Bayi berjaga malam, tak cukup tidur perkara biasa apabila dah bergelar ibu. Hinggakan ada yang menyatakan ibu kena jadi burung hantu dan pergi kerja pun dalam keadaan yang tak bersemangat.
Itulah hakikat yang perlu dilalui oleh sesetengah wanita bila ada bayi. Keadaan ini boleh berlarutan hingga umur anak dah menjangkau 3 atau 4 tahun. Lagi teruk mungkin sampai ke besar jika tak disiplinkan waktu tidur anak dari awal.
Bagi Memey Suhaiza ibu kepada tiga cahaya mata dan baru melahirkan anak perempuan 4 bulan lalu, dia mengakui rutin tidur Mikayla Delisha Hakim sangat mudah.
Sejak dari awal kelahiran hinggalah sekarang, Mikayla tak pernah berjaga malam dan langsung tak meragam.
Ads
“Mikayla anak yang cukup menyenangkan saya. Kalau dah tidur waktu malam, alamaknya esoklah baru bangun kalau tak dikejutkan untuk menyusu.
“Kadang tu bila saya bagi susu pun, matanya tetap tertutup rapat sambil mengempeng dan boleh lena jika tak berhati-hati.
Ads
“Setakat ini mummy sangat senang dan boleh cukup rehat walaupun uruskan dua lagi abang,” katanya berkongsi di instagramnya.
Mikayla Anak Baik
Ads
Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat mummynya memuji Mikayla seorang anak yang baik dan tak banyak ragam.
‘Baguslah dari awal dah macam ni, insya-Allah besar nanti tak banyak ragamnya.’
‘Mummy seorang ibu yang baik hati, tu Mikayla faham, tak nak ganggu mummy tidur.’
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum kita nak salahkan lampin punca anak ruam dan naik merah-merah, sepatutnya ibu bapa kena kenal pasti punca-punca kesalahan dari kita sendiri.
“Eh kesalahan apa pulak tu?”
Perkongsian dari Puan Aizah Zarirah ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu bapa yang mungkin tak sedar kesilapan yang dilakukan.
Penggunaan krim yang salah salah satu punca terjadinya ruam!
Memang sekarang semakin banyak jenis krim untuk merawat ruam lampin bayi di pasaran untuk kita pilih. Tetapi sebagai ibu bapa, kita kenalah bijak membaca kandungan pada label belakang. .
Pastikan krim yang kita pilih ni bebas dari bahan yang berbahaya.
Lepas tu semak lah mana tau jada di antara bahan di dalam krim tersebut menyebabkan kulit bayi kitanaik ruam. Kadang-kala kulit bayi kita lebih baik jika tidak dipakaikan apa-apa krim.
2) Tak membersihkan kotoran dengan betul
Ini punca ruam lampin bayi yang ramai ibu bapa terlepas pandang, kadang kala kita cuci sambil lewa, paling malas pun cuci pakai tisu basah je.
Ya memang air kencing bayi bukanlah terlalu kotor. Tetapi kulit bayi sangat sensitif.
Bukan tu je, cara membersihkan bayi lelaki dan perempuan pun berbeza. Bagi bayi perempuan, pastikan kekotoran tidak termasuk ke dalam vagina mereka dengan membersihkan dari arah depan ke belakang dan bukan sebaliknya.
3) Salah bagi makanan pejal
Kita memang teruja kalau anak kita dah mula boleh makan makanan pejal. Terasa macam nak bagi mereka cuba semua benda!
Tapi pernah tak kita pikir dan ingat kembali, adalakah selepas mula makan makanan pejal, bayi kita mula naik ruam lampin?
Mereka mungkin alergi terhadap sesuatu makanan yang diberikan kepada mereka. Sebab itulah penting untuk kita memerhatikan reaksi dan perubahan anak kita selepas mencuba makanan yan baru. Praktikkan ‘4 days wait rule’ ketika perkenalkan makanan pada bayi kita.
Dengan ini, kita boleh mengelak alahan anak sambil memastikan anak tak terkena ruam lampin bayi lagi.
4) Jarang tukar lampin
Akak ada juga perhati sesetengah ibu bapa ni, selagi lampin tak bergayut ke bawah tak adanya nak pergi tukar.
Sepatutnya tukar lampin ni kena dengan kerap. At least 4 jam sekali. Jangan fikir membazir semua tu untuk kebaikan anak kita.
5) Jangan guna bedak talkum
Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan keradangan kulit bayi.
Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi kita.
Sedang merancang untuk melatih anak tidur sendiri? Tetapi tidak pasti batas usia anak yang sesuai untuk memulakannya? Umumnya, masa yang sesuai untuk setiap anak adalah berbeza. Pun begitu berikut beberapa cadangan yang mungkin boleh dijadikan panduan.
Perlukah melatih anak tidur sendiri?
Tidak dinafikan, ia kedengaran agak pelik apabila wujud keperluan untuk melatih anak tidur sendiri. Mesti ada di antara anda terfikir, bukankah melelapkan mata itu satu kemahiran semula jadi?
Bagi sesetengah individu dewasa, masa untuk tidur dianggap perkara yang mudah. Malahan, untuk mereka yang baharu bergelar ibu bapa, kepenatan menjaga si kecil mungkin membuatkan anda terus tertidur sebaik sahaja berbaring.
Tetapi keadaan itu berbeza bagi bayi kecil. Mereka masih belum mempunyai kemahiran yang sama. Latihan tidur adalah satu proses untuk membantu bayi belajar melelapkan mata dan kekal tidur sepanjang malam.
Kebanyakan bayi dapat mengadaptasi kemahiran ini dengan mudah dan cepat. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah anak yang berdepan kesukaran untuk tidur atau kembali melelapkan mata selepas terjaga.
Latihan tidur: Fahami batas usia anak yang sesuai
Adakah anda tahu bilakah masa yang sesuai untuk melatih anak tidur sendiri?
Pakar mengesyorkan waktu yang sesuai untuk memulakan latihan tidur ketika bayi berusia 4 hingga 6 bulan. Di bawah ada penjelasan lebih lanjut mengenai kesesuaian batas usia anak:
# Baru lahir hingga 2.5 bulan
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan antara malam dan siang kerana mereka tidak menghasilkan cukup melatonin. Mereka juga memerlukan penyusuan pada waktu malam yang kerap. Jadi buat masa ini, ia bukanlah masa sesuai untuk melatih anak tidur sendiri.
# 3 hingga 4 bulan
Menjelang usia 3 hingga 4 bulan, bayi mula membentuk kitaran tidur malam. Mereka mudah bergaul, tidak mengalami kegelisahan perpisahan dan dapat melelapkan mata dengan lebih baik.
Pun begitu, kebanyakan kanak-kanak pada usia ini, masih belum bersedia untuk menenangkan diri sendiri. Jadi wujud sedikit kesukaran untuk melatih si kecil tidur.
# 4.5 hingga 5.5 bulan
Kebanyakan pakar mencadangkan untuk memulakan latihan tidur anak pada sekitar usia ini. Ia disebabkan oleh keadaan bayi yang boleh melelapkan mata sehingga tempoh 6 hingga 8 jam tanpa perlu melakukan penyusuan pada waktu malam.
Seperkara harus diingatkan pada batas usia anak ini, mereka sudah mula belajar bahawa tangisan akan mendapat tindak balas segera daripada anda. Jadi bersedialah untuk mendengar rengekan si manja nanti apabila anda melangkah meninggalkan mereka!
# 6 hingga 8 bulan
Pada usia ini, bayi dikatakan lebih berminat untuk mencari mainan daripada memerhatikan anda. Jadi sekiranya anda sedang merancang untuk melatih anak tidur sendiri, inilah masa yang sesuai untuk melakukannya!
Bayi juga dikatakan kurang cerewet sekiranya terjaga pada waktu malam.
# 9 hingga 11 bulan
Bayi mula memahami bahawa ibu bapa masih ada walaupun setelah meninggalkan mereka. Jadi si kecil akan menggunakan senjata terhebat mereka – tangisan – untuk memanggil anda kembali.
Pada tempoh ini, latihan tidur mungkin boleh mewujudkan rasa penat dan kecewa pada diri anda. Pun begitu, tiada apa yang boleh menghalang anda jika mahu terus mencuba latihan tidur ini.
# 12 hingga 16 bulan (1 tahun 4 bulan)
Dalam batas usia anak ini, mereka mula menumpukan perhatian untuk mengembangkan kemahiran pertuturan dan fizikal, jadi anak akan ‘kurang melekat’ dengan ibu ayah.
Jadi gunakanlah tempoh ini untuk melakukan latihan tidur.
# 17 hingga 21 bulan (1 tahun 5 bulan hingga 1 tahun 9 bulan)
Agak pelik tetapi pada usia ini anak sedang dalam proses untuk berdikari dan mereka mungkin akan lebih memerlukan sokongan anda. Jadi hentikan dulu rancangan untuk melatih anak tidur sendiri.
Melatih anak tidur sendiri: 5 petua untuk berjaya
Anda sudah tahu batas usia anak yang sesuai untuk memulakan latihan tidur tetapi ada rasa khuatir jika tidak berjaya? Usah bimbang, apa kata cuba 5 petua berikut:
1. Wujudkan rutin waktu tidur
Setiap malam, lakukan rutin tidur yang boleh menenangkan fikiran dan mempersiapkan tubuh mereka untuk melelapkan mata. Ia melibatkan teknik menenangkan seperti mandi, membaca buku atau pun menyanyikan lagu dengan irama mengasyikkan seperti ‘Twinkle-twinkle Little Star’.
Pastikan rutin ini dilakukan secara konsisten untuk memberitahu bayi bahawa ia adalah masa tidur. Teknik ini juga dapat mengembangkan jam dalaman mereka.
2. Tetapkan tarikh efektif untuk melakukannya
Walaupun pada hakikatnya tidak ada masa yang tepat untuk melatih anak tidur sendiri, tetapi elakkan memilih waktu hampir dengan perkara-perkara penting lain dalam kehidupan anak.
Antaranya seperti masa untuk berjumpa pengasuh baharu atau minggu pertama memperkenalkannya dengan mainan gigi (teething toys). Kebanyakan ibu bapa memilih untuk memulakan latihan tidur pada hari Jumaat dan menggunakan kelebihan waktu hujung minggu.
Ada juga yang mengambil cuti daripada tugasan kerja bagi mengelakkan isu mengantuk sewaktu bekerja.
3. Waktu siang untuk bermain
Bercakap dan bermain dengan bayi pada siang hari akan dapat memanjangkan waktu si kecil berjaga.
4. Letakkan bayi di katil tidur ketika masih terjaga
Berapa ramai ibu bapa yang memilih untuk meletakkan si kecil di katil mereka saat sudah melelapkan mata? Tindakan anda itu mungkin akan menyukarkannya untuk kembali tidur apabila terbangun pada waktu malam. Langkah terbaik, apabila si kecil tampak mengantuk tetapi masih lagi berjaga, ia merupakan waktu sesuai untuk meletakkan mereka di katil tidur.
5. Fahami isyarat bayi letih
Perhatikan jika si kecil menguap, menggosok mata atau mula merengek. Ia adalah isyarat mereka sudah letih dan biasanya akan berlaku pada waktu yang sama setiap malam.
Penting untuk meletakkan bayi di tempat tidur ketika mereka mengantuk tetapi tidak terlalu letih.
Ini kerana jika bayi terlalu penat, mereka lebih sukar untuk tidur dan cenderung untuk bangun lebih awal.
Berjumpa doktor
Sekiranya anda memerlukan lebih panduan dan bimbingan untuk melatih anak tidur sendiri, dapatkan rundingan daripada pakar pediatrik. Jika anda mencuba kaedah latihan tidur secara konsisten tetapi tidak berjaya, berjumpalah doktor untuk mengetahui cara penyelesaian terbaik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dapat lihat anak membesar depan mata satu nikmat buat semua ibu. Situasi ini juga sama seperti yang dilalui oleh selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa apabila dia berkongsi mengenai anak sulungnya, Muhammad Bilal mula belajar berjalan.
Bilal yang kini sudah berusia 10 bulan dilihat mula berjalan empat hingga lima langkah dan ini semestinya mengembirakan ummi dan abahnya. Kalau diikutkan agar cepat juga Bilal dah masuk fasa berjalan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @lofa.world di laman TikToknya, dia berkongsi perkembangan tersebut di media sosial dan telah membuatkan netizen begitu teruja dengan gelagatnya yang terkini.
“Dah boleh berjalan dah, jalan dalam empat hingga lima langkah lepas itu jatuh. Sekarang dah 10 bulan hampir dua minggu. Suka sangat masuk bilik umi dia,” ujarnya.
“Cepatnya Bilal dapat kaki..”
Susulan itu, di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan tidak sangka apabila Bilal sudah mula berjalan memandangkan usianya baru sahaja berusia 10 bulan.
Dalam pada itu, netizen turut menzahirkan rasa syukur dengan perkembangan Bilal serta masing-masing teruja mendengar suaranya yang begitu gembira sekali dapat berjalan.
Perkongsian itu juga mendapat maklum balas positif dan ada dalam kalangan ibu lain turut berkongsi pengalaman sama anak mereka pun dah mula berjalan sebelum berusia 10 bulan.
Tip jimat sambut Raya untuk mak ayah yang ingin berjimat tanpa menghilangkan kemeriahan Hari Raya. Panduan praktikal kawal bajet Raya, baju anak, kuih, menu dan duit raya.