Ibu bapa yang ada anak masih belum dapat pegang pensel dengan baik atau bila disuruh menulis atau mewarna akan beri pelbagai alasan boleh cuba tip ini.
Nampak macam anak tak selesa tapi sebenarnya boleh buat anak seronok melakukan aktiviti yang menggunakan pensel atau pensel warna.
Perkongsian dari Puan Hajar Binti Md Said ini yang juga seorang guru boleh dimanfaatkan.
Kami sekeluarga memang sudah gazettekan Omar ni anak bongsu. Hehehe. Jadinya bila begitu, secara automatiknya, kami memang berlambat-lambat dengan perkembangan Omar.
Terlalu enjoy zaman toddler dia.
Antara kesannya ialah, diantara adik-beradik, Omar yang paling lambat potty train, paling lambat pandai pakai baju dan seluar sendiri (ni pakai baju sendiri pun belum lepas lagi, seluor je boleh), paling lambat tidur asing dan masih belum boleh suap makanan sendiri (kecuali finger food).
Oh ya, masih hisap susu dalam botol..haiyaaaa
Potong sikit buat 2 lubang.
Apa-apa sahaja perkara yang disuruh, kalau tiada kena mengena dengan bermain, Omar suka beri jawapan;
“Omar tak retilah.”
“Omar penat.”
“Omar mengantuk”, walau hakikatnya tak pun.
Jari keluar macam ni.
Dan dalam kebanyakan kes, kami semua akan mengalah dan mengikut kehendaknya. Adehai…
Sampailah dah masuk tadika ni. Omar memang sangat asing dengan alat tulis atau alat mewarna. Abang-abangnya dulu adalah juga suka mewarna sebelum tadika. Omar? Pegang pensel pun tak pernah oiii!
Hujung minggu ni tengok dalam beg sekolah, ada 2 lembaran kerja “pencil tracing” yang perlu disiapkan.
Ads
“Jom, Omar kita buat kerja ni nak?”
“Omar penat.” Ok dah agak dah jawapan ni.
“Jomlah..kejap je. Meh. Mak tolong.”
Dia pun melangkahlah ke meja jepun tempat kami buat kerja.
Mula-mula..memang tak biasa lagi. Tengok tu malas nak buat. Sangkut dagu kat meja.
“Omar tak reti..” Yup, memang sangat awkward Omar pegang pensel. Bila mata pensel kena kertas langsung tiada tekanan.
Cikgu pun buatlah the next best thing. Cikgu terangkan macam mana hendak pegang pensel. Cikgu masukkan pensel dalam genggamannya dan turut menulis bersama-sama.
Dua tiga kejap, genggamannya lari dan kembali kepada cara pegangan yang salah.
Ha..mulalah dia bermalas-malas nak buat.
Bolehlah siapkan homework mana yang dia suka tu 😂😂😂😂
Ok, en Google mesti ada cara, atau tip untuk bantu anak biasa pegang pensel.
Cari punya cari, memang ada banyak. Tapi cikgu pilih ‘Teknik Setokin”. Sebab apa? Teknik ni memerlukan paling sedikit instructions kepada anak.
Macam ni;
Cari setokin lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna setokin bapak dia. Besor sangat.
Ads
Masukkan setokin ke tangan anak. Kenalpasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
Belum perfect, tapi menunjukkan hasil positif
Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.
Pakaikan setokin pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam setokin.
Buatlah apa-apa cerita tentang setokin tu. Cerita cikgu macam ni:
” Ada sekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada setokin). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas.
Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensel). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka.
Hulur pensel ke tangan anak.
Ads
“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”
Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing.
Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood dia jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis.
Kadang-kadang cuba tanpa stoking
Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan.
Dapatlah juga siapkan homework.
Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh
Ps: bolehlah cuba kalau mahu. Kalau tahu ada yang nak cuba, boleh share.
Seperti yang diketahui umum, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr. Halina Mohd Yunos, selesa menggunakan pendekatan untuk menjadi sahabat dengan anak-anak mereka. Angkasawan pertama negara ini juga mengakui dia sentiasa mencuba yang terbaik untuk bersahabat dengan anak-anaknya dengan harapan mereka selesa untuk berkongsi cerita dengannya tentang apa-apa sahaja termasuklah soal teman lelaki.
Menurutnya lagi, dia tidak kisah anak-anaknya berkawan dengan budak lelaki asalkan tahu batasnya. Anak-anaknya, Sophea Isabella, 8, dan Sophea Natasha, 6, kini selesa berkongsi cerita dengannya. Lebih lucu, Dr. Muszaphar berkongsi tentang dia tahu yang anaknya Bella mempunyai enam boyfriends, tetapi Tasha hanya ada seorang sahaja. anak-anaknya masih muda tetapi Bella kelihatan lebih matang dan perwatakannya juga seperti remaja.
Anak keduanya, Tasha, lebih memilih dalam berkawan dan bukan semua orang dapat mendekatinya. Bapa kepada empat orang anak ini berkongsi sebuah video di laman Instagram peribadinya yang menunjukkan Tasha sedang bercerita tentang seorang kawan lelaki yang dikenali sebagai Scott.
Pasangan ini menjadi role model kepada banyak ibu ayah lain kerana cara didikan mereka yang memberi inspirasi dan boleh dipraktiskan kepada anak-anak mereka. Pa&Ma berpendapat cara ibu bapa mendekati anak-anak untuk mengetahui tentang mereka juga perlu kena pada gayanya. Jika tidak, pasti mereka sukar meluahkan emosi dan lebih gemar berahsia.
Ibu mana yang sanggup melihat bayi kecilnya yang baru sahaja dilahirkan pada 22 Mei lalu, terpaksa dimasukkan semula ke hospital selepas kelahirannya kerana masalah jangkitan pada paru-paru.
Inilah yang dilalui Sheera Iskandar bila mana cahaya mata sulungnya, Puteri Long Harrisaa yang terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kajang sejak sebulan lalu.
Walaupun kini sudah dibenarkan pulang dan semakin sihat, kata Sheera dia mula rasa takut untuk keluar berjumpa dengan ramai orang.
“Selepas bersalin seperti biasa akan ada check up untuk bayi dan ibu, dari situ dapat tahu bayi kami demam panas dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Memang terseksa rasanya berjauhan dengan anak sendiri lepas bersalin. Apa lagi melihat keadaannya ketika menerima rawatan.
“Disebabkan dia masih bayi jadi pihak hospital perlu masukkan tiub untuk bantuan oksigen dan ubat. Tak dapat saya bayangkan bagaimana bayi yang baru lahir menerima rawatan sebegitu,” kongsinya sebak dan rasa sayu hati melihat keadaan anaknya.
Tambah membuatkan dia bersedih bila mana keadaan dirinya ketika itu yang masih berpantang dan membataskan pergerakannya untuk melihat anaknya di hospital. Hanya gambar anak tersayang di hospital menjadi pengubatnya.
“Saya pun tak boleh selalu keluar rumah sepanjang anak berada di hospital kerana masih berpantang, jadi hanya melihat gambarnya sahaja.
“Saya sentiasa berfikiran positif dan sentiasa kuatkan semangat. Dalam fikiran saya perlu sihat untuk menjaga anak,” kongsinya lagi.
Bercerita mengenai jangkitan pada paru-paru yang dialami anaknya itu, dia sendiri tidak pasti dan mengakui tidak berjumpa dengan ramai demi menjaga keselamatan anaknya.
“Selepas bersalin pun saya tak berjumpa dengan ramai orang. Jadi tidak tahu bagaimana anak boleh terkena jangkitan paru-paru.
“Syukur anak kami kini semakin sihat dan sekarang hanya lakukan pemantauan di rumah sahaja. Rasa fobia nak bawa anak keluar itu masih ada,” ceritanya lagi.
Terdahulu, Sheera mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Halim Abd Ghani pada 3 Mei tahun lalu. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 22 Mei yang lalu.
Tip ajar anak berpuasa tanpa rasa terpaksa. Berpuasa di bulan Ramadan adalah satu ibadah yang penting bagi umat Islam. Namun, bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, ia boleh menjadi satu cabaran besar.
Tip Ajar Anak Berpuasa Tanpa Rasa Terpaksa
Sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan mereka melalui pengalaman ini dengan rasa seronok dan bukan satu paksaan.
Berikut adalah 7 tip bagaimana mengajar anak berpuasa penuh dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan.
7 Tip Mudah Anak Puasa Penuh Ramadan
1. 1-2 minggu sebelum Ramadan dah mula cerita keterujaan kita nak sambut Ramadan. Beri heads up awal agar minda anak juga bersedia.
2. Buat plan dan target. Buat plan list dan target tentang aktiviti baru khas Ramadan. Contohnya ada tabung sedekah, Sahur on time setiap hari. Buat target khatam Quran dan plan buat majlis. Peringkat keluarga kecil kita saja. Ini umpama reward. Sesuatu yang buat anak excited.
3. Setiap malam ceritakan keindahan dan Magik Ramadan. Solat jemaah Maghrib hingga Terawih bersama itu saat yang sangat best untuk bercerita.
4. Sediakan juadah sahur kegemaran yang mengenyangkan. Jangan sekali-kali paksa anak jika menolak untuk makan nasi. Lidah kelat pagi-pagi. Boleh gantikan dengan oat brownies, hummus kurma, juadah yang manis-manis asli yang sihat. Berikan minum air secukupnya sangat penting untuk kuat berpuasa.
5. Sediakan makanan favourite dia masa berbuka. Keseronokan orang berpuasa walaupun kita yang dewasa adalah masa berbuka kan. Tanya dia apa nak makan berbuka nanti. Sediakanlah makanan ikut kegemarannya sebagai reward dan buat dia rasa bestnya berpuasa.
6. Biarkan anak bebas buat aktiviti yang dia suka. Main board games sangat mengisi masa. Tidak perlu rigid pada aktiviti spiritual semata.
7. Sorok makanan dan buah kegemarannya sepanjang waktu berpuasa untuk elak trigger dia nak berbuka.
Semoga perkongsian tip mudah nak ajar anak berpuasa penuh di bulan Ramadan ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah.
Apapun jangan sekali-kali kita paksa. Kita buat cara halus.
Mengajar anak berpuasa penuh bukanlah sesuatu yang perlu dilakukan secara paksaan. Dengan pendekatan yang betul, mereka akan belajar berpuasa dengan gembira dan penuh kesedaran.
Yang paling penting, berikan mereka sokongan, bimbingan, dan kasih sayang sepanjang perjalanan ini. Insya-Allah, mereka akan membesar menjadi individu yang lebih kuat dan bertakwa.
Semoga Ramadan kali ini menjadi titik permulaan yang baik untuk anak-anak kita dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Ketahui fungsi ujian GTT, risiko diabetes ketika mengandung, langkah pemeriksaan dan bagaimana ia melindungi ibu serta bayi.