Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah sememangnya Pakar Motivasi dan Keibubapaan yang terkenal dengan pelbagai perkongsian tip dan nasihat kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak.
Satu perkongsian menarik daripada beliau telah dikongsikan oleh Dr Erna Nadia di dalam laman facebooknya mengenai nasihat Dr Fadzilah tentang amalan yang patut dilakukan oleh ibu bapa ketika mendidik anak-anak.
1. Merotan dibolehkan untuk kanak-kanak berumur 7-11 tahun dengan tujuan untuk mengajar.
2. Jangan rotan anak-anak yang berumur 14 tahun ke atas kerana mereka akan memberontak atau rebel. Jadikan mereka seperti kawan kita.
Ads
3. Kanak-kanak perempuan berusia 11-13 tahun berada dalam fasa yang paling miang/gatal/gedik sepanjang usia mereka.
Jadi ibu bapa perlu beri lebih perhatian jika anak perempuan mereka di usia ini supaya tak hanyut teruk. Di fasa ini mereka sudah berkeinginan untuk tengok porn dan mencuba aksi-aksi daring/ nakal/ lucah.
4. Peluk anak-anak lelaki nakal/garang berusia 16 tahun ke atas. Jangan jerit dan balas setiap kata-kata kasar mereka. Peluk dan baca Bismillah, surah Al-Fatihah, surah Alam Nashrah dan hembus ke ubun-ubun mereka.
5. Setiap kali balik dari mana-mana nak masuk rumah, bacalah surah Al-Fatihah & surah Al Ikhlas sebelum masuk ke dalam rumah. InshaAllah rumah kita dipenuhi kebahagiaan.
6. Ibu bapa adalah cermin anak-anak. Ibu bapa yang kasar akan melahirkan anak-anak yang kasar. Jaga bahasa kerana mereka serap setiap bait kata dan tindak tanduk ibu bapa.
Ads
7. Kalau nak anak-anak baik, ibu bapa perlu jadi baik dahulu. Ajar anak-anak untuk tidak tinggal solat, mengaji setiap hari dan pastikan ada masa berkualiti bersama anak-anak.
8. Kawal kelakuan dan aktiviti anak-anak. Boleh pakai gadget tapi perlu kawal.
Jangan ibu bapa pulak yang asyik dengan gadget.
Ads
So, kita ubah diri kita dahulu sebelum kita bebel anak-anak kita nakal.
Jom lahirkan keluarga yang berjaya dunia & akhirat.
Anda tertanya-tanya sama ada anda ada anak bijak yang mahir berfikir dan tinggi kemahiran kognitifnya?
Ya, kepandaian anak anda boleh diketahui dengan lebih awal, sebelum mereka mula mengambil peperiksaan di sekolah lagi! 11 petanda awal yang anak anda seorang yang bijak, melebihi dari kanak-kanak biasa yang lain.
Satu cara mudah untuk mengetahui sama ada anak anda itu genius atau tidak adalah dengan melihat kebolehan dirinya untuk mengingat sesuatu.
Menurut pakar dari New Kid’s Center, jika anak anda mudah untuk mengingat di mana dia letakkan mainan, kenal wajah orang lain dengan mudah, atau ingat sesuatu tempat yang dia pernah pergi, itu adalah petanda yang si kecil anda itu bijak orangnya.
Cuba anda uji ingatan anak anda. Lakukan games atau aktiviti berdasarkan memori. Dengan cara ini, bukan sahaja anda boleh lihat sama ada anak anda mempunyai kepandaian dari kecil, malah dapat membantu menguatkan lagi daya ingatannya.
Pernah tak anda perasan yang si kecil anda suka termenung? Jika ya, ada kemungkinan besar yang pada ketika itu, dia sedang berfikir dalam-dalam dan memfokuskan dirinya pada sesuatu.
Dr. Deborah L. Ruf, seorang konsultant akademik menerangkan anak yang pintar suka melihat dan memberi penumpuan pada sesuatu sedari usia muda!
Sudah tentu, sebagai kanak-kanak, renungan itu mungkin juga renungan kosong. Tetapi, ada ketikanya, dia bukan termenung tanpa berfikir. Boleh jadi dia sedang berfikir secara mendalam dan sedang mempelajari sesuatu.
Kemahiran anak anda untuk berfikir dan membuat rumusan tentang sesuatu hal juga boleh menjadi petunjuk yang si kecil anda itu bijak orangnya.
Contohnya, apabila dia melihat seseorang sedang membuat sandwich, dia pasti boleh merumuskan bahawa orang itu sedang lapar dan akan makan roti sandwich tersebut.
Bagi kita, perkara ini sangat mudah dan bukan sesuatu untuk dibangga, tapi jika anak anda mampu berfikir sedemikian, maka itu adalah sesuatu yang memberangsangkan!
Menurut pakar dari What to Expect When You’re Expecting, kemampuan anak kecil untuk membuat hubungan antara satu perbuatan dengan perbuatan lain dan memberikan rumusan berdasarkan pemerhatian adalah satu tanda kepandaian.
Jika anak anda gemar bermain dengan kanak-kanak yang lebih besar darinya, maka itu juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu bijak budaknya.
Lyn Kendall, seorang konsultant dari British Mensa berkata yang kanak-kanak bijak suka bergaul dengan orang lebih berusia darinya.
Mereka bukan sahaja matang, malah dapat belajar dari kanak-kanak yang lebih berusia darinya. Malah, kemahiran berfikir juga mampu berkembang pesat jika dia terus bergaul dengan cara ini.
Kanak-kanak yang petah bercakap dan pandai bersembang pada usia muda juga dikatakan lebih bijak dari kanak-kanak yang seusia dengannya.
Menurut Institut Davidson, kemahiran bahasa yang tinggi adalah antara ciri yang selalu ada pada kanak-kanak genius. Pada anda, mungkin si kecil anda itu bak ‘burung murai’, tapi sebenarnya, ia adalah keupayaan si kecil anda dalam mengekspresikan pemikiran dan perasaannya!
Ini lagi satu petanda yang anak anda itu seorang yang bijak. Mungkin pada anda, ia adalah satu masalah kanak-kanak. Tetapi sebenarnya, anak yang bijak memang sukar untuk lena!
Menurut Dr. Ruf, ini adalah kerana otaknya sedang ligat berfikir, sehinggakan dia tidak mampu untuk lena dek pemikiran tanpa henti itu.
Ada kanak-kanak pemalu sifatnya. Ada juga pendiam dan tidak pandai bermain dengan kanak-kanak lain. Tapi, kalau anak anda suka berkawan dan tidak suka duduk diam bila berjumpa dengan rakan sebaya dengannya, maka ini juga petanda yang anak anda itu bakal menjadi orang yang pandai.
Lyn Kendall dari Mensa menerangkan yang sifat suka bermain, bergurau dan bersosial adalah ciri yang ada pada kanak-kanak bijak.
Jadi, jika anak anda memeriahkan suasana anda ketika berkawan, ketahuilah bahawa anak anda itu ada bakat istimewa.
Kemahiran untuk meluahkan pelbagai perasaan juga adalah antara ciri yang ada pada kanak-kanak bijak.
Dr. David Palmer, seorang ahli psikologi menjelaskan kepada Psychology Today bahawa anak yang bijak itu lebih beremosi dari kanak-kanak biasa.
Mereka sensitif dan mampu menunjukkan rasa simpati dan empati pada orang lain. Jadi, ibu ayah, jika anda perasan yang anak anda sering berubah emosinya, ketahuilah bahawa dia sedang meningkatkan kemahiran emosi serta kognitifnya.
Banyak bergerak, bermain serta mempunyai tenaga yang tinggi bukanlah ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak hiperaktif semata-mata. Tetapi, ia juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu bijak orangnya.
Dr. Hillary Hettinger Steiner dan Dr. Martha Carr menjelaskan yang stimulasi mental serta fizikal adalah tanda kepandaian pada kanak-kanak!
Kanak-kanak gemar bertukar minat. Tapi, kalau anak anda sukakan sesuatu perkara untuk masa yang lama, ini adalah tanda kebijaksanaan.
Contohnya, walaupun anak anda masih kecil, tapi dia sudah ada hobi tersendiri – lagi-lagi kalau dia memang berbakat dalam hobi yang diminatinya itu!
Menurut Baby Center, anak anda mungkin berbakat jika dia mahir dalam sesuatu aktiviti, contohnya seni, sukan atau pandai bermain dengan nombor.
Bukan semua kanak-kanak gemarkan buku. Hanya yang istimewa sahaja tertarik dengan buku – menyelak setiap halaman, melihat gambar dan membacanya!
Jika anda perasan dari awal yang si kecil anda gemarkan buku, berbanding alat mainan lain, maka, ketahuilah bahawa anak anda mungkin seorang yang cerdik.
Menurut New York Parenting, kanak-kanak yang pandai selalu menunjukkan minat dalam membaca sebelum mereka masuk ke alam persekolahan lagi!
Apa pandangan anda? Anak-anak ada tunjukkan tanda-tanda ini tak?
Pernah lihat anak berumur 4-6 tahun yang menjerit-jerit mahukan sesuatu? Tidak mahu mengendahkan arahan dan pesanan ibubapanya? Tetap mahu dibuat dengan mengikut kehendak dan kemahuannya sendiri? Mahukah anda tahu kenapa jadi begini?
PENTINGNYA MERANGSANG OTAK ANAK-ANAK
Seorang anak kecil itu meningkat saiz otaknya sehingga 90% saiz otak orang dewasa dalam usia 0 hingga 6 tahun. Jika saiz otak meningkat, begitu juga kebolehan otak.
Maka bila otak anak tidak dilatih untuk berfikir, maka anak itu tidak akan meningkat kemahirannya berfikir.
Tapi bukan itu sahaja, kerana otak ini juga mengawal perasaan iaitu bahagian otak tengah, maka jika otak anak tidak dirangsang pada usia 0-6 tahun, itulah yang menyebabkan anak kecil itu tidak bijak mengawal perasaannya bila usianya sudah sepatutnya boleh mengawal perasaan.
Itulah antara yang menyebabkan anak itu suka mengamuk dan tidak memikirkan perasaan orang lain.
MAKA, BAGAIMANA UNTUK MERANGSANG OTAK ANAK-ANAK KECIL?
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan.
Jawapan singkatnya ialah pastikan apa yang kita buat melibatkan penglihatan, pendengaran, pergerakan dan yang penting membolehkan anak-anak itu berfikir.
ELAKKAN
Mendedahkan anak-anak kepada TV dan ipad terlalu lama tidak membantu merangsangkan anak-anak berfikir kerana jika terlalu lama sehingga berjam-jam, penglibatan anak-anak adalah pasif. Kepasifan ini menyebabkan otak anak kurang aktif.
Sebenarnya, tak susah sangat melayari alam keibubapaan kalau kita faham perkembangan psikologinya, keperluannya, apa yang sepatutnya kita tahu pada sesuatu fasa dan sebagainya.
Kebanyakan ibu suka lakukan tabiat merasa makanan terlebih dahulu sebelum disuap ke dalam mulut. Niatnya nak merasa makanan tersebut tak panas dan selamat dimakan oleh si kecil.
Tanpa sedar, rupanya tabiat tersebut boleh menyebabkan berlakuk pemindahan bakteria ke dalam mulut anak dan lagi teruk menyebabkan masalah kerosakan gigi. Itu antara punca mengapa ada ibu yang pelik kerana anaknya minum susu ibu tapi tetap ada masalah gigi rosak.
Baca lebih lanjut penjelasan yang dikongsikan oleh doktor pergigian, Dr Iqbal Rosli seperti dikongsi di laman facebooknya.
“Anak saya tidak minum dari botol susu. Cuma susu badan. Kenapa gigi rosak juga?”
Pertama, mari kita bezakan bagaimana mekanisme keduanya ketika anak minum susu. Semasa menyusu badan, anak akan memasukkan puting hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya. Tindakan itu akan meletakkan puting dan susu yang keluar jauh ke dalam mulut. Anak akan terus telan.
Berbeza dengan botol susu, tidak perlu memasukkan semua puting, susu sudah keluar. Walaupun tak dihisap, susu tetap akan menitik dan berpotensi untuk berkumpul di dalam mulut jika tak ditelan terutamanya sewaktu tidur.
Kedua, mari kita fahami bagaimana gigi rosak terjadi. Ada 4 faktor utama terjadinya karies gigi.
Gigi- gigi susu adalah lebih rapuh berbanding gigi kekal kerana lapisan enamelnya yang lebih nipis
Makanan- apa-apa sahaja yang masuk ke dalam mulut termasuklah susu
Bakteria- bakteria dari banyak sumber. Barang mainan yang dimasukkan ke dalam mulut, puting tiruan, tangan ibu bapa
Masa- jika gigi lama tak dibersihkan, perlahan-lahan proses karies akan berlaku
Ketiga, penting untuk kita fahami juga, susu ibu semata-mata tidak menyebabkan karies. Ada kajian menunjukkan kandungan dalam susu ibu baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi. Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang masih menyusu ibu selepas umur 2 tahun berpotensi mengalami kerosakan gigi lebih serius.
Seperti dalam point kedua, ada lagi faktor lain menyebabkan karies. Ibu-ibu bolehlah muhasabah dan re-check aktiviti seharian yang mungkin berkaitan dengan penjagaan gigi anak masing-masing.
Antara yang selalu terlepas ialah, apabila ibu-ibu merasa makanan dahulu sebelum menyuapkan ke dalam mulut si anak. Pemindahan bakteria boleh berlaku dan menyumbang kepada kerosakan gigi.
Selain itu, bergantung semata-mata kepada susu ibu, dan tidak menggalakan pemakanan selepas umur 6 bulan, juga adalah tidak betul. Malah tidak baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi, dan juga perkembangan kesihatan anak secara amnya.
Keempat, sebab itu, hal paling utama dalam mengelakkan gigi rosak adalah penjagaan kesihatan gigi. Bagilah anak-anak susu ibu atau susu formula. Tapi sekiranya kebersihan gigi tak dititikberatkan, gigi tetap akan rosak juga.
Kelima, ketahuilah Puan-puan sekalian, komuniti doktor gigi tidak pernah menyalahkan penyusuan anak-anak sehingga menyebabkan gigi rosak. Sebaliknya, apabila tiada keseimbangan di antara penyusuan/pemakanan dan penjagaan kebersihan gigi, itulah punca utama gigi mudah dan cepat rosak.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...