Untitled design (32)

Masalah anak tidak mahu makan nasi selalu merisaukan ibu dan ayah. Biarpun punya sumber karbohidrat yang lain seperti roti dan mi, nasi dianggap paling mengenyangkan bagi sesetengah kita. Tak apalah anak kurang gemar makan nasi, kita gantikan dengan roti berkhasiat untuk anak.

Resipi roti yang dikongsikan oleh Eiyjarn Aziean AnGah di facebooknya ini pasti dapat menarik perhatian anak. Mana tidaknya, roti dengan inti buttermilk ini cukup istimewa malah teramatlah sedap. Nak buatnya pun cukup mudah. Nak tahu bagaimana nak hasilkan roti sedap ni? Ini cara yang dikongsikan olehnya.

Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk, Ni Cara Mudah Nak Sediakan!


Alhamdulillah..hasil yang lembut dan sedap. Sebelum ni saya ada share kat group masakan. Alhamdulillah ramai yang share dan ada yang mencuba dengan jayanya. Bagi yang belum share dipersilakan share sebab saya sertakan resepi sekali dalam album ni.
Selamat mencuba.!!!!

Bahan A
3 sudu besar yis (11gram)
1 cawan air suam
4 sudu gula
1 sudu besar susu pekat
(Bancuh bahan A, biar sampai kembang dan berbuih)

Bahan B
4 cawan tepung high protien
1 sudu kecil bun softener
1 biji telur
2 sudu besar mentega
1 sudu besar susu tepung
(Ramas bahan B sampai rata dan sekata)

Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk, Ni Cara Mudah Nak Sediakan!

Tuang bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Bila dah betul betul elastik, rehatkan doh selama 30-40 minit sampai doh naik dua kali ganda.

IKLAN

Tumbuk doh untuk keluarkan udara. Bahagikan doh sama besar (saya bahagi ikut saiz bola ping pong). Susun atas tray, baru masukkan inti.

Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk, Ni Cara Mudah Nak Sediakan!

Pastikan ada ruang diantara doh sebab doh akan kembang. Bila dah siap, rehatkan doh selama 1/2-jam atau sampai kembang. Baru bakar pada suhu 180c api atas bawah bergantung pada suhu oven masing masing.

Artikel menarik: Tolak Tepi Kerja, Matikan Gajet, Tumpulah Pada Anak-Ustaz Don Daniyal!

Sebaik je roti masak sapu mentega atau butter pada permukaan roti supaya ia kelihatan. Cantik dan berseri seri.

IKLAN

Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk, Ni Cara Mudah Nak Sediakan!

Cara Membuat Inti Buttermilk

Bahan-bahan:
100gram salted butter*
30ml susu pekat manis
70gram gula icing* saya guna gula yang dah diblend je
120gram susu tepung (saya pilih nespray)
2biji kuning telur
3sudu besar tepung gandum

Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk, Ni Cara Mudah Nak Sediakan!

Mix bahan bertanda * sampai sebati. Baru masukan susu pekat, kuning telur, susu, dan susu tepung. Mix sebati. Siap.

IKLAN

Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk, Ni Cara Mudah Nak Sediakan!

Nota: Resepi inti buttermilk ni saya dapat dari google je tapi saya olah sedikit sebab terlalu manis dan cair bila roti masak.

Anak Teruja Makan Roti Bakar Berinti Butttermilk, Ni Cara Mudah Nak Sediakan!

EPISOD 1 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA MALAM INI!
Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

Baca: Cucur Roti Mudah Sedap Teksturnya Lembut Idea Kudapan Untuk Anak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI