Biarpun disahkan hamil anak kedua, keinginan untuk terus menyusukan anak sulung yang masih kecil pastinya ada. Malah langsung tidak terfikir untuk memberhentikan anak dari terus menyusu.

Biarpun hal ini tidak menjadi masalah bagi ibu hamil, namun ada beberapa perkara yang ibu harus elakkan. Salah satunya adalah meningkatkan perahan susu dan melakukan power pumping untuk meningkatkan jumlah susu. Ada sebabnya.

Menurut Dr Nurhaya Yaakob dari Prexious Lactation Center, meningkatkan kadar perahan susu dan power pumping hanya akan meningkatkan risiko keguguran. Elakkan!

Susu Makin Berkurang Bila Hamil Anak Kedua, Elakkan Power Pumping, Risiko Ibu Alami Keguguran!


Soalan: Dr, saya sekarang hamil 8 minggu, tapi saya masih menyusu anak sulung saya yang berusia 1 tahun 6 bulan. Boleh kah saya terus menyusu sebab saya tak ready untuk wean off lagi.

Haaa siapa macam ni? So sebenarnya selamatkah untuk menyusu ketika hamil?

Sebenarnya tidak ada masalah sekiranya ibu ingin menyusui anaknya ketika sedang hamil. Namun ada beberapa hal perlu ibu perhatikan untuk memastikan semua dalam keadaan baik.

Antaranya adalah:
1. Ibu tidak ada pendarahan atau spotting ketika menyusu atau sesudah menyusu. Sekiranya berlaku pendarahan pada bila-bila masa sekali pun, adalah sebaiknya untuk ibu berhenti menyusu.

2. Ibu tidak merasa sakit/tidak selesa/senggugut pada bahagian perut bawah/ ari-ari ketika menyusu seolah-olah seperti datang haid.

Susu Makin Berkurang Bila Hamil Anak Kedua, Elakkan Power Pumping, Risiko Ibu Alami Keguguran!

3. Ibu tidak ada sejarah keguguran sebelumnya. Ini kerana seperti yang kita tahu, proses penyusuan akan meningkatkan kadar rembesan oksitoksin di dalam darah dan dapat mengecutkan rahim.

IKLAN

Di khawatirkan proses penyusuan tersebut boleh mengalakkan proses pengecutan rahim dan terjadinya keguguran terutama di awal-awal kehamilan.

4. Ibu tidak ada sejarah kelahiran pramatang.

5. Ibu tidak terlalu lesu terutama ketika awal-awal kehamilan. Apatah lagi bagi mereka yang ada morning sickness dan tidak selera makan.

Susu Makin Berkurang Bila Hamil Anak Kedua, Elakkan Power Pumping, Risiko Ibu Alami Keguguran!

Namun apabila hamil:
☑️Susu ibu akan mulai drop kerana meningkatan hormon estrogen dan progesteron(hormon kehamilan). Sekiranya ibu sedang menyusui bayi di bawah 1 tahun, adalah sebaiknya untuk ibu mencari ibu susuan sekiranya stok susu tidak ada. So jangan panik ok bila nampak bayi seperti tak puas menyusu dan mula tarik-tarik puting ketika menyusu atau gelisah.

☑️Puting ibu akan mulai rasa ngilu dan sensitif kerana perubahan paras hormon di atas.

IKLAN

☑️Rasa susu ibu akan berubah menjadi sedikit masin. Untuk anak-anak yang lebih sensitif akan merasa terganggu dengan perubahan rasa susu. Ada juga yang wean off dengan sendirinya kerana tak selesa dengan rasa susu tersebut.

Susu Makin Berkurang Bila Hamil Anak Kedua, Elakkan Power Pumping, Risiko Ibu Alami Keguguran!

Sekiranya ibu sudah mengetahui hamil, dan susu mulai drop, jangan sekali-kali meningkatkan kadar perahan dan buat power pumping.

Hentikan sebarang aktiviti memerah susu dan teruskan dengan direct feeding sahaja. Sekiranya ibu berasa tidak selesa dan atau penuh, boleh perah sedikit dalam tempoh pendek sehingga mencapai keselesaan.

Meningkatkan kadar perahan susu dan power pumping hanya akan meningkatkan risiko keguguran.

Jagalah kondisi ibu, makan makanan yang berkhasiat dan minta bantuan suami dalam membantu menguruskan emosi anak.

Susu Makin Berkurang Bila Hamil Anak Kedua, Elakkan Power Pumping, Risiko Ibu Alami Keguguran!

IKLAN

Apa-apa pun keraplah berbincang dengan pakar perbidanan anda untuk keadaan janin ya.

Dr Nurhaya Yacob
Merancang dengan baik sekiranya ingin menyusu dalam tempoh yang di inginkan.

Menarik: Ini 4 Jenis Sayur & Buah Yang Terbaik Untuk Makanan Pejal Pertama Bayi, Cubalah

Susu Makin Berkurang Bila Hamil Anak Kedua, Elakkan Power Pumping, Risiko Ibu Alami Keguguran!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI