Sebelum anak boleh makan, rata-rata ibu dah mula berkira nak bagi macam-macam menu. Namun cukup tempoh itu, anak pula yang tak mahu. Puas dipujuk tapi hasilnya tetap mengecewakan.
Situasi ini juga turut dialami Sari Yanti apabila Dariya kini bakal menginjak usia setahun bulan depan dah mula cerewet makan hingga merisaukannya.
Menerusi Insta Stories miliknya, Sari akui risau Dariya tidak cukup nutrisi memandangkan tidak mahu makan nasi dan minum susu formula.
“Penat 2 3 hari ni asyik la kena pujuk makan.
“Ni dari tadi pujuk satu sudu pun tak dapat. Asyik buang-buang food je.
Ads
“I feel like crying don’t know what to do. Dah la tak nak makan nasi.
“What else mama nak buat ni dariya..Susu formula pun tak nak.
“Risau dia tak cukup nutrition,” luah Sari.
Ads
Rata-rata pengikut Sari berkongsi cara masing-masing untuk pujuk anak makan dengan memberi pelbagai tip hingga sanggup DM padanya.
Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah membantunya.
Ads
Sebelum ini pun, Sari ada meluahkan kerisauannya apabila Dariya tak mahu susu botol dan hanya mahu menyusu badan.
Hal ini juga antara salah satu faktor yang kerap dialami oleh ibu-ibu yang ada anak kecil. Cuma pendekatan yang bagaimana sesuai untuk anak kena dicuba dan tengok cara mana si kecil boleh terima.
Sumber: Ig Sari Yanti & Jep Sepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap yang berkahwin pasti inginkan zuriat sendiri. Andai kata belum ada rezeki lagi, siapa kita nak menidakkan takdir Allah. Begitu juga bagi pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang tidak pernah berhenti daripada terus berdoa dan berusaha untuk memiliki cahaya mata sendiri walaupun perkahwinan dah mencecah 8 tahun.
Meskipun sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya Shamsul Baharin Rahman, pelakon berusia 37 tahun itu berkata dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi sebaliknya percaya dengan rezeki dan perancangan Allah SWT.
Akan cuba lagi, selebihnya serah pada Allah
Menerusi laporan Mstar, Elizad memberitahu, InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua.
“Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.
“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram… kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga,” katanya.
Sebelum ini, pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu berkongsi sebuah posting di laman Instagram memaparkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelapan.
“I takde ucapan panjang2 untuk u. Sebab, setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti i akan cakap ‘Inshaallah anniversary tahun depan mesti kita bertiga’. Rasanya dah boleh tukar dialog tu. 8 tahun menanti.
“Percaturan Allah itu lebih baik. Redha & pasrah . Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us. Doakan kami ya semua,” tulisnya.
Suami sangat memahami
Tambahnya, soal zuriat tidak menjadi isu dalam rumah tangga tersebut kerana suaminya sudah memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain… tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.
Terdahulu, Elizad pernah melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebelum disahkan hamil namun mengalami keguguran seminggu selepas itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kecil terutamanya bayi sering memasukkan jari atau alat permainan ke dalam mulut. Jika alat permainan dan permukaan tempat si kecil bermain tidak bersih, bakteria dan virus pasti mudah berpindah kepada bayi.
Perkara ini sering diambil ringan oleh para ibu bapa. Alat permainan yang kotor boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan virus pada kanak-kanak.
Membersihkan alat permainan seharusnya dijadikan rutin kepada para ibu bapa sama seperti membasuh kereta mahupun mop lantai rumah.
Berapa Kerap Anda Perlu Membersihkan Alat Permainan Si Kecil?
– Ia terpulang kepada ibu bapa berapa kerap alat permainan itu hendak dibasuh. Anda tidak perlu menyusahkan diri membersihkannya setiap hari. Namun, adalah baik jika alat permainan anak anda dibersihkan pada masa yang tertentu seperti;
– Apabila alat permainan kelihatan kotor (contoh: makanan tumpah pada alat permainan, atau dibawa main keluar rumah)
– Anak anda baru sembuh daripada sebarang jangkitan seperti selsema atau cirit birit. Dikhuatiri alat permainannya masih dicemari dengan bakteria/virus yang menyebabkan anak anda sakit
– Kanak-kanak lain memasukkan alat permainan anak anda ke dalam mulut mereka
– Setiap hujung minggu/bulan
Kaedah Membasuh Alat Permainan
Alat permainan keras (diperbuat daripada plastik)
Kaedah 1
– Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
– Bilas dengan air bersih
– Keringkan dan lap dengan wet wipe tissue
Kaedah 2
– Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
– Rendam di dalam *air yang dicampur peluntur selama 10-20 minit
– Bilas dengan air bersih dan keringkan
Alat permainan yang mempunyai bateri/diperbuat daripada kayu atau besi/permainan bersaiz besar
– Lap permukaan luar menggunakan span sabun
– Kemudian lap menggunakan kain lembap yang telah direndam *air yang dicampur peluntur dan keringkan
*Cara mudah sediakan air campuran peluntur:
Campurkan 1 sudu (15 ml) peluntur untuk setiap 1 liter air.
Peluntur yang telah dicampurkan air pada jumlah yang betul adalah selamat untuk digunakan sebagai cecair pembersih alat permainan. Klorin pada peluntur akan tersejat dengan cepat semasa dikeringkan.
Alat permainan lembut/kapas/kain
Sebilangan alat permainan boleh sahaja dibasuh menggunakan mesin basuh.
Sekiranya ia tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin, rendam dengan air sabun, bilas dan keringkan di bawah cahaya matahari.
Permainan yang sukar dibersihkan atau terlalu kotor eloklah dibuang sahaja untuk mengelak pembiakan kuman.
Membiasakan si kecil mempunyai bantal atau selimut busuk juga sebaiknya tidak perlu diamalkan. Ini kerana, kotoran bakteria akan berkumpul pada bantal dan selimut dan ia sebenarnya boleh mengundang jangkitan. Untuk anak yang mempunyai bantal/selimut busuk, basuhlah sekali-sekala terutamanya apabila ia kelihatan kotor.
Tip Lain Menjaga Kebersihan Alat Permainan
Simpan permainan di dalam bekas tertutup yang bersih setiap kali selepas main
Sebaiknya, setiap anak mempunyai permainan sendiri. Kurangkan berkongsi permainan terutamanya patung mainan fabrik
Permainan yang tidak boleh dibasuh seperti plastisin perlu diganti apabila ia sudah lama digunakan kerana bakteria pasti sudah berkumpul di dalamnya
Kotak pasir perlu diganti secara berkala dan ditutup jika tidak digunakan untuk mengelakkan haiwan liar mengotorkan pasir tersebut
Sekiranya ada permainan yang kelihatan kotor, jangan campurkan bersama permainan bersih. Asingkan ia sebelum dibasuh
Jadikan aktiviti membersihkan alat permainan sebagai salah satu rutin kerja rumah. Ibu bapa perlu bijak dan prihatin terhadap kesihatan anak-anak. Kesihatan keluarga bermula daripada persekitan rumah yang bersih.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam keadaan tertentu, ada di kalangan ibu bersalin dan suaminya lebih selesa memilih berpantang sendiri di rumah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
Jadi, dalam keadaan sebeginilah, suami perlu menjalankan tanggung jawabnya. Memandangkan isteri masih lemah, dia memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami untuk beberapa urusan termasuklah hidangan makanan berpantang.
Di sini Pa&Ma kongsikan resepi-resipi yang boleh para suami sediakan. Langkah penyediaannya mudah sahaja. Pasti selepas ini suami boleh dipanggil papa chef!
Ikan panggang
1. Basuh bersih ikan pilihan. Ikan yang sesuai semasa berpantang ialah ikan berisi seperti merah, tenggiri dan lain-lain.
2. Lumurkan garam, kunyit dan lada hitam pada badan ikan.
3. Balut ikan dengan daun kunyit atau daun pisang.
4. Panggang menggunakan pemanggang ajaib.
5. Setelah masak, buang daun pembalut ikan. Sedia untuk dihidangkan.