Bayi baru lahir boleh melihat, tetapi pandangannya kabur dan tidak fokus. Ketika ini bayi belum boleh appreciate warna dan belum mengenal wajah ibu. (Tapi mereka sangat kenal bau ibu!)
Menurut Dr Aisyah Alsagoff, pada usia 6-8minggu, bayi sudah mula fokus ke satu-satu objek. Bayi boleh melihat dengan jelas pada jarak 8-12 inci, lebih kurang jarak antara muka bayi dan muka ibu ketika sedang menyusu badan.
Perlahan-lahan, mereka mula menghayati warna, dan mengikut kajian, warna awal yang merangsang bayi adalah warna-warna ‘achromatic’ (tanpa warna) seperti hitam putih dan ‘monochromatic’ (satu warna) seperti merah, biru, hijau.
Ads
Ya, hitam putih! Warna yang kita tak fikir nak beli, kan?
Ads
Bayi tidak dapat fokus pada objek warna-warni lagi. Warna kontra hitam putih, membantu merangsang penglihatan bayi dan fokus mata bayi, dan membantu perkembangan bayi.
Sekitar 3 bulan ke atas barulah penghayatan bayi kepada warna menjadi lebih baik.
Ads
Jadi, pilihlah mainan, buku, atau objek awal untuk bayi baru lahir berwarna hitam putih.
Selebriti popular, Mat Dan berkongsi mesej yang dihantar oleh netizen yang menasihati beliau supaya mengajar anaknya Bahasa Inggeris. “Please la Mat Dan ajar baby tu english, biarlah isteri je cakap melayu” petikan mesej yang diterima dan dikongsi oleh Mat Dan di instastory beliau.
Namun begitu, mesej tersebut dibalas dengan sangat berhemah dan berseloroh oleh beliau.
Thanks for your advice kak, i’ll teach him to be just as proud of his Malay culture as he is English culture, Insya’Allah…
Kesian wife saya cakap sorang kekgi (nanti) – seloroh Mat Dan dalam loghat Terengganu
Mat Dan atau nama islamnya Kareef Danial yang juga pengacara program Mat Dan Kaki Jalan dan isteri Nadifa Adnan menerima cahaya mata lelaki sulungnya Mei bulan lalu yang diberi nama Muhammad Zayne Danial James Tyler.
Anak kacukan British dan Melayu (Terengganu) ini sedang dipangku oleh datuknya, Kevin Tyler.
Dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil, macam-macam perangai yang mama papa kena hadap. Itu semua asam garam menjadi ibu bapa. Salah satunya nak mandikan anak-anak. Ada yang suka sangat main air, ada pula sampai besar pun kalau suruh mandi punyalah liat.
Menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, ada 6 sebab anak-anak kecil yang berusia 0-2 tahun takut mandi. Hal ini dikongsikan oleh beliau menerusi laman facebook Baby Language.
Ramai ibu hairan, bukankah bayi manusia telah hidup selama 9 bulan di dalam air? Jadi mengapa ada bayi yang takut mandi?. Di dalam rahim, bayi duduk dengan kedua tangan dan lutut yang rapat ke abdomen/perut serta kepalanya tunduk ke dada. Posisi ini membuat bayi merasa bagai berpeluk selama 9 bulan. Posisi ini juga menghalang kedua tangan bayi dari menggapai-gapai.
Ramai bayi ‘infant’ (0-3 bulan) yang super sensitif dengan posisi yang membuatkan tangannya menggapai di udara: ia buat bayi merasa bagai di tolak dari suatu tempat yang tinggi (free falling position) dan ketakutan kerana posisi itu asing bagi mereka.
Telangkupkan badan bayi di lengan anda atau tiarapkan bayi di dalam tab mandinya (tahan kepalanya dengan lengan) untuk posisi yang lebih di gemarinya.
Ramai orang hanya bercakap soal suhu air mandi bayi. Bagaimana dengan suhu bilik mandi? Suhu bilik ketika menyiapkan bayi untuk mandi (atau selepas mandi)? Serta suhu tangan orang yang memegang bayi ketika badannya tak berpakaian?
Tahukah anda, bayi 0-8 minggu mempunyai ‘total thermal immaturity’? Ia bermaksud bayi tidak mampu seimbangkan suhu badan dan sangat sukar untuk badan bayi kekalkan suhu asasnya ke 37-37.5 °C.
YA, BACA BETUL-BETUL. 37-37.5 °C ya. BUKAN 27-27.5 °C.
Hanya sekitar usia 18 -24 bulan nanti baru bayi tahu selaraskan suhu badannya secara semulajadi.(Climakid: Dr Candice Ostrowka)
Ini sebabnya mengapa keseluruhan proses mandi sejak: buka baju pegang bayi tak berbaju masuk dalam air lap badan pakai baju: boleh jadi satu acara paling sukar untuk bayi bertahan dengan suhu.
Berapa ramai ibu yang sedar setiap usia anak ada masa berjaga maksimum yang mereka boleh tahan sebelum kembali mengantuk? Misalnya:
Bawah 1 bulan: minimum (beberapa minit-puluh minit)
1 bulan: 30-45 minit
2 bulan: 45 minit – 1 jam 15 minit
3 bulan: 1 jam 15 minit – 1 jam 30 minit
4-6 bulan: ~ 2 jam
7 bulan -12 bulan: ~ 3 jam
12 bulan- 18 bulan : ~3-4 jam
Lihat masa berjaga bayi kecil yang sangat singkat. Bayi mungkin sudah keletihan dan mahu tidur ketika anda baru mahu memandikannya akibat telah mengguna masa sebelum ini untuk menyusu, bermain atau menukar lampinnya.
Saya yakin ramai ibu dapat faham bila saya sebut amat biasa anak kecil menjerit takut bila acara potong rambut, potong kuku, korek telinga dan melihat orang menggunakan vacuum cleaner, kan? Begitulah juga dengan acara mandi buat sebahagian anak.
Mengapa? Kerana semua benda di sekeliling anak kecil adalah benda baharu dan otak mereka pula masih lemah dalam bab ‘reasoning’ (memikir alasan di sebalik sesuatu).
Air yang mengalir masuk ke dalam mata, sabun yang terasa licin di badan, perasaan macam tak boleh bernafas bila air masuk hidung, bunyi air menyimbah jatuh ke lantai, rambut dan badannya di sental dan keadaan bilik air:..ini semua boleh jadi punca anak takut.
Anak lihat , anak dengar, anak bau , anak dapat rasa sesuatu dari keseluruhan acara mandi TAPI, dia tak dapat faham apa yang terjadi.
Ini selalunya terjadi buat anak yang ‘sudah ada fikirannya sendiri’ iaitu yang berusia setahun ke atas. Anak yang dahulunya tak takut mandi,pun tiba-tiba boleh jadi penakut. Kenapa? Baik, ingat lagi ketika anda di tipu bulat-bulat dahulu bahawa jika tertelan biji rambutan maka nanti pokok rambutan akan tumbuh dari atas kepala anda? Terus anda ‘blacklist’ semua biji buah, bukan?
Itu berlaku di zaman anda ‘tidak tahu apa’…
Jika anda menonton cerita, anda tahu itu semua rekaan. Namun tidak bagi anak kecil. Bunyi pam tandas di ikuti dengan air mangkuk tandas yang menghilang benar-benar buat anak rasa dia boleh di sedut hilang dari mangkuk tandas.
Anak mungkin rasa paip air boleh pecah dan tiba-tiba berlaku banjir yang akan lemaskan dia seperti mana yang dia lihat di dalam cerita. Atau di sebalik saluran air keluar itu ada badut menakutkan atau labah-labah gergasi yang menunggu untuk menerkamnya.
Seawal 4-5 bulan, anak sudah dapat mengagak rutin biasa kehidupan. Ini berikutan berlakunya perkembangan mental dunia kejadian (usia 19 minggu) dan dunia hubungan (usia 26 minggu).
Misalnya, selepas mandi di awal pagi, ibu akan menghantar saya ke rumah pengasuh. Maka, anak mungkin akan sengaja bikin drama waktu mandi di awal pagi untuk sabotaj perjalanan rutin.
Hal ini makin meneruk bila anak mahir hal autonomi (kuasa) sekitar usianya 15 bulan iaitu bila berlaku perkembangan mental dunia prinsip. Inilah usia anda lihat anak menjadi baby bos dan tentukan apa yang dia mahu.
Misalnya: anak hulurkan kasut yang dia nak pakai kepada anda atau anak serta merta bertindak tutup pintu bilik untuk halang anda keluar. Maka, jika selepas acara mandi bermaksud masuk tidur, mungkin itu yang buat anak tak gembira dengan mandi.
Bagi ibu bapa yang sibuk, menyediakan puri bayi untuk si kecil setiap hari mungkin sedikit membebankan. Menyejuk bekukan puri bayi adalah alternatif yang terbaik kerana ia boleh bertahan sehingga beberapa bulan lamanya!
Ibu bapa perlu memastikan cara menyejuk bekukan puri bayi adalah betul supaya makanan tidak mudah rosak. Tempoh menyimpan puri bayi juga berbeza bagi makanan-makanan tertentu. Terdapat juga makanan yang tidak sesuai untuk disejuk bekukan.
7 Cara Menyejuk bekukan Puri Bayi
Tip Penggunaan Dulang Kiub Ais
Mengapa dulang kiub ais digunakan? Apabila puri dibekukan dalam dulang ais, ia lebih mudah untuk dicairkan dalam jumlah yang sedikit. Berbanding jika dibekukan dalam bekas biasa, puri pasti sukar dibahagikan dalam jumlah yang kecil semasa ingin mencairkannya.
Dulang kiub ais yang fleksibel adalah pilihan yang baik untuk membekukan puri. Apabila puri beku sepenuhnya, ia lebih mudah untuk dikeluarkan daripada dulang fleksibel berbanding plastik keras.
Sekiranya puri beku susah keluar daripada dulang, siram belakang dulang dengan airsejuk. Keluarkan kiub puri ke atas permukaan yang bersih.
Dulang kiub ais yang fleksibel diperbuat daripada silikon dan mempunyai penutup
Tempoh Penyimpanan Puri
Untuk memastikan kualiti makanan terjaga, sebaik-baiknya makanan sejuk beku disimpan maksimum selama 3 bulan (walaupun ia boleh bertahan sehingga 6 bulan). Semakin cepat ia digunakan, semakin baik. Ini kerana khasiat pada puri boleh berkurangan jika disimpan lama.
Puri yang disimpan dibahagian chiller perlu digunakan secepat mungkin kerana bakteria boleh membiak pada suhu chiller jika disimpan lama.
Makanan Yang Tak Sesuai Untuk Disejuk Bekukan
Puri yang ingin dibekukan sebaiknya tidak dicampur dengan sebarang air/susu (contoh; puri buah/sayur) semasa ingin dibekukan. Jika ingin menambah air/susu, tambah hanya apabila puri bayi sudah dicairkan.
4 Cara Mencairkan Puri Bayi Yang Sejuk Beku
Puri sejuk beku boleh dicairkan dengan cara berikut;
Masukkan puri ke dalam periuk kecil dan panaskan pada api yang paling kecil. Kacau puri supaya haba tersebar.
Letakkan puri di bahagian chiller dan tunggu semalaman. Pastikan puri ditutup rapatsupaya tidak tercemar dengan makanan lain di dalam chiller.
Rendam bekas yang berisi puri di dalam bekas lebih besar yang berisi air suam. Anda juga boleh memanaskan air di dalam periuk besar, dan masukkan periuk kecil berisi puri ke dalam periuk besar.
Tip Mengenai Puri Yang Dah Dicairkan
Semoga perkongsian berkenaan puri bayi ini bermanfaat kepada para ibu bapa. InsyaAllah
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!