Demam kuning disebabkan susu ibu? ada ke?? Setahu kita, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi baru lahir. Tapi bila ada doktor sendiri kata susu ibu tu yang buatkan demam kuning bayi meningkat, terasa sedih kan.. Lebih sedih bila tekad kita nak susu penuh dengan susu badan, tercabar dengan ujian dan dugaan macam ni.
Bagaimana boleh terjadi Breastmilk Jaundice?
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dr. Zubaidi, terdapat beberapa teori untuk mengenal pasti punca berlakunya Breastmilk Jaundice:
Antaranya:
Teori pertama, susu ibu mengandungi epidermal growth factor (EGF) yang menghalang penghuraian bilirubin kepada bahan yang lebih mudah dikeluarkan dari tubuh. Dengan itu, bilirubin tidak dapat dibuang dari tubuh dan menyebabkan kepekatan bilirubin tinggi dalam darah.
Teori kedua, susu ibu yang mengandungi saki-baki pencernaan hormon progestrone yang dinamakan 3-alpha-20-beta pregnanediol yang menghalang tindakbalas enzim uridine diphosphoglucuronide (UDPGA) glucuronyl transferase yang berfungsi dalam pencernaan bilirubin dan membuang bilirubin. Sekali lagi bilirubin tidak dapat dikeluarkan dari badan.
Teori ketiga, terdapat enzim dalam susu ibu lipoprotein lipase yang menyebabkan kurang tindakbalas glucuronyl transferaseyang akhirnya mengganggu pencernaan dan pembuangan bilirubin.
Namun, teori barat ini adalah untuk menolak penerimaan susu badan dan menggalakkan susu formula. Menurut Dr. Zubaidi, fenomena ini biasa dalam kalangan bayi. Insha Allah, Breastmilk Jaundice akan berakhir bila penyusuan bayi sempurna dan lebih kerap.
Jika tahap kepekatan bilirubin kurang dari 20 miligram, beberapa langkah yang boleh dilakukan, antaranya:
Menambahkan kekerapan menyusukan bayi sehingga 8-12 kali sehari. Apabila penyusuan kerap dilakukan, ini akan menggalakan pergerakan usus dan secara tidak langsung akan pengeluaran bilirubin melalui najis.
Belajar dari jururawat yang mahir tentang penyusuan efektif kerana apabila bayi tidak menghisap puting dengan cara yang betul, ini akan menyebabkan jumlah susu yang diterima akan berkurangan.
Rawatan fototerapi boleh diberikan. Jika doktor mencadangkan agar penyusuan ibu dihentikan buat sementara (24-48 jam) bagi mengurangkan kepekatan bilirubin, para ibu boleh memerah payudara dengan menggunakan bagi menyimpan susu dan boleh diberikan pada bayi kemudian.
Ramai yang memberikan air glucose kepada bayi (petua orang kampung) bagi mengurangkan kekuningan. Sebenarnya petua ini amat berbahaya kerana apabila memberikan air glucose boleh menyebabkan kembung perut dan menyebabkan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.
Menurut Dr. Hana pula, Breastmilk Jaundice perkara biasa.
Kenapa boleh terjadi breastmilk jaundice?
Salah satu faktor yang biasa disebutkan adalah kerana kehadiran beta-glucuronidase di dalam susu ibu yang menghalang pemecahan dan seterusnya penyingkiran bilirubin dari badan bayi. Breastmilk jaundice boleh berlarutan sehingga 3-12 minggu selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna harus berhenti menyusukan bayi, kerana susu ibu tetap yang terbaik dan tiada tandingannya. Jangan risau, breastmilk jaundice biasanya tidak merbahaya dan akan perlahan-lahan berkurangan; adalah selamat untuk anda teruskan breastfeeding seperti biasa.
Kebiasaannya bagi kes bayi jaundice yang berpanjangan melebihi 14-21 hari, doktor akan membuat beberapa pemeriksaan darah dan air kencing untuk memastikan ianya bukan disebabkan penyakit atau pathological jaundice. Jika doktor suspect bayi anda kuning disebabkan breastmilk jaundice, (dan bayi lahir cukup bulan serta sihat & aktif), apa yang perlu dilakukan
Teruskan breastfeed bayi anda sekerap mungkin seperti biasa setiap 2-3jam (8-12kali sehari).
Paras bilirubin bayi anda akan dimonitor secara berkala, kekerapannya bergantung kepada paras bilirubin. Jika kuningnya melebihi 15mg/dL, kemungkinan paras bilirubin akan dimonitor dengan lebih kerap. Teruskan breastfeeding.
Jika paras bilirubin melebihi 20mg/dL, barulah guideline mengesyorkan supaya kurangkan/withhold breastfeeding untuk tempoh masa 24jam dan supplement dengan susu formula. Kemungkinan rawatan phototherapy juga akan diberikan. Sepanjang tempoh 24 jam ini ibu perlu pamkan susu supaya milk production tidak terjejas. Selepas 24jam segera teruskan penyusuan ibu seperti biasa.
Doktor mungkin akan mempertimbangkan keperluan supplementation dengan rawatan phototherapy untuk membantu mengurangkan kuning bayi jika paras bilirubinnya melebihi 15-20mg/dL
JANGAN:
JANGAN berhenti menyusukan bayi sama sekali kerana ini akan men‘sabotaj’ usaha anda memberikan susu yang terbaik untuk bayi.
JANGAN campurkan susu formula melainkan bilirubin melebihi paras yang disebutkan ATAU anak anda kuning terlalu tinggi dan susu badan anda tidak mencukupi (sila dapatkan khidmat misi/pakar laktasi kerana sepatutnya dengan pengambilan air yg mencukupi, makanan yang seimbang serta teknik penyusuan yang betul, susu badan akan mencukupi untuk bayi anda hatta anak kembar sekalipun)
JANGAN berikan air atau air gula – ini boleh menyebabkan kuning bertambah teruk dengan mengganggu penyusuan ibu dan ia juga boleh melambatkan penurunan paras bilirubin
“Penyusuan ibu yang kerap dan efisyen adalah cara terbaik untuk mengurangkan kuning bayi”
Itu antara info berkaitan breastmilk jaundice, ada juga istilah breasfeeding jaundice. Bezanya ialah breastmilk jaundice adalah disebabkan demam kuning meningkat disebabkan susu badan. Tapi breastfeeding jaundice disebabkan bayi tak cukup susu badan. Apapun, kedua-dua jenis ni tak merbahaya. Cuma ibu kena berpantang betul-betul bila anak demam kuning. Kena teruskan susu ibu dengan kerap dan aktifkan bayi… Menurut Dr. Zubaidi, jika anak menyusu dengan baik, kerap membuang air kecil dan air besar, takde masalah… Cuma kena teruskan penyusuan dengan kerap dan laktasi dengan betul. Jika nak campur dengan susu formula dengan panduan doktor pakar tapi jangan stop susu badan.
Moga anak-anak kita dilindungi dari penyakit sebegini. Sebab tu, masa mengandung orang tua suruh pantang juga. Elakkan jeruk, makan makanan ringan dan bahan pengawet. Banyakkan minum susu, makan buah dan sayur untuk elakkan kuning. Tapi kalau dah ikhtiar nak kena juga, itulah dugaan dari Allah sebagai penghapus dosa ibu bapanya.
Peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, mouth and foot disease-HMFD) mendadak hingga meragut nyawa. Gedung beli belah boleh jadi lokasi penyebarannya.
Semalam kita dikejutkan dengan kematian kanak-kanak berusia dua tahun di Sarawak berikutan jangkitan HMFD. Peningkatan kes juga dilaporkan dan ini perlu diambil perhatian oleh semua ibu bapa.
Public Health Malaysia telah berkongsi informasi mengenai perkara ini. Semoga ia boleh membantu dalam mengawal dan mengelakkan jangkitan HMFD kepada si manja.
GEDUNG BELI BELAH TEMPAT BERPOTENSI SEBAR HMFD
Kes HFMD semakin meningkat. Tahukah anda shopping complex merupakan tempat yang berpotensi untuk penyebaran HFMD. Jom ikuti tips daripada kami untuk mengelak HFMD.
ELAK 3 UNTUK ELAK PENULARAN HMFD
Elakkan bayi/anak anda daripada menggunakan:
#1 Troli di pasaraya/shopping kompleks
#2 Stroller (kereta sorong bayi) pinjaman
#3 Taman permainan indoor/outdoor
AMALKAN AMALAN KEBERSIHAN
Sentiasa amalkan sanitasi yang baik seperti sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
DISINFEKSI / NYAHKUMAN
Jika anda ingin gunakan juga, pastikan alatan tersebut telah disinfeksi (dinyahkuman) untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman kepada anak anda.
Siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang pergi buat selamanya. Lagi-lagi ibu bapa, isteri atau anak sendiri. Perasaaan sedih itu adalah fitrah bagi setiap manusia, tiada siapa yang mampu halang. Ia datang dengan sendiri. Tapi, jangan lupa ianya perlu kan had dalam keadaan yang optimum.
Tetapi kita harus ingat mati itu adalah lumrah manusia. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan itu adalah hukum dunia yang Allah telah tetapkan. Nak tak nak kita tetap kena reda dan terima dengan hati terbuka. Percayalah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya walaupun kita rasa berat sangat ujian ini.
Gambar Hiasan
Seperti perkongsian seorang suami di Facebook yang menggunakan profil nama Muhammad Harraz, dia berkongsi kesedihan setelah kehilangan isteri tercinta ketika berjuang melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Difahamkan, arwah isterinya telah dijemput ilahi pada hari yang penuh barakah iaitu hari Jumaat.
Perginya isteriku di bulan yang baik. Syahid dan syurga buat mu sayang baba akan selalu mendoakan mama. Baba akan ingat selalu pesan mama. Baba rinduu mama, baba tak kuat maaa. Baba akan jaga anak baba dengan mama yang terbaik semoga anakku jadi anak yang soleh seperti mama yang solehah baba tak kuat.
Ketika menunggu isteri di luar wad, suami ini sempat memohon orang ramai mendoakan proses melahirkan zuriat tercinta dipermudahkan.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati, apabila lelaki ini sempat menitipkan janji buat arwah isterinya untuk menjaga dan membesarkan putera sulung mereka dengan sebaik mungkin walaupun terpaksa membesarkan anak tanpa seorang isteri di sisi.
Ya Allah ampuni dosa-dosa isteriku. Rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga rohnya di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
Jual baju kanak-kanak secara live di Facebook
Dalam pada itu, si suami sebelum ini turut menjalankan perniagaan menjual baju kanak-kanak yang dijual dengan harga yang berpatutan menerusi kaedah Facebook live pada waktu malam.
Ramai yang terkesan dengan pemergian isteri tercintanya kerana bagi yang pernah mengikuti sesi live jualan tersebut, arwah isterinya juga pernah sama-sama membantu suaminya.
Sebagai bapa tunggal yang kini bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelakinya, semua memberikan kata-kata semangat dan turut sama menyokong serta membeli pakaian yang dijual.
Moga apabila si anak membesar nanti, dia akan rasa bangga dengan pengorbanan ibu melahirkannya walaupun tak pernah rasa setitik susu dan pelukan dari ibu tercinta.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ruam lampin yang sering melanda bayi itu mungkin perkara normal untuk anak-anak. tapi kalau dibiarkan ia juga boleh melarat dan menyebabkan rasa sakit pada si kecil.
Satu situasi yang berlaku kepada seorang ibu pada bayinya yang mempunyai ruam lampin yang teruk sehingga melecet ditambah pula dengan mengalami cirit birit membuatkan keadaan itu bertambah teruk sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan.
Ia dikongsi oleh Dr Redza Zainol menerusi laman Facebook miliknya. Menurut Dr Redza ruam lampin memang sering berlaku namun ia perlu dirawat supaya tidak melarat. Doktor ini juga berkongsi tip untuk ibu-ibu lakukan rawat ruam lampin si kecil.
Berderau darah mak ni bila dia tengok najis bayinya bercampur darah. Kebetulan anaknya baru sampai ke wad sebab cirit birit.
Tempat pertama saya akan periksa ialah pada punggung bayi. Bila diperiksa, punggung anak dah melecet teruk. Sampai berdarah.
Darah tu yang bercampur dengan najis bayi. Dari ruam bayi yang biasa dah melarat teruk sebab anak cirit birit.
Maknya fikir ruam lampin ni tak ada apa. Boleh baik sendiri. Tapi tak semuanya macam tu.
Ruam lampin sangat selalu terjadi. Satu pertiga bayi dan kanak-kanak yang pakai lampin pernah ada ruam lampin.
Kalau anak dah terkena ruam lampin, boleh gunakan tips ni :
Tanggalkan lampin daripada bayi sekerap mungkin, terutama jika ruam bertambah teruk. Seboleh-bolehnya nak punggung sentiasa kering.
Kerap tukar lampin bila lampin basah atau kotor.
Cuci terus punggung bayi setiap kali tukar lampin.
Cuci dengan air yang mengalir, dari arah hadapan ke belakang.
Sapu krim pelindung setiap kali tukar lampin. Contohnya Drapo lene atau krim zinc oxide. Mudah cari di farmasi.
Elakkan guna bedak talkum. Ia mungkin ada bahan yang boleh pedihkan kulit bayi. Kedua, bedak boleh galakkan pertumbuhan bakteria dan kulat bila bercampur dengan air kencing dan najis.
Lap punggung bayi perlahan-lahan setelah mandi. Pedih tu.
Boleh mandikan bayi tapi dicadangkan tak lebih 2 kali sehari. Kulit bayi boleh jadi lebih kering.
Elakkan guna tisu lembab bayi yang ada alkohol dan pewangi. Kulit anak kita ni nipis dan sensitif. Kena peka dengan barangan bayi yang kita beli.
Kalau masih melarat, bawa terus berjumpa doktor. Boleh jadi ruam bayi tu dah dijangkiti kuman.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai yang tahu ilmu asas penjagaan bayi ni.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.