Shera Aiyob, pengacara Pa&Ma TV musim ketiga berkongsi cerita di isntagramnya apabila anak beliau, Nadi Anaqi sendiri yang meminta untuk tidur berasingan. Beliau turut berkongsi, sebelum ini sudah mencuba untuk meletakkan tempat tidur anaknya secara berasingan, tapi Anaqi sendiri yang menolak.
Beliau yang mendirikan rumahtangga bersama Zahiril Adzim, pelakon dan juga mengacara bersamanya dalam Pa&Ma musim ketiga di Astro Prima & Maya HD, setiap selasa dikurniakan seorang anak lelaki, Nadi Anaqi (6 tahun lebih).
Hari ini dalam sejarah (hidup kami).
Anak Mommy minta tidur katil sendiri. Macam mimpi. Selalu kita suruh bukan main taknak lagi. Tapi katil je sendiri, bilik tetap sekali. Heh.
Ads
Biarlah.
Pelan-pelan.
Percubaan mengasingkan ni dari awal lagi dah dibuat tapi tak menjadi. Nak paksa tak sampai hati. Biarlah kami sempit berhimpit janji happy.
Dan sekarang bila dia minta sendiri, Mommy pula emosi. Apahal??
Ads
Ramai yang mengalami situasi yang sama, bila nak asingkan anak terasa emosi. Ada juga Netizen berpendapat, mungkin itu ruang untu Shera dan Zahiril memberikan Anaqi adik baru memandangkan Anaqi hampir memasuk umur 7 tahun.
Comelnya bila teruja nak solat beginilah. Ini perkongsian penyanyi Mila Jirin bila anaknya teruja nak solat dan tertarik melihat mommy solat. Duduk atas kepala & kepala ditarik adalah momen manis dalam mendidik anak tentang ibadah solat.
Anak Mila, Mohamed Arif Zikri Ahmad Ailis yang kini berusia 1 tahun 9 bulan teruja bila ibunya membentangkan sejadah untuk solat. Malah anak kecil ini sudah pandai melakukan beberapa pergerakan seperti solat mengikut gayanya sendiri.
Mila juga mengakui kadang-kala kepalanya juga diduduki anak dan ditarik Arif semasa solat. Bekas juara realiti TV Akademi Fantasia ini mendoakan anak sulungnya itu menjadi anak soleh. Video telatah comel Arif bersolat dikongsikan Mila di Instagram.
mila_jirin Arif kalau Mommy dah bentang sejadah untuk solat… dia yang paling LAJU menuju ke sejadah dan terus solat ?… Macam macam gaya dan Aksi… ? Apa apa pun kebiasaanya aksi Sujud yang paling epik… Tapi kalau Mommy Daddy dah mula solat…Mommy selalu jadi mangsa…tak duduk atas kepala mommy waktu mommy sujud bukan Arif lah kan Arif hahahaha…kadang2 waktu Mommy tengah sujud ditariknya kepala mommy suruh tengok Arif ? (Mommy mommy mesti faham situasi situasi diatas ?)
Para peminat Mila turut memuji kecomelan Arif solat dengan caranya sendiri. Malah ada yang rindu momen indah saat anak masih kecil yang tengah teruja tentang solat.
Pemergian adik Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus, 1 tahun 9 bulan yang menghidap kanser Ephitilial Sarcoma atau kanser tisu lembut yang jarang berlaku di Malaysia minggu lalu begitu menyedihkan seluruh ahli keluarganya.
Ketika menghubungi ibunya, Siti Nur Ashima Makhatar, 29, ternyata pemergian adik Syifa sangat tenang di saat sakitnya yang begitu teruk dan tiada harapan untuk pulih.
“Kesihatan arwah Syifa dah mula merosot sejak hari Sabtu sehinggalah dia meninggal Rabu minggu lepas. Pada petang Sabtu itu arwah dah semakin lemah sehinggalah ahli keluarga membawanya ke hospital.
“Malah sejak hari Sabtu hinggalah beberapa jam sebelum dia nak pergi meninggalkan kami semua, dia langsung tak tidur. Ibaratnya dia berjaga beberapa hari itu namun tak merengek atau menangis.
“Air mukanya juga sungguh berseri dan putih. Bibirnya juga kemerahan dalam tempoh beberapa hari tu. Paling saya syukur sejak Sabtu lagi bau Syifa sangat wangi hinggalah saat pemergiaannya. Terasa besarnya nikmat yang Allah bagi pada arwah sebelum menghembuskan nafas,” katanya.
Pergi dalam keadaan tidur
Ashima menambah, walaupun bengkak di leher Syifa pecah, jururawat yang mencuci luka tersebut juga menjelaskan tiada langsung bau hanyir dan darah yang banyak dalam tempoh beberapa hari itu. Allahuakbar terasa kebesaran Allah bagi padanya!
“Saya juga sangat berpuas hati selama 9 bulan arwah Syifa sakit, Allah tetap mempermudahkan urusan saya walaupun waktu itu saya tengah mengandungkan adiknya.
“Masa pantang pun ketika arwah di hospital saya sanggup tinggalkan bayi di rumah dan menjaga Syifa di hospital untuk pastikan dia gembira,” jelasnya yang kini masih berpantang anak keempat.
“Saya minta dari doktor untuk meribanya dan tak sangka arwah tidur dengan lena masa saya memeluknya.
“Apabila meletakkannya kembali ke katil sehinggalah lepas Isyak dia tidur dan 5 minit sebelum pergi tinggalkan kami selama-lamanya dia macam terkejut sikit dan terus tiada. Saya reda dan syukur Allah ambil dia dalam keadaan yang begitu tenang,” kongsinya yang cukup berterima kasih atas doa seluruh rakyat Malaysia sebelum ini.
Anak keempat macam arwah Syifa
Siapa sangka, kehadiran anak keempat ini pengubat kerinduan keluarga arwah Syifa padanya. Menurut ibunya, adiknya ini seiras arwah dan apabila tengok adiknya kami boleh melepaskan rindu pada arwah.
“Semua ahli keluarga pun perasan. Kakaknya juga turut memanggil adiknya Syifa. Walaupun kami sedih tapi berpuas hati dapat jaga dan beri kasih sayang sebaiknya sebelum arwah meninggal dunia.
“Percaturan Allah sangat hebat. Walaupun hingga kini masih lagi rindu pada arwah Syifa kami sekeluarga bersyukur kesakitan yang ditanggungnya tiada dan arwah pun dah gembira di sana.
Sebelum ini, kisah adik Syifa pernah dikongsikan ibunya apabila arwah hanya bergantung pada morfein untuk tahan sakit akibat sakitnya itu.
Harapan bapa melihat Ainul Mardhiah membesar dengan baik tanpa sebarang alat bantu pada tubuh. Besar impian bapa ini agar Ainul boleh membantunya meneruskan perniagaan yang diusahakan sekembalinya mereka sekeluarga ke Malaysia.
Sebelum ke London, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak telah menjalankan perniagaan termasuk perniagaan cenderahati majlis yang masih dalam peringkat perancangan. Antara produk yang dihasilkan ialah bertih jagung atau popcorn.
Dalam posting Facebook, bapa ini berkongsi tentang cita-citanya untuk melihat anak perempuannya turut serta bersama dalam bidang yang diceburi.
Mungkin ada yang tidak tahu, saya buat bisnes dan sekarang bisnes masih berjalan Alhamdulillah.
Sebelum viral pasal Ainul, saya dan isteri merancang untuk buat bisnes baru iaitu bisnes popcorn dan doorgift.
Jadi, ini je sempat buat sebelum ke London untuk buat rawatan Ainul.
Baru sampai part R&D and kira costing.
InshaAllah, bila dah balik Malaysia nanti and kehidupan back to normal, kami akan teruskan semula usaha usaha yang telah berjalan sebelum ni.
Ainul akan kami bawa ke kedai, ikut walid pergi ambil barang/hantar barang, ya sama lah macam dulu-dulu sebelum orang mengenali kami ?
Dahulu tujuan buat bisnes ni untuk Ainul. Nak tambah pendapatan sebab penjagaan Ainul tinggi perbelanjaannya.
Tapi Alhamdulillah, Allah telah mencukupkan rezeki kami dengan menggerakkan hati rakyat Malaysia dalam memudahkan proses rawatannya (pembedahan).
Kehidupan Ainul masih jauh lagi. Masih banyak perkara perlu ditempuhi. Walau bagaimana pun, cukup lah dengan rezeki pada hari ini dan Ainul pun bertambah sihat ( izinNya ).
Doakan bila Ainul besar nanti, dia boleh tolong mama walid dia buat popcorn ye ? atau nanti dia tukang promote dekat orang!
Tak sabar rasanya nak tunggu Ainul besar sikit and hidup seperti kanak-kanak lain tanpa sebarang alat bantuan pada tubuh badannya.