampak anak lelaki lebih lasak, aktif dan berani berbanding anak perempuan. Oleh itu kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak jantina lelaki dan perempuan akan lebih memberikan tumpuan kepada anak perempuan
yang dianggap lebih manja dan sukar berdikari jadi lebih memerlukan sokongan emosi.
Bagaimanapun hakikatnya dikatakan ibu bapa perlu melebihkan anak lelaki seperti dikongsi dalam artikel di Hello Doktor berkenaan karektor anak lelaki yang sebenarnya lebih memerlukan sokongan emosi daripada ibu ayah.
Maka sebagai ibu bapa sudah tentu selepas ini kita perlu mengubah persepsi tipikal kita. Berikut adalah empat sebab mengapa anak lelaki sebenarnya lebih memerlukan sokongan emosi daripada ibu ayah berbanding anak perempuan
Emosi sensitif
Sebagai ibu bapa, hampir kebanyakan daripada kita merasakan kanak-kanak perempuan lebih memerlukan sokongan sama ada dari aspek fizikal atau mental yang melibatkan emosi.
Walau bagaimanapun, keadaan sebenarnya adalah kanak-kanak lelaki mempunyai jiwa yang lebih sensitif berbanding perempuan. Disebabkan ini, mereka lebih memerlukan sokongan berbanding kanak-kanak perempuan.
Kenyataan ini adalah berdasarkan satu kajian yang dipanggil sebagai ‘The Fragile Male’ atau turut dikenali sebagai ‘Lelaki yang rapuh’. Ia adalah mengenai bagaimana minda bayi lelaki adalah lebih sensitif dan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan si ibu.
Tahap perkembangan
Umumnya, selepas dilahirkan otak bayi lelaki tidak berkembang sepenuhnya. Keadaan ini adalah berbeza dengan bayi perempuan, di mana perkembangannya adalah lebih pantas enam minggu.
Perkembangan ini pastinya memberikan kelebihan buat bayi perempuan untuk berkembang dan mendapatkan momentum yang lebih baik berbanding bayi lelaki. Manakala bagi bayi lelaki, mereka akan sedikit terkebelakang.
Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi daripada aspek tumbesaran fizikal, tetapi ia juga melibatkan soal tahap kematangan sosio-emosi mereka.
Jadi sebab itulah, kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita akan nampak anak perempuan adakalanya lebih dewasa berbanding anak lelaki.
Cara didikan
Mungkin sebagai ibu bapa, kita tidak sedar sebenarnya cara didikan yang diberikan dalam membesarkan anak lelaki juga mempengaruhi aspek perkembangan mentalnya.
Ini kerana, seringkali kita akan membesarkan mereka dengan cara yang lebih tough berbanding anak perempuan. Setuju tak ibu bapa sekalian?
Biasanya anak perempuan akan lebih dilimpahi dengan kasih sayang, lebih dimanjakan serta diberikan permainan yang menjurus kepada memupuk rasa sayang.
Sedangkan anak lelaki, diberikan permainan yang berunsur lasak seperti kereta dan patung adiwira. Begitu jugalah dalam aspek didikan, yang lebih berunsurkan kelakian.
Penulis tidak mengatakan semua ibu bapa mendidik anak lelaki mereka begitu, tetapi penulis percaya kebanyakan ibu bapa melakukannya.
Ini kerana ibu bapa merasakan anak lelaki adalah sebagai individu yang boleh diharapkan apabila dewasa kelak.
Sebaliknya, kesan didikan yang diberikan ini hanyalah akan melahirkan seorang individu lelaki yang kasar jiwa dan sifatnya. Malah tidak dinafikan mereka juga mungkin kurang sensitif terhadap perasaan individu lain.
Berikan lebih kepada anak lelaki
Jadi bagaimana cara untuk mengatasi isu ini? Mudah sahaja. Ibu bapa harus memberikan sokongan fizikal dan mental yang mencukupi kepada anak lelaki sama seperti anak perempuan.
Ini sekali gus dapat membantu anak mengendalikan emosi mereka dan menjadi individu yang lebih prihatin pada masa hadapan.
Berikut adalah beberapa cara yang ibu bapa boleh lakukan di rumah kepada anak lelaki:
Dorong anak lelaki anda untuk meluahkan perasaan secara verbal. Jika mereka perlu menangis, biarkan. Jangan sekali memperkecilkan perasaan mereka dengan mengatakan mereka tidak patut menangis kerana mereka lelaki
Berikan perhatian sewaktu anak berkongsi apa yang dirasakan. Usah menyampuk atau memotong kata-katanya. Penulis pasti tiada siapa yang suka apabila ada yang mencelah ketika berbicara, bukan?
Peluk dan ciumlah pipi dah dahi anak lelaki anda seperti mana anda lakukan kepada anak perempuan. Walaupun mereka mungkin segan, tetapi percayalah setiap manusia punyai keinginan untuk disayangi
Bercakap dengan lembut dan hindari daripada berkomunikasi secara kasar dengan mereka
Sama rata
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memberikan kasih sayang secara fizikal atau mental secara sama rata kepada anak-anak tidak kira anak lelaki mahupun perempuan. Usah membeza-bezakan antara anak-anak anda.
Dalam masa yang sama, pastikan keadaan mental anda sebagai ibu bapa juga stabil. Ini kerana jika anda mengalami tekanan sudah tentu ia akan memberi kesan secara langsung kepada anak-anak.
Ibu bapa dengan emosi yang seimbang, pastinya akan melahirkan anak-anak yang gembira dan bahagia.