Pelakon Datin Niena Baharun melakukan penutup pantang selepas habis tempoh berpantang. Mandi susu, skrub badan, bertangas dan berurut adalah empat perawatan yang dilakukan.
Baru melahirkan anak sulungnya, Adiel Mikael, yang berusia 1 bulan 23 hari, ibu muda ini dipuji para peminat lantaran kelangsingan badan dan wajah berseri-seri selepas bersalin.
TETAP BERSTOKING KE HOSPITAL
Pelakon berusia 25 tahun ini kelihatan cukup berdisiplin dalam berpantang. Dia turut mengenakan stoking semasa ke hospital untuk pemeriksaan anak serta mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Para peminat pula memuji tubuhnya yang langsing dan wajahnya berseri-seri walau pun baru sebulan bersalin pada ketika itu.
Sebagai penutup pantang, Niena telah melakukan mandi susu, skrub badan, bertangas dan berurut. Semuanya disediakan oleh perawat pantang. Katanya penutup pantang yang dilakukan selepas 44 hari selepas bersalin ini berperanan untuk menaikkan seri ibu.
Video yang dimuatkan menunjukkan penyediaan susu dan bunga untuk mandi susu dan herba tangas. Para peminat memberikan reaksi teruja dengan rawatan ini dan berharap Niena kembali sihat dan pulih selepas bersalin.
Niena bersalin pada 24 Oktober lalu secara pembedahan. Kelahiran anak sulung Adiel Mikael menyerikan lagi perkahwinan Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim.
Amalan bertungku sudah diketahui umum kebaikannya kepada ibu selepas bersalin. Jika dahulu ia hanya menjadi amalan berpantang masyarakat Melayu tetapi kini kaum lain turut mengamalkannya.
Mungkin dahulu amalan ini dilakukan oleh ibu atau nenek kepada wanita yang baru lepas bersalin tetapi kini terdapat pusat rawatan selepas bersalin yang turut memberi kemudahan tersebut kepada sesiapa sahaja yang baru lepas bersalin.
Amalan bertungku dilakukan sebelum si ibu membalut bahagian pinggang hingga ke punggung atau lebih dikenali sebagai berbengkung. Salah satu sebab mengapa ibu disarankan bertungku iaitu membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.
Darah nifas yang dikeluarkan oleh wanita selepas bersalin biasanya mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Dikatakan rahim tidak bersih sepenuhnya daripada kotoran darah sekiranya ia berhenti awal daripada masa yang sepatutnya.
Jadi, amalan bertungku dapat membantu melancarkan pengaliran darah kotor dan toksin keluar dari badan ibu.
Amalan bertungku juga dikatakan mampu memecahkan lemak dalam badan, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak ketika proses bersalin, dan mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.
Ada pelbagai kaedah orang menggunakan tungku dan ini salah satu daripadanya.
*Bakar tungku (batu sungai atau tungku besi) kemudian balut dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapik menggunakan kain yang tebal tetapi masih boleh dirasai kehangatannya.
Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesihatan anak-anak adalah keutamaan setiap ibu bapa. Dalam era pasca-pandemik dan dunia yang penuh cabaran ini, sistem imun yang kuat adalah perisai utama bagi kanak-kanak, terutama yang sedang aktif di bangku sekolah rendah. Mereka bergaul, berkongsi makanan, alat tulis, dan terdedah kepada pelbagai persekitaran – menjadikan mereka lebih mudah dijangkiti penyakit. Maka, amat penting bagi ibu bapa memahami dan memainkan peranan dalam memperkukuhkan imuniti anak-anak sejak dari awal. Artikel ini akan membawa anda menyelami apa itu imuniti, mengapa ia penting, apa akibat jika imuniti lemah, serta tips praktikal untuk membantu anak lebih sihat dan bertenaga.
Imuniti atau sistem imun adalah sistem pertahanan badan terhadap jangkitan. Ia melibatkan pelbagai organ, sel darah putih, antibodi dan bahan kimia lain dalam badan yang bekerja bersama-sama untuk menentang bakteria, virus, dan mikroorganisma berbahaya.
Kanak-kanak yang sihat akan mengalami antara 6 hingga 8 jangkitan selsema dalam setahun, tetapi kebanyakan daripadanya adalah ringan kerana sistem imun mereka belajar dan semakin kuat.
Susu ibu adalah ‘vaksin semula jadi’ pertama anak. Kolostrum (susu awal ibu) mengandungi antibodi yang membantu bayi membina imuniti sejurus selepas kelahiran.
Anak yang bermain di luar rumah lebih sihat. Pendedahan kepada mikroorganisma semula jadi membantu sistem imun belajar mengenal dan bertindak balas terhadap ancaman.
Senyuman dan gelak ketawa boleh kuatkan imuniti! Kajian menunjukkan ketawa boleh mengurangkan hormon stres dan meningkatkan antibodi.
Tidur siang bantu imuniti anak kecil. Tidur siang bukan sahaja menyegarkan badan tetapi juga memberi masa kepada badan untuk memulihkan sistem pertahanan.
Anak yang mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa lebih jarang jatuh sakit. Kualiti hubungan emosi mempengaruhi kestabilan hormon dan sistem imun anak.
Sayuran berwarna oren dan hijau bantu bina ‘perisai’ semula jadi. Contohnya, lobak merah dan bayam kaya dengan beta-karoten yang ditukar kepada vitamin A – penting untuk pertahanan badan.
Vitamin D digelar ‘vitamin imun’. Kekurangan vitamin D dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan pernafasan pada kanak-kanak.
Main kotor sikit tak semestinya buruk. Kajian mendapati kanak-kanak yang membesar dengan haiwan peliharaan atau di kawasan luar bandar cenderung mempunyai imuniti lebih kuat.
Sistem imun yang lemah boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan:
Lebih membimbangkan, imuniti lemah juga boleh menjejaskan perkembangan pembelajaran dan sosial anak-anak kerana kekerapan tidak hadir ke sekolah.
Berikut adalah lima langkah berkesan yang boleh diambil oleh ibu bapa:
Meningkatkan imuniti bukan hanya tugas ibu bapa – ia tanggungjawab bersama:
Fakta Menarik:
WHO menyatakan bahawa intervensi kesihatan komuniti yang bersepadu boleh mengurangkan kadar jangkitan penyakit dalam kalangan kanak-kanak sehingga 40%.
Membina sistem imun yang kukuh bukan sesuatu yang berlaku dalam sehari – ia adalah hasil daripada gaya hidup sihat yang konsisten. Sebagai ibu bapa, anda mempunyai kuasa besar untuk membentuk asas kesihatan anak anda sejak dari kecil. Dengan ilmu, perhatian dan tindakan yang bijak, anak-anak bukan sahaja akan membesar dengan sihat, tetapi juga bersedia menghadapi dunia dengan kekuatan dari dalam.
Ingat: Anak yang sihat, bermula dari rumah yang prihatin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa masih tak tahu sebenarnya anak-anak di bawah umur 17 tahun boleh menikmati tambang KTM Komuter secara percuma menerusi program Kad RailLife.