Daun kesum antara daun herba yang begitu disukai dan paling popular dalam pembuatan laksa dan asam pedas. Namun penggunaannya yang tidak terlalu banyak membuatkan lebihannya terpaksa disimpan lama.
Bimbang tidak tahan lama, apa kata anda lakukan tip yang dikongsikan oleh Effa Latifah Hashim ini. Memang segar.
Salam buat semua. Daun kesum, kalau buat gini tahan lama. Ni dah masuk 2 minggu lebih. Masih segar bugar.
Ads
Letak air tapis, tutup penutup minuman tu.
Nak pakai baru buka dan ambil.
Ads
Note: * Kena letak dalam peti ais sebab Malaysia tak ada 4 season.
* Kalau air keruh tukar lah air baru. Setengah jer tau.
Tanyalah mana-mana anak sekalipun, siapakah idola mereka? Pasti jawapan mereka “Ayah saya”, “Nak jadi macam ayah”. Ayah ibarat super hero buat anak-anak, ayahlah pelindung keluarga sebab itulah tugas sebagai ayah sangat berat. Ayah perlu menunjukkan contoh yang baik-baik agar menjadi ikutan anak.
Tip-tip menjadi ayah yang hebat:-
1: Cintailah isterimu.
Terima segala baik buruknya saat menikahinya. Dialah yang melahirkan dan menjaga zuriatmu hampir siang dan malam. Pengorbanan yang sangat jelas tidak mampu ayah lakukan. Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat mu sejak lahir… Jika anda menyayangi isterimu..maka kasih dan cintailah keluargamu..
2: Luang masa bersama
Sesekali bawalah keluarga anda bersiar-siar. Bersantai ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi.. ‘Bonding time’.. Sesi bersantai dan bermesra bersama-sama. Sambil mendengar luahan hati masing-masing.. Saling memperingati dan memperbaiki kesilapan diri..
Jika punya bayi kecil.. Saat bayi anda berjaga malam. Ambil peluang untuk menjaga dan mengasuh bayi anda. Biarkan isteri anda tidur dan ambil tempat isteri anda. Saat bayi anda 3 bulan adalah masa yang tepat untuk anda memainkan peranan anda sebagai bapa supaya pertumbuhan pembesaran bayi anda sejajar dengan perkembangan.
3 : Jadilah teladan
Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya anda menjadi ikutan yang baik untuk anak anda..
Tunjukkan perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak anda melihat setiap tingkah laku anda dan mungkin anak anda akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti..
4: Fahamilah karakter setiap anak anda.
Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing tanpa membezakan antara satu dengan yang lain.Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa. Biarkan pertumbuhan mereka selaras dengan alirannya.
5: Tunjuk kasih sayang
Terjemahkan kasih sayang anda pada anak anda. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi..
6: Disiplinkan anak anda dengan kelembutan
Ajar dan didik anak anda dengan kelembutan dan bukan terlalu memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak.
Memberikan penterjemahan dengan kelembutan dan bukan dengan amarah..
7: Tabungan masa hadapan
Sebagai ayah yang bijak. Anda sebagai ketua keluarga hendaklah bijak merancang perbelanjaan kewangan dalam keluarga. Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak anda. Bijaklah menabung dan menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan masa hadapan.
8: Makan bersama keluarga
Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual. Tunjukkan rasa penghargaan antara satu sama lain supaya mereka rasa disayangi..
9: Berdoa dan beribadah bersama
Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya mentakuti Allah S .A.W.. Ajarkan mereka tentang solat,dosa dan pahala supaya kelak mereka menjadi soleh dan solehah dan takut kepada Allah
10: Nikmatilah saat menjadi seorang ayah yang kekal selamanya
Saat anda menjadi seorang ayah, Maka selamanya akan menjadi seorang ayah. Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab dan mendidikan anak anda supaya pertumbuhan anak anda sejajar dengan perkembangannya
Kredit: Citra Permatasari
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sungguh terkesan sekali emosi rakyat Malaysia dengan pemergian seorang isteri yang meninggal dunia disebabkan perasaan cemburu hingga anak-anak kecil yang masih hendak mengenal dunia menjadi yatim sekelip mata.
Seperti perkongsian saudara Muhammad Hassan, tak tahu nak kata apa apabila kita bertindak di luar kewarasan untuk melepaskan geram dengan membunuh insan yang banyak berkorban, terkorban, boleh jadi separuh hidupnya untuk kita. Isteri ini ‘mati’ berkali-kali saat melahirkan anak-anak kita. Bukan sakit biasa-biasa yang kita pernah rasa.
Sedih sangat bila baca berita suami bunuh isteri dengan cara menembak isteri ketika tidur, sumbat pula isteri dalam tong dan tanam isteri di ladang.
Saya sering ingatkan diri sendiri, marah macam mana sekali pun terhadap isteri jangan sesekali guna kekerasan, biarlah sekadar di bibir, diam atau keluar dari rumah untuk bertenang.
Jika isteri tegur kesilapan kita dengarlah. Buanglah sifat ego tak boleh ditegur. Jika isteri ada salah silap tegur dengan hikmah. Jika dah tak suka dia, isteri tak dengar kata, degil, rasa dah tak sayang, rasa dah tak cinta, rasa menyampah, tawar hati lepaskan dia dengan cara yang baik. Kuasa cerai ada pada suami.
Bukan dengan cara sepak terajang atau bunuh dia untuk lepaskan dendam kita. Sekarang kita yang rugi, kita yang kena tanggung. Nyawa bukan boleh dijual beli. Menangis air mata darah sekali pun pasti tidak akan kembali.
Kepada kita semua, apa yang berlaku telah pun berlalu, tiada guna untuk kita menghemburkan makian, cacian. Jadikan itu sebagai pengajaran buat kita. Kita juga tidak lari dari persengketaan. Ada masalah selesai dengan cara yang baik, jika rasa dah tak serasi pulangkan dengan rasa terhormat.
Setiap hari perbaharui cinta dan sayang terhadap pasangan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Sabar dan bertenang pasti dan pasti Allah datangkan kebaikan. Moga dikurniakan syurga buat arwah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas kehadiran cahaya mata pertama, pelakon Dazrin Kamarudin mengakui rutin hariannya kini berubah 360 darjah.
Menurut Dazrin, tanggungjawab menjaga dan menguruskan anaknya, Dasuki Dazrin tidak dilepaskan kepada isteri sahaja, sebaliknya dia turut mengambil peranan tersebut bagi meringankan tugas isteri.
“Sejak dah jadi bapa ni lebih sebulan lalu, memang semua rutin saya berubah. Tidur malam pun dah tak macam dulu kerana setiap dua jam saya kena bangun buatkan susu dan menukar lampin anak.
“Isteri tidak pernah menyuruh saya berbuat demikian, tetapi saya sendiri sebagai bapa mahu mengambil tanggungjawab tersebut kerana mahu meringankan beban isteri.
“Sebelum ini saya tidak dapat bantu sangat kerana terikat dengan jadual penggambaran. Jadi bila dah selesai semua, barulah saya dapat cuti untuk bersama isteri dan anak.
Dalam pada itu, Dazrin turut memberitahu tentang keterbukaannya mendedahkan anak kepada umum. Malah dia juga tidak meletakkan sebarang syarat untuk orang luar mendekatinya putera sulungnya itu.
“Saya tak kisah dan tak letakkan sebarang syarat kepada orang luar untuk mendekati anak saya. Bagi saya memang fitrah orang sukakan baby, tak kiralah dia baby artis atau orang biasa sekalipun.
“Jadi bila kita bawa baby keluar, memang akan ada orang yang datang tegur atau nak sentuh baby sebab memang baby akan mudah menarik perhatian.
“Mungkin ada sesetengah ibu bapa tak suka anak mereka disentuh orang luar, tetapi saya tak kisah kerana saya percaya mereka tidaklah keterlaluan sehingga boleh memudaratkan baby. Bagi saya mudah saja, kalau tak nak orang pegang-pegang anak kita, baik duduk rumah saja dan tak perlu bawa keluar,” kata Dazrin.
Sumber: Sinar Harian dan ig Dasuki Dazrin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.