Tahniah diucapkan buat penyanyi, Datuk Awie dan isterinya, Sharifah Ladyana yang bakal menimang cahaya mata ketujuhnya pada Julai ini.
Kongsi Datuk Awie menerusi satu temubual, dia meluahkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan menerusi pembedahan pada 7 Julai ini.
Tambah teruja kata Awie, dia dan isteri sudah pun mempunyai nama buat buah hati yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Saya sudah memilih nama untuk anak ketujuh saya itu. Saya memilih nama Arjuna buatnya. Dia adalah Arjunaku!
Ads
“Teruja rasanya hendak menanti kelahiran cahaya mata ini. Jika diikutkan segan pada usia sebegini namun saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah,” katanya teruja.
Menurutnya bapa kepada enam cahaya mata ini lagi, dia bakal berada di Kelantan dan mahu kembali segera untuk bersama isterinya sebelum tarikh bersalin kelak.
“Mengikut jadual, saya ketika itu berada di Kelantan atas urusan kerja, jadi pada malam itu juga saya perlu pulang ke ibu kota sebelum isteri masuk ke bilik pembedahan.
Ads
“Ini adalah antara pengorbanan saya sebagai anak seni. Antara sebab beginilah kenapa saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anak. Namun jerih perih kehidupan inilah saya lalui demi mereka.
“Semoga semua diluar sana mendoakan semuanya dipermudahkan dan dilancarkan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Datuk Awie mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka dikurniakan seorang anak pada tahun. 2020.
Setiap tahun, ulang tahun kelahiran adalah momen bermakna untuk diraikan bersama insan tersayang. Bagi pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail, hari istimewa ini disambut dengan penuh kesyukuran dan doa yang indah.
Dalam satu ucapan yang menyentuh hati, Haris Ismail meluahkan rasa syukur atas kehadiran Neelofa dalam hidupnya. Beliau mendoakan agar isterinya sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.
Haris juga menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan dan kasih sayang Neelofa sebagai seorang isteri dan ibu. Baginya, kehadiran Neelofa bukan sekadar pelengkap hidup, tetapi juga sumber inspirasi dalam perjalanan mereka bersama.
“Semoga Apa yang sedang kita lakukan berbuahkan hasil tuaian Mahumudah di Akhirat Semoga Kejayaan serta kebaikan yang dimiliki, u & Kita Sekeluarga Diberkati Allah SWT”
Dia juga mengucapkan rasa syukur atas kelahiran dua cahayamatanya yang menjadi menyeri rumah tangga dia dan Neelofa.
“Sekali lagi & Selamannya, Jazakllahkhair atas keizinan Sang ilahi, melahirkan Bilal Dan Abbas.”
Dalam pada itu, haris juga berkongsi beberapa foto masakan air tangan isteri tersayang. Gambar yang menjelaskan kesungguhan isterinya menyediakan masakan buat keluarga kecil mereka.
“HayakAllah atas masakan Harian di rumah. Masha Allah enak, hampir sempurna semuannya. Khidmat isteri yang ikhlas tidaklah dibalas Tuhan Kecuali SyurgaNya.
Lebih manis, PU Haris akhiri coretan romantisnya dengan mendoakan isterinya untuk kekal istiqomah.
“Semoga Dirimu, percakapan, Akhlak,dan TingkahLaku di dalam بركة Allah SWT”
Neelofa juga membalas ucapan suaminya dengan respon yang membuatkan ramai teruja dengan memberi kata-kata cinta buat suami.
Ucapan penuh kasih dan doa ini jelas menggambarkan hubungan erat serta cinta yang kukuh antara mereka. Semoga pasangan ini terus dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.
Jelajah unggul Fisher-Price™ Play Lab telah dirasmikan di Malaysia di Orange Concourse, LG2, Sunway Pyramid bermula 8 hingga 14 Ogos 2022. Ia mengajak ibu bapa dan kanak-kanak menikmati pengalaman di sebalik tabir (dan merasai sendiri!) apa yang terjadi di Fisher-Price™ Play Lab. Kanak-kanak berumur 0 – 5 tahun boleh terhibur menjadi penguji rasmi permainan.
“Play Lab merupakan jantung bagi Fisher-Price™ kerana di sinilah magis tercipta dan respons secara langsung daripada kanak-kanak diperoleh bagi memastikan permainan dan produk kami mampu mencipta pengalaman bermain yang terbaik,” ujar Lisa Lohiser, Ed.D., Pengurus penyelidikan perkembangan awal kanak-kanak Fisher-Price™. “Kami percaya setiap perincian itu penting apabila melibatkan aktiviti bermain, peranan Play Lab adalah bertujuan mencipta pengalaman menyeronokkan dan memuaskan untuk keluarga di seluruh dunia.”
Kini, rakyat Malaysia mempunyai peluang menjadikan anak-anak mereka sebahagian daripada penguji nilai permainan dan merasai pengalaman buat kali pertama bersama Fisher-Price™ Play Lab menerusi siri jelajah terunggul dari Ogos sehingga September ’22.
“Kami amat teruja untuk kanak-kanak menjadi diri mereka sendiri dan menjadi penguji permainan cilik kami di jelajah Fisher-Price™ Play Lab! Ibu bapa dan anak-anak dapat menikmati pengalaman ini dan mempelajari bagaimana permainan Fisher-Price™ membantu perkembangan awal kanak-kanak menerusi aktiviti bermain,” ujar Murat Ariksoy, Pengurus Besar Mattel Asia Selatan. “Fisher-Price™ menyasarkan untuk mencipta pengalaman bermain terbaik untuk kanak-kanak belajar, berkembang dan berhubung dengan dunia di sekeliling mereka.
“Tiadalah satu cara tertentu ketika bermain,” kongsi Dr. Charlotte Jane Joseph, Pakar Perkembangan Pediatrik. “Kanak-kanak banyak belajar sewaktu mencuba pelbagai cara bermain yang membolehkan mereka mengembangkan kemahiran kognitif, keupayaan fizikal dan kemahiran sosial. Ketika memilih permainan, ibu bapa boleh memilih permainan yang selamat dan yang direka khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak.”
“Bermain bukanlah aktiviti setakat untuk menghabiskan waktu. Ia merupakan kaedah paling semula jadi untuk belajar serta mencipta peluang keemasan bagi ibu bapa merapatkan hubungan dengan anak masing-masing,” jelas Dr Woo Pei Jun, Ketua Jabatan Psikologi Sunway University. “Walaupun bimbingan ibu bapa adalah penting, membenarkan anak-anak kebebasan untuk meneroka alam bermain dengan cara tersendiri juga sama penting.”
Bagi mengendalikan himpunan orang ramai dan memastikan keselamatan penguji permainan cilik, ibu bapa perlu mendaftarkan anak mereka mengikut slot waktu yang dikehendaki di pelbagai Play Pods menerusi tablet yang disediakan, atau menerusi laman web ini. Keluarga yang hadir juga berpeluang menikmati promosi istimewa, penampilan maskot termasuk permainan dan aktiviti yang akan diadakan menjelang hujung minggu. Kawasan jelajah itu juga akan disanitasi dengan kerap bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pengunjung sepanjang acara berlangsung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memilih lokasi untuk bersalin antara perkara paling penting buat pasangan suami isteri. Selain faktor keselesaan dan kualiti perkhidmatan, kos bersalin sering menjadi pertimbangan utama bakal ibu bapa, terutamanya apabila membandingkan kos bersalin hospital kerajaan dan hospital swasta di Malaysia.
Ramai pasangan memilih hospital kerajaan kerana caj rawatan yang jauh lebih rendah. Dengan adanya subsidi kerajaan, kos bersalin hospital kerajaan ditetapkan berdasarkan kelas wad serta jenis kelahiran yang dilalui oleh pesakit, menjadikannya lebih mampu milik untuk majoriti rakyat Malaysia.
Secara umum, caj bersalin di hospital awam dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3. Perbezaan kelas ini melibatkan kemudahan wad, privasi serta caj rawatan yang dikenakan.
Bagi warganegara Malaysia, kos bersalin hospital kerajaan adalah sangat rendah berbanding hospital swasta, hasil daripada subsidi tinggi yang disediakan oleh kerajaan.
Untuk kelahiran normal tanpa komplikasi, caj bersalin yang dikenakan adalah:
– Kelas 1: RM450
– Kelas 2: RM150
– Kelas 3: RM10
Perbezaan harga ini jelas menunjukkan bahawa Kelas 3 menerima subsidi paling tinggi, sekaligus membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan bersalin yang selamat.
Bagi ibu yang perlu menjalani pembedahan caesarean, kos bersalin hospital kerajaan adalah seperti berikut:
– Kelas 1: RM1,200
– Kelas 2: RM400
– Kelas 3: RM100
Walaupun melibatkan pembedahan besar, caj ini masih jauh lebih rendah berbanding hospital swasta yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Untuk kes kelahiran yang memerlukan bantuan perubatan tambahan seperti forsep atau posisi bayi songsang (breech), caj yang dikenakan ialah:
– Kelas 1: RM600
– Kelas 2: RM200
– Kelas 3: RM50
Ini sekali lagi membuktikan bahawa kos bersalin hospital kerajaan kekal berpatutan walaupun melibatkan prosedur yang lebih kompleks.
Selain caj prosedur bersalin, terdapat bayaran tambahan bagi penggunaan fasiliti tertentu. Namun, bayaran ini hanya dikenakan kepada pesakit Kelas 1.
Penggunaan bilik bersalin dikenakan caj RM120 bagi setiap kemasukan, manakala penggunaan dewan bedah turut dikenakan caj RM120 bagi setiap kemasukan. Pesakit Kelas 2 dan Kelas 3 tidak dikenakan bayaran tambahan ini.
Bagi bukan warganegara Malaysia, kos bersalin hospital kerajaan adalah jauh lebih tinggi kerana tidak menerima subsidi kerajaan.
Caj bersalin biasa ditetapkan sebanyak RM2,593, manakala pembedahan caesarean pula mencecah RM3,021. Bagi kes bersalin menggunakan forsep, breech atau vakum, cajnya adalah sama seperti bersalin biasa iaitu RM2,593.
Untuk kelahiran kembar, caj bersalin ditetapkan sebanyak RM2,593, dengan bayaran tambahan penggunaan bilik bersalin sebanyak RM300.
Walaupun tempoh menunggu mungkin lebih lama berbanding hospital swasta, kos bersalin hospital kerajaan masih menjadi pilihan utama kerana tahap keselamatan yang tinggi, kepakaran doktor berpengalaman serta kemudahan rawatan rapi jika berlaku komplikasi.
Hospital kerajaan juga mempunyai akses kepada pasukan pakar pelbagai bidang, menjadikannya lebih bersedia menangani situasi kecemasan ketika proses kelahiran.
Setiap pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan terus daripada hospital yang dipilih kerana caj sebenar boleh berubah bergantung kepada komplikasi, tempoh kemasukan wad serta keperluan rawatan tambahan.
Maklumat kos ini adalah sebagai panduan umum dan tertakluk kepada perubahan dasar semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Secara keseluruhan, kos bersalin hospital kerajaan membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak kekal mampu milik untuk rakyat Malaysia. Dengan perancangan awal dan pemilihan kelas wad yang sesuai, bakal ibu bapa boleh membuat keputusan bijak tanpa membebankan kewangan keluarga.
Bantuan Sihat Selangor 2026 menawarkan pembiayaan rawatan sehingga RM5,000 untuk rakyat Selangor yang layak. Semak syarat kelayakan, jenis bantuan dan cara membuat permohonan.