
Suami antara orang yang paling dekat dengan isteri. Sebab itulah perkahwinan membentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam. Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita belajar untuk berkongsi kasih sayang, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.
Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggungjawab.
Menerusi perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, terdapat 10 perkara suami perlu tahu tentang isteri walaupun dah lama berkahwin.
Suami perlu ambil tahu 10 perkara tentang isteri:
1. Kamu nampak mereka okay waktu siang. Namun belah malam boleh jadi dia sedang menangis.
2. Isteri bukanlah pakaian. Boleh disarung, boleh juga dibuang begitu sahaja. Mereka ada hati dan perasaan yang perlu dijaga rapi.
3. Hati isteri umpama kaca. Bila dah retak tu, kemungkinan besar tak boleh nak baiki semula.
4. Isteri menangis bukan sebab dia lemah. Namun disebalik tangisannya itu ada besarnya kekuatan yang telah dia kumpul untuk teruskan hidup.
5. Tunaikan hak-hak isteri. Tak susah pun untuk buat mereka sentiasa disayangi, disirami dengan kasih sayang. Lakukanlah semua perkara elok-elok sama seperti zaman bercintan cintun dulu.
6. Bila isteri tegur dan nasihat kamu, itu bermaksud dia berharap benar kepada kamu. Maka ubahlah jika perlu. Jangan sampai terlambat.
7. Suami dan isteri, dua-dua ada naluri. Namun naluri isteri lebih dalam. Maka katakanlah sejujurnya. Usah berdalih.
8. Isteri yang lembut dan bersabar ini, tetap ada batasnya. Jika telah sampai hadnya. Dia takkan teragak-agak untuk lakukan sesuatu yang kamu sendiri tak boleh jangka.
9. Fikir dua kali sebelum sakitkan hatinya. Bila dah sekali kamu buat dia kecewa dan terluka. Dia tidak akan sama lagi seperti sebelumnya. Dia dah berubah.
10. Apa yang kamu buat 5 tahun lepas, 50 tahun akan datang pun tetap dia akan ingat. Maka kena hati-hati. Jangan sampai memberkas dan membentuk jiwa-jiwa yang memberontak untuk sebuah perpisahan.
Share dan tag pasangan kalian ya supaya saling mengingatkan.
Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Saling beringat ya.
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Ambil Milk Booster, Hanya Air Kosong & Minum Susu Je. Susu Badan Mya hLive Meriah

Bercerita tentang pahit manis sepanjang penyusuan susu ibu secara eksklusif, Mya Zulkifli yang juga pengacara hLive mengakui ianya bukanlah perjalanan yang mudah. Namun demi anak-anak, ibu bekerjaya ini sanggup melalui semua pengorbanan selama menyusukan sehingga ianya menjadi kenangan terindah.
Bagi Mya, dapat menyusukan anak selama 2 tahun lebih adalah rezeki yang tak ternilai dari Tuhan. Apa yang membuatkan dia ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif kerana bonding antara ibu dan anak yang cukup hebat! Ikuti kisah Mya setelah ditemubual oleh Pa&Ma.
Terlalu banyak kalau nak diceritakan pengalaman menyusukan anak, yang manis semestinya berjaya menyusukan anak sampai 2 tahun. Bonding luar biasa, rasa bercinta lagi-lagi bila di tenungnya mata kita sambal menyusu. Dan bila kita nampak anak kita membesar dengan susu kita, tak boleh gambarkan rasa syukur sangat ada rezeki susu untuk besarkan anak-anak pinjaman Allah. And bila dapat full support from my husband and family untuk fully breastfeeding my babies. Alhamdulillah sangat .
Anak pertama Mya, Noah Muhammad Aisy, 4 tahun October ini. Alhamdulillah berjaya susukan dia sehingga 2 tahun 3 bulan macam tu. Wean off cara baik. Anak kedua pula, Isaac Muhammad Aidh, baru masuk setahun Ogos ini. Masih menyusukan dia sehingga sekarang. In shaa Allah selagi ada rezeki, akan teruskan journey penyusuan sehingga 2 tahun.
Pernah Stock Frozen EBM Cair Sebab Kecuaian
Kalau nak kira penat, tak cukup tidur, sakit belikat, sakit badan menyusu anak tu biasa. Ibu-ibu lain turut mengalaminya especially kalau baby fully breastfeeding. Tapi bagi Mya tu bukanlah pengalaman pahit.. yang lebih pahit, masa menyusukan Noah, memandangkan Mya Ibu yang bekerja. Mya memang pump and ada satu masa tu, stock frozen EBM, satu deep freezer terpaksa discard. Sebab kecuaian orang lain, lupa tutup freezer rapat dan susu dah cair lebih 70% semuanya. Nak di consume kan semua within 24 hours memang tak dapat lah. Waktu tu memang sedih sangat-sangat. Ibu dan Abah Mya pun tumpang sedih. Teringat Abah masa tu sedih kot tengok kita menangis hadap susu yang cair, disuruhnya kita frozenkan balik semuanya. Dia cakap elok lagi susu tu. Aduhh kenangan sungguh!
Yang pahit lagi satu, semestinya fasa bengkak susu waktu berpantang, bila mana body kita tak tahu lagu berapa banyak susu nak di produce ni.. sakitnya lagi waktu nipple crack, luka, berdarah, terkoyak. Itu sangat menakutkan. But dengan sabar, once we pass through that phase, memang Allah mudahkan. And surprisingly yang perit ialah bila terkena Mastitis dan pada usia anak Mya setahun! Sampaikan doctor pun pelik sebab katanya mastitis ni jarang berlaku bila anak dah besar. But it happened to me and it was bad! Mujur tak sampai kena operation.
Gigih Pam Susu Ketika Ke Jepun
Oh and lagi satu kenangan manis, masa outstation ke Jepun for almost a week, Mya berjaya bawak semua stock susu yang dipump di sana balik ke Malaysia dengan selamat. Sejenis effort satu luggage besar tanya untuk simpan cooler box besar bersama icepacks yang banyak untuk EBM. Dan Alhamdulillah, sepanjang journey menyusukan anak-anak Mya, belum pernah lagi dapat pandangan sinis atau teguran bila nursing in public. Well our babies need to ‘eat’ too right?
Kena Rajin Kosongkan Payudara/3jam Sekali Pam
Macam Mya, memang akan cuba sehabis baik untuk tak culas timing pump. Setiap 3 jam sekali atau paling lamaaaaa 4 jam sekali. Tu pun risau FIL menyerang, Feedback Inhibition Lactation (FIL) ini adalah protein kecil yang dihasilkan oleh lactocytes (sejenis cell dalam breast kita) yang berkumpul dalam lumen alveoli bersama dengan komponen susu yang lain. Untuk bahasa mudah, FIL ini adalah protein yang akan merencatkan penghasilan susu jika ianya tidak dikeluarkan dari payudara. semakin banyak protein FIL ini berkumpul dalam alveoli payudara, susu akan semakin berkurang. Semakin sedikit FIL ini di dalam payudara, semakin banyak susu akan dihasilkan. Jadi, amat penting bagi kita sebagai Ibu yang menyusu, rajin ‘kosongkan’ payudara untuk meningkatkan hasil susu.
Sebab tu ibu menyusu perlu faham betul-betul konsep ‘Demand VS Supply’. Lagi banyak kita menyusu, lagi banyak susu baru akan dihasilkan.
Pernah Pam Susu Dalam Kereta
Untuk cabaran bila pergi assignment pula, Mya usually akan make sure pump sebelum ke event, atau terus pump selepas event. Most of the time memang dalam kereta lah tempat mengepam susu. Amat digalakkan untuk working mothers dapatkan handsfree cup supaya proses mengepam jadi mudah. Sambil drive pun boleh pump. Tau-tau dah penuh. Banyak jenama yang bagus-bagus diluar sana telah mengeluarkan handsfree cup, handsfree pump pun ada tau! Siap motor sekali, tak perlu berselirat dengan tube pump dah.
At the end of the day, you set your priorities right. Tiada istilah tak ada masa nak pump, kita yang atur jadual kita dan nak seribu daya, tak nak atau malas seribu dalih.
Amalkan Minum Air Kosong Yang Secukupnya
Sejujurnya Mya takda ambil milk booster di pasaran tapi Mya memang minum banyak air kosong. Mya pun suka minum susu fresh milk hari-hari. Cuba makan on time juga. Kalau boleh jangan skip makan. Cuba makan makanan berkhasiat.
- 2-3 litres mineral water per day
- 4 glasses fresh milk per day
Ini dah jadi routine Mya.
Jaga waktu pump di office juga. Wajib pump every 3 hours. Paling penting kena positive dan percaya rezeki Allah untuk anak. In shaa Allah. Kalau di rumah kerapkan direct feed (DF) juga. DF penting untuk bonding ibu anak. Lagi kerap and banyak demand dengan df lagi banyak lah supply susu tu nanti. In shaa Allah. Boleh baca sikit pasal demand vs supply.
Yang paling penting ibu jangan stress asyik fikir susu tak cukup. Selagi baby kencing, berak okay. Alhamdulillah cukup tu. Amount yang dipump tak sama dengan amount susu yang diminum direct feed. Kalau pump dapat sikit. Tak semestinya susu yang baby minum direct tu sikit. Stay positive.
Support System Yang Kuat Dari Orang Sekeliling
Alhamdulillah. Mya dapat sokongan penuh untuk fully breastfeeding my babies. Especially from my husband. In fact, dia lah orangnya yang akan simpankan susu EBM, basuhkan segala peralatan pump siap simpan salam sterilizer bila Mya balik dari office. Kalau nursing in public, dia juga banyak tolong jaga aurat Mya semasa menyusu.
Dapat boss and colleagues yang understanding pun sangat membantu kita lagi-lagi biła tiba waktu pump di office. My Thinker Studios family has been supporting my breastfeeding journey since baby first lagi. Tak pernah walau sekali pun boss atau kawan-kawan persoalkan bila Mya ‘hilang’ pergi pump. Kadang-kadang diorang pulak yang tanya “Eh Mya you tak pergi pump ke?” Hahaha!
Alhamdulillah bersyukur juga office mate Mya sangat support breastfeeding. Ada dua nursing/pumping rooms yang besar dan sangat selesa. Ini pun salah satu rezeki Mya dapat menyusukan anak-anak sehingga kini.
Kekuatan Untuk Teruskan Menyusu Anak
Anak-anak. Tengok je muka anak-anak. Tak sampai hati untuk menidakkan rezeki yang Allah bagi untuk anak-anak ini. Penat, stress, siapa tak pernah tapi selagi ada rezeki mereka, selagi ada susu mengalir, teruskan menyusu. Semoga menjadi asbab pahala setiap pengorbanan demi membesarkan anak-anak.
Pengalaman ‘Wean off’
It was hard sebab maknya yang sedih dan RINDU. Hehe. Tapi, untuk Noah, nak masuk umur 2 tahun, hari-hari bagitau dia.. Noah dah big boy. Noah tak boleh milk mommy lagi. Noah dah strong. And routine menyusu dikurangkan sikit demi sikit. Gap kita jarakkan lama. Sampailah jadi menyusu tanya pada waktu nak tidur sahaja hanya bila dia nak itu pun sekejap je. And makin lama, eventually he stopped breastfeeding. And another thing that really helped him stopped, bila Mya mengandung baby kedua. Pesan kat dia, Noah big boy, milk mommy for baby adik pula nanti.. And.. Mungkin susu pun rasa lain kot.
One thing I’m grateful. Mya tak guna petua-petua berhenti susu yang bukan-bukan. Macam letak kopi lah lah itu lah ini lah di breast. Sebab bagi Mya, selama dua tahun lebih. Inilah pengikat kasih sayang kami. Kenapa waktu nak wean off perlu melalui cara yang bukan-bukan dan akan buatkan anak kita tak suka, trauma, sedih?
Prepare MENTAL Sangat Penting Sebenarnya
Masa Noah dulu, i did a lot of reading. Rupanya the more i know, the more i dont know! Macam ehh banyaknya ilmu breastfeeding yang Mya tak tahu. Even though breastfeeding is such a natural thing. But trust me. Aint that easy. Bukan semudah selak baju sua gitu je. Join group-group support breastfeeding. Jangan malu untuk panggil Lactation Consultant (LC) untuk bantuk ibu-ibu especially for first time moms.
Let me tell you the truth. Mya tak fokus sangat cara nak bayakkan susu. Sebab bila dah faham and research pasal Demand VS Supply. Mya lega. But the truth about breastfeeding for me is…
Those early days are real tough. Getting through that sore chapped nipple phase, luka mengelupas sampai berdarah, rasa nak give up je sebab peritnya Allah je tahu. Fasa the leaking, baju sentiasa basah, bau susuuu masammm je. The engorgement, fasa bengkak susu yang sampai gigil-gigil nak demam. The achey fullness, bila breast full and sakit belikat dan pinggang yang amat sangat. Ehh banyak lah. Sampai lah ke fasa countless cluster feeds. Tak cukup tidur sampai wallahualam…
Jujur. Breastfeeding aint easy. But ikut tuan badan. Rasa sanggup hadapinya demi hak dan rezeki anak. Please please please teruskan. Bila tengok anak membesar dengan susu kita. The pain, and everything. Berbaloi. Wallahi. Berbaloi.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Kredit: Mya Zulkifli
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be! Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Klik untuk daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Suami Isteri Asyik Bergaduh Depan Anak, Anak Akan Hilang Hormat & Susah Dengar Kata

Susah bila suami isteri tidak sepakat dan dalam masa yang sama nak mendidik anak-anak. Siapa setuju?
Apakah diantara kesannya bila keadaan ini berlaku. Ikuti perkongsian Ibu Rose;
-Anak-anak payah memberi kerjasama dengan ibu bapa. Hormat pun tidak ada sebab ayah dan ibu tidak hormat satu sama lain.
-Anak tak suka dengar cakap. Sebab mak ayah sering bertelagah diantara satu sama lain.
-Anak mudah bergaduh dan tidak rapat diantara satu sama lain.
-Anak mencari kawan-kawan yang senasib dengannya dan kebanyakan mereka ini adalah anak-anak bermasalah.
Penting mak ayah bersefahaman dan menghormati pendapat satu sama lain. Tak bersetuju pendapat tu ok. Kita manusia mesti ada pendapat yang berbeza, namun hormatlah.
Kalau suami nak jadi ketua, jadilah ketua yang layak dihormati. Kalau di rumah tidak mahu melakukan kerja langsung, itu bukan ketua namanya. Maaflah, jika bunyinya kasar sikit. Tapi, itulah hakikatnya.
Ketua bukanlah seorang yang setakat mengarah dan menyuruh sahaja tetapi tidak melakukan apa yang disuruh.. Itu jenis ketua yang sudah lapuk. Tiada siapa yang hormat ketua begitu.
Ketua yang dihormati hari ini adalah ketua yang menunjukkan teladan yang baik. Nak rumah bersih, sama-sama membersihkan rumah dengan isteri dan anak-anak. Nak anak rajin, si ayah pun rajin melakukan kerjanya. Nak isteri cantik, si suami rajin memuji isteri dan ringankan tugas isteri di rumah.
Oops, pasal tugas isteri di rumah. Dari mana kita dapat kefahaman yang masak, membersih baju, menyidai, membuang sampah, mengesahkan anak-anak itu tugas isteri semata-mata? jauh ke laut dah kefahaman ramai ni.
Kisah rumah tangga, ada-ada sahaja…
Isteri pergi kerja bantu suami cari rezeki. Itu tak wajib baginya, tapi dia lakukan sebab sayangkan keluarga. Tidak logik, bila balik rumah dia sorang-sorang perlu hadap semua kerja di rumah dan didik anak-anak. Tidak cukup dengan itu, siap dimarah dan dikomen buruk jika tidak sempurna.
Bila seorang suami lakukan perkara ini pada isterinya, maka jatuhlah kualiti kepimpinannya. Apa yang lagi menyedihkan anak-anak lelakinya pula melihat lalu menyangka begitulah untuk dia hidup sebagai seorang lelaki!
Ibu ramai berjumpa para suami yang mengkagumkan Ibu. Balik kerja bantu isteri dengan kerja rumah walaupun si isteri sendiri tidak berkerja di luar. Bila ditanya kenapa perlu lakukan semua itu sedangkan isteri mu bukankan duduk di rumah sahaja? Jawapan mereka inilah yang memberi Ibu harapan yang berbunga ” Isteri saya sibuk dengan kerja yang tidak sudah-sudah. menjaga anak-anak kecil bukan mudah. Saya bantu dia kerana saya ini suami dia dan saya mahu dia tahu, she is appreciated.”
Wow, kan best macam tu.
Ibu doakan lebih ramai suami yang begini. Dan Ibu yakin para suami yang membaca ini, adalah dari golongan yang prihatin dan mempunyai kepimpinan yang membanggakan.
Bagi ibu dan ayah yang sedar ni, please pastikan anak-anak lelaki mu menjadi lelaki yang berwibawa dan bertanggung-jawab. Jangan biarkan dia malas membuat kerja di rumah. Biasakan dia membasuh pinggan, basuh kain, mop lantai dan buat kerja-kerja yang perlu dilakukan di rumah. Anak lelaki jangan dibiasakan menjadi tuan dan menunggu sahaja dihidangkan dan dibersihkan pinggannya oleh adik beradik perempuannya. Itu akan melemahkan dia sebagai seorang lelaki yang bakal memimpin rumah tangganya.
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nama Nabi & Maksud Yang Baik” Aisyah Hijanah Kongsi Nama Anak, Pilih Pahlawan Islam Turki!

Selepas tujuh hari melahirkan bayi keduanya, selebriti media sosial, Aisyah Hijanah yang sering berkongsi ilmu keagamaan menerusi Instagramnya tampil berkongsi nama indah buat anaknya.
Sepakat memilih nama indah, Aisyah dan suaminya, Alif Teega tampil berkongsi pilihan nama buat putera sulung mereka.
Menerusi Instagramnya kata Aisyah, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan nama yang baik buat anak-anak.
“Alhamdulillah masuk hari ke 7 kelahiran, hari yang sunnah diberikan nama untuk putera sulung kami. Satu amanah untuk ibu bapa untuk diberikan nama yang baik untuk anak.
“Khususnya diambil dari nama Allah, nama Nabi & maksud yang baik. Bismillah…‘Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif’,” tulis Aisyah berkongsi.
Menerusi entri yang sama juga, ibu kepada Khadeejah Hijanah ini juga turut berkongsi makna disebalik nama pilihan mereka itu.
“Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw. Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali & jasadnya kekal di atas tembok Konstantinopel (Hassan Ulubate).
“Dan juga, Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw.
“Syarif pula, bermaksud mulia yang kami mengharapkan putera kami ini diberikan kehidupan & kematian yang dimuliakan dr Allah, dijauhkan dari kezaliman manusia, jin & syaitan,” kongsinya lagi.
Tidak hanya berkongsi nama pada hari ketujuh kelahirannya, bahkan ibu cantik manis ini juga turut membingkiskan doa dan harapan buat anak lelakinya itu agar dipermudahkan perjalanan hidupnya dalam mencari reda Allah.
“Semoga Hassan menjadi anak yang soleh, lelaki yang berani & diberikan kebaikan di dunia & Akhirat. Diberikan jodoh yang terbaik di dunia Akhirat, diberi kekuatan dalam menimba ilmu & memanfaatkan ilmu.
“Dipilih menjadi lelaki yang syahid di Jalan Allah, anak yang taat & tegas. Diberikan qadar & qada’ yang terbaik buatnya. Doa yang baik-baik sentiasa buat Hassan Syarif & Khadeejah Hijanah,” katanya lagi.
Terdahulu, Aisyah selamat melahirkan anak keduanya pada 23 September lalu. Aisyah dan Alif turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Khadeejah Hijanah.
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI