Jelajah unggul Fisher-Price™ Play Lab telah dirasmikan di Malaysia di Orange Concourse, LG2, Sunway Pyramid bermula 8 hingga 14 Ogos 2022. Ia mengajak ibu bapa dan kanak-kanak menikmati pengalaman di sebalik tabir (dan merasai sendiri!) apa yang terjadi di Fisher-Price™ Play Lab. Kanak-kanak berumur 0 – 5 tahun boleh terhibur menjadi penguji rasmi permainan.

Bawa Anak & Rasai Sendiri Pengalaman Uji Permainan Fisher-Price Di Jelajah Unggul Fisher-Price

“Play Lab merupakan jantung bagi Fisher-Price™ kerana di sinilah magis tercipta dan respons secara langsung daripada kanak-kanak diperoleh bagi memastikan permainan dan produk kami mampu mencipta pengalaman bermain yang terbaik,” ujar Lisa Lohiser, Ed.D., Pengurus penyelidikan perkembangan awal kanak-kanak Fisher-Price™. “Kami percaya setiap perincian itu penting apabila melibatkan aktiviti bermain, peranan Play Lab adalah bertujuan mencipta pengalaman menyeronokkan dan memuaskan untuk keluarga di seluruh dunia.”

IKLAN

Kini, rakyat Malaysia mempunyai peluang menjadikan anak-anak mereka sebahagian daripada penguji nilai permainan dan merasai pengalaman buat kali pertama bersama Fisher-Price™ Play Lab menerusi siri jelajah terunggul dari Ogos sehingga September ’22.

“Kami amat teruja untuk kanak-kanak menjadi diri mereka sendiri dan menjadi penguji permainan cilik kami di jelajah Fisher-Price™ Play Lab! Ibu bapa dan anak-anak dapat menikmati pengalaman ini dan mempelajari bagaimana permainan Fisher-Price™ membantu perkembangan awal kanak-kanak menerusi aktiviti bermain,” ujar Murat Ariksoy, Pengurus Besar Mattel Asia Selatan. “Fisher-Price™ menyasarkan untuk mencipta pengalaman bermain terbaik untuk kanak-kanak belajar, berkembang dan berhubung dengan dunia di sekeliling mereka.

IKLAN

“Tiadalah satu cara tertentu ketika bermain,” kongsi Dr. Charlotte Jane Joseph, Pakar Perkembangan Pediatrik. “Kanak-kanak banyak belajar sewaktu mencuba pelbagai cara bermain yang membolehkan mereka mengembangkan kemahiran kognitif, keupayaan fizikal dan kemahiran sosial. Ketika memilih permainan, ibu bapa boleh memilih permainan yang selamat dan yang direka khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak.”

IKLAN

“Bermain bukanlah aktiviti setakat untuk menghabiskan waktu. Ia merupakan kaedah paling semula jadi untuk belajar serta mencipta peluang keemasan bagi ibu bapa merapatkan hubungan dengan anak masing-masing,” jelas Dr Woo Pei Jun, Ketua Jabatan Psikologi Sunway University. “Walaupun bimbingan ibu bapa adalah penting, membenarkan anak-anak kebebasan untuk meneroka alam bermain dengan cara tersendiri juga sama penting.”

Bawa Anak & Rasai Sendiri Pengalaman Uji Permainan Fisher-Price Di Jelajah Unggul Fisher-Price
Bagi mengendalikan himpunan orang ramai dan memastikan keselamatan penguji permainan cilik, ibu bapa perlu mendaftarkan anak mereka mengikut slot waktu yang dikehendaki di pelbagai Play Pods menerusi tablet yang disediakan, atau menerusi  laman web ini. Keluarga yang hadir juga berpeluang menikmati promosi istimewa, penampilan maskot termasuk permainan dan aktiviti yang akan diadakan menjelang hujung minggu. Kawasan jelajah itu juga akan disanitasi dengan kerap bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI