Bayi kuning (Neonatal jaundice). Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ‘physiological jaundice‘ dan ‘pathological jaundice’.
“Physiological jaundice” adalah keadaan kuning di kalangan baby yang berumur 2 sehingga 7/14 hari. Ia merupakan situasi yang biasa dan tak semuanya memerlukan rawatan. Menurut APA, sebanyak 60 peratus bayi akan mengalami penyakit kuning dalam minggu pertama.
“Pathologic jaundice” pula adalah keadaan kuning yang dikesan dalam masa 24 jam selepas baby dilahirkan, Keadaan ini memerlukan rawatan serta merta.
Ada juga “Prolonged Jaundice” yang kuning bayi melebihi 14 (matang)-21(pramatang) hari selepas dilahirkan. Kebanyakan keadaan ini tidak membahayakan tetapi ia mungkin juga merupakan tanda hati bayi ada masalah yang serius.
Namun adakah demam kuning ini berbahaya kepada si bayi jika tidak dirawat? Ikuti perkongsian daripada Pakar Perunding Kanak-Kanak, Datuk Dr Muhammad Iqbal Sarwar berkenaan penyakit ini.
Ads
Jaundice Bayi Baru Lahir Adalah Perkara Biasa
Jaundice Kalau Tinggi Sangat Boleh Rosakkan Otak
Ads
Selalunya kalau mata, peha & kaki baby tu dah kuning. Ini bermakna level jaundice dalam darah baby tu tinggi. Kena periksa DARAH.
Boleh Terjadi Pekak Saraf
Ads
Kredit: Datuk Dr Mohammad Iqbal, Pakar Perunding Kanak-kanak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perginya pejuang kecil di hati ibu. Ibu ini menceritakan pengalaman memiliki anak yang mengalami Biliary Atresia.
Ketika artikel ini ditulis, anak syurga Eusuff Ali Hadin sudah pun kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 2019 pada usia 5 bulan. Anak kecil yang mesra dipanggil Hadin ini anak ketiga kepada Puan Syaidathul Shafinaz Masrom.
Kata ibu tabah ini, tidak sampai 24 jam Hadin dimasukkan ke hospital, dia kembali menemui Maha Pecipta. Tubuh kecil itu sudah menangung pelbagai kesakitan, ibu ini reda dengan ketentuannya.
Ibu ini berkongsi catatan tatkala Hadin masih ada dulu. Shafinaz turut berpesan agar ibu ayah sentiasa peka dengan tahap kuning anak. Berikut ialah perkongsiannya;
HADIN ANAK MANJA MUMMY
Ramai pm, dm dan wassap tanya. Hadin sakit apa. Kadang bukan tak nak bagitau. Tapi bila dah bagitau, tanya pulak. Sakit camne tu. Bila banyak tanya, maka kepala mak pon makin serabut nak explain.
Hadin lahir normal aje. Cuma dia lahir pramatang pada 35 minggu 5 hari.
Hari ke-4 lepas lahir tu dia dah kuning. Maka bermulalah perjalanan ulang alik hospital. Cek kuning die yang ups and downs.
Ngam-ngam hari ke-21, doc kota discharge dengan reading 10. Lega sekejap. Doc cakap trend die menurun. Ok lah.
Hari ke-23, mata Hadin kena gigit serangga masa tidur. Bengkak dan sakit sampai tak boleh sentuh. Gegas pergi hospital. Doc cakap cellulitis (left eye). Berkampung pulak dekat hospital.
Mase tu lah, doc cakap kenapa nampak kuning. Aku pon cakap lah, die memang prolonged jaundice hari tu. Discharge with TSB 10. Doc terus amek darah.
Mase tu jugak lah baru tau ALP-GGT Hadin tinggi sikit. Around 400++. Normal reading paling max pon 400. Aku tanya doc. Should I worry? Doc cakap nothing to worry sebab sometimes die akan turun sebab die prem(pramatang). Takes time.
Bile repeat TCA after 2 minggu, reading die menaik jadi ALP around 780, GGT 500++. Nak gugur jantung. Doc suggest buat ultrasound. Mase tu kitorang dah plan nak balik Selangor. Jadi, decide nak repeat dekat sana. Doc buat surat.
Ngam-ngam mase dah nak dekat nak balik, Hadin kena bronchopneumonia. Terus transfer HDW (Paeds ICU). Mase tu aku memang duduk tanpa baring selama 24 jam. Tanpa tidur. Dari pukul 3pagi sebelum – 3 pagi selepas.Sebab sebelum tu dah duduk jaga Hadin dekat rumah.
Allah aje yang tau. Betapa sakit nya badan. Betapa rasa nak nangis penat sangat.
Akhirnya, lepas ulang alik ke hospital amek darah setiap minggu. Doc decide nak operate Hadin on 5/1/2018. 7jam mase doc amek untuk operate. Keluar aje Miss *** dari OT, dia cakap. Confirm Biliary Atresia.
Tau tak, rase macam mimpi. Rase cam kenapa Allah tak kabulkan doa aku? Rase cam kenapa Allah nak amek anak aku? Apa dosa aku?
Orang cakap senang. Redha, ade hikmah. Tapi nak redha tu. Payah nye Allah aje yang tau. Rase cam tak percaya, budak yang selalu masuk surat khabar, mintak derma untuk anak sakit Biliary Atresia tu. Akhirnya, anak aku tergolong dalam golongan tu.
Setiap kali ulang alik hospital, seboleh nya tak nak susahkan sesiapa. Kadang terpaksa tumpang umah adek, mintak die hantar. Aku memang tak kan makan pagi. Bukan tak lapar, tapi takut kalau nak berak ke kencing, sape nak pegang hadin mase tu? Mak dengan adek dah tolong jaga Hakimi Husna. Berlapar 4-6 jam sekali check up.
Naik grab kalau takde sapa nak tolong anta kan. Berpanas. Kalau hujan, tunggu kejap, baru order grab. Penat tu, Allah aje tau. Bukan merungut. Tapi rase penat bile usaha kita nak baikkan anak, di akhiri dengan khabar buruk. Ketentuan Allah semuanya.
Walaupun operation nie bukan untuk menyembuhkan sakit Hadin. Tapi, mummy doa. Kalau hayat Hadin tak panjang, mummy mintak Allah amek hadin dengan keadaan paling tenang. Tanpa dibukak aibnya. Tanpa seksa sakit. Sebab dari lahir, dah banyak kali Hadin rase sakit.
Kalau Allah rasa, mummy lagi perlukan Hadin. Maka, tolong lah Ya Allah, berilah dia nikmat sihat. Walau sekejap. Sebab ni lah anak yang paling teramat mudah senyum. Sesungguhnya, aku rindu setiap senyuman dia.
Kawan cakap, Hadin nie memang penyambung ukhwah. Sebab ramai sangat kawan mummy yang tolong doakan Hadin. Dan Hadin sendiri membawa maksud PETUNJUK. Mudah-mudahan hadirnya Hadin dalam hidup mummy, membawa petunjuk untuk mummy kembali ingat dan taat dengan Allah.
Mummy mintak maaf, kalau mummy bukan mak yang baik untuk Hadin. Tapi Hadin selalu jadi anak yang baik untuk mummy. Sentiasa ade tempat istimewa dekat hati mummy.
*Tolong jangan ditanya lagi, apa sakit Hadin. Ape biliary atresia. Sesungguhnya soalan tu kadang-kadang berat untuk hati aku nak jawab. Dan jangan lah ditegur, makin kuning lah die. Mata die kuningnya! Perut die memang besar buncit ke? Sesungguhnya, mase kau tanya tu, aku senyum dalam menangis.
Maaf kalau satu hari nanti aku tak berkehendakkan pelawat, sebab mungkin mase tu aku sedang tutup aib anak aku. Sebab keadaan anak aku tak kan sama cam anak orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi dan kanak-kanak kecil suka hisap jari atau apa saja objek yang diletakkan di bibir. Ini adalah refleks semula jadi dan akan berterusan beberapa bulan selepas dilahirkan.
Jadi menghisap jari adalah normal bagi bayi yang baru dilahirkan, dan kalau ia berterusan sehingga usia 2-3 tahun pun adalah perkara biasa. Tidak perlu dipaksa berhentikan tabiat ini. Tiada sebarang masalah akan timbul jika ia berhenti sebelum usia 3 tahun.
Jika ia berterusan selepas usia 3 tahun, beberapa masalah pada aturan gigi akan berlaku:
1- Gigi hadapan akan terbuka dan tidak rapat semasa menggiti (anterior open bite)
2- Gigi kacip atas akan jongang
3- Gigi kacip bawah mungkin akan tertolak kedalam atau keluar
4- Lidah akan terjelir kehadapan semasa menelan dan memburukkan lagi anterior open
bite ini.
5- Gigitan silang dibahagian belakang.
Jika tabiat ini dapat dihentikan sebelum usia 6 tahun iaitu sebelum gigi kacip kekal tumbuh, biasanya semua masalah diatas akan hilang dengan sendirinya. Tiada rawatan yang diperlukan, cuma pemantauan oleh doktor gigi sahaja.
Bagaimana mahu mengatasi atau memberhentikan tabiat hisap jari ini?
Yang terbaik ialah berjumpa dengan doktor gigi. Boleh dapatkan nasihat yang bersesuaian dengan anak anda.
Biasanya cara yang biasa kita buat adalah seperti berikut:
1-meletakkan bahan yang berasa pedas atau pahit pada jari kanak-kaunak. Perlu pantau selalu bila anda guna kaedah ini. Pastikan bahan yang digunakan selamat untuk dimakan, contoh serbuk/air kisar peria atau lada.
2- Balut jari dengan pita pelekat yang berwarna hitam
3- Untuk kanak-kanak yang terlalu kerap atau sentiasa menghisap jari/degil, doktor gigi boleh membuat beberapa alat yang boleh dipasang di dalam mulut.
4- Kalau kanak-kanak telah mula bersekolah, mungkin boleh pujuk dan terangkan kenapa dia mesti berhenti. “peer pressure” di sekolah kadang-kadang boleh menolong kanak-kanak untuk berhenti.
5- Psycological assessment untuk kanak-kanak yang lebih berusia
Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema pasti tercari-cari punca yang menyebabkan berlakunya ekzema pada si manja mereka. Selain faktor keturunan dan juga persekitaran, kebanyakan pencetus ekzema adalah berpunca daripada pemakanan.
Kajian menunjukkan bahawa anak kecil akan kurang cenderung mendapat ekzema jika ibu mereka ada mengambil probiotik semasa hamil. Malahan, bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif dalam tempoh enam bulan pertama kelahiran juga adalah kurang cenderung mengalami ekzema.
Kebanyakan doktor akan menyarankan ibu bapa untuk mengelakkan sebarang faktor pencetus ekzema bagi kanak-kanak. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anak. Ketahui kesan pengambilan gula berlebihan bagi kanak-kanak ekzema.
Gula diketahui bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada kesihatan tubuh manusia, bahkan juga pengambilan gula berlebihan turut mempunyai kaitan dengan mereka yang menghidap ekzema, termasuk juga bayi dan kanak-kanak.
Makanan tinggi gula boleh menjadi pencetus terjadinya ekzema. Gula menyebabkan tahap insulin anak anda melonjak, yang mana mengakibatkan keradangan. Antara makanan yang mengandungi kandungan gula tinggi termasuklah kek, sesetengah jenis minuman kopi, soda, sesetengah jenis smoothie dan makanan segera seperti burger.
Gula berlebihan dalam badan juga boleh memberi kesan kepada kulit, disebabkan ia menjadi penyebab kepada kandungan tinggi keradangan dalam tubuh. Keradangan yang berlaku ini boleh menghasilkan ekzema pada kulit bayi. Apabila tubuh gagal untuk memetabolismekan glukosa seperti yang sepatutnya ia berlaku, ini akan menyebabkan terjadinya glikasi. Glikasi boleh menjurus kepada kulit memecah dan lemah, serta menyebabkan kerosakan kulit seperti kekeringan dan juga kulit menipis. Semakin banyak gula yang anak anda makan, semakin cepat glikasi memasuki kulit anak anda. Disebabkan itulah, ibu bapa yang mempunyai anak ekzema perlu mengehadkan karbohidrat ringkas dan gula sebanyak mungkin pada pemakanan si manja.
Selain gula, bayi anda juga mungkin boleh mendapat ekzema melalui makanan pencetus lain seperti:
Jika anda khuatir bayi anda akan mengalami ekzema, semasa awal kelahiran lagi, ibu yang menyusukan bayi perlu berjaga-jaga dengan pengambilan makanannya. Anda perlu mengelak daripada makan makanan yang mengandungi pencetus ekzema seperti susu lembu, kacang dan kerang. Berjumpalah dengan doktor jika bayi anda ada menunjukkan tanda-tanda ekzema. Sebaik-baiknya, pencegahan awal adalah lebih baik untuk si manja.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!