Di era teknologi yang menguasai kehidupan seharian, ramai ibu bapa tercari-cari cara terbaik untuk menyeimbangkan dunia digital anak-anak dengan aktiviti yang membina. Video dari saluran Bintang Kecil ini memaparkan satu usaha murni – memperkenalkan kanak-kanak kepada dunia boxing, bukan untuk melawan, tetapi untuk membentuk nilai murni, disiplin, dan keyakinan diri.
Memperkenalkan Akademi dan Misi Mereka
Akademi yang diketuai oleh Muhammad Ghozie Mustafa, dikenali sebagai Coach Ghozie, bukan sekadar tempat belajar menumbuk. Ia adalah ruang membina karakter. Bermula sejak 2014, akademi ini melatih anak-anak dalam seni Muay Thai, boxing, dan silat dengan pendekatan yang menyeluruh – fizikal, mental, dan emosi.
Kepentingan:
Memberikan alternatif positif kepada aktiviti luar masa sekolah.
Mengurangkan ketergantungan pada gajet dan permainan digital.
Kebaikan:
Anak-anak lebih aktif secara fizikal dan sihat.
Membentuk semangat kesukanan sejak kecil.
Tips untuk ibu bapa:
Pilih akademi yang fokus kepada pembentukan nilai, bukan hanya kemahiran.
Sertai sesi latihan percubaan untuk menilai kesesuaian anak.
Menarik Minat Anak-Anak ke Arah Positif
Coach Ghozie menjelaskan bahawa minat anak-anak perlu ditanam dengan kaedah kreatif. Mereka menggunakan trend semasa dan menjadikan latihan boxing menyeronokkan untuk anak-anak. Dalam suasana santai tetapi terarah, anak-anak mula menyukai aktiviti lasak ini.
Kepentingan:
Ads
Memberi anak ruang untuk menyalurkan tenaga secara sihat.
Mewujudkan suasana positif dalam perkembangan emosi dan sosial anak.
Kebaikan:
Anak menjadi lebih fokus dan kurang tantrum.
Mengurangkan risiko masalah tingkah laku.
Tips:
Libatkan anak dalam memilih aktiviti sukan yang mereka minati.
Tunjukkan sokongan moral dan hadir pada sesi latihan mereka.
Nilai Utama yang Dipupuk Melalui Boxing
Menurut Coach Ghozie, tiga nilai utama yang mereka tekankan ialah disiplin, adab, dan tingkah laku positif. Boxing bukan hanya mengajar serangan dan pertahanan, tetapi juga bagaimana mengawal diri dan menghormati pihak lawan serta jurulatih.
Kepentingan:
Ads
Membentuk jati diri anak sejak kecil.
Menghindarkan anak dari pengaruh buruk seperti buli dan gengsterisme.
Kebaikan:
Anak menjadi lebih berani, tetapi tidak ganas.
Meningkatkan kemampuan mengurus tekanan dan emosi.
Tips:
Galakkan anak mengamalkan nilai disiplin dari gelanggang ke rumah.
Jadikan latihan sebagai peluang mendidik, bukan sekadar pertandingan.
Testimoni Kanak-Kanak Pejuang Cilik
Kanak-kanak yang ditemu bual berkongsi pengalaman mereka dengan bangga – ada yang bermula kerana minat, ada juga yang ingin jadi kuat seperti ayah mereka. Mereka menyebut bahawa boxing mengajar mereka keberanian, kekuatan, dan untuk tidak takut menghadapi cabaran.
Kepentingan:
Meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan sosial.
Membentuk pemikiran positif dan tidak mudah mengalah.
Kebaikan:
Ads
Anak lebih berdikari dan tahu menetapkan matlamat.
Memberi motivasi untuk menjaga kesihatan dan disiplin diri.
Tips:
Bantu anak tetapkan matlamat kecil dalam latihan (contoh: menguasai teknik baru).
Raikan setiap pencapaian mereka, walaupun kecil.
Harapan dan Saranan untuk Ibu Bapa
Coach Ghozie menyeru agar ibu bapa membuka ruang kepada anak-anak untuk menyertai seni bela diri. Ia bukan untuk menjadi ganas, tetapi sebagai perlindungan diri dan pembentukan sahsiah yang kukuh. Beliau juga menekankan pentingnya untuk mengajar anak mengalah sebelum berlawan – kerana seni bela diri sejati ialah tentang adab, bukan ego.
Kepentingan:
Mewujudkan anak-anak yang hormat dan patuh.
Mengukuhkan ikatan kekeluargaan melalui sokongan aktiviti bersama.
Kebaikan:
Anak lebih mudah mendengar nasihat dan lebih berhemah.
Meningkatkan interaksi sosial yang sihat.
Tips:
Bina komunikasi terbuka antara ibu bapa dan anak selepas latihan.
Gunakan pengalaman anak dalam latihan sebagai asas mendidik di rumah.
Video “Tumbukan Si Cilik Gegarkan Dunia Boxing” lebih dari sekadar rakaman aktiviti sukan. Ia adalah inspirasi bagaimana ibu bapa boleh membentuk anak-anak menjadi insan yang kuat, beradab, dan berjiwa juara sejak kecil. Sukan seperti boxing bukan sekadar fizikal – ia adalah latihan hidup yang boleh membimbing mereka menjadi pemimpin masa depan yang berani dan berbudi pekerti tinggi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peranan ibu bapa dalam mendidik anak sangat mencabar. Jadi, anda perlu tahu cara mendidik anak nakal yang tepat.
Tanggungjawab tersebut tidak mudah, apatah lagi berkaitan dengan cara mendisiplinkan anak-anak. Sangat bertuah dan bersyukur sekiranya nasib kita baik, punya anak yang sentiasa mendengar kata dan memahami kehendak kita. .
Berhadapan dengan sikap dan juga tingkah laku anak-anak sememangnya memerlukan kesabaran ekstra. Sebagai ibubapa, anda perlu bersikap fleksibel, dan dalam waktu yang sama juga harus bersikap tegas.
Di samping itu, anda dan pasangan juga perlu konsisten dalam menerapkan peraturan ataupun undang-undang yang pernah dibuat. Sungguhpun begitu, anda suami isteri perlu mendidik mereka dengan cara yang betul supaya anak-anak dapat membesar menjadi anak yang berdisiplin.
Berikut ada beberapa tip yang boleh anda praktik atau cuba untuk mendisiplinkan anak nakal:
Buatlah beberapa peraturan penting dan batasan tertentu pada anak-anda. Tetapi, jangan terlalu keras. Mungkin anda boleh menerapkan peraturan sederhana ini, seperti waktu untuk makan malam, belajar, tidur dan bermain. Ia amat berpengaruh untuk membuatkan mereka memahami nilai waktu.
Anak-anak akan belajar daripada orang tua mereka. Jadi, cara, sikap dan juga tingkah laku anda bersama pasangan menjadi ‘cermin’ buat anak-anak sepanjang mereka membesar.
Jika anda menampilkan perilaku yang baik di depan mereka, maka mereka akan mempelajari hal yang sama juga. Ajarkan mereka untuk berkelakuan baik, ikhlas dan jujur. Sikap mulia ini sangat berguna dalam mendisiplinkan anak-anak.
Perkara ini penting dan anda harus mengawal perasaan marah itu dengan sebaik mungkin. Ramai ibubapa yang hanya memarahi anak-anak tanpa memberikan penjelasan mengapa mereka dimarahi.
Pastikan anda tidak berteriak atau membentak anak-anak di khalayak ramai sekalipun pada saat itu api kemarahan anda sedang melonjak naik. Gunakan bahasa tubuh untuk menyampai bahawa anda sedang marah dengan mereka, dan ia jauh lebih dapat diterima daripada anda membuat kecoh di depan umum. Anda harus tahu, semakin keras anda menjerit, semakin keras juga anak anda akan membalasnya!
Berikan reward pada anak untuk perilaku yang baik yang telah dilakukan dengan sebuah pujian, kata-kata yang baik ataupun senyuman.
Sebuah penghargaan cukup bermakna buat mereka, bahkan secara semulajadi mereka akan cuba untuk tetap lebih berdisiplin dalam hidup.
Biarlah penghargaan dan hukuman yang dikenakan (jika mereka bersikap tidak baik) itu seimbang serta sesuai dengan perilaku yang telah mereka pamerkan.
Terlalu memanjakan anak bukanlah suatu perkara yang baik. Mereka juga harus diajarkan tentang tanggungjwab. Bukan hanya kerana anda mempunyai pembantu rumah dan sebagainya, jadi semua pekerjaan tidak boleh dilakukan anak-anak termasuk mengemas mainan ataupun buku-bukunya.
Cuba berikan anak tanggungjawab, kerana perkara ini akan membuatkan mereka berasa dewasa dan secara tidak langsung membentuk keyakinan serta membantu mereka untuk lebih berdisiplin.
Semoga artikel ini berguna. Ingat ya, mendisiplinkan anak tidak seharusnya dilakukan dengan kekerasan. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang menyenangkan dan positif supaya dapat mencipta perilaku anak yang baik.
Sumber: wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesti ramai ibu ayah pening fikirkan apa nak buat kalau anak suka main handphone kan? Memang trend kanak-kanak sekarang sentiasa memegang handphone ke mana-mana sahaja mereka pergi.
Prof Dr Muhaya sendiri berkongsi pengalamannya yang kerap berhadapan dengan situasi anak-anak kecil bawah 6 tahun sering memegang handphone atau lain-lain gajet setiap kali mengikut ibu ayah ke kliniknya.
Beliau mengingatkan ibu ayah tentang kesan bahayanya jika anak-anak kecil kerap bermain handphone. Sebagai pakar mata, katanya anak yang selalu melihat handphone dalam jarak dekat akan senang mendapat masalah rabun mata.
Selain itu kajian saintifik yang dibuat juga mendapati kanak-kanak ini kurang fungsi kognitif kerana sudah menerima rangsangan berlebihan daripada teknologi handphone. Jadi bila sudah bersekolah, mereka jadi bosan dengan apa yang diajar oleh cikgu kerana lebih memikirkan keseronokan bermain handphone.
Kongsinya lagi, bila kita nak suruh anak-anak jadi baik dan pandai, panggil mereka dengan gelaran yang disukai. Contohnya panggil doktor, ustaz atau profesor diikuti nama mereka.
“Jadinya kita sudah tanamkan positive self image pada diri anak. Mereka akan jadi seronok, ceria dan nampak kesan positif dia sangat suka,” ujarnya yang melakukan hal tersebut pada kanak-kanak lelaki yang asyik dengan handphone semasa datang ke kliniknya.
APA IBU AYAH PATUT BUAT UNTUK SELESAIKAN MASALAH INI?
KENAPA ANAK KECIL SELALU OBSES DENGAN SESUATU WATAK KARTUN YANG DITONTON DI GAJET?
Prof Dr Muhaya mengingatkan ibu ayah supaya sentiasa berdoa dan jadikan diri lebih menarik daripada apa yang anak suka tengok di gajet.
“Sebab kita ni kadangkala terlalu banyak marah dan suruh anak macam-macam tapi kasih sayang dan perhatian tak bagi. Pujian langsung tak ada, asyik marah, suruh, marah, suruh. Kasih sayang tak ada!”
Anak-anak umur 0 – 7 tahun mesti diberi kasih sayang tanpa sempadan.
Anak-anak umur 7 – 14 kena ajar adab dan disiplinkan dia.
Anak-anak umur 14 – 21 ibu ayah kena jadi rapat dan kawan dengan anak.
Anak-anak yang terima banyak kasih sayang dari ibu ayah tak akan mencari kashi sayang dari orang lain. Hargai dan curahkan kasih sayang tanpa sempadan pada anak-anak.
Ibu ayah selalu sibuk dengan kerja dan membina kesenangan hidup tapi kadangkala terlupa beri perhatian dan kasih sayang yang cukup pada anak.
Anak ada zaman kanak-kanak yang akan berlalu pergi. Jika ibu ayah terlepas masa anak usia 0 – 7 tahun yang sepatutnya dicurahkan kasih sayang tanpa sempadan maka macam mana nak ajar mereka adab dan disiplin bila mereka tidak disayangi?
Lepas itu bila kita tak ajar adab dan disiplin masa umur 7 – 14 tahun macam mana nak jadi kawan dengan anak bila umur 14 – 21 tahun?
PELABURAN MASA, DUIT DAN DOA UNTUK ANAK-ANAK
Beliau berpesan supaya ibu ayah banyak melabur kasih sayang, masa, penghargaan dan respek. Jadikan anak rasa disayangi, dihargai, rasa penting, difahami kerana manusia itu sentiasa perlukan penghargaan dalam hidup.
“Kalau kita bina anak untuk mencapai kejayaan di dunia tapi agamanya tak kuat, adab tak ajar, al-quran tak baca, solat tak buat, tidak tutup aurat, agak-agak macam mana anak kita?
Ibu ayah kena semak dulu diri sendiri. Kalau anak degil adakah kita juga degil dan tak patuh pada hukum dan perintah Allah?”
Sentiasa jadikan kasih sayang tanpa syarat, penghormatan, belas kasihan, sikap prihatin sebagai cara hidup. Jangan cuba jadi terlalu pandai tapi jadilah orang yan baik.
Dari dulu lagi orang tua-tua selalu cakap anak yang tak duduk diam ni tandanya budak bijak! Jadi sebagai ibu bapa, jangan tegah anak untuk aktif bermain, berlari, melompat dan memanjat.
Sediakan ruang untuk anak bermain supaya mereka dapat menyalurkan tenaga di tempat yang betul dan bukan tak duduk diam di kawasan yang tak sepatutnya.
Cara yang dibuat oleh seorang ibu, Puan Nurul Shida Saari, bukan sekadar melalui teori daripada pembacaannya tetapi direalisasikan demi memastikan anak-anaknya dapat bereksplorasi serta menikmati zaman kanak-kanak penuh keseronokan.
Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat & cerdas.
Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan “grey matters” di dalam otak di mana ianya mampu meningkatkan memori & kebijaksanaan.
Ini adalah salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal & kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains).
Sebagai scientist & researcher, saya memang suka baca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan “instinct” yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah & selari dengan suruhanNya.
Pernah dengar orang tua-tua berpesan yang budak yang tidak duduk diam ni anak yang bijak? Ya, orang tua-tua zaman dahulu sudah maju dalam menganalisis & berhipotesis berdasarkan pemerhatian.
Cumanya tidak dibukukan atau dijadikan artikel saja, jika tak, dah lama nenek moyang kita akan di “qouted” dalam penulisan & modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.
Fitrah kanak-kanak adalah bermain, bergerak & tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan tidak duduk diam (lazim dilabelkan “buas/nakal”), tenaga yang banyak tu dapat dikeluarkan.
Jadi, sebagai ibu bapa, apakah peranan kita? Sepatutnya, kita bantu mereka salurkan tenaga mereka yang banyak tu ke arah yang lebih bermanfaat. Contohnya, sediakan ruang mereka untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya.
Beruntung jika rumah ada halaman atau ada ruang untuk beraktiviti diluar. Tapi, kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal anak-anak akan terbatas?
Jadi, disinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun ruang rumah yang sempit.
Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat & pull-up bar untuk harraz bergayut; tapi sekarang kami dah mampu sediakan “hallway monkey bar” untuk kami sekeluarga bergayut.
Alhamdulillah, berbekalkan modal RM100+, papa harraz DIY hallway monkey bar ni. Mulanya, mama teringin nak DIY brachiation bar, tapi memandangkan ruang rumah kami yang sempit, jadi papa pun usulkan idea ni.
Yang penting jimat ruang & kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ni (mama pun dipaksa bergayut).
Fit kids = fit brains!Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat & cerdas. Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan "grey matters" di dalam otak dimana ianya mampu meningkatkan memori & kebijaksanaan.Ini adalah salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal & kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains). Sebagai scientist & researcher, saya memang suka baca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan "instinct" yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah & selari dengan suruhanNya. Pernah dengar orang tua-tua berpesan yang budak yang tidak duduk diam ni anak yang bijak? Ya, orang tua-tua zaman dahulu sudah maju dalam menganalisis & berhipotesis berdasarkan pemerhatian. Cumanya tidak dibukukan atau dijadikan artikel saja, jika tak, dah lama nenek moyang kita akan di "qouted" dalam penulisan & modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.Fitrah kanak-kanak adalah bermain, bergerak & tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan tidak duduk diam (lazim dilabelkan "buas/nakal"), tenaga yang banyak tu dapat dikeluarkan. Jadi, sebagai ibubapa, apakah peranan kita? Sepatutnya, kita bantu mereka salurkan tenaga mereka yang banyak tu ke arah yang lebih bermanfaat. Contohnya, sediakan ruang mereka untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya. Beruntung jika rumah ada halaman atau ada ruang untuk beraktiviti diluar. Tapi, kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal anak-anak akan terbatas? Jadi, disinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun ruang rumah yang sempit. Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat & pull-up bar untuk harraz bergayut; tapi sekarang kami dah mampu sediakan "hallway monkey bar" untuk kami sekeluarga bergayut. Alhamdulillah, berbekalkan modal RM100+, papa harraz DIY hallway monkey bar ni. Mulanya, mama teringin nak DIY brachiation bar, tapi memandangkan ruang rumah kami yang sempit, jadi papa pun usulkan idea ni. Yang penting jimat ruang & kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ni (mama pun dipaksa bergayut �).Jadi, jika sebelum ini anak yang aktif & tidak duduk diam dilabelkan sebagai "buas & nakal", apa kata kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa. Biasanya, anak yang diberikan peluang & ruang oleh ibubapanya, mereka faham & tahu limit/had untuk beraktiviti. Contohnya, harraz faham yang mama tak suka dia berlari-lari di tempat yang tak sesuai & bahaya (di jalan, di rumah sedara mara, di kawasan public-shopping complex etc). Dia juga faham dimana boleh memanjat & melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya kepada dia. Tapi, sebagai fitrah kanak-kanak yang suka bermain & bereksplorasi, seringkali juga harraz menduga tahap kesabaran mama & papa. Jadi, disinilah peranan mama & papa untuk sentiasa mengingati & ulangi "the dos & donts" kepada harraz setiap kali kami keluar. Insyallah jika kita terangkan dengan jelas secara berulang-ulang, anak-anak akan faham "guideline" kita. Oh selain artikel di atas, Glenn Doman juga sangat menggalakkan anak-anak dilatih untuk fit sedari baby lagi. Ada langkah-langkah serta stimulasi yang di ajar sesuai dengan umur anak-anak dalam buku beliau "Fit baby, smart baby, your baby: from birth to age 6".Ok, lepas ni, jom kita galakkan anak kita aktif & melasak sesuai dengan keadaan & ruang. Dan ajarkan juga anak adab & rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni �)! Oh tak lupa juga semua pun yang kita usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan & kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku pun atas izinNya. By the way, seperti selalu yang saya pesankan, dont trust me & do your own reseach �Nota kaki: sepatutnya kecerdasan fizikal & otak ni haruslah berpanjangan sehingga tua, so jomlah kita sama-sama melompat, bergayut & berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi �#fitkidsfitbrains#Harrazsidqi5y3m#Hareezsidqi2y#hallwaymonkeybar
Jadi, jika sebelum ini anak yang aktif & tidak duduk diam dilabelkan sebagai “buas & nakal”, apa kata kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa.
Dia juga faham di mana boleh memanjat & melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya kepada dia. Tapi, sebagai fitrah kanak-kanak yang suka bermain & bereksplorasi, seringkali juga harraz menduga tahap kesabaran mama & papa.
Jadi, disinilah peranan mama & papa untuk sentiasa mengingati & ulangi “the dos & donts” kepada harraz setiap kali kami keluar. Insyallah jika kita terangkan dengan jelas secara berulang-ulang, anak-anak akan faham “guideline” kita.
Oh selain artikel di atas, Glenn Doman juga sangat menggalakkan anak-anak dilatih untuk fit sedari baby lagi. Ada langkah-langkah serta stimulasi yang diajar sesuai dengan umur anak-anak dalam buku beliau “Fit baby, smart baby, your baby: from birth to age 6”.
Ok, lepas ni, jom kita galakkan anak kita aktif & melasak sesuai dengan keadaan & ruang. Dan ajarkan juga anak adab & rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni!)
Oh tak lupa juga semua pun yang kita usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan & kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku pun atas izinNya. By the way, seperti selalu yang saya pesankan, dont trust me & do your own reseach
Nota kaki: sepatutnya kecerdasan fizikal & otak ni haruslah berpanjangan sehingga tua, so jomlah kita sama-sama melompat, bergayut & berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi.
Update: disertakan sekali bajet & diagram DIY hallway monkey bar by Hazwan Jalani keada sesiapa yang berminat nak buat sendiri.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...