Seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Itulah yang dibuktikan oleh seorang ibu tunggal dari Perak, Auni Hazwani Faizun, 33 tahun, yang sanggup memerah keringat, mengangkat simen dan memasang bata seorang diri demi membina rumah impian untuk keluarganya.
Bukan mudah bergelar ibu tunggal. Namun, cabaran hidup itu tidak melemahkan semangat Auni untuk terus melangkah ke hadapan.
“Ramai cakap saya gila. Mana ada perempuan buat kerja berat macam ni, angkat simen, acuan besi, pasang bata semua sendiri. Tapi saya tak peduli. Selagi niat saya betul, demi anak-anak, saya sanggup buat apa sahaja,” ujar Auni penuh yakin.
Minat Sejak Kecil, Bina Impian Sendiri
Auni berkongsi, minatnya terhadap seni dan kerja tangan sudah mula berputik sejak kecil. Siapa sangka, minat yang sederhana itu akhirnya membawa dirinya ke dunia pertukangan dan pembinaan rumah.
Auni melakukan kerja membina rumah impiannya sendiri.
“Dulu saya suka sangat melukis. Bila dah besar, minat tu berubah kepada kerja-kerja DIY. Saya mula jatuh cinta tengok konsep rumah kecil atau ‘tiny house’ dari rancangan TV. Dari situ saya tanam impian, satu hari nanti mesti ada rumah sendiri,” kongsinya.
Namun, sebagai ibu tunggal, soal kewangan menjadi cabaran utama. Kos untuk mengupah tukang dan membeli bahan binaan tidak murah.
Ads
“Bila kira bajet, memang tak mampu. Jadi saya nekad buat sendiri. Saya belajar sikit-sikit, tengok YouTube, baca perkongsian orang lain. Kalau orang lain boleh, kenapa saya tak boleh?” katanya penuh semangat.
Penat, Tapi Demi Anak, Terus Kuat
Menurut laporan Sinar Harian, membina rumah sendiri tanpa pengalaman bukan perkara mudah. Tambahan pula, semua kerja berat dilakukan seorang diri.
“Masa mula-mula dulu, semua simen saya bancuh sendiri, manual. Nak buat ground beam, lantai slab, pasang dinding — semua saya buat seorang. Memang penat, ada masa rasa nak tumbang,” ujarnya.
Namun, setiap kali keletihan atau hampir putus asa, Auni kembali mengingatkan dirinya tentang impian dan masa depan anak-anak.
Ads
“Kalau saya berhenti, siapa nak tolong saya? Saya ibu, saya kena kuat. Saya fikir, anak-anak perlukan tempat berteduh yang selesa, yang mereka boleh panggil rumah,” katanya.
Tak Peduli Kata Orang, Yakin Pada Diri Sendiri
Bukan mudah menghadapi pandangan skeptikal daripada sekeliling. Ada yang memandang rendah kebolehan Auni hanya kerana dia seorang wanita.
“Orang pernah cakap, mana boleh perempuan buat semua ni sorang-sorang. Tapi saya dah biasa dengar orang cakap macam tu. Saya jadikan semua itu pembakar semangat. Kalau kita terlalu dengar cakap orang, sampai bila-bila impian kita tak jadi kenyataan,” katanya tegas.
Kini, rumah kecil impian Auni sudah siap hampir 70 peratus, jauh lebih awal daripada jangkaan lima tahun yang ditetapkannya.
Ads
Tiada Yang Mustahil Bila Demi Anak
Bagi Auni, kisah ini bukan hanya tentang membina rumah, tetapi tentang membina keyakinan diri dan masa depan.
“Kalau kita rasa impian kita besar, ingat, Allah lagi Maha Besar. Tak ada yang mustahil bila kita usaha dan doa sungguh-sungguh. Cepat atau lambat, Allah akan tolong,” kongsinya.
Walaupun kisahnya tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi, Auni memilih untuk hanya fokus pada sokongan positif.
“Ramai yang kagum, ada yang tak percaya perempuan buat kerja berat macam ni. Tapi sokongan yang saya dapat sangat positif. Yang negatif tu, saya abaikan. Yang penting, anak-anak saya gembira dan ada tempat berteduh,” katanya menutup bicara.
Sesungguhnya, kisah Auni Hazwani adalah lambang kekuatan seorang ibu. Tiada yang mustahil bila hati seorang ibu nekad dan penuh kasih buat anak-anak tercinta.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak mendirikan rumah tangga pada Disember 2022, pasangan Fatin Afeefa dan Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai terus jadi tumpuan ramai. Sama ada dalam soal kerjaya mahupun kisah cinta mereka, setiap gerak-geri pasangan ini pasti mengundang perhatian.
Terbaharu, Fatin dilihat menerima satu kejutan istimewa yang dihantar ke rumahnya. Kejutan tersebut bukan calang-calang, gabungan jambangan bunga bersaiz besar dan beg tangan mewah jenama Birkin. Hadiah itu dipercayai dihantar oleh Opai sebagai cara untuk memujuk isterinya yang sedang merajuk.
Rabi & Aisyah Wakil Kejutan
Video momen kejutan itu telah dimuat naik oleh usahawan dan influencer terkenal, Mirzan Johor. Namun, penghantaran hadiah bukan dilakukan oleh Mirzan sendiri, sebaliknya oleh dua staf wanita beliau iaitu Rabi dan Aisyah.
Kedua-dua mereka muncul di hadapan pintu rumah Fatin dengan membawa hadiah istimewa tersebut. Fatin yang berada di rumah ketika itu tampak terkejut dan agak terpinga-pinga pada mulanya, namun wajahnya perlahan-lahan berubah ceria sebaik menerima kejutan.
“So kalau dia buat I marah, I dapat beg. Jadi, buatlah lagi.”
Ketika ditanya mengenai hadiah itu, Fatin mengakui yang dirinya memang sedang merajuk dengan suami. Namun, dalam nada berseloroh dan manja, dia berkata,
“So kalau dia buat I marah, I dapat beg. Jadi, buatlah lagi.”
Reaksi Fatin yang kelihatan gembira tetapi masih ‘jual mahal’ itu mengundang senyuman mereka yang berada di lokasi. Jelas terpancar perasaan dihargai walaupun dia tetap dengan pendirian, “Masih merajuk.”
“Tiba-Tiba Bagi Hermes, Tak Cukup! I Need a Rolex.”
Diminta untuk memberi ucapan kepada suaminya, Fatin tanpa ragu-ragu berkata, “Tak ada ucapan.” Jawapan ringkas itu disambut dengan gelak kecil oleh Rabi dan Aisyah, sebelum Fatin menyambung dengan satu lagi kenyataan yang mencuit hati,
“Tiba-tiba bagi Hermes, tak cukup! I need a Rolex.”
Walaupun kedengaran seperti gurauan, cara Fatin menyampaikan ayat itu menunjukkan hubungan mereka yang penuh dengan dinamik tersendiri—ada cinta, ada merajuk, tapi tetap penuh warna dan gaya.
Berita baik untuk anda yang mahu bawa anak-anak bercuti! Aloft Kuala Lumpur Sentral telah melancarkan pakej bilik Tiny Travellers Getaway yang menarik dan mesra keluarga. Pakej ini menawarkan pelbagai keseronokan untuk menjadi memori terindah untuk seisi keluarga, lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik dan suasana mesra.
Direka untuk keluarga yang mahukan percutian menarik, pakej bilik Tiny Travellers Getaway di Aloft Kuala Lumpur Sentral termasuk bufet sarapan untuk 2 dewasa yang boleh dinikmati di restoran Nook kami dengan pelbagai pilihan makanan yang mengasyikkan untuk memulakan hari.
Selain itu, tiada caj tambahan untuk dua orang kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah untuk makan di restoran tersebut. Tawaran ini eksklusif untuk tetamu yang merupakan ahli Marriott Bonvoy. Best kan?
Pengalaman paling indah di Camp Aloft untuk anak kerana disediakan khemah kanak-kanak dan tilam udara berwarna-warni untuk mereka di dalam bilik Suite Breezy kami yang luas yang menjanjikan keseronokan dan hiburan tanpa henti untuk para penjelajah muda.
Dengan permainan yang menghiburkan dan aktiviti kreatif, kanak-kanak akan tenggelam dalam momen-momen kegembiraan sepanjang penginapan mereka.
Sebagai sebahagian daripada pakej Tiny Travellers Getaway, setiap bilik akan diberi satu daripada mainan bulu yang comel dari Aloft Kuala Lumpur Sentral (maskot hotel ini) – Taro, Tweye, Button, Squiggles atau Toothy. Teman-teman yang menawan ini akan disayangi oleh anak-anak kecil, mencipta kenangan abadi dari masa mereka di hotel.
Pengalaman Tiny Travellers Getaway bukan sekadar di dalam bilik. Bagi mereka yang mencari kegembiraan berganda, pergilah ke kolam renang di hotel ini. Terletak di atas bumbung hotel, ia menawarkan ruang yang selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak berenang dan berkenalan dengan rakan baru.
Bagi mereka yang mengidam pengembaraan di luar, Aloft Kuala Lumpur Sentral terletak berhampiran Muzium Negara, Taman Burung, dan Taman Botani Perdana yang boleh dikunjungi untuk pengalaman bercuti menarik.
Pakej bilik Tiny Travellers Getaway ini berharga dari RM560+/1 malam untuk setiap bilik. Selain itu, Aloft Kuala Lumpur Sentral menawarkan fleksibiliti kepada tetamu untuk membatalkan tempahan mereka sehingga 2 hari sebelum kedatangan, memastikan ketenangan fikiran dan perancangan yang bebas stres.
Pakej yang memukau ini sah untuk penginapan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2024, menjadikannya peluang yang sempurna untuk keluarga mencipta kenangan yang dihargai semasa pelbagai cuti dan peristiwa istimewa.
Persis kakak dengan adik. Itulah yang boleh digambarkan mengenai dua beranak ini, Sari Yanti dan anak sulungnya, Barr Al Aliy.
Biarpun sudah punya anak yang berusia 13 tahun dan kini memasuki usia remaja, namun Sari masih dilihat kekal cantik jelita seperti tidak dimamah usia.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada lima cahaya mata ini menitipkan ucapan buat anak sulungnya sempena hari lahir anaknya yang ke-13 tahun.
“Selamat Hari Lahir yang ke 13 tahun anak sulung mama.
“Barr Al Aliy. Semoga Allah swt kurniakan kebijaksanaan dan berikan petunjuk sepanjang perjalanan.
“Semoga menjadi anak yang soleh berjaya di dunia dan di akhirat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim redhailah, rahmatilah, berkatilah Barr Al Aliy,” tulis Sari Yanti di kapsyennya.
Malah isteri kepada penyampai radio, Jep ini turut memuat naik beberapa keping gambar bersama anak lelakinya itu. Tidak terkecuali gambar Barr yang kini semakin kacak bergaya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut memuji kecantikan asli ibu muda ini yang berjaya mengekalkan kecantikannya biarpun sudah punya anak lima.
Tidak terkecuali juga yang turut menitipkan ucapan hari lahir buat Barr Al Aliy.
Terdahulu Sari mendirikan rumah tangga bersama Jep pada Februari 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. Hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 13, dan Baasit Al Haq, 12.
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...