Hati ibu mana yang tak sedih, bila dapat tahu anak yang dikandung selama 9 bulan, dijaga dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba pergi selamanya dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Bayangkan jika kita sebagai ibu bapa pun berada dalam situasi ini pasti akan rasa marah.
Mahu pengadilan
Berdasarkan sidang media polis yang diadakan semalam (11 Mei), punca kematian bayi lelaki 9 bulan ditangan suami pengasuh adalah dipercayai diliwat dan mulutnya pula ditekup menggunakan tangan sehingga lebam.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, suspek bertindak meliwat bayi itu dan membunuhnya dengan cara menekup mulut mangsa menggunakan tangan ketika pengasuh (isterinya) sedang menyapu di luar rumah.
Ibu kepada bayi berkenaan iaitu Robiatul Adawiah meluahkan rasa sedih dan tidak dapat menerima ketiadaan anaknya dengan perbuatan yang dianggap sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Melalui luahan hatinya itu, sebagai ibu dia akan menuntut keadilan dan membela kematian anak syurganya itu.
Rindu yang tiada penghujung
Paling sebak, ibu adik Afiq memuat naik status yang sehingga kini dia tak boleh terima cara pemergian bayinya. Hantar rumah pengasuh dalam keadaan sihat, balik tengok dah kaku.
Rindu yang tiada penghujungnya.
Malahan senyumanmu, gelak tawa mu tak akan pernah ibu lupa. 9 bulan ibu kandung, 9 bulan ALLAH bagi jaga adik. Terlalu senang ibu melahirkan, terlalu senang untuk dijaga adik. Ibu tahu adik dah gembira di sana.
Tak sangka itu lambaian terakhir adik
Bukan itu saja, tiga hari sebelum adik pergi, adik baru pandai lambai tangan. Ibu tak sangka rupanya itu lambaian terakhir untuk kami.
Perancangan ibu untuk sambut hari lahir ibu bersama-sama juga tak kesampaian kerana adik dah pergi dulu. Ibu reda dan ibu tetap akan tunggu pengadilan buatmu.
Jenazah adik Afiq itu telah selamat dikebumikan pada 30 April lalu selepas solat Asar. Disebabkan pemergian secara mengejut, kakak kepada adik Afiq turut sama merasai kesedihan itu sehingga dia pun turut terkesan.
Kakak sentiasa rindukan baby
Ibu tak kuat nak tengok kakak macam ni. Kakak paling rapat dengan baby, selalu tidurkan baby, selalu buatkan susu kat baby, selalu pakaikan pampers baby. Sabar ya sayang.
Kini apa yang diharapkan oleh ibu adik Afiq dan seluruh ahli keluarga adalah semoga ada pengadilan buat bayi lelakinya itu. Dia percaya undang-undang akan dapat memberi hukuman setimpal kepada pelaku tersebut.
Tak sangka video yang dirakam menyaksikan gelagat anak yang tak membenarkan si ayah keluar untuk bekerja sebenarnya petanda akan berlaku kejadian tak diingini. Firasat anak seperti seakan mengetahui kejadian yang bakal menimpa ayahnya iaitu Lettu Iman Adi, salah seorang antara 53 anak kapal KRI Nanggala-402 milik Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang hilang setelah terputus hubungan pada Rabu lalu.
Menerusi video tular yang dimuatnaik oleh isteri mangsa, anak lelaki mereka yang berusia dua tahun dilihat menangis dan berusaha menahan Lettu Iman Adi supaya tidak pergi bertugas sebelum hari kejadian.
Dia yang memegang tombol pintu, menolak tubuh ayahnya dengan kuat sambil menjerit ‘tidak’ berulang kali, perilaku yang disifatkan oleh keluarga tidak pernah dilakukan olehnya sebelum ini.
”Biasanya kalau ayahnya pergi bertugas, dia biasa sahaja. Semalam, dia sampai menutup pintu, benar-benar tidak membolehkan papanya pergi,” kata Edy Sujianto, bapa Lettu Iman Adi.
Ramai yang melihat video itu turut sebak dan mengharapka proses pencarian dipermudahkan walaupun banyak kemungkinan akan berlaku.
Awal pagi Rabu lalu, kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang dari utara Bali pada Rabu kira-kira jam 3 itu dipercayai mengalami black out setelah diberi kebenaran untuk menyelam.
Setakat ini, pencarian masih dilakukan dengan pelbagai negara luar termasuk Malaysia turut menawarkan bantuan bagi membantu Indonesia dalam operasi pencarian kapal selam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Minat anak boleh dididik dan diasuh. Tak perlu paksa, biarkan rasa ingin belajar timbul sendiri lebih berkesan.
Yusuf Iskandar anak yang bijak. Apa yang dilakukan Hanis & Hairul mempengaruhi perkembangannya. Mula-mula tidak menunjukkan minat, tapi lama kelamaan semakin menguasai. Terkini Yusuf sudah pun mula membaca huruf-huruf Al-Quran.
Video si cilik ini membaca Muqaddam bersama Hanis menarik perhatian warganet. Kata Hanis, dia tidak memaksa sebaliknya membiarkan anak sulungnya. Yusuf yang terlebih dahulu menguasai abjad kini dengan sendirinya tertarik dengan huruf-huruf Al-Quran.
DULU TAK BERMINAT, HANYA SUKA A, B, C
For the longest time Yusuf tak interested langsung bila kita nyanyi alif ba ta untuk dia. Dia nak juga abcdefg dia tuuu complete sampai now-I-know-my-abc-next-time-wont-you-sing-with-me.
TIADA PAKSAAN, MINAT BILA TEMAN DADDY MENGAJI Jadi kita tak paksa. Kita biar je dia tengah minat satu2 benda. Tapi bila dia start teman Daddy dia mengaji, baru dia nak pick up alif ba ta masuk umur 3 tahun ni. Barulah Mommy dapat mengorak langkah dari situ
Ramai yang memuji tindakan Hanis dan Hairul yang menggunakan strategi yang baik menarik minat Yusuf. Tak kurang juga yang tertarik dengan bacaaan Yusuf yang comel!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.